
Di sini saya mengajak rakan-rakan semua memanjat doa moga Tok Guru segera diberi kesembuhan oleh ALLAH SWT...AMEEN...


Menurut mereka, sekiranya struktur dan modus operandi penubuhan majlis berkenaan tidak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, dikhuatiri Majlis Ekonomi tersebut akan menjadi seperti majlis-majlis lain yang dilihat hanya berperanan sebagai ad-hoc ketika waktu-waktu tertentu.
Berikutan itu, tokoh ekonomi, Datuk Zainal Aznam Yusoff berpendapat, Majlis Ekonomi yang baru dibentuk itu perlu lebih fokus terhadap keutamaan dalam objektif penubuhannya.
Menurut beliau, ia penting kerana Majlis Ekonomi perlu bertindak dan memberi reaksi segera terhadap perubahan yang berlaku dalam persekitaran ekonomi semasa.
''Saya memberi pendapat begitu kerana saya melihat keputusan penubuhan Majlis Ekonomi ini kerana kerajaan memandang serius terhadap kesan kelembapan ekonomi dunia kepada ekonomi negara,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Di sini contoh keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia....
PKS dijangka terjejas teruk
KUALA LUMPUR 7 Ogos — Sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka terjejas teruk oleh kenaikan harga bahan mentah dan perkhidmatan serta kejatuhan ketara dalam keuntungan, demikian menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.
Kaji selidik itu bertujuan mengukur kesan harga bahan bakar baru kepada industri.
Penyusunan semula subsidi bahan bakar baru-baru ini dan peletakan harga gas asli baru pada Jun dan Julai telah menyaksikan harga yang tinggi, sekali gus memberi kesan kepada PKS dan ekonomi secara keseluruhannya.
"Namun begitu, adalah menggembirakan yang 58 peratus daripada responden mengatakan mereka akan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan untuk menangani cabaran yang sukar ini," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian pada sesi kedua Dialog Tahunan 2008 kementerian di sini hari ini.
Dialog tiga hari itu akan berakhir pada 11 Ogos.
Mengulas berkenaan dengan harga gas asli yang baru pula, Muhyiddin berkata, kerajaan telah menerima cadangan oleh industri supaya kenaikan harga dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk meminimumkan kesannya.
Untuk PKS yang menggunakan kurang daripada 2 juta kaki padu sehari (mmscsd), harga purata akan meningkat daripada RM12.87/ unit thermal British untuk setiap sejuta (MMBtu) kepada hanya RM22.06/ MMBtu.
"Malah, dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan PKS diskaun sebanyak 70 peratus daripada harga pasaran gas asli. PKS akan diberikan 13 tahun untuk menyesuaikan dengan harga pasaran memandangkan kerajaan akan mengurangkan diskaun subsidi sebanyak lima peratus setiap tahun, kecuali tahun lepas," kata beliau.
- Bernama
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mencari langkah dan cara baru bagi menarik pelaburan terus asing (FDI) ke dalam negara.
Presidennya, Tan Sri Yong Poh Kon berkata, antara langkah itu adalah membaik pulih proses penyampaian perkhidmatan sektor awam.
''Keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang telah menyebabkan FDI semakin sukar (diperoleh) kerana pelabur-pelabur asing bertindak mengurangkan pelaburan mereka.
''Oleh itu, kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi menjadikan Malaysia destinasi pelaburan menarik yang akan meningkatkan FDI negara,'' katanya.