INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, July 26, 2016

YB Afif : Kutuk tindakan Pemuda UMNO buat laporan polis pada 3 Pegawai Tertinggi Kerajaan

KENYATAAN MEDIA :  HENTIKAN ANCAMAN DAN PENGHINAAN KEPADA PENJAWAT AWAM

26 JULAI 2016

Angkatan Muda Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang melalui Naib Ketua Pemudanya, Saudara Khairul Azwan Harun, telah melakukan laporan polis terhadap tiga pegawai tertinggi kerajaan, iaitu mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan tuduhan komplot konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan yakin dan percaya bahawa apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga pegawai tertinggi kerajaan ini adalah atas rasa tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat Malaysia serta melaksanakan amanah mereka dengan sewajarnya. Tuduhan Pemuda UMNO bahawa mereka ini terlibat dalam konspirasi dengan membocorkan maklumat negara dan mereka-reka bukti berkaitan penyelewengan 1MDB adalah satu tuduhan liar yang tidak berasas. Laporan polis ini juga adalah satu penghinaan dan serangan terbuka kepada integriti institusi-institusi terpenting negara iaitu perkhidmatan awam, perbankan dan kehakiman.

Tindakan laporan polis ini membuktikan betapa Pemuda UMNO telah terpesong jauh daripada asas dan nilai perjuangan pergerakan itu yang seharusnya membela rakyat dan mempertahankan kedaulatan negara daripada pengkhianatan oleh pemimpin yang rasuah. Skandal 1MDB yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat adalah atas asas kesalahan dan penyelewengan dana yang telah menggunakan institusi kewangan di negara itu untuk tujuan pengubahan wang haram.

Angkatan Muda Keadilan dengan ini mendesak Pemuda UMNO untuk menarik balik laporan polis ini dan hentikan tekanan dan ancaman zalim seperti ini ke atas penjawat awam yang melaksanakan tugas mereka kepada negara dan rakyat. Pemuda UMNO juga wajib meminta maaf kepada ketiga-tiga pegawai kerajaan ini atas keterlanjuran mereka yang melakukan tuduhan liar dan tidak berasas.

Angkatan Muda Keadilan juga akan menentang habis-habisan sebarang tindakan daripada Polis Di Raja Malaysia sekiranya ada usaha untuk menahan ketiga-tiga pegawai tertinggi kerajaan ini dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Akta Pencegahan Keganasan demi menutup skandal 1MDB yang telah mencemar dan menggugat integriti Malaysia.

DR AFIF BAHARDIN
TIMBALAN KETUA
ANGKATAN MUDA KEADILAN

Sunday, July 24, 2016

SPRM bantu FBI dalam siasatan penipuan dan penggubahan wan haram 1MDB #MalaysianOfficial1

Abu Kassim: FBI had requested MACC's assistance on cheating, money-laundering probe

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today confirmed it is cooperating with the United States' Federal Bureau of Investigation (FBI) on an investigation into a businessman accused of cheating and money-laundering.

The businessman, said the commission, is alleged to have cheated 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and related parties.

The businessman is also said to have been involved in money-laundering and had taken the funds to the United States. MACC chief commissioner Tan Sri Abu Kassim Mohamed said the FBI had requested for MACC's assistance in the matter.

The MACC, he said, was doing its duty as recommended under the United Nations Convention Against Corruption.

"Based on the convention, all anti-corruption agencies need to extend support and co-operation when faced with a crime which involves multiple countries," he told reporters after attending a Hari Raya open house at the Kelantan MACC office here today.

He dismissed questions on extradition.

"No.. everything is as stated by the FBI.

We are unable to elaborate further as of now," he said.

The US Department of Justice had on Wednesday announced that it had filed civil forfeiture complaints, seeking to seize US$1bil (RM4.02bil) worth of assets allegedly obtained using funds siphoned from 1MDB.

http://www.nst.com.my/news/2016/07/160404/abu-kassim-fbi-had-requested-maccs-assistance-cheating-money-laundering-probe?m=1

Saturday, July 23, 2016

Pandangan Peguam berhubung saman sivil Jabatan Keadilan US isu dana 1MDB #MalaysianOfficial1




 Pandangan Peguam Syahredzan Johan isu Saman Sivil  oleh Jabatan Keadilan US di FB pada 23 Julai 2016

Saya perasan ramai pula yang kata kononnya tindakan yang diambil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Serikat itu campurtangan luar.

1. Ini bukan kes dalam Malaysia sahaja. Kegiatan 1MDB adalah di seluruh dunia. Saluran duit pergi ke Timur Tengah, melibatkan entiti-entiti di Singapura dan Switzerland, dan harta yang dibeli di Amerika Serikat. Ini bukan kes curi ayam dekat kampung.
2. Apabila jenayah dilakukan dalam bidangkuasa negara-negara ini, sudah tentu negara-negara tersebut akan menyiasat dan mengambil tindakan. Kalau orang asing songlap duit di Malaysia, sudah tentu polis Malaysia akan siasat dan pendakwa akan dakwa di Mahkamah Malaysia.
3. Jangan jadi naif bahawa Amerika Serikat berminat untuk tangkap dan dakwa mana-mana pemimpin negara yang mungkin terlibat. Malaysia adalah sekutu penting bagi mereka dalam rantau ini. Mereka perlu Malaysia untuk TPPA dan juga menentang keganasan.
4. Kalau ada pendakwaan sekalipun, ia dibuat terhadap orang-orang yang dinamakan dalam tindakan halang tebus yang difailkan DoJ. Tidak lebih dari itu. Ada kita pernah ingat mana-mana pemimpin dunia yang di dakwa di Mahkamah AS, apatah lagi dari negara sekutu AS?
5. Berbeza dengan Iraq, sebagai contoh. Saddam Hussein musuh AS. Iraq ada minyak. Jadi ada kepentingan strategik untuk AS jajah Iraq.
6. Jadi janganlah kata bahawa ini penjajahan baru dan sebagainya, sebab tidak ada kepentingan strategik untuk mereka jajah kita atau letak boneka, sebab memang hubungan antara Malaysia dan AS memang rapat dan baik. Obama datang Malaysia 2 kali. Siap boleh main golf bersama.


PENERANGAN : Tindakan Jabatan Keadilan US terhadap 1MDB oleh Peguam Yusmadi Yussuf  di FB pada 21 Julai 2016

Oleh kerana Utusan, TV 3, NST dan TheSTAR tidak akan melaporkan apa-apa perkara ini (mungkin sebab tak sempat print atau ruang akhbar terhad) maka wajar kita ketahui apakah isi penting yang disebut dalam tindakan terkini oleh Department of Justice Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB.

1. DOJ (Dept of Justice) mengumumkan bahawa mereka akan membeku lebih dari 1 Billion USD (4 Billion ringgit) aset di US seperti rumah-rumah mewah dan hak cipta filem Wolf of Wall Street.
2. Perbelanjaan wang 1MDB ini juga termasuk pembayaran hutang judi di Las Vegas, pembelian kapal layar mewah dan pembelian jet peribadi jenama bombardier yang berharga lebih dari USD 35 juta (RM 120 juta).
3. Diumumkan antara individu yang terlibat dalam tindakan ini (empunya aset) adalah Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) dan Taek Jho Low.
4. DOJ menyatakan bahawa aset 1 Billion USD (RM 4 Billion) ini merupakan sebahagian dari 3.5 Billion USD (RM 14 Billion) nilai jumlah wang yang dipercayai dicuri dari 1MDB.
5. 'Malaysian Official 1' merupakan antara penjawat awam yang juga dikatakan terlibat dalam skandal ini, walaupun namanya tidak disebut akan tetapi diterangkan bahawa Riza Aziz merupakan anak tiri kepada 'Malaysian Official 1'.
6. Lebih dari 100 Juta USD (RM 400 juta) wang 1MDB digunakan untuk membiayai filem 'Wolf Of Wall Street' sebuah filem yang mengisahkan cerita beberapa individu yang menipu dan mencuri duit orang ramai.
7. Filem 'Wolf of Wall Street' terbitan syarikat Red Granite Films yang dipunyai Riza Aziz.
8. DOJ menyatakan tidak satu sen pun dari sebarang keuntungan filem berkenaan ataupun dalam mana-mana aset dapat dirasai oleh rakyat Malaysia dan mereka becadang untuk memulangkan kembali semua kekayaan ini kepada Malaysia setelah selesai penyiasatan.

AMK Malaysia dokong saranan Bersih untuk Bersih 5.0 #MalaysianOfficial1

BERSIH 5.0 PERLU UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA 
23 Julai 2016
Angkatan Muda Keadilan menyahut cadangan gabungan NGO BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan aman, BERSIH 5.0 bagi menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, terutamanya selepas pendedahan dan tuntutan saman serta pembekuan aset oleh Jabatan Keadilan Amerikat Syarikat ke atas syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB. 
Ternyata skandal 1MDB ini telah meletakkan kedaulatan negara dan kedudukan sistem ekonomi negara dalam keadaan terancam. Tindakan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab ke atas 1MDB, untuk terus berdiam diri dan tidak meletakkan jawatan segera, adalah satu pengkhianatan kepada seluruh rakyat Malaysia. Imej dan integriti negara musnah dan kini dilihat sebagai sebuah negara yang bergelumang dengan rasuah dan tiada kedaulatan undang-undang. 
Perdana Menteri juga semenjak setahun yang lalu telah berjaya memusatkan kuasa kepada diri beliau dan telah menghancurkan keutuhan sistem kehakiman dan undang-undang negara serta berhabis-habisan menghapuskan musuh politik beliau demi menutup skandal rasuah terbesar dalam sejarah negara ini iaitu 1MDB. 
Kami berpandangan penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 adalah satu keperluan demi menyelamatkan negara ini dari terjerumus ke lembah kehancuran. BERSIH 5.0 adalah medan terbaik buat masa ini untuk rakyat Malaysia, berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, menuntut kembali hak kita sebagai rakyat. 
Angkatan Muda Keadilan juga bersedia untuk membantu mobilisasi seramai mungkin anak muda dan rakyat Malaysia, tanpa mengambil kira latar etnik, agama mahupun pandangan politik untuk turun berhimpun bagi menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan menuntut perlaksanaan reformasi sistem secara menyeluruh demi menyelamatkan Malaysia. 
DR AFIF BAHARDIN
Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan

Muhyiddin saran Peguam Negara bertemu Peguam Negara AS untuk tahu siapa #MalaysianOfficialOne

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum menulis kenyataan ini untuk memerhati gelagat pemimpin kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan Peguam Negara terhadap pengumuman yang amat mengejutkan oleh Peguam Negara dan pegawai tinggi Amerika Syarikat mengenai 1MDB dan tindakan perampasan aset milik mereka yang dinamakan hasil pemindahan wang haram yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS, mungkin juga dunia.

Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Maka ia adalah suatu jenayah!

Jika 1MDB dan Kerajaan Malaysia secara tegas mahu melindungi harta dan khazanah rakyat Malaysia dari kehilangan atau kerugian, pendedahan yang amat mengejutkan ini seharusnya mendorong mereka mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas MALAYSIAN OFFICIAL 1, Reza Aziz, Jho Low dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan Peguam Negara AS.

Sebaliknya, logikkah sebagai Perdana Menteri, Najib hanya menasihati rakyat Malaysia untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap penemuan yang mengejutkan dunia ini dengan berkata kes tersebut melibatkan mereka yang dinamakan sahaja dan proses perundangan masih berjalan?

Jika Najib seorang yang beramanah dan bertanggungjawab, apa yang dia sepatutnya kata? Mengejutkan! Ambil serius keputusan pihak Peguam Negara Amerika Syarikat, hantar delegasi tertinggi kerajaan untuk mendapatkan butiran terperinci dari Amerika Syarikat, tubuh sebuah tribunal bebas untuk menyiasat dan memulakan proses pendakwaan jenayah dengan kadar segera terhadap mereka didapati terlibat atau bersubahat dalam pemindahan wang haram berjumlah puluhan bilion ringgit yang amat memalukan negara. Ini kerana wang rakyat Malaysia dalam jumlah yang amat besar didapati hilang dan dilesapkan oleh mereka yang dinamakan.

Najib juga sudah sepatutnya menghantar Peguam Negara Malaysia dan Ketua Polis Negara ke Amerika Syarikat dengan segera untuk mendapatkan kerjasama negara itu supaya tindakan undang-undang Malaysia yang sesuai boleh diambil terhadap mereka yang terbabit. Najib juga sewajarnya telah mengarahkan Peguam Negara dan 1MDB segera menuntut wang yang dilapor dicuri daripada syarikat milik negara.

Nampak benar semua ini tidak dilakukan oleh Najib. Dia sebaliknya hanya berkata kes ini bukan kes jenayah tetapi kes sivil dan orang-orang yang dinamakan dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Adakah ini sepatutnya respon seorang Perdana Menteri terhadap kes penemuan sejumlah besar wang yang dicuri daripada sebuah syarikat pelaburan strategik negara? Adakah pembelaan terhadap individu yang dituduh terlibat dalam perompakan harta negara lebih penting berbanding pembelaan terhadap seluruh rakyat yang terpaksa menanggung beban kehilangan puluhan bilion ringgit wang negara? 

Saya mencabar Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya! Saya amat kecewa dengan sikap penafian yang teruk yang dinyatakan oleh dia dan konco-konconya berkenaan kes penipuan terbesar yang ditemui oleh pihak kerajaan Amerika itu.

Peguam Negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah! Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib? Siapakah MALAYSIAN OFFICIAL 1 yang difahami oleh Peguam Negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS? Jika dia tidak tahu, tidak bolehkah dia bertanya dengan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat siapakah dia MALAYSIAN OFFICIAL 1?

Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia. Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!

Yang sepatutnya dibuat oleh Peguam Negara Malaysia bukan melindungi Najib. Dia sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan demi memelihara kepentingan rakyat Malaysia yang telah kehilangan wang berbilion ringgit.

Beliau juga sepatutnya telah mengarahkan SPRM dan PDRM membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB. Bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan pasukan penyiasat negara asing menemuinya? Bukankah ini sepatutnya memeranjatkan Peguam Negara? Bukankah perkara ini yang harus diutamakan, bukan melindungi Perdana Menteri! Nampak benar rakyat Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan dia untuk melindungi kepentingan negara!

Apakah harapan kita untuk terus percaya dengan Perdana Menteri Malaysia? Tindakannya selama ini adalah untuk melindungi diri sendiri, bukan melindungi kepentingan rakyat Malaysia!

Rakyat harus sedar dan bangkit bersuara dengan berani menuntut mereka yang merompak harta negara dihukum. Seruan agar rakyat bangun menentang kemungkaran ini hendaklah mengikut lunas undang-undang secara aman dan tidak semestinya dianggap provokatif.

DYMM Raja-Raja Melayu yang menjadi Payung Negara yang telah pernah bertindak bertitah sebelum ini sewajarnya tidak boleh membiarkan Perdana Menteri bermaharajalela merosakkan imej negara dan maruah rakyat serta memusnahkan khazanah negara. Majlis Raja-Raja boleh bertindak menjadi benteng terakhir pelindung hak rakyat dan negara! Majlis Raja-Raja tidak menyalahi mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia atas semangat Raja-Raja Melayu berbuat sesuatu untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

Sahlah tindakan dan pendirian saya selama ini bahawa kes 1MDB adalah satu kes penyelewengan yang amat memalukan yang melibatkan Perdana Menteri. Ia adalah suatu yang sahih dan benar.

Dengan pendedahan yang tidak dapat lagi diselindungi oleh sesiapapun ini, maka kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah mengkhianati Rakyat Malaysia dan sepatutnya menanggung akibat daripada perbuatan salahlaku yang amat serius ini! Bukan sahaja ia merupakan kes jenayah dan sivil yang cukup memalukan, malahan dari segi moral pun Najib sebenarnya tiada pilihan lain selain meletak jawatan dengan serta merta!

Saya akan tetap berdiri teguh dengan pendirian saya dan tidak akan sekali-kali berundur daripada kepercayaan dan keyakinan saya dalam perjuangan mempertahankan hak dan maruah seluruh rakyat Malaysia!

Marilah kita bersatu hati dan bersama-sama berjuang untuk Selamatkan Malaysia!

Faiza Azamta Fatawakkal AlaLlah!


YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews