INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, March 12, 2011

BUkti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokas jenayah



Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin - yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu - menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

--

Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul "DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn" tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

Saman Ekor - BN mahu kedarah duit rakyat


Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009.

Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

(Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.)

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).

Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.

"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.

"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.

"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.

sumber sharpshooterblogger.blogspot.com




Wednesday, March 9, 2011

DS Anwar minum teh di Kg Belah Dua,Permatang Pauh

Minuman kegemaran DSAI -mestinya teh tarik !


Pemimpin yg dihormati dunia antarabangsa luang masa bersama rakyat minum di gerai


Rakyat kelilingi DSAI, tiada politikus bersama.

*Mengikut maklumat, DSAI dalam perjalanan ke Alor Setar untuk berceramah telah singgah sebentar di Permatang Pauh melawat kawasannya.

Selepas di gantung Parlimen oleh SPEAKER UMNO...
Masa yang terluang digunakan untuk ROUND SATU MALAYSIA untuk ceramah "Ubah Sekarang , SELAMATKAN MALAYSIA"dan juga boleh balik Permatang Pauh selalu jenguk RAKYAT.
Tahniah DSAI....
INSYALLAH PERMATANG PAUH KEKAL KUBU KEBAL PR...











Tuesday, March 8, 2011

Tun Mahathir mengaku ada darah KERALA










DR M ADMITS HE HAS INDIANS BLOOD – minsider

Mahathir Mohamad has admitted in his autobiography out today that he has Indian blood but maintained that he is still Malay “and proud of it”.

“I admit that some Indian, or more accurately South Asian, blood flows in my veins, but from which part of the Indian subcontinent my ancestors came I do not know,” he wrote in the book titled “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”.

Woi....

Terkejut aku baca Malaysia Insider....

Maha Firaun ini sudah mengaku dengan TULUIH IKHLAS, "DARAH AKU ADA KELING"

Hahaha....DARAH KERALA mengalir SEBATI dalam diriKU...

DARAH MELAYU + DARAH KERALA = DECLARE MELAYU PERKASAM +UMNO...

Hahaha apa nak jadi dengan Melayu Jawa, Bugis, Banjar, Selatan Thai, Minang...apa DAH jadi ini

Lihat photo di atas, kenal wajah mereka yang GUNAKAN UMNO & Melayu untuk BERKUASA

Ini wajah MELAYU CELUP KELING yang berjaya !...



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews