INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, February 23, 2008

Calon muda PKR yang berkarisma di Balik Pulau


yusmadiheader-latest.jpg


Eksklusif: Ini kisah Barack Obama PKR
Cetak E-mail
Oleh Helme Hanafi

AGAK keterlaluan untuk menyamakan seorang peguam berasal dari Pulau Pinang seperti Barack Obama, calon Presiden Amerika Syarikat.

Tapi sekurang-kurangnya dalam konteks mampu membangkitkan semangat Yusmadi Yusuf tidak kurang hebatnya. Sejak kehadiran budak kampung Jalan Bahru di kemeriahan kempen PKR untuk menawan kerusi Parlimen Balik Pulau amat terasa.

"Berbekal slogan,"Hanya dengan Keberanian, Keyakinan dan Ilmu, segalanya dapat diatasi," Yusmadi memulakan ceramahnya di depan hampir 1500 orang dengan kisah bagaimana beliau berjaya keluar dari kemiskinan Balik Pulau,"
Bermula dengan penubuhan Pusat Pembela Rakyat yang sehingga kini menarik peyertaan seramai 40 pemuda secara sukarela untuk membantu kempen politik beliau.

Gayanya bersahaja, orangnya merendah diri dan ramah menyebabkan kehadiran beliau berkempen sejak sebulan lalu menjadi buah mulut penduduk.

Berasal dari sebuah keluarga yang susah, beliau mendapat pendidikan menengah di SMKA Al-Mashoor (Lelaki), Pulau Pinang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang dan kemudian menyambung pelajaran di dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

"Saya orang susah, dan hanya orang susah yang faham penderitaan orang susah," kata beliau dalam satu ceramah di pekan Balik Pulau dua minggu lalu.

Berbekal slogan,"Hanya dengan Keberanian, Keyakinan dan Ilmu, segalanya dapat diatasi," Yusmadi memulakan ceramahnya di depan hampir 1500 orang dengan kisah bagaimana beliau berjaya keluar dari kemiskinan Balik Pulau dan menjadi peguam yang berjaya.

Tidak seperti penceramah politik biasa yang sering menyerang dasar pemerintah, Yusmadi lebih gemar memberikan motivasi dan semangat.

"Ibu saya pesan kalau hendak berpolitik jangan menghina peribadi lawan," katanya.

Sehari-hari sejak sebulan lalu, Yusmadi memulakan aktiviti hariannya dengan menyunjungi tempat-tempat pertemuan seperti kedai kopi, gerai, masjid, sebelah petangnya jika tiada aktiviti beliau bermain bola dengan rakan sekampung.

"Ibu saya pesan kalau hendak berpolitik jangan menghina peribadi lawan," kata Yusmadi
Dan lebih menarik, anak muda berusia awal 30 an ini hanya berbasikal untuk bergerak di sekitar Balik Pulau.

Satu hari, cerita Yusmadi kepada KLpos.com, ada orang Umno yang memberitahunya, macam mana hendak jadi ahli parlimen kalau naik basikal sahaja.

"Saya balas, hanya orang yang naik basikal sahaja faham perasaan orang yang naik basikal, orang yang berkereta besar kehulu-hilir tidak sempat memahami erti kesusahan rakyat di bawah," katanya.

"Saya faham orang-orang Balik Pulau, kerana saya barasal dari sini," kata Yusmadi yang terpilih mewakili Malaysia untuk biasiswa berprestij daripada kerajaan Amerika Syarikat pada 2006.

Menurut peguam muda, beliau bersedia menentang sesiapa sahaja yang di pilih untuk bertanding di Balik Pulau.

"Hakikatnya sehingga hari ini, selepas 50 tahun merdeka, Balik Pulau masih mundur, perjuangan saya, selaku anak Balik Pulau adalah membantu mengeluarkan mereka dari kemiskinan," katanya.

"Saya tidak bertanding kerana hendakkan jawatan atau wang, rezeki saya sudah cukup sebagai peguam, tetapi yang menggerakkan hati kecil saya untuk bertanding adalah bagi membantu saudara mara saya, jiran tetangga, orang-orang kampung di sini.

"Janji saya jika dipilih oleh orang Balik Pulau, adalah untuk membela mereka, bukan dengan projek atau geran kerajaan, tapi dengan memastikan mereka menerima pendidikan paling sempurna"
"Janji saya jika dipilih oleh orang Balik Pulau, adalah untuk membela mereka, bukan dengan projek atau geran kerajaan, tapi dengan memastikan mereka menerima pendidikan paling sempurna"katanya.

Tema kempen Yusmadi adalah "Membela yang tidak dibela".

Sarjana Undang-Undang (LL.M) di American University Washington College of Law di Washington D.C. ini khabarnya bakal berdepan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamad yaakob.

Penyandang sebelum ini Datuk Seri Hilmi Yahya mungkin akan bertanding DUN. Berikutan ketiadaan pengumuman rasmi, kata Yusmadi, dari segi jentera beliau mendahului BN.

"Mungkin duit mereka banyak, tapi fokus saya sekarang adalah menguatkan jentera PKR terutamanya tenaga sukarela," katanya.

Dari segi peluang, kata Yusmadi, "Saya menawar diri, saya akan berkerja sekuatnya sepanjang tempoh ini, pengundi boleh membuat penilaian, mereka kenal saya, saya membesar di sini, apapun keputusan mereka saya akan terima dengan hati terbuka," katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yusmadi, anda boleh melayari laman webnya yusmadi.com.



Berdialog dengan bekas Presiden US Jimmy Carter



Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Bersama kumpulan profesional dalam satu seminar di Kuala Lumpur
Bersama kumpulan profesional muda

Komen DIN MERICAN...

Yusmadi Yusoff adalah harapan baru untuk Parti KeADILan Rakyat. Sebagai peguam dan juga felo Hubert H. Humphrey, beliau cukup berpegang teguh dengan konsep “The Rule of Law”. Beliau boleh dianggap sebagai jaguh muda yang memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia.
Beliau lahir di Balik Pulau. Saya tertarik dengan kebolehan beliau sebagai pengurus dan intelektual yang dinamik dan berjiwa rakyat. Dalam perbincangan saya dengan Yusmadi di Institut Kajian Dasar dimana beliau adalah Fellow dan juga Koordinator Kanan, Projek Asian Renaissance, saya dapati beliau sungguh serius tentang cita-citanya untuk berkhidmat dan bersama rakyat di Pulau Pinang, khususnya orang Melayu dan kaum nelayan lain in Balik Pulau.
Yusmadi mempunyai nilai yang murni dan sentiasa tekun dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Sikap Yusmadi cukup profesional. Saya mengucapkan selamat berjaya dalam usaha Yusmadi untuk menjadi Ahli Parlimen Balik Pulau.—Din Merican


Wednesday, February 13, 2008

Parlimen di bubar !! dan pembongkaran kes VK lingam



Semalam PM Abdullah telah bercakap secara live dan bukan berseloroh yang parlimen besok tidak dibubar.Tetapi harini ,lebih kurang jamp 12.35 tghari ,berita di laman Utusan Online mengatakan parlimen dibubarkan.Perdana Menteri dianggap sengaja mahu menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap dirinya apabila berbohong mengenai tarikh sebenar pembubaran Parlimen.Seharusnya PM bercakap benar keranapembubaran Parlimen adalah perkara yang besar kerana ia urusan negara.Secara lojik Perdana Menteri harus jujur dan tidak memberi kenyataan yang boleh menghilang kepercayaan masyarakat kepada beliau sendiri.

Tetapi nak wat macamana itulah PM Malaysia ke lima.Ok lupa kan kisah tu kerana yang penting sekarang adalah jentera PRU Barisan ALternatif untuk menumbangkan BN.Saya melihat jentera PAS dan KeAdilan sudah nampak bersedia kali ini selepas setahun membuat persiapan.Cuma kali ini kita perlu lebih melipatganda usaha tersebut ke arah mencapai kemenangan di PRU nanti.Di Parlimen Permatang Pauh ,pembukaan Bilik Gerakan semakin rancak di samping pemasangan bendera parti.Tapi yang lebih penting petugas parti perlu turun padang ke kampung2 untuk bertemu pengundi .

Gambar Jayanthi dan Hakim Mokthar
Hari ini ,berita sensasi akhbar tempatan ialah pembongkaran oleh bekas Setiausaha Dato' VK Lingam, G.Jayanthi mengenai krisis kehakiman dalam siasatan kes pita Lingam membayangkan wajah sebenar sistem kehakiman negara yang kotor.

Sebenarnya apa yang terbongkar dalam penghakiman kes tersebut bukanlah satu perkara yang baru, bahkana telah didedah pelbagai pihak termasuk pembangkang, namun tiada tindakan oleh pihak kerajaan.Sungguhpun begitu, apa yang disaksikan oleh umum adalah suatu realiti tahap sistem kehakiman kita, bahkan situasi penyiasatan kes ini menunjukkan banyak keterangan yang menghiburkan.

Percaturan untuk kepentingan tertentu

Semua telah sedia maklum mengenai kewujudan percaturan antara peguam biasa ini, Lingam dengan beberapa hakim tertinggi negara yang mempunyai kepentingan tertentu.Jelasnya, hal tersebut hanya kini dapat diketahui umum ekoran pendedahan yang dilakukan menerusi rakaman video perbualan Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz.

Menurut laporan akhbar harian, ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-19 prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja semalam, Jayanthi mendakwa beliau bersama dua setiausaha lain Lingam dikurung semalaman di pejabat peguam itu untuk menaip penghakiman satu kes saman sivil membabitkan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun pada 1994.

Dalam kes itu yang didengar oleh Hakim Dato' Mokhtar Sidin, Vincent Tan diberi ganti rugi RM10 juta. Ketika itu Lingam mengendalikan kes tersebut mewakili ahli perniagaan berkenaan.

Mengaku tempah tiket Lingam dan Eusoff ke New Zealand

Jayanti mengaku beliau turut menguruskan tempahan tiket penerbangan dan jadual perjalanan bagi percutian Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin di New Zealand pada Disember 1994.

Dalam pada itu, beliau turut menceritakan bagaimana Lingam mengarahkannya mengambil beberapa teks kes undang-undang di perpustakaan pejabat untuk dimasukkan ke dalam penghakiman kes saman itu.

Kes tersebut adalah saman sivil No. S5-23-23-94 antara Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun lawan Hassan Hamzah, Saw Eng Lim, MGG. Pillai, V. Thavanesan, Dr. Barjoyai Bardai, Media Printext (M) Sdn. Bhd. dan Ling Wah Press Sdn. Bhd.

Jayanti yang kini bekerja sebagai ejen hartanah persendirian memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa kerja-kerja menaip penghakiman kes saman sivil itu dibuat oleh seorang lagi setiausaha Lingam, Sumanti Jaaman.

Siapkan draf penghakiman

Katanya, tugas menyiapkan draf penghakiman tersebut turut dibantu oleh seorang lagi setiausaha Lingam bernama Jamilah Abdul Rahman.

"Antara November dan awal Disember 1994, saya masih ingat dengan jelas kejadian kami bertiga dikurung oleh Lingam bagi tujuan kerja-kerja menaip secara rahsia.

"Saya kemudian menyedari bahawa kejadian malam itu adalah bagi tujuan menaip dan menyiapkan penghakiman berkaitan saman sivil No. S5-23-23-94,” katanya.

Jayanti berkata, Lingam membacakan satu persatu draf penghakiman kes itu daripada nota bertulis tangan dan Sumanti menaip setiap patah perkataan yang dibacakan oleh peguam itu.

"Saya duduk berhampiran mereka dalam pejabat itu dan sekali sekala Lingam mengarahkan saya mengambil pelbagai laporan kes undang-undang dari perpustakaan untuk dimasukkan dalam penghakiman tersebut," ujarnya.

Lingam hanya selesai membaca penghakiman penuh kes saman itu pada sekitar pukul 3.00 pagi sebelum dokumen itu dicetak lalu disemak oleh peguam itu.

Peguam itu, kata Jayanti, kemudian membuat pembetulan menggunakan dakwat merah di halaman tertentu pada draf penghakiman itu.

Katanya lagi, Sumanti membetulkan pindaan yang dicatatkan oleh Lingam sebelum menyalin draf akhir penghakiman itu dalam cakera liut.

Beliau berkata, Lingam kemudian menyerahkan cakera liut itu kepada Hakim Mokhtar Sidin.

"Selepas itu, saya mendapat tahu bahawa penghakiman yang ditulis oleh Lingam secara keseluruhannya digunakan sebagai penghakiman rasmi kes sivil itu oleh hakim berkenaan.

"Pada malam itu, Lingam turut dibantu oleh adiknya, peguam Dato' V. Sivaparanjothi, Adam Bachek dan W. Satchithanandan," katanya.

Jayanti memberitahu, beliau menyerahkan dua draf penghakiman yang tercatat pindaan yang dibuat oleh Lingam kepada peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 20 dan 22 April 1998.

Kedua-dua draf penghakiman tersebut iaitu yang mengandungi pembetulan dakwat merah dan draf akhir dikemukakan sebagai bukti dan ditanda sebagai C110 dan C111 pada prosiding hari ke-15 Suruhanjaya Siasatan Diraja./wann.

Wednesday, January 30, 2008

Al Fatihah kepada Loloq dan Datuk Ishak Baharom

Jenazah penulis lirik terkenal Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meningal dunia jam 1.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara telah di bawa ke Masjid Sungai Boluh untuk proses pengkebumian.

Berita tersebut disahkan oleh rakannya Habsah Hassan kepada KLpos.com sebentar tadi.

Menurut Habsah, jenazah Loloq akan dibawa ke rumahnya di Sungai Buloh jam 4.00 petang ini. Beliau dijangka dikebumikan hari ini juga. Beliau dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas pengsan di rumahnya.Loloq 50, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak.


Mufti Besar Selangor Datuk Haji Ishak Baharom disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang tadi. Menurut salah seorang rakannya jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang.

Allahyarham Dato Ustadz Ishak Baharom telah dipecat dari jawatannya sebagai Mufti Besar Selangor setelah beliau mengambil tindakan menahan beberapa anak gadis melayu beragama Islam kerana mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Cantik dalam negeri Selangor sekitar lewat tahun 90an.

Semoga allah mencucuri rahmat keatas kedua2 roh ALLAHyarham , amin.

Tuesday, January 29, 2008

Fakta negara paling kompetitif diputarbelit Ke 8 atau ke Ke 23?

Saya sempat mengikuti berita di TV3 mula-mula terkejut juga dengan kenyataan PM bahawa negara kita ke 8 di dunia paling kompetitif ,mula-mula rasa bangga juga tetapi dibenak fikiran saya juga masih terfikir adakah betul fakta Abdullah ni ?..Mana la tahu kan untuk menyedapkan kakitangan awam dan rakyat bahawa ekonomi kita kukuh dan berdaya saing di saat menjelang PRU ke 12 ni.

Fikiran saya masih mengatakan bahawa fakta ini salah.Dan kebenarannya terungkai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di blognya harini bahawa ranking ke 8 dunia adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.

Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17.

Daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi kita dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, kita sekarang di kedudukan ke 23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Oleh itu dapat lah kita mengetahui bahawa fakta PM Abdullah itu benar ,tetapi mengapa fakta itu dikeluarkan bercelaru dan putar belit dan ini mungkin usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa kerajaan masih gagal untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Fakta boleh dilihat melalu URL ini :

http://www.suarakeadilan.com/isi/wp-content/uploads/2008/01/world_competitiveness_rankings.pdf



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews