INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, December 20, 2008

IJN akan diswastakan ,Siapa Untung ?

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Oleh AMin Iskandar @ Black


 Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.

Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. BN takut mereka hilang wang pertaruhan jika meneruskan usaha menswastakan IJN.



Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?

Selepas pilihanraya kecil di Kuala Terangganu, IJN akan diswastakan. Takkanlah tak faham-faham lagi taktik ni?

Posting Asal

Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Kata beliau,

“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”

Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.

Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?


Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penentangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Antara yang awal membantah adalah dari PAS melalui Ketua Penerangannya ,YB Mahfuz Omar melalui kenyataan disini bahawa PAS membantah keras penswastaan IJN ini.


Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.

Apa pula kata rakyat?


** Bagi saya rakyat bawahan terutama golongan berpendapatan rendah akan mengalami kesukaran untuk menjalani perubatan di IJN nanti disebabkan oleh kadar bayaran yang mungkin tinggi dikenakan terhadap pesakit. Anak Pak lang saya pernah menjalani pemeriksaan di IJN disebabkan anaknya yang mengalami penyakit jantung berlubang selepas dilahirkan. Tetapi anaknya meninggal dunia sebulan kemudian kerana jantungnya tidak dapat diselamatkan lagi.

Apa yang saya hendak tegaskan disini adakah selepas ini Pak Lang saya yang hanya bekerja sebagai penjual daging mampu untuk menghantar anaknya atau sesiapa sahaja mendapat rawatan di IJN ??

Bagi saya SIME Darby tetap sebuah konglomerat besar negara tidak akan berkompromi dari segi keuntungan seperti PLUS juga yang tidak menurunkan kadar tol walaupun sudah untung berlipatkali ganda.

1 comment:

Syuk said...

hoho...
mcm khir toyo cakap, org lain makan nangka, org lain kena getah...

difahamkan ini merupakan cadangan penswastaan dr sebuah syarikat kepada kerajaan, bukan kerajaan yang buat penawaran.

so, tugas kerajaan bila ada tawaran, akan dikaji la tawaran tu, ok ke tak, klu x ok atau x sesuai, reject atau tangguh.

sama la mcm klu ada org ajak kita buat jahat, kt pk, klu kt rasa x elok, kita jgn buat. simple.

sepatutnya kerajaan x dipersalahkan, Sime Darby yang mereng skit kod...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews