INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, July 13, 2009

PRU Manik Urai

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Tuan Guru Nik Aziz isytiharkan cuti umum esok sempena prk Manek Urai. Ini bagi membolehkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kelantan keluar mengundi. Langkah ini pernah dibuat oleh Kerajaan P.Pinang ketika prk di Permatang Pauh ketika Anwar bertanding.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'. "Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Meilepas.Bercakap di sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu."Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya seperti dilaporkan.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manek Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu "sebagai satuibadah".Tambahnya, beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik apabila tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut sehingga ini.

Selamat Mengundi kepada penduduk Manik Urai !!.

Wednesday, July 8, 2009

Perjuangan Rakyat Hapus PPSMI berjaya

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



"Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

Saya menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI ini merupakan kejayaan besar perjuangan rakyat yang dikepalai oleh pejuang-pejuang bahasa seperti Datuk Hassan dan Pak Samad Said dan beberapa tokoh lain begitu juga NGO-NGO seperti Gapena, PKPIM dan juga parti-parti politik seperti PAS dan PKR.

Saya yakin juga bahawa perjuangan saya sehingga ke Perhimpunan Bantahan PPSMI di Masjid Negara tidak sia-sia dan telah mencapai objektifnya iaitu PPSMI dihapuskan. Walaupun saya ke sana keseorangan tetapi perjuangan kita bukan secara individu kerana di sana ramai lagi pejuang bahasa baik dari warga tua sehingga golongan muda turut sama berarak ke Istana Negara untuk menghantar memorandum bantahan.Teringat kata-kata Pak Said dahulu semasa berarak ke Istana Negara bahawa begini caranya untuk berjuang untuk bahasa Melayu apabila ditembak dengan gas pemedih mata oleh FRU.

Tahniah semua Pecinta Bahasa !!...anda berjuang untuk anak bangsa kita.



Monday, July 6, 2009

Nasib berbeza Kg Buah Pala dan Kg Sg Batu

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Pampasan RM200 ribu yang dipersetujui adalah sudah mencukupi malah terlalu besar untuk setiap keluarga di Kg. Buah Pala. Lim Guan Eng memang tertekan dengan berbagai isu yang timbul sekarang. Beliau menafikan kononnya beliau tidak mahu berjumpa dengan penduduk Kg. Buah Pala, tetapi 2 Timbalannya YB Dr Mansor dan YB Ramasamy telah bertemu dengan penduduk Kg. Buah Pala dan beliau anggap telah berjaya. pampasan itu sudah lebih dari cukup.

Cuba kita imbau kembali isu perpindahan yg memang kerap berlaku di P. Pinang terutamanya melibatkan orang Melayu yang terpaksa pindah. Pada tahun 2006 di Kg Sg Batu sebagai contoh, bayangkan mereka terpaksa pindah dalam bulan Ramadhan ketika mereka sedang bersiap sedia menyambut hari raya. Tidakkah ini terlalu kejam namanya. Cuma ketika itu BN yang perintah jadi media arus perdana langsung tidak buat liputan. Mengapa TV3 dan yang sepusat dan sepusing dengannya tidak datang walaupun telah dijemput. Cuba kes ini terjadi sekarang sudah tentu ia menjadi isu besar.

YB Syed Amerudin Adun Bayan Lepas yg ketika itu Exco Perumahan bertindak seolah2 wakil pemaju bukan membela nasib rakyat orang Melayu yang mengundinya. Beliau tergamak melihat orang Melayu diusir keluar ketika mahu menyambut hari raya. Beliau turut sediakan lori lagi untuk mereka pindah. Inilah sikap YB Syed Amerudin wakil rakyat UMNO yang kononnya nak bela nasib orang Melayu. Penduduk Sg Batu tidak bernasib baik jika nak dibandingkan dgn penduduk Kg Buah Pala yyang akan dapat pampasan RM200 ribu. Penduduk Kg Sg. Batu hanya dapat sebuah rumah berharga RM40.00 sahaja. Itupun setelah PKR dan PAS campur tangan.

Blog Din Binjai

Berita Harakah April 2008 -

Sebahagian penduduk Kampung Sungai Batu, Balik Pulau terus berendam air mata kerana tidak dapat berpindah ke rumah flat di Taman Vanila ekoran ketiadaan wang berbuat demikian terutamanya kos penggangkutan dan kegunaan persiapan menduduki kediaman baru.

Rata-rata mereka mengharapkan pampasan setelah rumah mereka dirobohkan oleh Pemaju Perumahan Guan Bee Hup Kee Sdn Bhd untuk saraan hidup bila ditempatkan di kediaman baru lima tingkat itu kelak.

Harakahdaily dimaklumkan, perkampungan yang dirobohkan pada 31 ogos 2006 iaitu seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri kini dibangunkan perumahan bertaraf mewah.

Mereka ditempatkan sementara di rumah panjang sebelum pemaju menyiapkan rumah flat lima tingkat.

Bahkan, ramai yang mendakwa tertipu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Syed Amirudden Syed Ahmad merangkap Exco Perumahan Negeri sewaktu era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana bersuara bagi pihak pemaju setiap kali pertemuan diadakan.

Bukan itu sahaja, mereka juga kecewa dengan sikap Pengerusi dan Setiausaha Badan Bertindak yang dilantik kerana bertindak senada dengan pemaju dan akhirnya lakonan mereka terbukti apabila mereka mendapat keistimewaan.

Salah seorang penduduk, Siti Aminah Salleh 47 berpendapat, sukar untuk berpindah ke diaman baru sebab tiada wang samada untuk kos perpindahan, penyelenggaraan atau membayar sewaan nanti.

Jika pemaju memberikan pampasan beliau percaya isu ini tidak timbul sebaliknya berjalan lancar kerana penduduk bukan menentang pembangunan. "Kami hanya mahukan pampasan.

Barulah semua boleh hidup selesa dan kami pun dapat merasai nikmat pembangunan," tegasnya kecewa.

Sekarang ini hidupnya terumbang ambing kerana hilang mata pencarian apabila gerainya diroboh tanpa sebarang pampasan.

Rakannya, Jamaliah Ismail 55 pula kesal bekas Adun Bayan Lepas terus lepas tangan bilamana kalah dalam pilihanraya umum lalu.


*** Apabila bab Melayu dianaktirikan dan dihalau dari kampung mereka, kita cakap tak mengapa la tetapi kalau kaum lain liputan media cukup meluas untuk memperjuang nasib rakyat kononnya.Ini merupakan satu perbedaan yang jelas oleh media kita yang selective memilih isu mengikut kehendak politik. Lihat bagaimana kaum India di Kg Buah Pala cukup kuat dengan dokongan Hindraf yang cuba bermain api perkauman dalam memperjuang hak penduduk India kampung tersebut. Walaupun diberi pampasan yang boleh menjadi mereka jutawan pun masih mempertahankan kampung mereka. Seingat saya, dahulu Melayu PP era 80an dan awal 90an menerima juga untuk dihambat keluar ke Seberang Perai dari Bayan Lepas dan Georgetown oleh kerana tanah mereka diambil untuk perindustrian dan pembangunan.Orang Melayu PP sanggup berpindah dengan menerima pampasan oleh kerana untuk melihat pembangunan di negeri PP. Fikir-fikir kan lah...



Friday, July 3, 2009

Jangan cetus perkauman di Kampung Buah Pala

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Media arus perdana kini giat memaparkan isu di Kampung Buah Pala yang semakin tegang lantaran semalam ekoran kedatangan 3 wakil Mahkamah Tinggi negeri bersama pemilik tanah kampung ,wakil Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri dan pemaju projek ,Nusmetro Ventures Sdn Bhd yang diiringi polis untuk menampal notis di semua rumah untuk mengosongkan rumah sebelum 3 Ogos 2009.


Penduduk yang berhimpun di tengah jalan masuk ke kampung berkenaan sambil memegang sepanduk dan melaungkan ‘Pemaju Jangan Beri Masuk Rumah’, ‘Halau Mereka Keluar’ dan ‘Hidup High Chappral.

Bagaimanapun, keadaan riuh rendah itu dapat ditenangkan polis dan penduduk kemudian hanya membenarkan wakil mahkamah mengunjungi setiap rumah yang terlibat untuk menyerahkan notis.

Saya melihat ada pihak yang kini cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dengan membangkitkan isu perkauman terhadap permasalahan ini.Mereka cuba menyatakan bahawa hal ini adalah disebabkan isu kulit dan kaum yang merupakan sebab utama permasalahan ini.

Kenyataan keras dari Pemimpin Hindraf dan Pengerusi penduduk kg tersebut ,M Sugumaran cukup berbahaya dan boleh membangkitkan ketegangan kaum di P.Pinang. Ucapan Sugumaran semalam yang disiarkan live di TV dan akhbar adalah seperti berikut:

" Ini kerana pemaju projek (Nusmetro Ventures ) dimiliki Melayu dan penduduk pula adalah bangsa India, bayangkan apa akan terjadi hari itu (3 Ogos) , sudah pasti perselisihan akan berlaku"

Selepas meneliti akhbar semalam, saya mendapati Pengarah Urusan pemaju ini berbangsa Cina begitu juga pegawai tertinggi syarikat yang lain dan mungkin beliau mensasarkan kepada pemilik tanah tersebut. Oleh itu saya menyangkal kenyataan di atas yang cuba membangkitkan semangat perkauman di kalangan kaum India.

Pimpinan PAS PP juga melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenyataan perkauman beberapa individu terhadap isu kampung tersebut.Demikian ulasan beliau :

"Ada unsur-unsur mengapi-apikan isu perkauman dalam kes Kampung Buah Pala.

"Pihak tertentu diharap jangan mempergunakan isu berkenaan untuk melebarkan pengaruh mereka semula tambahan lagi mengaitkan api perkauman, " ujarnya.

Pihak keselamatan tambah Mujahid Yusof Rawa, harus segerakan siasatan serta tindakan jika terdapat usaha pihak tertentu melagakan kaum walhal kes itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa ada dorongan pihak tertentu yang sedang mencari publisiti.

Menurutnya, pihak pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhn wajar membayar pampasan secukupnya kepada penduduk sebelum memulakan projek pembinaan walaupun tanah itu merupakan tanah TOL.

Diharapkan semua pihak baik penduduk kampung, pihak pemaju dan penyokong hak kampung tersebut supaya bertenang dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan mengeluarkan kenyataan provokasi perkauman yang membangkitkan kemarahan pihak lain. Kita tidak mahu di Pulau Pinang berlaku lagi ketegangan kaum di Kg Rawa beberapa tahun yang lalu berulang kembali.




LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews