INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, June 19, 2008

Peluang Jana Pendapatan Melalui Agent Topup

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pergi Kerja Pagi , Balik Petang……… Dapat gaji bayar hutang.

A dakah anda ingin hidup begitu dengan cara hidup lama anda.

Rezeki takkan datang bergolek TANPA USAHA !!!

Jika orang lain boleh dapat RM1000-RM3000 sebulan, secara part-time kenapa Tidak Anda? Anda pun boleh…

Jadilah pengguna bijak. Barangan yang anda beli sebenarnya boleh menjana income yang lumayan!!

(Kami mepunyai senarai rekod pendapatan Agent yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan)


Teknik & Formula paling sistematik & terkini

1) Modal Rendah (RM65), Hanya Sekali, Seumur hidup

2) Kerja sejam dua sehari dari rumah

3) Pendapatan setiap minggu, pendapatan yang konsisten & boleh diwarisi

4) Tiada penekanan penjualan produk

5) Tiada had masa, terpulang pada kepantasan bekerja

6) Terbuka pada semua golongan termasuk pelajar.

7) Mengawasi semua transaksi melalui akaun peribadi & internet

Program apa ni? Skim Cepat kaya ke?

Tidak. Mymode merupakan sebuah perniagaan sah yang berdaftar,

diasaskan oleh Syarikat Asia Mobile Commerce Privilledge Sdn. Bhd.

yang menyediakan perkhidmatan SMS Prepaid. Dengan pendaftaran

keahlian RM65, anda sah sebagai Agent Mymode dan secara tidak

langsung merupakan ‘Tokey Prepaid Topup’ dengan kedai bergerak

beroperasi 24jam, tidak kira masa, tidak kira tempat

Siapa boleh sertai perniagaan ini?

1) Mempunyai handphone.

2) Tahu SMS.

3) Ada akses internet samada dirumah atau pejabat.

(Tidak wajib, tetapi satu kelebihan)


Sudah bersedia untuk mengubah hidup anda?

Jika “YA” sila buka website ini:


http://prepaid4u.net/?id=ikhwanhafiz

KONGSIKAN PELUANG KEEMASAN INI DENGAN RAKAN-RAKAN ANDA!!

Friday, June 6, 2008

Respon dan fakta mengenai minyak


Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak secara mendadak.

11.30 pagi ini beberapa teman - teman mewakili parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bertemu atas nama 'PROTES' di Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Pertemuan yangturut melibatkan pertubuhan mahasiswa itu telah memutuskan satu perhimpunan yang mensasarkan 100,000 rakyat akan berkumpul di KLCC pada 12 Julai 2008 membantah kenaikan ini.


Tuntutan PROTES ialah kerajaan segera menarik kenaikan harga minyak.

Dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut saya menegaskan
  • Pengumuman kenaikan semalam membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menipu dalam kempen pilihanraya yang lepas. Pada 25 Febuari semasa melancarkan Manifesto BN PRU 12 beliau menafikan minyak akan naik selepas PRU dan bebberapa kali menyebut bahawa minyak tidak akan naik 'tahun ini' dalam ucapan PRUnya. Jelas manifesto dan janji Pengarah Pilihanraya BN tipu !

  • Kenyataan menyelamatkan subsidi minyak untuk dimasukkan ke Tabung Makanan Negara amat diragui kerana ketika kenaikan terakhir minyak yang kononya menyelamatkan RM4.4 billion untuk disalurkan demi memperbaiki sistem pengangkutan awam jelas gagal. Tiada sebarang pembangunan meningkatkan pengangkutan awam yang konkrit di buat. Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai. Yang jelas dalam pakej tersebut syarikat berkepentingan keluarga Perdana Menteri yang membuat untung kerana dianugerah kontrak kerajaan atas nama usaha meningkatkan pengangkutan awam. Dan ini pasti berlaku lagi kali ini.

  • Kenaikan minyak akan mengheret kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan lain juga. Hujah kerajaan kononya akan mengawal atau ada cara mengawal harga juga karut , semalam sahaja jelas kerajaan gagal mengawal stesen minyak apabila lewat petang banyak stesen minyak yang tutup kononya atas alasan habis minyak tetapi kembali menjual minyak selepas jam 12 tengah malam dengan harga baru untuk membuat untung lebih. Kerajaan begitu lemah sehingga pemilik stesen minyak juga tidak menghormati kerajaan dan mengambil kesempatan terhadap penguna.

  • Rebet tunai satu cara yang mengarut. Bayangkan bagaimana jika orang yang kaya memiliki kenderaan lebih dari satu maka kenderaan yang kurang digunakan juga mendapat rebet tunai. Sebaliknya orang yang tak berkemampuan yang hanya ada satu kenderaan menggunakan sepenuhnya kenderaan itu tentu malang bagi mereka.

contoh kiraan rebet tunai
Jenis Kenderaan : Proton Pesona
Kapasiti Tangki : 50 liter
Kekerapan minima isi minyak : 4 kali tangki penuh sebulan
Jumlah penggunaan sebulan : 50 L x 4 kali = 200 liter

Harga lama (RM1.92 per liter)

200 L x RM 1.92 = RM 384/sebulan x 12 bulan = RM 4608


Harga baru (RM2.70 per liter)


200 L x RM 2.70 = RM540/sebulan x 12 bulan = RM 6480


Maknanya beza setahun ialah RM 1872 tetapi rebet hanya RM 625.

  • Tindakan ini yang umpama hadiah kepada rakyat yang mengekalkan BN sebagai kerajaan Pusat (walaupun dengan kemenangan yang boleh diragukan) tidak boleh di diamkan. Rakyat atau mana - mana organisasi digalakkan mempertingkat usaha kempen kesedaran dan bantahan terbuka. Protes - protes aman digalakkan khususnya di luar Kuala Lumpur.

  • Rakyat perlu disedarkan kenaikan semalam bukan kemuncak, bulan Ogos ini harga minyak akan diapungkan mengikut pasaran dunia. Harga minyak negara tidak boleh dibandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak, kerana sebagai negara pengeluar minyak jelas Malaysia antara negara yang menikmati keuntungan besar hasil minyak dan gas tetapi mendera rakyat dengan harga yang tinggi. Kerajaan kapitalis BN ini jelas bertindak 'double standard' kerana rakyat dikerah mengikut parasaran dunia tetapi koporat kaya seperti pengeluar tenaga bebas (IPP) dan TNB akan terus diberi subsidi dan kenaikan tarif yang menguntungkan mereka tetapi menzalimi rakyat. Harga kereta Malaysia contohnya tidak mengikut pasaran dunia mahal ada yang lebih 3 kali ganda pasaran dunia ini hanya untuk memastikan rakyat terus di dera tetapi kapitalis besar untung sakan.

  • Seperti biasa setiap kali kenaikan rakyat di kerah berjimat.... tetapi bayangkan ketika rakyat derita malangnya elit politik terus menikmati hidup mewah. Contohnya didedahkan di Parlimen baru - baru ini bagaimana penasihat PM dibayar RM 1 juta wang rakyat.

PROTES akan mengadakan 'road show' seluruh negara menerangkan berkenaan isu ini dan untuk mobilisasi ke arah 12 Julai 2008.



Monday, June 2, 2008

Gesaan mansuh Caj Pentadbiran PTPTN yang membebankan


Tukar separuh pinjaman PTPTN pada biasiswa

KUALA LUMPUR - Seorang senator menyarankan supaya 50 peratus daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukar kepada biasiswa, manakala caj perkhidmatan bayaran balik pinjaman dihapuskan.

Senator Datuk Roslan Awang Chik berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan bebanan bayaran balik pinjaman yang terpaksa ditanggung pelajar dan bagi melahirkan modal insan bermutu untuk pembangunan negara pada masa akan datang.

Katanya, isu pelajar terbeban dengan bayaran balik pinjaman dan caj perkhidmatan yang tinggi adalah antara faktor yang menyebabkan tercetusnya tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12, Mac lalu.

"Bagi mengelak tsunami itu berulang, kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang sesuai untuk memastikan pembangunan modal insan dapat dilaksanakan dengan terancang. Dahulu, kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar dan apabila tamat pengajian, pelajar dijamin dengan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan akademik.

"Tetapi kini, bukan hanya tidak dijamin pekerjaan apabila keluar daripada institusi pengajian tinggi, malah fikiran pelajar sudah tersemat satu perkataan iaitu 'berhutang' kerana apabila mereka menamatkan pengajian, hutang antara RM50,000 hingga RM60,000 tidak termasuk caj perkhidmatan menunggu mereka,'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini semalam. - Bernama

PTPTN tidak cadang beri biasiswa

02/06/2008 6:04pm

KUALA LUMPUR 2 Jun — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang untuk memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang berikutan dana pembiayaan badan itu tidak mencukupi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata pinjaman PTPTN disediakan untuk memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.

“Cadangan untuk menukar 50 peratus pinjaman kepada biasiswa tidak dapat dilaksanakan kerana bayaran balik oleh peminjam (penting) bagi memastikan dana sentiasa mencukupi untuk pelajar akan datang,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini hari ini.

Mengenai caj perkhidmatan pinjaman PTPTN sebanyak tiga peratus, beliau berkata kementerian sentiasa peka masalah peminjam dan sedang mengkaji sama ada caj perkhidmatan perlu dihapuskan serta kaedah pembayaran balik pinjaman.

Idris juga berkata dalam usaha merealisasikan universiti Apex, institusi pengajian kelas dunia, pemberian autonomi kepada universiti berkenaan akan dipertingkatkan.

"Sekarang universiti hanya diberi autonomi dalam beberapa urusan seperti pelantikan pensyarah secara kontrak di kalangan pesara, pensyarah bukan warga negara dan pelantikan pensyarah gred Khas Jusa A,” katanya.

— BERNAMA

**** Menarik saranan oleh Senator Datuk Roslan ,nampaknya beliau amat peka dengan masalah mahasiswa di IPTA tempatan tapi sedih juga mengenang jawapan oleh Pak Menteri baru ,Datuk Idris??huhuuu ..mungkin terdapat kekangan.

Bagi saya sebagai pelajar , kalu tidak boleh pun menukar kepada biasiswa ,diharap la kerajaan dapat menghapuskan caj pentadbiran yang memang tak masuk akal dan membebankan para pelajar apabila membayar balik pinjaman dan mengurangkan jumlah pembayaran balik pinjaman bagi pelajar cemerlang yang mendapat CGPA 3.5 ke atas atau 3.00 ke atas.

Untuk kategori pelajar cemerlang ini perlulah membezakan antara kursus2 kritikal dan bukan kritikal.Contoh kursus-kursus kritikal adalah seperti kejuruteraan ,perubatan dan bioteknologi.Pelajar kursus kritikal ini boleh la dikategorikan cemerlang jika mendapat CGPA 3.00 ke atas jika dibandingkan dengan kursus bukan kritikal yang mesti mendapat CGPA 3.5 ke atas.Bagi pelajar cemerlang ini adalah diharapkan kerajaan dapat mengurangkan pembayaran balik pinjaman mereka sebanyak 50% atau 70%.Ini sekaligus mungkin dapat menggalakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik.

Di harap kerajaan dapat membawa khabar gembira kepada golongan mahasiswa..selepas setuju untuk melakukan semakan Akta AUKU.



Wednesday, May 14, 2008

Berhentilah memusuhi tanpa bukti



oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, MSTAR ONLINE

APABILA kita membaca al-Quran dan al-Sunnah, kita dapati Maha Adil adilnya Allah s.w.t. yang tiada suatu pun untuk dibandingkan. Adapun, dunia ini kelihatan tidak adil adalah hasil kerja buat manusia yang memusnah sistem yang indah dan cantik yang telah diletakkan oleh Allah untuk kehidupan.

Sama seperti mana manusia memusnah ekosistem alam ini, manusia juga dalam banyak hal memusnahkan sistem keadilan dalam kehidupan sesama manusia. Seperti rosaknya alam; sungai, ozon, laut, bukit-bukau dan pelbagai lagi sehingga dunia ini rosak lalu memberi mudarat kepada kehidupan manusia, demikian juga manusia memusnah keadilan, kedamaian hidup, simpati dan rahmat yang akhirnya memusnah ketenteraman hidup sesama manusia. Lalu manusia bertanya: “Di manakah keadilan Tuhan?” Mereka lupa berkata: “Inilah hasil kezaliman kita”.

Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Sekalipun Dia Maha Tahu tentang dosa-dosa manusia, tetapi di akhirat kelak manusia tetap akan dibicarakan di mahkamah agung Allah yang bertempat di Padang Mahsyar. Setiap manusia akan ditimbang dosa dan pahalanya sebelum dihukum.

Seperti firman Allah: (maksudnya) Maka Sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan Sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu. Kemudian Sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (para rasul dan umat mereka), dengan ilmu (berdasarkan pengetahuan yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami (Allah) tidak sekali-kali ghaib (maksudnya sentiasa mengetahui akan hal ehwal mereka).

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya). (Surah al-‘Araf ayat 6-9).

Jelas, Allah Maha Mengetahui segala perbuatan manusia, pun begitu diwujudkan sistem yang menunjukkan keadilan-Nya dengan ditimbang amalan manusia; baik dan buruk barulah dijatuhkan hukuman syurga atau neraka. Padahal jika Allah tidak membuat timbangan sekalipun, keputusan Allah tidak mungkin akan silap, kerana Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Ilmu Allah meliputi segalanya, namun demi menunjukkan keadilan, agar hamba-hamba-Nya tidak mempunyai sebarang alasan atau tidak puas hati apabila dihukum, diwujud sistem keadilan perbicaraan dan timbangan dosa. Firman Allah: (maksudnya) “Pada hari lidah, tangan serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Benar (Maha adil), lagi Nyata (keadilanNya)”. (Surah al-Nur: ayat 24-25).

Jika Allah tidak mewujudkan mahkamah perbicaraan di Hari Kiamat, adakah sesiapa yang boleh membantah Allah? Adakah sesiapa yang boleh menyatakan Allah tersilap dalam hukuman-Nya? Adakah sesiapa boleh menggugat kuasa Allah, seperti manusia menggugat kuasa pemerintah di dunia menerusi pemberontakan atau pilihan raya? Sama sekali tidak! Maha Suci Allah, tiada siapa yang dapat mencabar kebesaran kerajaan-Nya. Pun begitu diwujudkan sistem perbicaraan yang maha adil di mahkamah-Nya. Jika demikianlah Allah, apakah boleh di dunia ini manusia dihukum tanpa dibicara secara adil dan saksama?

Apakah wajar mana-mana peruntukan akta yang membenarkan seseorang dihukum dengan suatu hukuman tanpa diberi peluang membela diri? Mungkin seseorang boleh dikurung untuk sementara waktu siasatan, tetapi keadilan menyatakan dia wajib dibicarakan sebelum dihukum agar dia memahami apakah dosanya.

Jika manusia dihukum tanpa diberi peluang membela diri, maka jadilah macam peristiwa pembunuhan di Kuala Perlis baru-baru ini. Apabila mangsa dituduh mengintip seorang gadis, lalu diheret keluar dari rumahnya, dipukul beramai-ramai sehingga mati. Isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul. Khabarnya, kemudian mereka sedar bahawa mereka tersilap orang. Mangsa telah mati, dihukum tanpa dia mengetahui apakah dosanya. Jika pun itu dosanya, apakah berhak dia dibunuh? Justeru, agama memusuhi perbuatan menghukum manusia tanpa bukti yang sah dan perbicaraan yang benar. Maka perbuatan seperti ini adalah amat terkutuk.

Jika ada peruntukan undang-undang atau akta yang membolehkan manusia dihukum tanpa dibicara, maka ia adalah akta atau perundangan yang jelek. Sabda Nabi s.a.w “Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Justeru, jika ada akta dan undang-undang yang seperti ini, maka Majlis Fatwa patutlah bersidang dan membincangkan pandangan Islam mengenainya; secara adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Itulah peranan fatwa yang berkongsi dengan keperluan rakyat. Jika tidak, kita akan terpinggir dari arus masyarakat yang mahu kejujuran dan ketulusan dalam pandangan agama.

Dalam dunia terbuka pula, manusia akan dihukum disebabkan tuduhan yang tidak berasaskan bukti. Seseorang akan ditohmah, atau ditempelkan label yang buruk hanya kerana tuduhan tanpa perbicaraan atau alasan. Mungkin tidak dipenjara atau dibunuh, tetapi akan dihukum dalam masyarakat terbuka atas tuduhan yang dibuat oleh orang lain kepadanya.

Mungkin ada yang akan pandang sinis, atau menolaknya, atau mempertikaikannya. Kadang-kala kesan hukuman masyarakat itu lebih perit dari sebatan atau penjara. Dalam dunia Internet, ramai yang menjadi mangsa tuduhan tanpa bukti atau ruang membela diri. Dalam politik juga demikian. Pelbagai label akan dilekatkan. Dalam dunia agama pun lebih kurang sama, bahkan kadang kala ‘lebih kuat syaitan berperanan menghasut’.

Sejak dahulu, jika ada pihak yang cuba membuat pembaharuan dalam memajukan pemikiran golongan agama dan umat Islam, pelbagai tohmahan dilontarkan. Mereka dituduh ‘kaum muda’. Maka menjadi mangsa ketika itu Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin, Burhanudin al-Helmi, Za‘ba, Mustafa ‘Abdul Rahman dan lain-lain lagi. Sehingga tokoh besar seperti Buya Hamka dari Indonesia dilarang masuk ke Johor atas tuduhan yang sama. Hanya kerana ada kelompok yang hasad dan ingin menjaga kepentingan diri.

Hari ini jika anda berbicara tentang keterbukaan pemikiran, keluasan menerima pendapat, kembali kepada nas-nas Islam yang asal maka anda sekali lagi akan dituduh kaum muda, atau Wahabi atau liberal. Walaupun anda tidak tahu apa itu Wahabi atau liberal dan apa itu kaum muda. Tuduhan itu tidak memerlukan bukti atau alasan, cukuplah untuk dijadikan tuduhan kerana hanya pendapat anda berbeza. Tuduhan tanpa bukti atau peluang pembelaan diri adalah kezaliman. Ia selalu dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan.

Maka agama ini memusuhi tuduhan kosong tanpa alasan yang berteraskan dalil dan bukti yang ilmiah. Firman Allah: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah al-Hujurat ayat 11).

Perangai suka menuduh secara rambang adalah lambang manusia kehabisan alasan. Saya dukacita apabila ada pihak menuduh keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan peguambela Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani adalah menggalakkan orang murtad. Bahkan ada yang melempar tuduhan lebih berat kepada beliau kononnya membela untuk orang menjadi murtad.

Jika pembaca masih ingat, tahun lepas semasa awal-awal saya menulis di ruangan ini, saya menulis “Murtad: Antara Emosi dan Realiti”. Antaranya saya menyebut: “Di samping sesuatu yang perlu kita tahu bahawa seseorang itu menjadi murtad apabila dia melanggar batasan akidah Islam secara sedar, faham dan tidak dipaksa. Sama ada perlanggaran itu dalam bentuk perkataan, atau perbuatan, atau keyakinan.

Apabila perlanggaran itu dilakukan seperti menghina Allah dan Rasul-Nya, atau mengisytiharkan diri keluar atau ingin keluar dari Islam maka dia menjadi murtad. Kemurtadan ini tetap berlaku sama ada disahkan atau tidak oleh mana-mana pihak. Penyataan agama dalam kad pengenalan bukanlah penentu sebenar hakikat akidah. Ia hanya untuk urusan kemasyarakatan atau pentadbiran.

Ini bererti sekiranya kita berjaya menahan seribu orang yang mengisytihar diri keluar dari Islam agar tidak dapat menukar agama kad pengenalannya, kita sebenarnya menyimpan seribu orang murtad yang akan bertopeng dalam masyarakat muslim. Apa jadi, jika kad pengenalan itu dijadikan ukuran oleh beberapa pihak lalu berkahwinlah golongan murtad ini dengan orang-orang Islam yang sebenar?

Mereka juga mungkin menguasai institusi-institusi agama atas kebijaksanaan dalam bidang tertentu, sedangkan mereka murtad. Akhirnya kita menyimpan barah yang amat merbahaya dalam tubuh umat. Maka sekadar pertahankan perubahan agama pada kad pengenalan semata, bukan satu kejayaan. Bahkan mungkin menjadi musibah jika berleluasa. Kejayaan yang sebenar adalah mengembalikan mereka kepangkuan Islam secara reda dan menghilangkan kekeliruan mereka mengenai agama ini”.

Maka, keputusan mahkamah tersebut dan tindakan peguam bela berkenaan sebenarnya berusaha membuang barah dari umat Islam. Tanyalah akal yang matang; adakah seseorang murtad kerana ada ruang murtad di mahkamah? Atau seseorang menjadi murtad kerana hilang keyakinan terhadap Islam yang dianuti? Sudah pastilah jawapannya kerana hilang keyakinan terhadap Islam yang dianuti.

Jika demikian jawapannya, ubat kepada penyakit ini apakah dengan cara menghalang penukaran kad pengenalannya sedangkan dia hilang keyakinan terhadap Islam, atau meningkatkan dakwah dan kesedaran penerangan yang matang kepadanya? Tentulah dengan dakwah dan penerangan yang matang. Maka orang murtad bukan kerana keputusan mahkamah, tetapi kerana dakwah yang lebih, sedangkan peruntukan melimpah.

Juga boleh melunakkan hati golongan mualaf yang sudah menganut Islam dan keluarga mereka yang belum menganut Islam menerusi wang zakat. Mana perginya wang zakat yang ratusan juta dikutip saban tahun? Janganlah kita sempitkan konsep mualaf setakat yang baru menganut Islam sahaja. Luaskan kejumudan kita kepada nas-nas Islam yang lebih luas.

Mualaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat menjinakkan hati mereka kepada Islam. Janganlah ketika mualaf hidup susah bersama keluarganya kita tinggalkan, apabila meninggal kita merebut pula mayatnya. Masa hidup kita biar, masa mati kita tuntut, apakah itu keindahan Islam?

Dahulu saya mencadangkan masjid Cina. Ada yang buat tuduhan rambang kononnya nanti habis al-Quran dalam masjid tersebut akan dibaca dalam bahasa Cina. Solat pun dalam bahasa Cina. Inilah orang kita, kuat menuduh bukan kuat berfikir. Sehingga ada yang mengaku penasihat agama pun lebih kurang sama. Apakah di masjid Melayu dan India al-Quran dibaca dalam bahasa Melayu dan India?

Tujuan masjid yang saya cadangkan adalah agar masyarakat Muslim Cina dapat berinteraksi sesama mereka. Mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dengan itu banyak masalah dapat diselesaikan sesama mereka, kerana mereka mempunyai latar masalah yang berbeza dengan masyarakat Melayu yang kesemuanya dikatakan Islam.

Maka di masjid Cina, orang Cina lebih faham pengajiannya, lebih mudah berbicara dengan imam dan jawatan kuasanya dan seumpamanya. Maka kalau ada yang ingin keluar Islam atau nak masuk Islam, mereka boleh cari pendekatan terbaik sesama mereka. Mereka lebih faham. Tapi, ada yang membantah dan menuduh. Hari ini lihatlah betapa kita memerlukannya, tetapi kewujudan dihalang.

Eloklah kita berhenti memusuhi tanpa bukti dan faham, tetapi cuba gunakan neraca keadilan dan akal yang matang.


***This article tugs at my heart...

sedih, tapi itulah realitinya

Syabas Sahibus Samahah Dato Mufti di atas pengakuan yang ikhlas..


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews