Thursday, April 17, 2014
Belangsungkawa YB Karpal Singh, Pejuang Keadilan Malaysia
KAMPAR: Bukit Gelugor MP and veteran DAP leader Karpal Singh was killed when the car he was travelling in collided with a five-tonne lorry near Gua Tempurung on the North South Expressway here early Thursday.
The impact of the crash at about 1am killed the prominent lawyer and his assistant, C Michael, on the spot. Karpal's son, Ramkarpal, and the car's driver, C Selvam, were injured.
Karpal's Indonesian domestic helper was also injured and is in critical condition.He was on his way to Penang to attend a court case later in the day.
Video Belangsungkawa YB Karpal Singh oleh Malaysiakini
Kata-kata Terakhir Karpal Singh Di Parlimen Malaysia kepada Speaker
"Jangan main-main dengan Perlembagaan"
Thursday, September 1, 2011
Tokoh Bahasa Datuk Hassan Ahmad meninggal dunia
Kagum dengan ketokohan dan prinsip perjuangan Datuk Hassan yang kental dalam memperjuangkan dan memartabatkan Bahasa Melayu.Antara jasanya yang saya kagumi ialah memimpin gerakan bantah PPSMI pada tahun 2009.
Al Fatihah .... kepada tokoh intelektual tersohor negara ..
Anak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi tadi. Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat Kuala Lumpur, pagi esok sebelum Zohor.Hassan meninggal dunia hari ini adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera.
Allahyarham Hassan, yang meninggal dunia selepas mengadu sakit perut pada pukul 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya, meninggalkan balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, serta dua anak perempuan Aida dan Hasmirawati.
Sepanjang 13 tahun di DBP, beliau naik setakuk demi setakuk iaitu dari pengawai penyelidik kepada ketua bahagian penyelidikan, pemangku pengarah, pengarah dan akhirnya ketua pengarah.
Sepanjang tempoh itu, Allahyarham berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik serta berupaya menerbitkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu.
Anak sulung daripada lapan beradik yang dilahirkan dalam keluarga bekas pegawai polis itu menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948).
Selepas itu, anak kelahiran Muar, Johor tersebut melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar sehingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada 1955.
Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian pada 1962.
Friday, June 10, 2011
Pemergian OMAR OTHMAN, pemidato hebat PRM
dipetik dari blog Tukar Tiub
SALUT UNTUK ORANG YANG BERANI!

OMAR OTHMAN : PEMIDATO POLITIK PRORAKYAT YANG GENIUS (1935-2011)
Saudara Omar Othman dilahirkan di Batu Maung pada 10 Ogos 1935. Anak jati Pulau Pinang ini mendapat pendidikan rendah di dua buah sekolah, iaitu Sekolah Melayu Kampong Jawa dan Sekolah Melayu Batu Maung, Pulau Pinang. Pendidikan formalnya hanyalah setakat darjah enam. Persekitaran kampung telah membentuk peribadi beliau sebagai seorang yang budiman. Putera ini adalah anak sulung daripada dua beradik kepada seorang ayah yang bekerja sebagai seorang drebar lori sementara ibunya adalah seorang suri rumah tangga.
Sosok Omar adalah seorang yang tinggi lampai, memiliki suara bariton atau garau dan berkulit sawo matang. Pribadi istimewanya adalah beliau merupakan seorang yang suka berkawan. Beliau gemar dan senang menjemput sahabat handai ke rumahnya untuk dijamu dan diberi keramahtamahan yang mesra. Antara berpuluh-puluh rakan karibnya termasuklah mendiang Usman Awang, seorang penyair dan sasterawan negara yang tersohor itu.
Umar mempunyai hobi suka memancing ketika masa lapangnya. Dia pun suka membela ikan, terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang beliau telah bela sebagai bahan yang sentiasa mengasyikkan beliau. Beliau lazimnya akan ke laut untuk melakukan aktiviti memancing dan membawa ikan segar untuk dimasak.
Dia mendirikan mahligai masjidnya dengan dua wanita; pertama Puan Mariyam Aziz dan dengan perkongsian hidup itu beliau mempunyai empat cahaya mata, tiga putera dan seorang lelaki sementara isteri keduanya adalah Puan Noraini Syukur, asal Perak dan dengan hasil perkongsian hidup mereka berdua ini telah dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata, dua puteri dan seorang putera.
Semasa usia dewasanya Omar telah membuat pelbagai kerja tetapi tidak pernah bekerja atau makan gaji dengan sektor kerajaan. Umar pernah bekerja sebagai seorang tentara kontark biasa selama 4 tahun dengan British Army di Singapura pada suatu masa dulu. Sekembalinya dari Singapura beliau mencebur diri dalam dunia perniagaan dan di samping itu juga beliau berminat dengan isu-isu politik. Garisan politik yang dipilihnya adalah politik yang memperjuangkan keadilan tulen.
Pendeknya politik yang memperjuangkan hak-hak demokrati rakyat, menghapuskan kemiskinan, mempertingkatkan taraf hidup masyarakat majoriti tanpa mengira agama atau etnik. Politik itu pula berhaluan kiri. Beliau memilih menjadi ahli dalam parti pembangkang, Parti Rakyat Malaysia(PRM) yang berlogokan kepala seladang. Parti ini ditanggapi pihak pemerintah sebagai parti berhaluan kiri.
Dalam pelbagai kerjayanya beliau turut juga mencebur dalam pertubuhan bukan kerajaan. Pada sekitar lewat tahun 70-an dan selama untuk satu dekad beliau telah menduduki jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Negeri Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) semasa itu dipimpin oleh Tan Sri Syed Abbas Al-Habshee. Semasa DPMMPP di bawah pimpinan Dato’ Abdul Rahman Maidin beliau turut menjawat sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Pemborong Malaysia.
Dalam pelbagai kariernya daripada menjadi kontraktor atau pengusaha kecil-kecilan beliau juga dapat menikmati suatu jawatan berprestij iaitu sebagai Timbalan Datuk Bandar Pulau Pinang. Beliau memegang jawatan itu selama dua tahun dari 1971-1972.
Pada satu peringat umurnya beliau telah didedahkan dengan satu panggilan tanggungjawab sosial oleh seorang sahabatnya bernama Mat Ishyak dari Tanjung Malim, Perak.
Mat Ishyak mengikut beliau telah berjaya menyakinkan beliau bahawa beliau mempunyai satu peranan penting dalam memberi kesedaran kepada rakyat jelata. Sebelum itu beliau sudah mempunyai kesedaran bahawa banyak kepincangan dan kezaliman angkara pemerintah telah wujud di depan matanya. Beliau boleh memberi kesedaran kepada masyarakat guna untuk memperbaiki keadaan yang tidak memihak kepada rakyat jelata.
Beliau menjadi ahli biasa dalam PRM. Sebelum itu Omar sudah mengikuti perkembangan politik negara sebelum dan selepas merdeka. Omar gemar mengikuti pidato para pemimpin seperti Sukarno dan Ahmad Boestamam, dua tokoh perjuang kemerdekaan bagi negara Malaya dan Indonesia. Bagaimanapun beliau lebih banyak terpikat dengan seorang pemimpin politik dan tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia, iaitu Ahmad Boestamam.
Ahmad Boestaman seperti umum diketahui adalah pengasas PRM. Umar terpesona dengan ketrampilan Ahmad Boestamam dalam berpidato. Ahmad Boestamam adalah seorang pemidato yang diakui ramai sebagai bersuara lantang dan berupaya memberi kesedaran politik kepada sebahagian besar rakyat Malaya pada era pra-Merdeka dulu.
Tanpa sebarang pendedahan formal atau latihan khusus dalam bidang pengucapan awam, Umar setelah lama bereksperimen akhirnya telah berjaya memperolehi kemahiran berpidato dengan begitu berkesan sekali. Ketika dalam era politik Malaysia yang membenarkan rapat umum sekitar tahun 60 dan 70-an dulu, beliau mempamerkan satu kebolehan berpidato di khalayak awam dengan begitu bermutu dan mengasyikkan sekali.
Ketika itu apabila ada rapat umum politik, Omar akan berpidato mewakili atau atas nama Parti Rakyat Malaysia Pulau Pinang di mana saja baik, misalnya di Pandang Kota Lama, Pulau Pinang, di Pontian Johor atau di Terengganu. Ribuan manusia akan hadir sehingga melimpah ruah gelanggang. Orang ramai datang berbondong-bondong untuk mendengar ucapan atau pidato beliau.
Ketika itu beliau adalah seorang putera dalam lingkungan 40-an, begitu bersiap-sedia dan bertenaga mempamerkan bakat berpidato dengan cemerlang. Bukan calang-calang insan boleh mempamerkan satu kebolehan berpidato di khalayak awam dengan begitu bermutu sekali. Umar memanifestasikan apa itu sebuah pidato prorakyat berkualiti kepada awam. Beliau berucap tanpa sebarang resipi yang beraromakan bangsa, agama dan budaya. Beliau tidak mengguna unsur-unsur etnik dan agama bagi memancing penerimaan hujahnya atau penerangannya.
Beliau seakan-akan mempamerkan seorang pemidato yang sangat jelas dengan konsep perjuangan rakyat, mengungkapkan dengan begitu yakin, dengan penuh jiwa raga, begitu yakin dengan isu yang rakyat sedangan alami. Beliau peka dengan jenis audiensnya, jika di kampung misalnya di Terengganu dia akan menggunakan isu kesulitan yang dihadapi oleh para petani dan nelayan sementara jika di bandar seperti George Town beliau akan mengguna isu-isu perkotaan yang dialami oleh pekerja kilang dan kemiskinan bandar.
Beliau banyak berceramah semasa partai PAS bergabung dengan BN pada tahun 1973. Masa itu PRM merupakan satu-satunya partai politik yang aktif memberi ceramah dan banyak menubuhkan ranting dan cabang di luar bandar. Ketika itu juga tidak wujud lagi kemudahan ICT seperti internet, blog, twitter, facebook, e-mel atau sms. Peluang bagi rakyak biasa memperolehi maklumat atau analisis alternatif perihal sosio-ekonomi negara mungkin diperolehi dari ceramah politik saja.
Tanyalah sesiapa yang pernah mengikuti pidato Omar akan bagaimana kualiti ceramahnya. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa rata-rata orang ramai akan bertanyakan: ’ Apakah Umar akan turun berceramah tak pada malam ini?’
Hampir setiap malam Sdr Umar dan pemimpin-pemimpin PRM lainnya akan memberi berceramah. Ketika itulah beberapa anak muda yang suka mengikuti ceramah politiknya akan terpengaruh dengan hujah-hujahnya dan ada di antara mereka akan meneruskan perjuangan mereka menentang kezaliman pentadbiran dalam kapasiti masing-masing di pelbagai ruang dan lingkup dalam kerjaya mereka.
Mengikut seorang pemerhati Dato Abdul Rahman Maidin, seorang tokoh korporat apabila beliau menghimbau ingatannya kepada berpuluh-puluh ceramah Umar, beliau merumuskan bahawa pada tahap kemuncaknya pidato Umar, pidatonya amat hebat, malah sama hebat dengan pemidato yang dibawa oleh tokoh seperti Anuar Ibrahim. Ramai tidak menafikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh pemidato kelas tinggi atau kelas pertama.
Dalam negara tidak ramai yang berstatus sebagai pengucap awam kelas pertama. Namun Dato Abdul Rahman Maidin telah memberi tanda aras kualiti pidato Omar adalah sama seperti Ahmad Boestamam. Pemidato kelas pertama boleh memukau para audiensnya. Beliau akan mengupas sesuatu isu masyarakat yang kompleks itu dengan begitu sistematik dan dipermudahkannya untuk difahami rakyat. Persembahannya tidak pernah menjemukan.
Mukadimahnya, isian, intonasi, kejelasan dan pengutaraannya begitu sempurna.
Banyak isu kompleks politik atau ekonomi yang melanda negara ketika itu akan dikupasnya dan mudah difahami oleh pelbagai strata masyarakat. Persembahannya tidak pernah menjemukan. Beliau dapat menghurai segala-galanya dengan analisis tajamnya seumpama seorang profesor sains ekonomi politik tetapi dibuatnya mudah difahami dengan contoh-contoh mudah dan dibumbui lucu yang menarik.
Sebuah pemidato yang hebat dan menawan boleh membuat para pendengarnya terpesona, terhibur dan terdidik. Beliau percaya bahawa bakat yang diberi Tuhan itu telah membolehkan dia menyampaikan sesuatu isu itu dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat yang mendengarnya.
Kini Omar Othman berusia 76 tahun, tiga tahun lalu beliau diserang oleh angin ahmar. Sejak itu Omar menghabiskan masanya beristirehat bersama isteri tersayangnya di Sungai Rusa , Balik Pulau. Beliau sering mengingat kembali era 60 hingga 90-an yang mana beliau telah banyak menyumbang tenaga melalui memberi ceramah umum menyedarkan rakyat akan sistem kezaliman yang harus dirobohkan melalui pilihan raya.
Beliau mengadap Illahi pada 1:40 pagi, 9 Jun 2011.
AL FATIHAH ...
Tuesday, June 15, 2010
Pemergian Ustaz Hassan Shukri


Jenazah Allahyarham disembahyangkan oleh hampir 500 hadirin dan diimamkan oleh TG Presiden PAS Haji Hadi...
Pimpinan lain semuanya berada dalam saf depan...
Waktu ni aku rasa sangat-sangat terharu bila tengok barisan pertama & kedua makmum dipenuhi oleh para ulamak & ilmuan agama...
begitulah hebatnya orang yang rapat disisi Allah, hidup dan matinya dikelilingi para ilmuan dan ulama.
macam mana hari kita esok..?

Ni selepas solat jenazah... Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan seiring dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi... TGNA memang tak dapat nak tahan sebak, then TGHH cuba tenangkan TGNA...
Sebaik TGHH pegang bahu TGNA, airmata TGNA turun lagi, aku tengok TGHH pun tak dapat tahan sebak jugak... habisnya, 2-2 Tuan Guru kesayangan kita sama-sama menitiskan airmata...
Agaknya masing-masing terkenang jerit-perih sama-sama berjuang menegakkan agama suci Islam yang kita sayangi dengan Arwah sampai ke tahap yang kita ada sekarang...
Harap-harap, mereka-mereka yang cuba nak khianat perjuangan ni fikir balik pengorbanan orang-orang yang kita sayangi samada yang masih ada atau yang telah pergi mengadap Illahi...
Jangan sia-siakan perjuangan mereka-mereka ini selama ini... jangan khianat pada perjuangan, jangan khianat pada rakan-ralan seperjuangan...
Sabar itu sifat orang-orang yang beriman, tak hari ni, esok, tak esok lusa... masanya akan tiba untuk Islam tertegak di bumi Malaysia...
AL FATIHAH kepada Arwah Ustaz Hassan Syukri
Friday, July 31, 2009
Pemergian ADUN Permatang Pasir
Menurutnya Pesuruhjaya PAS PP, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.
Baru-baru ini allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.
Menurut salah seorang anak allahyarham, Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi."Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.
Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.
Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.
"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.
"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.
Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.
Al Fatihah !!
Lihat gambar semasa jenazah telah dibawa ke Permatang Pasir untuk disemadikan.Klik Disini
Thursday, February 19, 2009
Pemergian Ibrahim Hussein

Noted artist Datuk Ibrahim Hussein died of a heart attack at the Pantai Medical Centre here early today. He was 72.
He leaves wife Sim Hussein and daughter Alia. The funeral is expected to be held this afternoon.
The artist, popularly known as “Ib,” was widely known internationally for his abstract work. He used a medium he called “printage” — a mixture of printing and collage.
He was also founder of the Ibrahim Hussein Museum and Cultural Foundation in Langkawi.
Al Fatifah to Allahyarham Ibrahim Hussein..

sedikit coretan oleh wartawan mengenainya di Kosmo




