INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label undang-undang. Show all posts
Showing posts with label undang-undang. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Jamil Khir terpaksa guna duit zakat untuk lawan Qazaf Anwar Ibrahim

 Abang Jamil terpaksa guna duit zakat untuk bayar kos guaman dari firma undang-undang terkenal
- Jamil Madu 3.

Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.Isu ini yang telah dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010.  Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyakRM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010.

Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya.

Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI?

Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara
ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT


Wednesday, November 23, 2011

Gempar ! Najib Razak bohong pada rakyat isu Akta Perhimpunan Aman 2011


Akta Perhimpunan Aman 2011 yang mahu dilaksanakan oleh PM Najib  menunjukkan beliau seorang pembohong, penipu besar dan tidak tunaikan janji kepada rakyat seperti yang diumumkannya semasa Hari Malaysia 16 September 2011.


Mahu Ketahui Apa Akta Perhimpunan Aman 2011?



Pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:
  • Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
  • Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
  •  Tiada protes jalanan dibenarkan.
  •  Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
Menurut Peguam Mohamed Hanipa, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkannya.Katanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan.

@Pantherian - Najib Razak hanya manis dan lunak di kaca TV pada Hari Malaysia 16 Sept lepas dengan laungan Transformasi tetapi apabila  perlaksanannya dia tiada iltizam politik yang kuat dan bangga untuk MENIPU BESAR rakyat Malaysia.

Harapan rakyat Malaysia mahu akta yang lebih bebas untuk rakyat berhimpun ternyata hanya "kencing merata2 " ketika pengumumuan Najib di Hari Malaysia.

Bangga mempunyai pemimpian yang Flip Flop dan bodoh tidak boleh diajar !...










LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews