INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, March 29, 2012

DIALOG PROFESIONAL MUDA BERSAMA ANWAR IBRAHIM

PENGUMUMAN PROGRAM:



DIALOG PROFESIONAL MUDA 

BERSAMA YB DS ANWAR IBRAHIM
PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

DENGAN TAJUK

"PEMBERDAYAAN KEBAJIKAN DAN EKONOMI RAKYAT "

TARIKH : 31 MAC 2012 (SABTU)
MASA : 3 PTG
TEMPAT : EMPIRE BALLROOM, 
                                 EMPIRE HOTEL SUBANG JAYA

ANJURAN 

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR


Friday, March 23, 2012

Batal PTPTN langkah pembebasan anak muda - AIC


Anwar Ibrahim Club (AIC) menyambut baik kesediaan Pakatan Rakyat membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum yang ke 13, seperti kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pembatalan itu dilihat selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga dan sebagai satu lagi langkah ke hadapan untuk membantu menaikkan taraf pendidikan tinggi di negara Malaysia ini.

AIC percaya bahawa rancangan ini bukan sekadar retorik semasa tetapi adalah satu pelan komprehensif yang membuktikan sekiranya ekonomi diurustadbir dengan baik, maka melalui perolehan hasil negara yang banyak dapat terus dimanfaatkan bersama dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat.

PTPTN adalah satu cara 'pemerasan' yang dibuat oleh kerajaan, bukan sahaja gagal mencapai objektif tetapi kemudian menjadi bebanan tambahan kepada peminjam. Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam terbeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.

AIC juga memandang serius kepada ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN yang akhirnya membawa implikasi buruk kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Logiknya, adakah cara ini benar-benar membantu mereka menyelesaikan masalah hutang PTPTN jika peluang pekerjaan dan perniagaan luar negara mereka ditutup.

AIC percaya Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan mekanisme lebih baik untuk menangani bukan sahaja pembatalan PTPTN tetapi juga menyelesaikan masalah mangsa senarai hitam yang telah lama berlarutan. Ramai anak muda yang menjadi mangsa dan penghutang tegar sebelum mencecah umur 30-an dan keadaan ini memberi impak buruk pada kesan jangka panjang sosio ekonomi negara.

Justeru, AIC mengucapkan syabas kepada inisiatif Pakatan Rakyat untuk membebaskan anak muda daripada belenggu kezaliman terancang yang telah menjerat leher mereka selama puluhan tahun. Semoga iltizam yang baik seperti ini akan mendorong generasi anak muda terus menggerakkan zaman ke hadapan.

Generasi Penggerak Zaman

Saifuddin Shafi Muhammad ialah Presiden AIC.

 

Monday, March 19, 2012

Perkhidmatan tren SCS My Komuter untuk rakyat


Oleh @Ikhwanhafiz

Pada tanggal 8 Mac 2012, bermulalah perkhidmatan Tren Enam Gerabak (Six Car Set/SCS) atau dikenali juga sebagai MyKomuter. Walaupun hanya baru empat set SCS beroperasi, diharapkan MyKomuter ini dapat membawa sinar harapan baru kepada warga Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang mahukan perkhidmatan pengangkutan  rel yang selesa dan menepati masa. Pelancaran tren enam gerabak tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri di KL Sentral.

Sudah lama pengguna komuter ‘menderita’ dengan komuter tiga koc yang sering padat dengan manusia, isu kelewatan dan pembatalan tren (tidak mengikut jadual) dan tempoh menunggu yang terlalu lama sehingga 1 jam. Hal ini disebabkan KTMB kekurangan set tren Komuter  yang  sudah mati akibat ketiadaan alat ganti dan pelbagai masalah lain seperti kemalangan. Walaupun 1 set ETS dipinjamkan kepada komuter terutama di waktu puncak, ia tidak banyak membantu pengguna Komuter yang kian ramai saban hari.

Sejarah

Jika kita imbas kembali sejarah perkhidmatan keretapi elektrik KTM, ia bermula pada pada 1994/1995 apabila kerajaan Malaysia membeli 18 unit set daripada syarikat Jenbacher Transport dari Austria/Hungry.

Kemudian ia diikuti pada tahun 1996/1997, kerajaan membeli set Komuter lagi daripada syarikat Marubeni/Hyundai Corporation, Korea Selatan dan syarikat Union& Carriage dari Afrika Selatan. Kesemua set EMU (Electric Multiple Unit) ini beroperasi di laluan Rawang-Seremban dan Pelabuhan Klang –Batu Caves.

Pada Disember 2009, KTMB menerima Electric Train Set (ETS) Kelas 91 keluaran Hyundai-Rotem Corporation dari Korea Selatan. ETS yang mampu bergerak pada kepantasan 160km/jam beroperasi bagi laluan Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh. 


Set SCS My Komuter

Kini, secara berperingkat sehingga Jun ini, pengguna komuter bakal menikmati perkhidmatan yang lebih cekap melalui SCS yang mampu membawa sehingga 1,100 pengguna bagi perjalanan sehala berbanding 400 orang sekarang. Secara keseluruhan, KTMB akan memiliki 38 set Tren SCS bernilai RM1.894 bilion. KTMB sudah menerima 16 set dan baki 22 set lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga Jun ini. Perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam bandar.

Dengan kehadiran SCS, buatan Syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Company (ZELC) dari China itu, KTMB merancang melaksanakan jadual ketibaan setiap 10 minit pada waktu puncak apabila semua set Tren SCS digunakan. Ketika ini waktu menunggu 30 minit kecuali pada waktu puncak pada sebelah pagi dan petang. Kadang-kadang waktu menunggu boleh mencecah sehingga satu jam atau lebih apabila berlaku kelewatan dan pembatalan tren.

Terdapat beberapa ciri istimewa dalam SCS seperti ruang tempat duduk dan berdiri yang lebih ergonomik, tiga baris ruang pemegang untuk pengguna berdiri serta ruang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) yang lebih luas dan selesa. Terdapat juga tiga unit kamera litar tertutup pada setiap koc, tangga kecemasan serta sistem pengudaraan yang lebih baik. 


Vandalisme

Namun, tidak sampai seminggu perkhidmatan My Komuter ini dilancarkan, sudah terdapat  kes vandalisme dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab terhadap set tren SCS. Laporan di laman Facebook KTM Berhad telah memaparkan gambar passenger window glass dan door window glass pecah dek dibaling batu oleh kanak-kanak di tepi landasan.Selain itu, dinding plastik pemadam api di dalam tren turut dipecahkan. 


Kes baling batu ke arah window glass tersebut cukup membahayakan penumpang di dalam dan nasib baik cermin tersebut adalah jenis  2 lapisan. Mengikut laporan oleh pemandu tren, laluan ke Pelaburan Klang merupakan kawasan panas berlakunya kejadian baling batu  ke arah tren Komuter yang dilakukan oleh murid sekolah terutama di Padang Jawa dan Bukit Badak. Mereka ini merasa puas apabila membaling batu dengan tepat ke arah cermin tempat duduk pemandu dan cermin penumpang.

Walapun terdapat tangkapan dilakukan oleh pihak polis yang melakukan rondaan, namun ia seakan menjadi rutin harian oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ibu bapa dan guru boleh memainkan peranan sebagai pendidik supaya anak-anak ini tidak melakukan kejadian vandalisme ini yang membahayakan nyawa orang awam dan tren ini. 

Tahukah anda satu set tren SCS ini berharga hampir RM49 juta? Jika set tren ini rosak atau berlaku kemalangan dek kerana kes vandalisme ini? Siapa yang rugi? Jawapannya ialah rakyat kerana itu duit rakyat dan rakyat yang "menderita" tidak mendapat kemudahan pengangkutan awam yang selesa dan menepati masa.

Diharapkan My Komuter menjadi pilihan pengguna untuk  pengangkutan masa depan dan marilah kita menjaga kemudahan pengangkutan ini dengan baik untuk kesejahteraan bersama.
 

Wednesday, March 14, 2012

Kualiti perbahasan PM Najib Razak di Parlimen isu SPBA



Jawapan PM Najib Razak cukup mengecewakan  di Parlimen dan inikah kualiti perbahasan Perdana Menteri Malaysia? Inilah sebab Najib Razak takut berdebat dengan Anwar Ibrahim.
 

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews