INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, November 6, 2011

Anugerah Skrin atau Anugerah Seksi 2011?

 Bukan anugerah skrin tapi anugerah seksi 2011 ... ? Boleh lihat photo di bawah kalau tidak percaya...


 Daring & seksi heroin Nora Elena ,Siti Saleha


Fesyen berkemban memang trend Fasha tiap tahun 


 Janda meletup ..VVIP mesti buru punya .


 Tiz marah kat blogger bongkar cintanya dengan Remy ..
kalau dah suka apa masalahnya ...

 artis baru yg tengah  HOT !..Kilafairy ,Neelofa dan Liyana Jasmay 



Rozita Che Wan menjadi MC pada malam tersebut bersama Ally Iskandar.
Dengan pakain yang boleh tahan  "KETAT" .

@Pantherian - Persoalan untuk dijawab :

                       1) Agaknya siapa yang dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi di Anugerah Skrin? 
                       2)  Kenapa agaknya DatukRais Yatim tidak hadir selaku Menteri Penerangan?
                            Apa kejadahnya Datuk Husni Hanazlah hadir dan memberi anugerah utama?
               
                      

PM Najib Razak mahu cool ,twitter ketika wukuf di Padang Arafah?




@Pantherian  - Kekadang kita jangan terlalu obses dengan teknologi maklumat sampai ketika mengerjakan ibadah HAJI pun masih ingin ber "TWITTER" dengan rakan sosial.

Sebab itu bila kita masuk masjid, disuruh untuk kita SWITCH OFF Handphone.

Saturday, November 5, 2011

PM Najib dan Rosmah dikawal ketat keselamatan di Makkah



Di Twitter  - @NajibRazak - Segala kawalan dan layanan adalah   
                     atas budbicara Kerajaan  Raja Saudi.Ini semua  
                     ketentuan ALLAH.

                              Cool man !!..

Tuesday, November 1, 2011

Khaled Nordin masih bebal pertahankan AUKU


"Saya tekankan dari sudut pendidikan dalam Perlembagaan membenarkan untuk maksud pendidikan perlu ada sekatan, jadi ini perlu diberi penekanan kerana sudah menjadi matlamat institut pengajian tinggi, iaitu membina minda dan keupayaan berfikir bagi pelajar,"- Khaled Nordin, Menteri KPT



NONEPakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari (kanan) berkata, komen hakim Hishammudin Yunus, termasuk yang dilampirkan bersama keputusan, menyediakan "hari hebat untuk demokrasi dan faham perlembagaan.

"Fakta yang masih kekal, keputusan yang baik ini mungkin akan diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini," jelasnya.

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.
Apa kata mahasiswa ?

Sememangnya AUKU tidak menyokong semangat perlembangaan persekutuan dan bercanggah dengan hak asasi manusia untuk bersuara, berhimpun dan menyertai kumpulan bebas," kata presidennya Ahmad Syazwan Muhammad Hassan.

Dakwanya, walaupun AUKU berjaya menyekat mahasiswa berfikir dan terlibat dalam politik, mutakhir ini kumpulan itu tidak lagi takut berdepannya.

Apa kata orang Politik ?

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan) berkata, sekysen itu merupakan perangkap yang sengaja dipasang oleh pemerintah untuk mengekang suara mahasiswa.

"AMK melihat keputusan ini harus memberikan titik noktah kepada hayat AUKU agar ia dimansuhkan sepenuhnya, sebagaimana yang diperjuangkan secara istikamah oleh gerakan mahasiswa zaman berzaman," katanya.

@ Pantherian  - Tahniah  Hilman dan kawan-kawan #UKM 4 , anda bisa mengugat AUKU melalui sistem perundangan negara.

Masih anda Hakim-hakim yang jujur seperti Hakim Datuk Hishamuddin Yunus dan Hakim Linton Albert yang memberi penghakiman yang baik. Baca LINK ini untuk keputusan penghakiman yang lengkap. Untuk rekod,  Hakim Datuk Hishamuddin Yunus terkenal dalam memberi penghakiman yang jujur berlandaskan undang-undang seperti kes :

a) Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memerintahkan Khalid Jafri supaya Anwar dibayar RM4 juta akibat fitnah dan RM500,000 lagi disebabkan konspirasi.

b) Pada 18 Oktober 2007, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi am RM2.5 juta kepada Abd Malek Hussin .

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews