Saturday, February 13, 2010
Tuesday, February 9, 2010
Monarki berkuasa di Malaysia -Rayuan Nizar ditolak Mahkamah Persekutuan
Kata 5 Hakim ...
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi
Kata YB Datuk Seri Nizar
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pada sidang media, sejurus selepas mahkamah menolak permohonannya, hari ini, Nizar berkata: “Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”
** Hari yang menyedihkan bagi sistem kehakiman dan Perlembagaan Malaysia.**
Thursday, February 4, 2010
1 Malaysia retorik apabila Pegawai PM gagal memahami 1 Malaysia
Penganalis politik berpendapat kemelut perkauman yang dicetuskan oleh pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar, kali ini benar-benar menyulitkan bossnya, Datuk Seri Najib Razak.“Najib terpaksa korbankan Nasir semata-mata untuk MIC dan MCA,” kata timbalan dekan Sains Sosial UKM, P Sivamurugan.
Nasir Selasa lalu pada ucapannya di seminra 1Malaysia Melaka membuat kenyataan yang berbaur perkauman sehingga menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.
Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
“Jika anda gagal menyakinkan orang-orang yang rapat dengan anda, termasuk pegawai khas anda berhubung dasar yang anda cuba perkenalkan, bagaimana anda ingin menyakinkan masyarakat umum?” tanya penganalisis politik dari UM, Azmi Sharom.
Maksud tersirat
Menurut Azmi, gelagat dan tindakan Nasir itu mungkin mempunyai maksud yang tersirat.“Adalah tidak logik bagi beliau memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang cuba dijuarai oleh bossnya,” katanya.
Nasir pernah berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Johor dan juga ketua bahagian Umno pada sekitar 80an. Dia kini adalah timbalan ketua bahagian Tanjung Piai.
Menurut Azmi lagi, insiden berkenaan mungkin petanda awal yang sesetengah kumpulan di Umno tidak berpuas hati dengan pimpinan presiden mereka.
Antara ketidak-puasan itu termasuk dasar-dasar Najib yang dikatakan terlalu mementingkan masyarakat bukan Melayu.
“Umno mesti bertindak dengan mengambil pendekatan baru meskipun tindakan berkenaan mungkin akan meminggirkan penyokong tradisionalnya,” kata pensyarah UKM, Agus Yusoff.
Suka atau tidak, kata Agus, golongan veteran harus meninggalkan pandangan pihak konservatif yang terlalu mementingkan Melayu bagi membuktikan rakyat bahawa Umno dan BN tidak mengamalkan perkauman.
1 Malaysia hanya retorik !
Tuesday, February 2, 2010
Anwar on Trial -Sodomy Part 2
Perbicaraan Anwar Ibrahim hari ini yang menyaksikan satu penangguhan yang lama kini bermula diman beliau memohon agar mahkamah mengeluarkan sapinan terhadap Pm dan isterinya kerana menurut beliau sebelum laporan ini dibuat dan di laksanakan dan dilaporkan kepada pihak polis, ,beliau memohon agar mahkamah memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi utama.
Anwar berkata bahawa beliau mempunyai bukti bahawa pengadu , Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah bertemu Najib dan Rosmah 2 hari sebelum melaporkan perkara ini kepada pihak polis.
"Kita hendak tahu Rosmah dan Najib's terlibat dalam kes ini," Anwar memberitahu openyokong nya di luar mahkamah tinggi pagi tadi.
"Mereka tidak pernah menafikan pertemuan tersebut (with Mohd Saiful) dan kita mahuu tahu apa yang di bincangkan(more)."
"Jika Najib dan pihak kerajaan dikatakan terlibat dalam melindungi pembunuhan Altantunya, apa sangat dengan kes seperti ini .Ini adalah langkah tersedak untuk mengenakan saya."
Pada July 2008, Najib, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri menerima kedatangan Mohd Saiful paid him a visit di kediaman beliau sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada polis.
Najib mendakwa bahawa beliau menasihati Mohd Saiful untuk membuat laporan kepada pihak polis .
Berhubung dengan perkara yang tersebut diatas jufga Nai mendakwa mereka bertemu di pejabat beliau di Putrajaya.
Mohd Saiful, pelajar Universiti Tenaga yang tercicir , menjelaskan bahawa pertemuan tersebut adalah untuk meminta bantuan Najib mendapatkan bantuan biasiswa kerajaan scholarship.
