INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label buku jingga. Show all posts
Showing posts with label buku jingga. Show all posts

Friday, June 3, 2011

UMNO sibuk potong subsidi, Pakatan Rakyat bina rumah mampu milik di Selangor

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



KENYATAAN AKHBAR
3 JUN 2011

Kerajaan Selangor akan membina lebih banyak rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini sejajar dengan komitmen kerajaan Pakatan Rakyat untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat.

Setakat ini kerajaan negeri telah mengenal pasti enam lokasi untuk pembinaan perumahan mampu milik iaitu di Bangi, Antara Gapi dan Kota Puteri di Kuala Selangor, Taman Sains Selangor 2, Bernam Jaya dan Gombak.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor sedang mengenal pasti banyak lagi lokasi lain yang sesuai untuk pembinaan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat memiliki rumah sendiri.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pecah tanah projek perumahan mampu milik di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi , hari ini.

Sebanyak 124 unit pangsapuri mampu milik berharga kurang RM100,000 akan dibina atas tapak seluas empat ekar yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Keutamaan untuk memiliki rumah ini akan diberikan kepada keluarga berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan , ibu tunggal dan keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pangsapuri mampu milik ini yang berkeluasan antara 750 hingga 850 meter kaki persegi adalah antara pembaharuan yang akan dilaksanakan kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat dan ia terkandung dalam Buku Jingga yang menjadi manifesto Pakatan Rakyat.

“Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan PKNS akan diarah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja berpeluang memiliki rumah ini.

“Kerajaan negeri tidak mahu kelemahan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu berulang apabila orang yang berkemampuan diberi kelonggaran untuk membeli rumah murah dan menyewakan pula kepada orang lain,” kata Menteri Besar.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


Friday, April 1, 2011

Buku Jingga- Program 100 hari PR


(Sila klik di sini untuk muat turun Program 100 Hari Pakatan Rakyat)

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.


Untuk RAKYAT Sarawak ,

No.9 -Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

Ayuh SEBARKAN kepada seluruh rakyat Sarawak..

Kenaikan royalti yang dapat digunakan untuk Pembangunan dan Aktiviti ekonomi di Sarawak


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews