INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, April 22, 2008

Perlunya pengawasan ketat terhadap kanak-kanak oleh ibubapa




Ehmm sudah lama tidak mencoret catatan di blog ni,huhuu busy sungguh dengan LI report ni yela kan dengan tempoh 1 minggu sahaja selepasa tamat LI , kena submit report..erghh mmg teruk juga la minggu lepas tu.Tapi alhamdulliah siap juga LI report di Continental Component Malaysia Sdn Bhd.

Berkenaan tajuk post kali ini , saya ingin menceritakan kejadian semalam semasa hendak pulang ke rumah selepas selesai menghantar report kedai untuk di jilidkan.Saya telah terjumpa seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tepi jalan Bulatan Bukit Tengah berhampiran kilang Alagappa. Agak kehairanan apabila seorang kanak2 yang mungkin sekolah rendah duduk seorang diri di tepi jalan Bulatan Bukit tengah.Lalu saya berhenti motor dan bertanya dia kenapa dok dik sini sorang2 dik??Dia berkata tunggu van hendak ke sekolah dan cakap van datang lambat.. saya bertanya lagi Adakah van mengambil dik di sini?? tengah2 roundabout!!!....dia cakap ya..Pelik saya di buatnya mengambil penumpang di roundabout??? maybe jawapan kanak2 ni tak konsisten juga..yela budak-budak kn.

Kemudian ternampak van yang mengambilnya lalu dan tidak pula datang mengambilnya ..terus menghala ke Bukit Tengah.Kalu tadi van tadi stop ambil dia ..memang saya nk sound la tak kira tua ke muda ka...yela kan biar kanak2 tunggu dia roundabout..tempat yang bahaya dengan kenderaan yang lalu lalang semuanya laju..Budak tadi pun frust la.. van tak ambil dia.So, saya amik keputusan hantar dia ke sekolahnya iaitu Sekolah Rendah Agama Permatang Pauh.

Main bedal ja..dengan dia tak pakai helmet..redah la.Terpaksa dan darurat kan...huhuuu
Kesian juga la tengok..dia..akhirnya sampai juga ke sekolahnya.S empat juga tanya umur dia iaitu 8 tahun.

Apabila tengok wajahnya dok sorang2 kat tepi roundabout tu..terpikir di benak fikiran ini bahawa bahaya adik ni..takut berlaku accident ja..yela roundabout kenderaan memang banyak la.Lagi satu hati saya terpikir penculikan kanak2 sekarang ni semakin berleluasa..jadi kemungkinan adik menjadi mangsa penculikan tinggi..mana la tau ada manusia mana2 ka stop kenderaan dan cakap nak bawa hantar ke sekolah ..kemudian bawa ke tempat lain ka?? tujuan mungkin hendak menculiknya..?? Anyway ,masyarakat kena la prihatin dengan apa yang depan mata kita buka hanya dok nampak benda maksiat ja kan hehehe...contoh macam kanak-kanak ni..yang mungkin kebarangkalian terdedah kepada penculikan tu amat tinggi...sekali sekala kena jaga tepi kain orang juga kan.

So ,moral of the story , ibubapa perlulah menjaga anak2 ni dengan betul ,tak boleh main lepas tangan ,yela kalu ada van datang ambil..ke sekolah,kena pastikan yang hantar anak sampai dia masuk van. Kalau boleh pengawasan terhadap kanak-kanak tu perlu lebih ketat lagi.Kita taknak berlaku lagi kes seperti adik Syalini yang belum dijumpa sampai harini...

Ubah sebelum parah ,ubah untuk kesejahteraan bersama...

ikhwan hafiz 22/4/08







Sunday, March 23, 2008

Kuasa Sultan untuk kebaikan rakyat di Terengganu



Saya telah menjangkakan akan berlaku sesuatu yang luar biasa di Terengganu dan boleh dirujuk kepada artikel terdahulu mengenari kuasa Sultan dalam perlantikan MB. Sebelum ni dikatakan Lim Kit Siang menderhaka?? wah bukan main marah lagi pemimpin UMNO sampai sanggup berdemontrasi.Entah apa yang dijanjikan Idris kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.

Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan sama ada dirinya dilantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti ditonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Sampai ada pemimpin UMNO menyuruh Syahidan mencontohi Idris yang menerima apa jua keputusan.

Namun di sebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa-rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakonan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.


Kini yang tinggal adalah rakyat untuk menilainya. Apa bezanya Mohd Said dan Idris Jusoh? Baginda Sultan dibiarkan sendiri sedangkan ini lah masanya untuk Melayu bersama Kesultanannya bersatu untuk jatuhkan pengkhianat bangsa.

Melayu membiarkan kedaulatan Sultannya dipermainkan. Kalau perkara ini dibiarkan, sudah pasti pada masa akan datang bangsa lain turut membuat perkara yang sama. Jadi jangan salahkan Cina atau India kerana kurang ajar apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar kepada Sultannya.

Bangunlah bangsa Melayu.

Saturday, March 15, 2008

Kuasa Raja-Raja Melayu memilih pemimpin yang bersih dan amanah



Heboh PRU ke 12 selepas kemenangan Barisan Rakyat di 5 buah negeri dan memperlihatkan media massa kerap menumpukan ke arah perlantikan KM dan MB baru di negeri-negari Semenanjuang Msia dan Sabah.Paling panas ialah di Penang ,Selangor dan Perak dan alhamdulilah di Penang dan Selangor berlangsung dengan baik di mana MB dan KM di negeri tersebut telah mengangkat sumpah sebaai ketua negeri.
Cuma di Perak sahaja berlaku penangguhan dan keributan untuk jawatan MB dan Exco negeri sehingga campurtangan Sultan Perak supaya kesemua pimpinan pembangkang menandatangani surat persetujuan bersama dan akhirnya telah selesai dengan jayanya.Hanya menanti upacara angkat sumpah di depan Sultan Perak.Selain itu,isu arahan Lim Kit Siang ke atas pemulauan upacara angkat sumpah juga dikecam ramai Pimpinan UMNO BN yang kononya biadap dengan arahan Sultan.Bagi saya ,cara Lim tu adalah tidak betul dan bercanggah dengan semangat muafakat Barisan Rakyat.Bukan sahaja ramai orang Melayu yang membantah tetapi orang cina juga turut membantah di dalam blog beliau di atas kenyataan tersebut.Akhirnya beliau memohon maaf.Semuanya telah selesai di Perak apabila DSAI campur tangan dan muafakat telah terjalin kembali.Sekarang adalah masa untuk bekerja untuk RAKYAT !!

Tetapi kesannya telah dimanipulasi oleh media BN bahawa DAP anti Melayu dan biadap dengan Raja Melayu.Harini media massa saban hari telah mewujudkan api perkauman cukup besar di kalangan orang Melayu supaya memusuhi orang Cina.Sungguh kotor dan jijik manipulasi media(UTUSAN)yang ingin melihat supaya orang Melayu marah kepada orang Cina.APAKAH ini yang diinginkan pimpinan negara??

Saya membantah sekerasnya2 penyalahgunaan media massa untuk mewujudkan api perkauman.. di Malaysia!!!

Adakah kerana kalah di PRU12 ,mahu dikorbankan semangat perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia??

Kuasa sultan sekarang nampaknya seakan2 sudah kembali selepas melihat di Perak bagaimana Sultan Perak sendiri akan memilih MB baru.YB Nizar adalah pilihan yang tepat untuk Perak.Saya yakin dengan pilihan Sultan Perak melantik YB Nizar.Kemudian angin ini menyusur ke Perlis ,secara tiba2 semalam Raja Perlis telah melantik YB Dr Mat Isa Sabu ,Adun Bintong sebagai MB Baru Perlis.

Para penyokong Shahidan ketika ini sedang histeria kerana tidak dapat menerima hakikat yang berlaku itu, bahawa Shahidan Kassim bukan lagi Menteri Besar Perlis.

Shahidan sudah pun mendapat watikah perlantikan sebagai MB Perlis daripada Abbdullah. Beliau bercadang untuk menghadap Raja Perlis hari ini bagi menunjukkan dan memaklumkan kepada Raja yang beliau dilantik menjadi MB. Dalam bersiap sedia mungkin ketika sedang memakai samping, tiba-tiba tersebar berita Dr Mat Isa Sabu (Adun Bintong) telah dipanggil raja untuk angkat sumpah sebagai MB.

Begitu juga yang sedang berlaku di negeri Pantai Timur, Terengganu ketika ini. Seorang lagi orang yang beliau beri watikah untuk menjadi MB, Idris Jusoh masih belum dipanggil untuk mengangkat sumpah menjadi MB.

Sama seperti di Perlis, di Besut juga para penyokong Idris histeria dan menangis mengenang apakah yang berlaku.

Sultan Terengganu katanya tidak mahukan Idris Jusoh menjadi MB. Baginda mempunyai nama dan calonnya sendiri. Jangan ditanya apa sebab-sebabnya. Tentulah ada alasan kemas bagi Sultan Terengganu berbuat begitu kalau masakan baginda bertindak demikian.

Apa yang terjadi ini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah Umno. Raja atau Sultan tidak pernah melengahkan majlis angkat sumpah kecuali sultan Johor dan sultan Pahang.

Lain-lain sultan tidak pernah tunjuk feel begitu. Namun di zaman Abdullah ini nampaknya semua sultan telah berani dan menunjukkan kuasa masing-masing. Sultan tidak lagi takut kepada perdana menteri seperti mana sebelum ini. Apakah ini memberi gambaran bahawa sutlan dan raja juga tidak suka (berkenan) dengan PM Abdullah…

Mengambil kata2 juara Raja Lawak Musim ke 2 ,Nabil :

LU PIKIR LA SENDIRI

Sunday, March 9, 2008

Gelombang Kebangkitan Rakyat Marhaen


Alhamdulillah.Syukur Segala Puji-Pujian hanya kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Allah S.W.T adalah sebaik-baik pembalas bagi setiap penipuan. Walaupun manusia cuba untuk membuat pelbagai penipuan, namun segalanya dipatahkan dengan mudah oleh Allah S.W.T.

Kepada semua yang mengundi Barisan Rakyat (Alternatif), saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tidak terhingga. Semoga Allah S.W.T akan membalas segala budi baik anda pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) ini.

Politik Malaysia malam ini bergegar kuat susulan kemenangan besar-besaran parti pembangkang di banyak kerusi, termasuk merampas Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Saya melihat satu faktor Gelombang Kebangkitan Rakyat yang menentang kebobrokan pemerintahan Pak Lah yang lemah dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat.Kemenangan ini bukan hanya perubahan kaum bukan Melayu (India dan Cina ) sahaja ,tetapi perubahan orang Melayu yang memberi banyak sokongan kepada Barisan Rakyat.

Ternyata faktor Anwar juga antara faktor besar dalam menjana kemenangan BA.Dalam minggu terakhir kempen PRU ,semua media kuat menghentam Anwar sebagai pengkhianat negara kerana mengkritik UMNO/BN di Singapura.Ada benar juga bicara Prof Khoo Kay Kim di RTM semalam bahawa Anwar masih relevan dan jika kerap sangat mengutuk Anwar akan membuatkan rakyat marah dan meluat kepada BN.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan melihat kebangkitan rakyat itu sebagai undi tidak percaya kepadanya.

"Saya tidak melihat itu (undi tidak percaya). Ini hanya pendirian rakyat yang mahu saya meningkatkan lagi kekuatan," kata beliau.

Mengenai wujud tekanan pihak dalam parti supaya beliau meletakkan jawatan, Abdullah berkata: "Tak tahu siapa yang tekan saya."

Abdullah tidak menolak kemungkinan keputusan pilihan raya ini memberi isyarat bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan beberapa isu, termasuk kenaikan harga barang.

“Ini memberi mesej yang penting dan saya akan lihat isu berkenaan,” katanya.

Dengan tamparan sebegitu hebat, Perdana Menteri enggan bercaikap banyak dan beliau dipercayai akan membaca kenyataan yang disediakan oleh pembantu-pembantunya.

“Apa-apa pandangan mengenai keseluruhan keputusan pilihan raya ini, saya akan buat hanya selepas selesai keputusan semua kerusi,” katanya.

Menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang dilihat antara punca terbesar kekalahan BN dipetik oleh Bernama sebagai berkata: "Kami akan melawan semula".

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan BN yang kecundang. selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.

Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, turut mengalami kekalahan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut kecundang ialah 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin.


Tahniah Rakyat Malaysia!!!...anda bijak dalam membuat keputusan!!!

Suara Rakyat Suara Keramat !!!

Lawan Tetap Lawan!!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews