Wednesday, July 7, 2010
Rahsia Kunci Peti Besi 1 malaysia - Mahfuz
Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.
"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang ‘kunci peti rahsia’ tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.
Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Abdul Gani Patai.
"Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau.
Hahahaha...
Mahfuz mahfiz memang lawak gila ni....selepas "amalan politik mengila-gila"..
Kini dengan "politik Kunci Peti Rahsia"....
Teori Mahfuz ini ada benar juga bersandar kepada tindakan SPRM
Tak bodoh juga MP ini
Cerdik tapi melucukan...dia "politik seloka yang berfakta"
Mahu juga tahu apa rahsia peti tersebut
Dedah sewaktu PRU 13
CONFIRM TALKIN untuk UMNO...
Tuesday, July 6, 2010
UMNOAPCO sudah gelabah, mahu haram SK

Kementerian Dalam Negeri bersedia menyita bangunan pejabat tempat Suara Keadilan beroperasi dan kilang pencetaknya jika akhbar PKR itu terus diterbitkan tanpa permit.
Katanya, kenyataan pemimpin PKR itu sebagai angkuh dan bercanggah dengan peraturan.
"Tidak kira Suara Keadilan, Suara Perkasa atau mana-mana media lain mesti mengikut syarat dan peraturan sedia ada. Dalam konteks dasar, semua liputan termasuk majalah dan akhbar tabloid akan dipantau dengan lebih dekat," katanya.-MKini.
********************************************************************************
Abg Hisyam kitee dah pening + gelong....
tak boleh jawab sebab ban akhbar.. sekarang mahu sita bangunan dan pencetak...
Mat Maslan tak reti jawab Felda rugi...
Felda nak saman SK, KDN mahu ban SK..
Dah pelahap deras duit Felda memang la taktau nak pusing lagi cerita..
Mahu tutup maklumat kepada Melayu, usaha pengharaman SK perlu dilakukan
Agar Melayu Felda terus jadi Fixed Deposit UMNO APCO...utk PRU 13.
Monday, July 5, 2010
Kebodohan MP Rembau
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam reaksi segera kepada komen Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan Raja Petra menegaskan, pihak berkuasa tidak boleh meredah negara orang dan menangkap blogger itu tanpa dokumentasi yang sempurna dan kebenaran.
Katanya, bukan pihak polis tidak sedar di mana Raja Petra berada atau di mana beliau akan muncul dalam sesuatu majlis umum di kota London tetapi permintaan PDRM untuk mendapatkan kerjasama Interpol untuk menahan pengendali laman web Malaysia Today itu telah ditolak Januari lalu.
“Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu. Jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk negara orang dan menahan orang yang kita kehendaki itu,’’ jelas Musa.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Khairy yang mempersoalkan kenapa PDRM sukar menahan Raja Petra sedangkan dia telah muncul di khalayak ramai beberapa kali dan yang terbaru hujung minggu lalu.
Dua waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Raja Petra kerana gagal menghadirkan diri dalam kes perbicaraannya. Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan.
Sementara itu kepada satu soalan lain, Musa menjelaskan, Pejabat Paguam Negara adalah jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal ekstradisi dan ia perlu ditentukan oleh mahkamah dan bukannya pihak polis.
****************************************************************************************Hahahahaa
Bangang tak bangang lulusan Oxford ni...dok di England tapi taktau undang-undang di sana.
Cakap tak guna otak , tapi ikut emosi marah kat RPK.
Najib cakap mahu segera tangkap RPK,
Rembau ini pun segera gesa Musa Hassan segerakan penangkapan.

