INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, September 1, 2012

Najib arah BN buat "sekatan politik", bas PKR diserang adalah permulaan ?





 
Anggota BN perlu bersatu hati membentuk "sekatan politik" untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.

"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

"Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak layak sebab telah lakukan  pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya.


@Pantherian - Adakah serangan oleh samseng di Kota Baru ke atas bas PKR suatu permulaan sekatan politik yang diarah oleh DS Najib ? Kemungkinan ini sebagai permulaan ada hampir tepat apabila kes ini berlaku semalam dan harini PM mengeluarkan satu kenyataan yang tegas akan mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun. PM mahu BN melakukan sekatan politik kepada Pakatan Rakyat yang kini semakin kuat berkempen.

“Kita  akan merempuh dalam pilihan raya akan datang dan pastikan Putrajaya kekal menjadi milik BN,” - DS Najib Razak.

Ini kenyataan pemimpin rejim yang takut kehilangan kuasa apabila sudah lama berkuasa.

Ayuh rakyat Malaysia ! Tolak UMNO BN di PRU akan datang.

Sunday, August 26, 2012

Website Forum AIC kembali !


Rakyat Malaysia terutamanya anak-anak muda dijemput untuk menyertai Forum AIC yang kini sudah kembali . AIC suatu ketika dahulu sekitar tahun 2008 terkenal dengan website forumnya yang menarik dan santai. Kini laman web forum AIC berwajah baru dan segar bersedia menjadi platform perbincangan untuk ahli AIC dan anak muda Malaysia.

Pelbagai topik perbincangan meliputi isu politik, ekonomi , sosial, teknologi dan lain-lain akan dibincangkan di ruangan forum ini.

Ayuh  mari sertai AIC Forum !  Sila klik AIC Forum

Friday, August 17, 2012

Syawal menjadi kebangkitan baru - AIC

Bulan Ramadhan yang akan ditinggalkan ini pasti meninggalkan seribu kemanisan beribadah kepada diri kita. Semangat yang diperkuatkan dan diperkukuhkan sepanjang menghadapi dugaan Ramadhan ini pasti menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi cabaran dalam aspek kehidupan yang lain. 
Sambutan Syawal kali ini pastilah sangat bermakna kepada mereka yang menghayati semangatnya. Syawal diraikan sebagai simbol kemenangan iman melawan nafsu serta menundukkan upaya keinginan untuk mengingkari segala apa yang diperintahkan. Syawal ini seharusnya telah menganjakkan diri manusia ke satu dimensi baru yang lebih baik, menonjolkan sisi perjuangan yang lebih memberi inspirasi.

Kita akan menghadapi satu pertembungan hebat yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja selepas ini. Pertembungan ini disebut-sebut sebagai satu pertembungan nilai, pemikiran , semangat serta keteguhan percaya antara yang benar dan yang batil. Inilah yang akan menjadi kayu ukur ke mana arah bangsa Malaysia akan berada untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Pertembungan ini akan menjadi titik tolak untuk membina negara dan bangsa yang lebih bermaruah dan dihormati. Keadaan sekarang, dimana kegemilangan telah pudar dan harapan adalah samar-samar adalah satu malapetaka yang dicipta pemerintah zalim yang tamak serta mengabaikan kesejahteraan rakyat.
Anak muda harus mengadaptasi semangat Ramadhan dan Syawal untuk menempuh cabaran untuk mengembalikan maruah umat ini ke tempat yang selayaknya. Menjadi satu kerugian sekiranya kita melepaskan peluang terbaik ini untuk menjadi sebahagian catatan sejarah , sebagai generasi yang menggerakkan zaman ini ke hadapan. Bangkitkan keyakinan, serta istiqamah menuju ke gerbang kemenangan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah.

Fajar Syawal yang menjelang adalah satu waktu tepat untuk anak muda berubah, dan bangkit bersama -sama berganding bahu. Rapatkan jurang perkauman, hidup dalam satu makna bangsa, negara dan jiwa. Kesepaduan yang jitu bakal memberi impak berlainan dan menjanjikan kegemilangan baru. Kehidupan lalu jadikan satu hagemoni yang memberi pengajaran, agar generasi anak muda nantinya tidak akan mengulangi khilaf yang sama.

Anak muda harus buka mata melihat sekeliling, memandang lebih jauh dan mendalami penderitaan  bahawa bangsa ini telah kehilangan maruahnya sebagai sebuah bangsa yang bebas. Segala bentuk penindasan yang direkayasa secara halus, perlahan-lahan telah mengikat kaki dan tangan kita untuk hidup megah.

Malangnya masih wujud sebahagian yang berpuas hati serta menyerah dengan kehidupan yang dilalui, tanpa menyedari bahawa yang diambil lebih banyak dari apa yang dinikmati serta tidak berpeluang berada pada tahap kehidupan yang lebih menjanjikan kedamaian.
Justeru, saya mewakili Kelab Anwar Ibrahim ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat sekalian anak mua yang meraikan, serta mereka yang menerima tempias semangatnya. Pastikan Syawal ini akan menjadi saksi, kelahiran semangat baru, yang menjanjikan kemenangan paling manis dalam kehidupan yang pasti ditinta dalam lipatan sejarah yang akan dibaca berulang-ulang oleh pemberani zaman akan datang.
Salam Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin


GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC MALAYSIA

Sunday, August 12, 2012

Dr Maszlee Malik kritik Utusan dan Abdullah Samaah isu Kafir Harbi


Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.

Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.
Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam.
Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.

Pengkelasan Abdullah Sama'ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.
Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. 'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP.

Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah.

Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.

Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama.

dipetik dari Malaysiakini.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews