INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts
Sunday, March 3, 2013
Najib arah polis siasat Anwar Ibrahim insiden Lahad Datu
Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan DS Anwar Ibrahim akan ditahan polis selepas Najib Razak mengarah polis menyiasat dakwaan Anwar sebagai "dalang" terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu.
PM Najib dan sepupu,Menteri KDN kini menerima kecaman hebat oleh pemimpin pembangkang dan rakyat disebabkan tindakan lemah dan berdolak dalih Menteri KDN yang tidak jujur melaporkan situasi ini yang sebenar kepada rakyat. Tindakan lemah dan berlembut Menteri KDN telah mengakibatkan kematian 7 org polis termasuk Pegawai dan anggota bawahan
Anwar Ibrahim akan saman UTUSAN dan TV3
PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.
“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.
INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?
Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.
Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
ANWAR IBRAHIM (1 Mac 2013)
Wednesday, July 27, 2011
Rakyat mahu jumpa PM Najib di KL Sentral dikasari POLIS
Kasihan juga pada Brader baju kuning yang mahu jumpa dan serah sepucuk surat kepada PM Malaysia, Najib Razak tetapi dihalang Polis dan akibatnya beliau ditahan.
Jika tonton video diatas, jelas Polis Malaysia membuat tindakan sembrono menghalang rakyat dari bertemu PM dan melakukan kekasaran kepada brader terbabit. Brader tadi tetap steady dan cool menyatakan dengan tegas apa kesalahannya sampai sergah kepada Polis bawahan yang masih memegang tangannya.
POLIS tiada jawapan konkrit untuk menjawap soalan brader itu ,APA KESALAHAN SAYA UNTUK BERTEMU PM?
Brader terbabit dikasari di hadapan PM NAJIB jelas menunjukkan tindakan Polis keterlaluan.
Adakah PM NAJIB takut atau fobia dengan WARNA KUNING ?
Saturday, July 23, 2011
Eksklusif - Video yang tidak mungkin ditayang Polis dan TV3
Video Top 10 Police Brutality !
Polis Cowboy dengan selambanya sudah tangkap rakyat dan kemudian TUMBUK PERUTNYA !
Subscribe to:
Posts (Atom)
