INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, June 17, 2014

'Rumah Haram" di Kg Chubadak Tambahan akan tetap dirobohkan - Datuk Bandar DBKL

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu.

“Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.

“Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan,” katanya lagi.

Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.

Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.

'Apa yang tak munasabah?'

“Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.

“Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju,” katanya.

Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat. Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan.

Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran.
 
 

 @Pantherian - Satu tindakan zalim dan tidak bertamadun oleh Datuk Bandar DBKL yang mengikut telunjuk pemaju dan pemimpin politik. Penduduk Melayu yang meneroka tanah ini lebih 20 tahun sewajarnya diberi pembelaan oleh DBKL dan kerajaan setidaknya memberi pampasan dan layanan yang lebih manusiawi kepada mereka.

Jangan lah anggap mereka seperti penceroboh atau pendatang tanpa izin dirobohkan dan dihalau keluar bergitu saja.


SEBARKAN !! CERITA HAK TANAH KG WARISAN
https://www.facebook.com/photo.php?v=10152477883571147&set=vb.682166146&type=2&theater

Tuesday, May 20, 2014

"Quote of the Year "untuk jawapan balas ibu Dyana Sofya kepada Tun Mahathir

The mother of Teluk Intan DAP candidate Dyana Sofya Mohd Daud today responded to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad who had suggested that she had not done enough to impress on her daughter of Umno’s struggle for the country and the Malay race.Umno member Yammy Samad said she had tried to raise Dyana like Dr Mahathir’s son, Datuk Seri Mukhriz Mahatir but she ended up like the former prime minister’s strong-willed daughter, Datin Paduka Marina Mahathir.

"I tried to raise her like Mukhriz, but she ended up like Marina. I give all my children the freedom to chose what is right and wrong. Dyana is old enough to think about this,” she told The Malaysian Insider today.

Pantherians : Our Malaysian people will proud of your answer to Tun Mahathir.  Its an epic quote   !

Monday, May 19, 2014

Penamaan Calon PRK Teluk Intan : Dyana Sofia calon wanita Melayu pertama DAP

Penamaan calon DAP Dyana Sofia Mohd Daud , 27 tahun untuk Parlimen Teluk Intan harini diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Tim Presiden PAS Mohamed Sabu ,Tim Presiden Keadilan, YB Azmin Ali dan beberapa pimpinan lain Pakatan Rakyat.

#Dyana4TelukIntan

Saturday, May 17, 2014

Tarif elektrik naik untuk elak TNB rugi -PM ?

Tarif elektrik akan dinaikkan untuk mengelakkan TNB rugi - PM Najib Razak

Banner membodek Najib sebagai "Hero " oleh Pengurusan TNB yang pastinya mahu Najib menaikkan tarif elektrik.

TNB yang untung lebih RM 4 bil pada tahun 2013 kini mahu menekan rakyat supaya menanggung kos operasi TNB walaupun mereka sudah mendapat besar tahun lepas.

Adakah CEO TNB dan PM mahu rakyat menanggung beban kos TNB seterusnya mahu membuat keuntungan yang lebih besar lagi ?

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews