Jiwa Merdeka
Sapere Aude
Wednesday, August 31, 2016
Saturday, August 20, 2016
Bersatu Menegakkan Kebenaran dan Keadilan - Perutusan terkini TS Muhyiddin Yassin #Bersatu
Friday, August 12, 2016
Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia oleh Tun Mahathir & Pemimpin Parti BERSATU #Bersatu
SURAT TERBUKA
12 Aug 2016
Dr Mahathir Mohamad
Kepada Rakyat Malaysia,
Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru.
Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin.
Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.
Malaysia setelah Merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.
Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh. Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.
Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.
Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar Amerika.
Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.
Hutang Negara meningkat berbilion Ringgit.
Walaupun belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi dan agensi Kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.
Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.
Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi. Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.
Jenayah dalam Kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.
Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk. Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.
Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.
Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini. Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.
Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.
Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.
Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.
Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.
Pengurusan kewangan akan tertakluk kepada undang-undang dan aturan-peraturan baru supaya Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak boleh sembunyi sebarang perbelanjaan. Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.
Didikan dan latihan secara besar-besaran akan diberi kepada semua rakyat dari semua kaum supaya mereka dapat bekerja dengan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja mereka.
Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi.
Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka.
Kami percaya kami berpengalaman dan memiliki banyak idea untuk pemulihan ekonomi dan politik negara yang kami akan jelaskan dari masa ke semasa.
Oleh itu sertailah parti kami demi kesejahteraan kehidupan kita semua.
TS Muhyiddin Yassin akhirnya mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) #BERSATU
PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti mengumumkan nama parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang terbuka kepada semua warganegara.
"Selaras dengan jaminan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bahawa permohonan kami akan diberi pertimbangan dan diluluskan maka saya berharap permohonan parti (Bersatu) ini akan mendapat kelulusan dengan seberapa segera daripada pihak pertubuhan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang permohonan kepada ROS di sini, hari ini.
Komen Pantherian:
Keahlian parti ini dibuka pada warga Bumiputra terutama Melayu termasuk Sabah dan Sarawak.
Jelas ia adalah parti seteru untuk ideologi bangsa Bumiputra untuk lawan UMNO. Dijelaskan juga oleh TSMY bahawa parti ini akan bertanding kerusi Parlimen atau DUN di kawasan yang sukar pembangkang menewaskan UMNO. Etc Johor atau Sabah.
Keahlian juga dibuka pada bukan Bumiputra tetapi hanya ahli Bersekutu.
Selamat Maju Jaya TS Muhyiddin Yassin !