INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, January 29, 2009

Ustaz Ramlang Porigi dipecat

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saya amat bersimpati dengan nasib seorang pengundi Permatang Pauh iaitu Ustaz Ramlang Porigi apabila dia telah dipecat oleh majikannya Jakim.Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Imam di Masjid Wilayah Persekutuan tetapi kemudian ditukarkan ke Jakim di bahagian Pentadbiran dan kewangan selepas berakhirnya PRU kecil Permatang Pauh.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Menurut Wan Mohamad lagi, yang bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.

Ahmad Nizam yang juga peguam Ramlang menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti menurut Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.

Saya tidak menafikan pengakuan dan keterangan Ramlang sebelum hari pengundian merupakan batu loncatan kepada PKR dalam memenangi kerusi Permatang Pauh.Tetapi keterangan Ramlang merupakan pengakuan untuk membersihkan namanya dari segala fitnah dan tohmahan pelbagai pihak selepas gambarnya terpampang di dada akhbar apabila menjadi saksi sumpah.Beliau juga kini mengakui selepas keterangannya itu,rakyat sudah tidak memarahi beliau atau menabur fitnah ke atasnya lagi.

Adalah diharapkan kerajaan PR khususnya di PP dan Selangor dapat memberi peluang kerja yang sesuai dengan kelayakan Ustaz Ramlang jika rayuan pembelaannya ditolak.




Thursday, January 22, 2009

Catatan Akademi Merdeka 09-3 Akhir

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Ahad - 18/01/2009

Masa sememangnya cemburu kepada saya.Keselesaan dan kesejukan tidur di bilik Hotel Residence membuatkan badan dan kaki ini malas hendak meninggalkan bilik.HAHa.Tapi apa kan daya program tetap perlu diteruskan.

Hari ini merupakan hari terakhir program dan sesi pertama dimulakan oleh Alac van Gelder dan Philip Steven bertajuk "Trade barrier are immoral - how developing countries hurt themselves by making trade difficult" Di sini kumpulan perbincangan kami menyoal panel mengenai Patent /IP right iaitu berkenaan bagaimana membuat satu insentif untuk syarikat "pharmaceutical" dalam mengurangkan harga barang untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan.Soalan ini banyak berkait dengan penggunaan dadah untuk tujuan perubatan terutama keperluan negara-negara Afrika yang miskin.Sesi seterusnya dan yang terakhir ialah berkenaan tajuk "Challenges in promoting market liberalism and the way forward" dipimpin oleh Prof.Julian Morris.

Saya sempat mendapatkan buku secara percuma daripada Philip Steven yang merupakan hasil penulisan beliau bertajuk "Fighting the Diseases of Poverty".Kulit depan buku akan menarik iaitu tangan kanak-kanak kulit hitam memegang tangan orang dewasa.Usai program, semua peserta saling bertukar email dan nombor telefon antara satu sama lain.Sesi bergambar turut diadakan di mana semua peserta bergambar dengan ahli panel yang memberi ceramah selama tiga hari ini.


Apa yang dapat disimpulkan, program ini amat bermakna bagi saya kerana dapat berkenalan dengan ramai orang yang pelbagai latarbelakang.Saya merasa baru keluar dari gua "Manufacturing Engineering" kerana selama ini hampir 5 tahun bergelumang onak dan duri dalam bidang ini. Hahaha. Tetapi sebelum menyertai program ini, saya ada membuat homework sedikit mengenai tema program ini dan tidak terkejut sangat lah dengan tajuk dibincangkan.

Selain itu, saya amat suka dengan idea liberalism iaitu free market yang dibincangkan dalam program yang mana diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya Wealth of Nation.Dahulu semasa zaman sekolah menengah, sejarah zaman revolusi merupakan makanan kegemaran kerana saya amat meminati sejarah Eropah.Tetapi selepas memasuki universiti, tumpuan terhadap kejuruteraan telah membataskan pengetahuan saya dalam bidang lain seperti sejarah, falsafah dan ekonomi.Mungkin selepas tamat belajar nanti, saya akan kembali balik membaca ilmu yang telah lama saya tinggal.Huhuu..I miss u History..Hahaha

Berkenalan dengan rakan-rakan seperti Najwan, Amin, Afif, Azwan(Roy), Khairil, Rezal(JPM), Oliver ,Wan Firdaus dan Pak Khalid (Gedung ilmu) telah membuka minda saya mengenai bahawa luasnya ilmu yang perlu saya menerokai dan menjajahi. Ilmu itu tidak akan habis dipelajari kerana manusia akan sentiasa memberi nilai tambah terhadap sesuatu ilmu.Semua rakan-rakan yang aku kenali ini mempunyai pandangan dan hujah masing-masing tetapi halatuju ianya sama untuk menambahbaik kehidupan masyarakat dan kemakmuran negara.

Many thanks to Najwan for introducing me a good program (Freedom Academy).






Wednesday, January 21, 2009

Catatan Akademi Merdeka 09-2

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Sabtu /17/01/09

Hari pertama program dimulakan dengan sesi ceramah oleh Pak Khalid Jaafar dari Institut Kajian Dasar (IKD) berkenaan tajuk Kapitalisme:What and Why? Kupasan beliau banyak menerangkan apa itu kapitalisme dan kebaikannya kepada masyarakat dan pembangunan negara.Kapitalisme merupakan salah satu cabang dalam fahaman liberalism.

Kemudian slot ceramah kedua diteruskan oleh Barun Mitra dari Institut Liberty,India yang bertajuk "Answering critics: Free trade is good".Free market @ Laissez Faire merupakan salah satu ide liberal klasik yang ditonjolkan oleh Malaysia Think Tank.Usai sesi ceramah oleh Barun,kami dibahagikan mengikut kumpulan untuk berbincang dan berdebat sesama sendiri untuk mereka soalan berkenaan tajuk yang dibincang.Saya agak terkesan dengan kondisi perbincangan di mana semua ahli memberi buah fikiran dan dibantu dengan hujah-hujah yang jelas.Apabila melihat suasana perbincangan ilmiah ini, di dalam hati agak kesal apabila mengenangkan tiada ruang diskusi sebegini di kampus oleh disebabkan budaya ilmu tidak diminati oleh pelajar dan tidak digalakkan oleh pihak pentadbir.

Slot ceramah diteruskan apabila kami selesai menikmati hidangan tengahari.Tajuk ini agak berat berkenaan "The Impact of globalisation and trade liberalisation: a country by country analysis" yang mana 3 ahli panel akan mengupas isu ini iaitu Barun Mitra,Khalid Jaafar dan Xingyuan Feng.Kemudian slot seterusnya dipimpin Prof. Julian Morris dari UK mengenai "The Financial crisis : a critical analysis".Waktu ini ,saya tidak boleh memberi tumpuan apa yang disampaikan mungkin kerana persembahan beliau yang hanya duduk di kerusi atau saya yang agak mengantuk.Tumpuan yang hilang ini turut bersambung ke slot ceramah terakhir oleh Xingyuan mengenai "Development in China" tetapi sempat juga membuat beberapa catitan.

Pada sebelah malam, satu sesi rumusan dilakukan oleh Wan Saiful,Pengarah Malaysia Think Tank mengenai tajuk yang dibincangkan harini.Saya sempat memberi satu point mengenai apa yang yang dimaksudkan kapitalisme iaitu individual monopoly.Sesi ini cukup menarik bagi saya , dengan melihat banyak peserta memberi idea dan pandangan mengenai tajuk dibincangkan.Saya kira rumusan penting yang ditekankan ialah mengenai "free market" dan "competition ".


Usai sesi rumusan, ruang legar di luar dewan perbincangan menjadi "pot" diskusi@wacana malam.Topik panas sudah semestinya keputusan PRU kecil Kuala Terengganu di mana berpihak kepada PAS. Pak Khalid sebagai antara orang politik mengepalai perbincangan ini dengan bermacam-macam isu dibangkitkan.Saya sempat menyoal beliau mengenai peluang PR di Melaka yang menjadi homeground Pak Khalid dan balasnya mengesankan dengan penuh kenyakinan bahawa Melaka akan kita gapai selepas ini.Malam itu agak menarik ditambah dengan pemberian percuma buku-buka karangan tokoh terkenal oleh Institute Economic Affair(IEA)."

"Sedekah Jariah liberal/kapitalisme" - kata-kata Pak Khalid.

Nampaknya saya perlu menelaah lah buku-buku ini semasa cuti mid sem.









Monday, January 19, 2009

Catatan Akademi Merdeka- 1

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Akademi merdeka- Jumaat 16 Januari 09

Saya tiba agak lewat pada jam 7.00pm di Hotel Residence daripada waktu sepatutnya melaporkan diri iaitu sebelum 6.30pm.Hal ini disebabkan terlepas komuter di KL Sentral kerana kesesakan orang ramai dalam menaiki tren.Begitulah keadaan pada waktu puncak apabila hidup di KL ini, bagi rakyat marhaen seperti kita ini perlu bersabar mengharungi keadaan ini.Kekadang sedih melihat orang tua yang bersesak-sesak memasuki tren tetapi begini lah keadaan perkhidmatan awam kita walaupun dikatakan berbilion-bilion peruntukan diberi tetapi ia jatuh kepada kroni-kroni dan tidak kepada perkhidmatan tren.

Tiba di hotel jam 7.00pm,saya berjumpa dengan saudara Amin Ahmad untuk melapor diri.Orangnya ringkas,kacak dan wajah ala-ala Anwar zaman muda kata Najwan ..hahaha.Acara pertama jam 7.00pm itu ialah dinner di cafe.Makanan yang cukup enak dan menyelerakan untuk seseorang yang betul-betul lapar ekoran perjalanan yang jauh.Pada jam 8.00 pm, seisi ice breaking dan pengenalan program bermula oleh Amin.Semua peserta memperkenalkan diri dan saya melihat banyak pelajar universiti dan golongon profesional muda menyertai program ini untuk menimba ilmu baru bagi seseorang seperti saya.Kemudian seisi penerangan mengenai Malaysia Think Tank yang mana diketuai oleh Wan Saiful,Wan Firdaus dan Tunku Abidin Muhriz.Program terakhir pada malam itu ialah tayangan video mengenai "Globalisation is Good" di mana banyak memperlihatkan kesan globalisasi di negara-negara seperti Taiwan, Vietnam dan Kenya.


Selepas berakhir program, Najwan mengajak saya join Pak Khalid dan rakan-rakan lain seperti Afif dan Roy(Azwan) menikmati durian kerana dikhabarkan Pak Khalid mengidam durian.Kami menaiki kereta ke sebuah gerai di Bangi untuk menikmati durian.Apa yang menarik di sana saya melihat perbincangan ilmiah seperti isu liberal dan politik di KT menjadi perkara sampingan sambil menikmati durian.Isu-isu lain seperti surat Ezam dan sebab utama Ezam mengkhianati perjuangan juga mandasari perbincangan kami.Saya dengan Afif cukup meminati Ezam pada zaman reformasi dahulu dan dia juga simbol perjuangan anak muda.Pak Khalid mengatakan bahawa Ezam tidak ada pendirian tegas dan daya juang yang tinggi untuk menjadi pejuang.Saya sedih melihat dirinya kini dipergunakan oleh UMNO secara total apabila berlaku PRU.Selain itu ada perkara melucukan dalam diskusi durian itu Pak Khalid menyebut bahawa "orang liberal juga makan durian dan tidak perlu rasa kolot sangat untuk makan durian".

Pada jam 1200 am, diskusi terus bersambung di lobby hotel mengenai macam-macam isu.Roy membuka cerita lucu mengenai Uniten dimana dia berkata semasa interview, panel menanyakan first question "Did you know Saiful Bukhari?" dan ramai rakan lain ketawa besar.Wahh!!..Hebat juga penangan Saiful Bukhari sehingga membuat Uniten dikenali ramai.Seterusnya topik perbincangan berkisar mengenai hukum hudud, mahasiswa Malaysia yang lesu , liberal, dan sosialisme dalam Islam.

Kemudian datang pula Khaw Veon Szu, pengamal undang-undang dari GERAKAN yang baru tiba dari Penang.Perbincangan diteruskan bersama antara saya, Afif dan Khaw sehingga jam 2.ooam.Saya menanya beberapa soalan mengenai pemerintahan CAT Pakatan di Penang dari perspektif Khaw.

Beliau mengatakan bahawa sebenarnya agak sukar untuk mentadbir kerajaan PP dalam keadaan krisis ekonomi ini kerana kekurangan dana yang besar dan Penang tidak ada hasil mahsul seperti Kedah dan Kelantan.Kerajaan PP menpunyai masalah tanah dimana tanah dimiliki kerajaan amat kecil dan sebahagian tanah dimiliki oleh orang persendirian.Oleh itu, apa yang dilakukan oleh YB Lim Guan Eng untuk meminta dana adalah tepat dari kerajaan persekutuan.

Saya bersetuju dengan beliau bahawa kita perlu menyokong selagi apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri tidak kisahlah samada Pakatan dan BN itu membawa kebaikan kepada rakyat PP.







LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews