INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, February 24, 2014

Profil Pimpinan #AMKBaru untuk Pemilihan AMK 2014


Profil Calon Pimpinan AMKBaru untuk Pemilihan 2014

 
 
Barisan Pimpinan AMKBaru menawarkan 7  Gagasan untuk AMK


 Pengumuman YB Dr Afif untuk bertanding Timbalan Ketua AMK di P.Pinang mendapat sokongan kuat pimpinan AMK negeri di utara tanahair.

 Menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Parti.

 Beberapa pimpinan PKR turut hadir memberi sokongan antaranya Yb Xavier, Sdr Azmizam dan 
Sdr Hasmi Hashim
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sunday, February 23, 2014

#AMKBaru mengagaskan 7 gagasan untuk Pemilihan Pimpinan AMK 2014




ADUN Batu Caves, Amir Shari dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang menawarkan diri untuk jawatan ketua dan timbalan AMK sebagai pasukan 'AMK Baru' dalam pemilihan akan datang mengumumkan manifesto mereka yang dikenali sebagai '7 Gagasan Angkatan Muda', petang ini.

Tujuh gagasan itu adalah - memperkuat AMK, perkaderan anggota, membela nasib anak muda, pendidikan dan latihan politik, gerakan mahasiswa dan aktivisme anak muda, muafakat pemuda Pakatan Rakyat, serta menuju Putrajaya.

Di majlis yang berlangsung di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu, Amir turut memperkenalkan tiga calon naib ketua AMK dari pasukannya - peguam terkemuka Radzlan Jalaludin, Sangetha Jayakumar dan Raymond Bin Ahuar.

Bercakap dalam satu sidang media, Amir menjelaskan bahawa pasukannya akan bergerak dengan lebih jelas untuk memperkukuhkan PKR sebagai sebuah parti.

"Yang pentingnya pada saya kita menggariskan sasaran dan kerja yang jelas untuk kerja dan tugas anak-anak muda untuk memperkuat parti dan mengerakkan perubahan di Malaysia," katanya.

Terdahulu, Dr Afif menegaskan yang pasukan itu sebenarnya tidak semata-mata menawarkan individu sebagai calon tetapi membuat tawaran tujuh manifesto itu sebagai janji bersama.

"AMK Baru tidak tawarkan individu. Kami tawarkan tujuh gagasan untuk anggota KEADILAN," kata Afif merujuk kepada KEADILAN sebagai istilah anggota parti untuk PKR.

Pantherian :  SILA LIKE dan FOLLOW  #AMKBaru di  Facebook AMKBaru   , Twitter AMKBaru dan InstgramAMKBaru untuk keterangan pasukan AMKBaru dan aktiviti.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews