Friday, July 24, 2009

Kerjaya di kala ekonomi suram

Akhirnya saya sudah mendapat juga pekerjaan di Philips Lumileds Sdn Bhd yang terletak di Bayan Lepas setelah tamat belajar pada bulan 6 lepas. Saya telah ditugaskan di bahagian pengeluaran (Production) dan bekerja secara kontrak selama 6 bulan dengan gaji yang saya kira lumayan.

Hari mula bertugas ialah 3hb Ogos pada jam 8.30am dan selepas itu saya mungkin akan bekerja secara syif kerja 7am -7pm dan 7pm-7am dan kerja 4 hari dan 3 hari cuti. Sebelum mula bekerja ini, saya akan mentelaah nota-nota berkaitan production dari Continental Automotive Sdn Bhd yang diambil semasa menjalani latihan industri dahulu.

Pada 8hb pula, saya akan ke KL untuk menghadiri Ujian Bertulis Khas untuk Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (SPA). Nampaknya persediaan rapi perlu giat dilakukan. Diharap semuanya berjalan lancar ke KL pada 8hb nanti.













3 comments: