INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, January 8, 2014

Hard Rock Cafe Putrajaya untuk Melayu Islam ada nasyid & teh tarik?

Hard Rock Cafe dikenali dengan muzik keras dan tempat minuman keras berlaga gelas.Tetapi jika dibuka di Putrajaya, menteri berkaitan mahukan ia bercirikan Islam.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

“Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif,” katanya dalam sidang media.

@Pantherian : Hard Rock Cafe Putrajaya jual coke, teh tarik dan ada  persembahan nasyid ?

Haha lawak apa dibuat oleh Menteri  Nan .?

Hard Rock Cafe ini untuk Melayu Islam ASWJ?

Mat salleh, Ah beng, Muthu tak boleh masuk?




https://mobile.twitter.com/FaktaBukanAuta/status/420580989375500288?screen_name=FaktaBukanAuta

Monday, January 6, 2014

Mahkamah Rayuan putus BERSIH 3 tidak haram, tegur tindakan Polis guna hujah spekulasi

SHAH ALAM 6 JAN: Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Linton Albert, hari ini sebulat suara memutuskan arahan yang dikeluarkan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) cacat kerana tidak menepati perlembagaan dan undang-undang sedia ada.Keputusan itu memberikan kesan kepada pendakwaan terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin di Mahkamah Tinggi sebelum ini dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram.

Mohamed Azmin berkata, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh akan mengemukakan permohonan bahawa pendakwaan yang dikenakan terhadap kmereka sebelum ini terbatal dengan sendirinya di Mahkamah Tinggi dalam masa

Azmin berkata, Hakim Mahkamah Rayuan turut menegur polis kerana membuat permohonan menghalang perhimpunan pada saat akhir sehingga tidak memberi peluang kepada penganjur untuk mempertahankan diri.“Keduanya, sebelum polis membuat permohonan, mereka perlu beri jaminan kepada mahkamah bahawa perhimpunan itu boleh mencetuskan suasana tidak tenteram tetapi mereka gagal kemukakan.“Majistret juga dalam penghujahan peguam bela gagal melihat perkara ini secara perundangan tetapi hanya berdasarkan spekulasi bahawa kononnya akan wujud kekacauan atau huru-hara,” katanya.

Katanya, polis juga disaran supaya mengambil pengajaran dengan menghormati serta mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak untuk rakyat berhimpun secara aman.“Keputusan undang-undang tidak boleh dibuat berdasarkan spekulasi tetapi mesti mengikut Perlembagaan Persekutan dan undang-undang yang ada.“Apa yang berlaku harus menjadi pengajaran kepada polis supaya menghormati perlembagaan dan sedar perhimpunan adalah dibenarkan serta dijamin dalam perlembagaan, selain tidak berdasarkan spekulasi bagi kepentingan parti pemerintah,” katanya.

Sebelum ini, Azmin dan Badrul Hisham memfailkan rayuan untuk mengetepikan pendakwaan terhadap mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 atas alasan arahan Zaki mengharamkan perhimpunan itu sebagai bertentangan dengan PPA.-sumber berita Selangorkini.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews