INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, April 24, 2013

Anwar Ibrahim memilih mengajar di Eropah jika Pakatan Rakyat gagal tawan Putrajaya



Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.

Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.Anwar, kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan rasuah.Mahkamah mengenepikan sabitan kesalahan untuk kesalahan liwat itu. 
 Sumber Malaysiakini.


Ayuh rakyat Malaysia semua, berilah sokongan dan dokongan kepada DS Anwar Ibrahim untuk memimpin negara dan rakyat Malaysia menikmati merdeka yang baharu. 

Ini lah masanya kita menggunakan kuasa UNDI untuk menentukan nasib dan masa depan tanahair yang tercinta.

Jangan biarkan pemimpin hebat kita DS Anwar Ibrahim meninggalkan tanahair selepas tewaskan PR di PRU13 kali ini. 

INIKALILAH ! 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews