INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, October 5, 2009

Bergelar Graduan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bertempat di Dewan Besar ,Kampus Induk UTeM, saya akhirnya telah bergelar graduan apabila secara rasmi mendapat scroll Ijazah Sarjana Muda Kej.Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan) dengan kepujian daripada Tun Canselor UTeM semalam. Majlis penganugerahan diadakan bermula pada awal pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.

Penantian selama 6 tahun dicampur dengan pembelajaran Diploma selama 3 tahun akhirnya terlerai semalam apabila saya dianugerahkan ijazah yang menjada impian semua pelajar di menara gading.



Keluarga semua hadir kecuali adik yang bongsu yang tekun membuat persediaan menghadapi SPM bulan depan di sekolah asramanya. Banyak juga gambar foto diambil untuk sebagai kenangan dan keindahan senibina bangunan di kampus tetap menceriakan lagi latar belakang foto tersebut.Walaupun semalam menghabiskan banyak wang berbelanja tetapi tidak mengapa kerana mungkin ini seumur hidup sekali.

Pertemuan dengan pensyarah dan rakan-rakan banyak menyoal perkembangan terkini samada sudah bekerja atau belum dan juga ucapan tahniah kerana bergelar graduan. Mungkin dihati pensyarah, mereka akan berbangga jika graduan yang dikeluarkan oleh mereka mendapat pekerjaan awal untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara.

Tahniah kepada rakan semua yang bergelar GRADUAN !!








No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews