INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, December 31, 2009

Suffolk House -Rumah Francis Light

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


RUMAH Suffolk yang pernah menjadi kediaman Francis Light kini dibuka untuk kunjungan orang ramai.

sumber KOSMO:

SEORANG lelaki Inggeris, Francis Light yang dikaitkan dengan pembukaan Pulau Pinang pernah mendiami rumah ini. Dikenali sebagai Rumah Suffolk, ia kini menjadi sebahagian daripada bangunan warisan Pulau Pinang. Rumah Suffolk telah dinaik taraf beberapa kali bagi mempamerkan semangat kolonial yang tinggi.

Sebagai seorang pemain politik Inggeris, Francis Light yang dipercayai turut mengasaskan bandar raya Georgetown pada tahun 1786 dikatakan menyimpan banyak peristiwa bersejarah di kediamannya itu.

Sungguhpun begitu, struktur bangunan yang kita lihat sekarang bukanlah bangunan sebenar yang pernah diduduki Francis Light. Ini kerana dipercayai beliau juga mempunyai rumah lain di Pulau Pinang tetapi dalam bentuk rumah Melayu. Rumah Suffolk yang anda lihat sekarang adalah hasil binaan William Adward Philips yang merupakan setiausaha gabenor ketika itu.

Rumah awal yang dibina oleh Francis Light terletak di tengah-tengah estet lada. Oleh kerana beliau berada di sini dalam tempoh yang singkat (1786 - 1794) iaitu lapan tahun, beliau mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk mendirikan rumah di tengah-tengah hutan ketika itu.

"Saya kecewa kerana bukan semua sejarah yang berlaku di Rumah Suffolk ini direkod dengan baik dan saya percaya banyak yang telah hilang," kata Pengarah Komunikasi Badan Warisan Malaysia, Mark Gibson yang kini bertanggungjawab dalam pembaharuan bangunan tersebut.

Dilaporkan hanya dua insiden paling popular direkodkan di rumah tersebut iaitu kisah cinta Francis Light dengan Martina Rozells serta perbincangan mengenai penemuan Singapura oleh Sir Stamford Raffles.

Rozells adalah anak kacukan Portugis dan Thailand. Dia adalah anak angkat Sultan Kedah yang pada awalnya menjadi orang tengah perundingan antara Sultan Kedah dan Francis Light. Francis Light jatuh cinta dengan Rozells yang dipercayai seorang yang sangat cantik memandangkan dia mempunyai darah kacukan Thai dan Portugis. Oleh kerana berlainan mazhab, Francis Light merupakan seorang penganut Protestan manakala Rozells bermazhab Katholik, mereka tidak dapat berkahwin kerana Francis Light terpaksa menghormati keperluan mazhabnya. Namun begitu, mereka dipercayai berkahwin secara rahsia di Phuket, Thailand sebelum datang ke Pulau Pinang.

"Kisah penemuan dan politik di Singapura mula dibincangkan di rumah ini iaitu di ruang legar yang terletak di sebelah pejabat yang dikenali sebagai Marble Hall," kata Mark sambil menuding jari ke ruang legar yang masih disalut dengan batu marmar.


TANGGA menuju ke tingkat dua.


Beliau menambah: "Itu rekod paling jitu yang kami miliki tentang rumah ini. Kisah cinta dan perkahwinan Francis Light dengan Rozells juga berakhir di sini. Mereka mempunyai lima orang anak yang mana salah seorang adalah pengasas bandar Adelaide, Australia, William Light."

Rumah yang dinamakan sempena nama estet lada, Suffolk yang juga tempat kelahiran Francis Light, Suffolk, England itu asalnya dipercayai meliputi kawasan seluas 64.74 hektar tetapi kini hanya tinggal kurang 0.8 hektar. Walaupun tidak mempunyai ukuran tepat berhubung keluasan rumah, Mark berkata, ia adalah satu-satunya rumah Georgian dalam reka bentuk Anglo-Indian di luar India yang masih wujud.

"Selepas Francis Light meninggal dunia, William Edward Philips membina rumah yang anda lihat sekarang pada tahun 1810. Ia kemudiannya bertukar ke beberapa tangan yang menghuni rumah tersebut," jelasnya lagi.

Selepas bertukar tangan dan ditinggalkan selama beberapa tahun (tiada rekod sah mengenainya), Rumah Suffolk diambil alih oleh gereja mazhab Methodist yang menggunakannya sebagai sekolah lelaki Methodist. Pada awal 1970, keusangan teruk pada rumah tersebut menyebabkan pelajar lelaki sekolah itu terpaksa mencari bangunan alternatif, manakala rumah tersebut dipulangkan kepada kerajaan negeri.

Selepas dibina kira-kira 200 tahun lalu, rumah dua tingkat yang dibina di tepi Sungai Air Itam itu kini telah diperbaiki dan dinaik taraf. Bangunan yang masih utuh dengan rekaan lama itu dijaga baik supaya dapat terus mengekalkan sejarahnya.

Di Rumah Suffolk, terdapat pelbagai papan tanda yang mempamerkan nama penderma dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pembaikpulihannya. Selain itu, ruang dalaman pula dihias cantik menggunakan perabot kayu Anglo-India yang mempamerkan nostalgia lama bangunan tersebut.

Di tingkat atas, ruang legar yang seolah-olah sebuah dewan dikelilingi dengan jaring dan penutup tirai. Ia mungkin bagi menghalang nyamuk dan serangga mahupun binatang kecil yang lain masuk. Semuanya kini dijaga kemas dan rumah itu juga dibuka sebagai tempat lawatan. Ia turut mempunyai restoran yang menawarkan makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Sebagai pengurus Rumah Suffolk, Badan Warisan Pulau Pinang kini berhasrat untuk menawarkan pakej lawatan kepada pengunjung bercita rasa tinggi termasuk menyediakan kreativiti dan inovasi dalam setiap aktiviti yang dilakukan di rumah itu.


SUSUN atur perabot kayu Anglo-India.


Selain sekadar menjadi tempat lawatan, Rumah Suffolk juga menawarkan khidmat sebagai lokasi untuk mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan, majlis sosial dan korporat.


Rumah tersebut dibuka untuk orang ramai dari hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang. Ia dijangka dibuka setiap hari dalam masa terdekat ini. Bayaran masuk untuk setiap dewasa adalah RM10 dan tiada bayaran bagi kanak-kanak di bawah enam tahun.

Bagi mereka yang mahukan lawatan yang diiringi oleh pemandu pelancong, mereka boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi kumpulan 10 atau lebih pengunjung dengan bayaran RM15 seorang. Selain itu, terdapat diskaun untuk bayaran masuk bagi pelajar sekolah.




Saturday, December 26, 2009

Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle







Buku saya 'Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21' dan 'Moving Forward: Malays for the 21st Century' dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim pada 8 Disember 2009 di Itudio Studio Kelana Jaya.

Turut hadir pada program tersebut Tn Syed Shahir Mohamud, Ketua Keadilan Cabang Kelana Jaya; YB Tony Pua (DAP - PJ Utara); YB Nurul Izzah (Keadilan - Lembah Pantai); YB Gwo-Burne Loh (Keadilan - Kelana Jaya); Hannah Yeoh (DAP - Subang Jaya) dan YB Amirudin Shari (Keadilan - Batu Caves). Haji Ahmad Mohayen, Timbalan Setiausaha MBPJ; Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi Karangkraf; dan Jason Tan, Editor Off the Edge juga hadir sama.

Gambar-gambar di sini dari koleksi Pretty Peektures, Pejabat MB Selangor dan Pejabat DUN Seri Setia.

Ayuh dapat buku Mendepani Zaman atau Moving Forward: Malays for the 21st Century di Popular sekarang !!.Saya sudah memiliki buku ini versi BI.

antara buku terlaris kategori Non Fiction di Popular.




Monday, December 21, 2009

ETS- Keretapi Elektrik kedua KTMB

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia. Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj).


REKAAN dalaman ETS yang lebih selesa dan kondusif berdasarkan ilustrasi.


Tren elektrik itu menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju.

"Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada," kata Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan kepada Infiniti ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini," tambahnya sambil menjelaskan sistem ETS adalah dari Jepun tetapi pembinaan kereta api dilakukan di Korea Selatan. Perkhidmatan kereta api ETS akan dimulakan setelah lima buah kereta api ETS yang datang secara berperingkat diterima KTMB.

Aminuddin bagaimanapun menjelaskan ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter.

"Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya.


AMINUDDIN menjangkakan ETS bakal menaikkan imej KTMB dan pencetus perubahan awal kepada senario pengangkutan kereta api perjalanan jauh di Malaysia.


Tambah Aminuddin, ETS mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, dilengkapi pendingin hawa, televisyen LCD, ciri mesra pengguna kurang upaya dan ciri keselamatan Automatic Train Protection System.

"Untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti," kata Aminuddin sambil memberitahu ETS berkapasiti 350 penumpang.

Cuma, disebabkan ETS berkelajuan tinggi dan menggunakan landasan elektrik maka orang ramai yang tinggal berdekatan landasan kereta api elektrik perlu mempertingkat tahap waspada. Dengan penggunaan tenaga elektrik sebesar 25 kilowatt, ia boleh memberikan renjatan elektrik yang amat teruk sekiranya kanak-kanak bermain layang-layang dan ia tersangkut di pencawang elektrik landasan.

Kos pembinaan landasan berkembar elektrik juga tinggi. Disebabkan itu, peluasan landasan berkembar elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia juga perlu dinilai berdasarkan keperluan. Bernama pernah melaporkan, KTMB melabur sebanyak RM15.7 bilion bagi keseluruhan projek ETS yang melibatkan landasan keretapi sepanjang lebih 700 kilometer.

"Ini semua bersifat timbal balik. Kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pengguna dan kami mahu membuat kehidupan orang ramai lebih mudah. Justeru, pelaburannya juga perlu setanding. Bayaran tambangnya juga perlu dinaikkan sesuai dengan kemudahan yang diberikan. Bagaimanapun, kami belum menetapkan tambang yang bakal dikenakan untuk ETS," katanya sambil turut menjelaskan perkhidmatan kereta api di negara ini dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan kebanyakan negara jiran.

Katanya, KTMB menjangkakan ETS bakal menarik perhatian lebih ramai golongan profesional dan ahli perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.

Kesatuan Sekerja KTMB tentang Pemandu ETS menjadi Eksekutif.

Lesap 50juta akibat pengkhianat negara

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Kerajaan tidak berhasrat menutup kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, kata perdana menteri.

Menurut Bernama, beliau berkata aduan polis telah dibuat apabila Kementerian Pertahanan menyedari tentang kejadian tersebut yang berlaku semasa beliau menjadi menteri berkenaan.

"Kita telah pergi kepada polis, ketika itu saya adalah menteri yang berkenaan.

"Saya membuat keputusan bahawa kita perlu membuat laporan kepada polis," beliau dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di Putrajaya hari ini.

Sabtu lalu, menteri pertahanan mendedahkan enjin pesawat pemintas F-5E yang disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada syarikat antarabangsa dari negara yang berpangkalan di Afrika Selatan.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

Mengenai seorang brigadier jeneral yang diarah bersara berhubung kes itu tetapi pencennya dikekalkan, lapor agensi berita itu lagi, perdana menteri berkata ia bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya dan terpulang kepada pihak TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

** Persoalan mengapa 2009 baru dikeluarkan berita kecurian enjin pesawat ini oleh Zahid Hamidi? sudah 2 tahun ia disembunyikan dari media dan RM50juta duit rakyat Malaysia lesap akibat pengkhianat negara dalam tentera. Wajarnya Menteri Petahanan dan semua pemimpin angkatan tentera meletak jawatan diatas kecuaian ini yang memburukkan imej negara.





LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews