INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, November 13, 2010

Rakyat tunggak kekuatan KeADILan bukan tokoh besar- DS Anwar






SIMPANG RENGGAM 12 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini,'dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar yang juga Ketua Oposisi menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.

Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik
sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.

"Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini," kata beliau lagi.

Thursday, November 11, 2010

Pilih pemimpin yang setia


oleh Lan karim


sekadar renungan untuk semua sejak 99

tahun 99 – PKN ditubuhkan
tahun 2000 – marina yusof (naib presiden) gaduh dgn Dr chandra (timblan pres) .. Marina keluar …statement dia dalam utusan “menyesal masuk parti ini” … ada sapa tahu mana dia pergi…. Nell Onn (Ketua Wanita pertama) letak jawatan… atas alasan tak sesuai…

tahun 2001 – dr chandra resign as deputy president… bergolak kem abim dan non abim di kemaman… akhirnya anuar tahir (Setiausaha Agung) keluar parti masuk Pas la ni jadi AJK Pas pusat selepas beberapa kali mencuba …. Dr Manuaty merajuk … word dia “dont associate me with keadilan anymore” tak pa lah dia merajuk… nasib baik mus dan gobi boleh dipujuk…

tahun 2002 – dr chandra keluar parti. Ayat dia PKN dah lari dari perjuangan sekarang ni jadi pengerusi yayasan 1 malaysia…. zainur zakaria (naib presiden) pun keluar parti.. la ni jadi penasihat badan2 melayu…

tahun 2004 – sebelum pru 11, gerombolan 12 sahabat diketuai Ruslan kassim (ketua penerangan/PPN NS) keluar masuk Umno. Dalamnya Zaid, Hamdan, Hamidzun, Hanapiah man dll kemana mereka pi… sekarang jadi ahli Perkasa.. sebab Umno pun tak nak depa

tahun 2004 – lepas hj rahman osman(masa tu dia (timbalan presiden PKN) kalah di ipoh.. keluar masuk pas .. ada sapa tahu mana dia sekarang…nasib baik msk masuk he he buat ganti..

tahun 2007 – ezam (ketua amk) buat hal. Bina Gerak… hubungi semua orang2 diadi Msia ramai gak yg termakan dengan lakunan dia…. misi dia nak hancurkan azmin dan non partisan… itu kata dia lepas tu masuk Umno… ok lah sikit dalam ramai2 dia yg dapat senator

tahun 2007 – nalla pulak keluar pasal anwar tak bagi dia bertanding…. ok jugak sebab dapat jadi Presiden Muip.. apa ingat senang ke jadi Presiden…. ramai geng2 India ikut….

tahun 2009 – ahli parlimen dan adun PKR yang lompat masuk Umno dan jadi bebas… yg ini lagi teruk sebab tak da yang ikut… sebab pentingkan perut sendiri…

Agak2 Dato Zaid nak keluar ke…. dia tak bodoh… dia memang nak tunggu dipecat….. suapya dia boleh kata dia dah 2 kali kena pecat…. masa tu bloggger kertas boleh ajak dato Zaid masuk Pas

jadi kita fikirlah…. kita nak jawatan untuk apa sebenarnya…


*Pilih lah pemimpin yang setia kepada Parti dan mempunyai idea utk membawa parti maju depan.

Tuesday, November 9, 2010

Kuda trojan mabuk hentam Anwar Ibrahim


Kuda Mabuk

"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR).

"Saya di sini bukan untuk maki hamun. Semua masalah menunjukkan dengan jelas ia bermula dari diri Anwar sendiri," kata Zahid (atas, kanan).

Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar.

"Saya fikir Azmin hendaklah dilucutkan kelayakannya (bertanding timbalan presiden PKR) kerana anda tidak boleh, kalau di cabang itu yang tidak memihak kepadanya, maka disuruh cabang itu bermesyuarat semula. Orang yang menyalah gunakan kuasa mestilah dilucutkan kelayakan," kata Zahid.

"Pada hakikatnya kita tidak dapat menganjurkan satu pemilihan parti yang baik dan menunjukkan bahawa kita lemah. Kita gagal dan saya mahu mengubah ini kerana saya fikir rakyat dan parti berhak mempunyai yang lebih baik,

***Daripada 6 permintaan ZI, 5 dilaksanakan oleh JPP PKR kecuali peti undi lutsinar.

"Zaid yang juga bekas calon timbalan presiden PKR berkata sepatutnya parti tidak boleh ada pemimpin yang lemah dan selalu menyalahkan orang lain.

***Siapa lemah ? bukan hang ka...kalah di Sabah, letak jawatan & kemudian tembak (konon kritik la) orang lain. Ini pemimpin PONDAN dan tidak tahan uji.

Hilang Fokus slps PRU 12, Anwar GAGAL

Saya fikir ia bermula selepas 3/08. Selepas kemenangan besar, ramai yang mula memasang angan-angan, mereka mulai hilang fokus,”..

"Perlu ada fokus baru, kepimpinan baru. Anwar sebagai ketua umum telah gagal memastikan parti itu bersatu.

Seperti sekarang, beliau juga gagal memimpin pembangkang ke depan dengan polisi baru; seperti mana dia gagal pada 16 September; seperti mana dia gagal mengekalkan keutuhan (gabungan Pakatan Rakyat) di Perak dengan membiarkan MP PKR berpaling tadah; seperti mana pembangkang dimalukan dan menjadi tidak keruan di Batu Sapi.

"Perlu diiktiraf bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berkembang dengan Anwar sebagai terajunya.

** Siapa yang lebih layak? Woi, nak lawan BN di Parlimen? Kupasan pjg lebar belanjawan kerajaan Bik Mama yg beli baju dlm,kelambu ni? Hang boleh ka Zaid?ekonomi reti ka...lawyer pn hang loyar syarikat sahaja.


Zaid boleh ka ni..hang ke dunia Islam bicara dunia Islam dgn pemimpin islam, depa kenal hang ka ni? Qardawi kenal tak? Taha jabir kenal hg tk?

Geng pemimpin eropah dan US kenal ka Zaid ibrahim? Erdogan kenal ke?

Hang boleh ka berdemo dan lead demo mcm anti ISA, Anti menara 100 tingkat Bik Mama,..?takkan lepas kat anak muda chegu Bard shj..


Saya juga nak lihat parti kuat, supaya kerajaan akan lebih bertanggungjawab, telus inilah politik saya. Saya bukan buat ini untuk menunjuk-nunjuk," katanya.

Ditanya siapa yang sepatutnya menjadi ketua PKR yang baru, Zaid dalam nada gurau berkata:

"Saya fikir saya boleh. Tetapi terpulang kepada rakyat menentukannya.

Ayat terakhir itu boleh memberi gambaran kepada kita SIAPA ZAID IBRAHIM..?

Ini lah cita-cita sebenarnya masuk PKR selepas dipecat UMNO mcm hanjeng dan sampah..

Mahu jadi Presiden Parti ...Ketua Umum PASTINYA...hahaha dan harapan mahu jadi PM ke 7
jika PR mendakap Putrajaya....

Gila Kuasa ....

Apabila GAGAL di Sabah, buka cerita tak telus la, JPP bermasalah, ...baca kenyataan Saifuddin dibawah:

Hakikatnya, daripada 87 cabang, Zaid telah menang di sebanyak 38 cabang. Itu jumlah yang tinggi. Saifuddin berkata, jumlah itu mengatasi jumlah cabang yang menyokong dua lagi pencabarnya - Azmin Ali (37) mahupun Mustaffa Kamil Ayub (11).

"Tapi Azmin masih menang sebab mobilisasi jentera Azmin lebih daripada calon lain.
"Kalau ada manipulasi, mustahil Datuk Zaid menang di 38 cabang," katanya.


Zaid Loser ini apabila kalah, hentem & blame Anwar & Azmin....

Tetapi tak nilai dirinya sendiri....Ada turun PRK Batu Sapi?

Hanya harap kempen manager tak cukup kawan...,blogger tegar MSK & ASD tak cukup..

rakyat Sabah nilai sumbangan hang di Sabah, apa sumbangan pada kempen utk menangkan

calon parti , Sdr Ansari..? yelek?

DZI - Pelan tindakan yang licik, kononnya akan taat setia pada presiden rupanya memandang rendah ttg kewibawaan DSWA kerana wanita. Beliau sebenarnya ingin menjadikan DSWA sebagai boneka apabila menang sebagai Timb. Presiden . Beliau juga ingin memastikan jawatan Ketua UMUM tidak ujud dlm keadilan utk menyingkirkan DSAI dari persada politik negara. Syukur Alhamdulillah, Allah Maha Besar.
-Sdr Abd Wahab Ibrahim, calon MPP dr melaka
Strategi Zaid tak susah dibaca.Dia takkan keluar parti,dia akan buat dirinya dipecat Dalam Umno,Zaid letak jawatan Menteri 'atas sbb prinsip',tapi tak keluar parti. hadir ke majlis parti pembangkang utk buat diri dipecat..Sama juga dalam Keadilan,beliau letak jawatan dan umum tarik diri drpd Pemilihan,dan skrg serang Anwar secara t'buka utk buat diri dipecat..

Sdr Adi hamka ,Presiden AIC (dari Twitter)





Sunday, November 7, 2010

Cara betul bodek pemimpin UMNO



Ini Anugerah Wira Wanita 1 Malaysia untuk Bik Mama...

Tak pernah pun dengar RISDA ada anugerah macamni?

Apa sumbangan Bik Mama pada wanita Pekebun kecil Risda?

Apa kejadahnya Wira Wanita 1 Malaysia ini?

Ini semua adalah cara Al Bodeki Pemimpin Gerombolan utk jadi Calon PRU....

Hahahah Rahim tak bagi la , kata ini anugerah dari Bini dia....

Cara Mengampu UMNO...

Hampa Laki Bini bagi Sama la...

Confirm Rahim Calon PRU nanti !..hahahha



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews