INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, March 2, 2008

ISA adalah simbol kezaliman dan kebanggaan Hadhari

Surat terbuka sikecil kepada Abdullah, bebaskan tahanan ISA.....

Pengerusi Barisan Nasional (BN) mungkin tidak mengenali sikecil bernama Sakinah (nama samaran) tetapi kanak-kanak berusia lima tahun ini amat mengenal erti kasih sayang yang ditagih oleh seorang anak daripada seorang ayahnya.

Beliau menulis surat kepada Abdullah agar membebaskan tahanan ISA supaya kasih sayang keluarga 'tidak terputus' di tengah jalan lantaran akta kejam lagi tidak berperikemanusiaan itu.

Berikut adalah warkah tulisannya kepada Abdullah berkaitan gurunya yang telah 'kehilangan' suaminya Mat Sah Mat Satray dan keperitan anaknya yang berjauhan daripada ayah tercinta:-

Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, semoga berada dalam jagaan Allah SWT selalu.

Assalamualaikum,

Saya, Sakinah, pelajar sekolah swasta tahun 5, ingin menulis surat tentang guru saya, Cikgu Norlaila.

Saya ingin menceritakan peristiwa semasa saya mengikuti kelas daurah/usrah di mana sewaktu kami berehat, cikgu berkongsi yang dia amat inginkan seorang anak perempuan seperti kami, anak murid perempuannya, kerana dia inginkan seorang anak yang lemah lembut.

Cikgu Norlaila menceritakan kepada kami (anak murid perempuan) bahawa malangnya suaminya ditangkap di bawah ISA lebih 6 tahun dahulu. Suaminya belum dilepaskan atau dibicarakan lagi. Saya amat sedih mendengar cerita itu kerana saya terbayang bagaimana anak lelaki tunggalnya terasa.

Setiap hari, ayah saya balik, tetapi ayah saya selalu balik lewat malam kerana banyak kerja. Saya amat merinduinya, tidak sabar menunggu kedatangannya dan ingin memeluknya.

Bagaimana akan perasaan anak Cikgu Norlaila pula? Inilah kasih sayang antara seorang anak dan ayahnya.Seperti ayah saya dan saya.

Ibu saya serta guru-guru saya memberitahu saya Allah suruh kita adil, bercakap benar, menolong orang lain tidak kira ugama atau bangsa, dan tidak menyakiti orang lain.

Saya doa Allah lembutkan hati tuan Perdana Menteri supaya membebaskan suami cikgu.

Jadi inilah tujuan saya menulis surat ini. Saya berharap agar tuan melepaskan suami cikgu kesayangan kami supaya anak cikgu dapat hidup bahagia seperti keluarga saya.

Yang benar,
Sakinah
Warganegara Malaysia

'Rasalah simpati;
Demi Jiwa dan Diri'

Sebelum ini Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kesal apabila isteri dan keluarga tahanan ISA yang terus dirampas hak mereka daripada mendapat kasih sayang suami dan ayah akibat ditahan tanpa bicara oleh angkara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kata GMI dalam satu kenyataannya yang terdahulu bahawa semenjak akta tersebut digubal 47 tahun dahulu, ISA telah memusnahkan rumah tangga dan institusi keluarga bagi berpuluh-ribu isteri dan keluarga tahanan.

"Bilangan tahanan ISA kini adalah dalam lingkungan 90 orang. Jumlah ini bertambah dan berkurangan mengikut selera Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

"Terbaru, jumlah ini telah bertambah lima orang lagi iaitu dengan penahanan terbaru lima orang pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf). Maka bertambahlah lagi bilangan isteri dan keluarga yang menjadi mangsa ISA," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh sebelum ini.

Pada tahun 2008, daripada 90 orang tersebut, seramai 26 orang akan memasuki tempoh perintah tahanan 2-tahun mereka buat kali ketiga dan bermakna mereka telah ditahan masuk tahun ke-6.

"Lebih tepat lagi apabila genap 6 tahun, mereka telah ditahan selama 72 bulan atau 2,190 hari! Satu hukuman yang berat tanpa dibuktikan kesalahan dalam mahkamah," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews