INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, June 27, 2013

Perbahasan Titah Diraja 2013 Ketua Pembangkang oleh DS Anwar Ibrahim







@Pantherian :  Jom layan perbahasan dan perdebatan di Parlimen. Celahan terhadap ucapan Ketua Pembangkang yang menghiburkan oleh ahli Parlimen BN dan PR yang menghiburkan.


Tuesday, June 25, 2013

Dialog Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan

Sukacita bagi pihak Institut Kajian Dasar, saya memanjangkan jemputan kepada pihak saudara/saudari bagi menghadiri siri pertama dialog "Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan" bersama tokoh sejarawan negara Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Saudara Eddin Khoo selaku pemudahcara.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim adalah merupakan salah seorang pembentang asal dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan kali pertama yang dianjurkan pada 16 - 20 Ogos 1971 di Universiti Malaya. Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 adalah lanjutan kepada suatu kongres rakyat yang diadakan lebih awal iaitu pada 30 Disember 1957 - 2 Januari 1958 di Melaka atas nama Kongres Kebudayaan Melayu. Jarak waktunya antara kedua kongres tersebut ialah kira-kira 14 tahun. 

Kini selepas 42 tahun sejak Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, Institut Kajian Dasar mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan kali kedua dan hasrat ini dimulakan dengan penganjuran beberapa siri dialog "Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan".

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam  
Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam


Monday, June 17, 2013

Menteri Shabery Cheek mengalami "Technology shock" teruja dengan LIKE Facebook

 
 
Perbezaan yang kecil pemikiran remaja belasan tahun yang baru mula Sign Up Facebook dengan Menteri Penerangan yang berkelulusan Ijazah luar negara. 
Menteri Penerangan ini teruja akan teknologi Facebook sampai sanggup update di status Facebook jumlah LIKE dan mendakwa rakyat Malaysia bersama-sama saya ! Haha..

Saturday, June 8, 2013

World class Bridge kebanggaan JKSB runtuh, MD JKSB digesa digantung tugas



 

Projek Jambatan Kedua P.Pinang yang digunakan oleh Najib dan Rosmah sebelum PRU13 sebagai bahan kempen Janji BN kepada rakyat P.Pinang menjadi suatu tragedi mimpi ngeri. Punca awalan tragedi disebabkan "engineering failure" pada struktur binaan

Projek Jambatan Kedua PP ini juga dicanang di seluruh negara bahawa ini World Class Bridge seperti yang selalu diperingatkan oleh Managing Director JKSB, Dato' Ir. Dr. Ismail Mohamed Taib kini mula dipertikai tahap keselamatannya sehingga digelar kini Worst Class Bridge.

Sati kenyataan  awal oleh MD ini berkaitan runtuhan telah dikeluarkan dengan mengatakan " kejadian runtuhan  ini diluar jangkaan syarikat  "  KLIK DI SINI .





 Pengarah Urusan JKSB ada IR dan Dr  kata "ini diluar jangkaan"

Apa kita boleh faham maksud kenyataan Pengarah Urusan ini ialah JKSB sendiri sebagai Pegawai Penguasa (SO) tidak mampu menjangka runtuhan ini tak mampu mengesan awal akan runtuhan ini. Ini kenyataan cover up atau jawapan umum untuk pihak media tetapi alasan sebegini hanya mampu diketawakan oleh orang yang terlibat dalam kejuruteraan terutama dalam bidang kejuruteraan awam.

Untuk makluman semua, di dalam tapak projek pembinaan besar seperti ini terdapat Safety & Health Officer (SHE) dan juga Perunding Bebas yang dilantik untuk memantau dan melakukan audit keselamatan setiap masa ditempat kerja. Tugas mereka adalah memastikan kerja-kerja pembinaan dilakukan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan .SHE juga mempunyai kuasa untuk menegur, mengeluarkan NCR dan juga  arahan STOP WORK kepada kontraktor jika gagal mematuhi peraturan keselamatan.
 
Persoalan dalam tragedi runtuhan ini, apakah  Safety & Health Officer yang berpengalaman dilantik JKSB ini langsung  gagal mengesan awal kegagalan  struktur asas  (scaffholding)  seperti yang didakwa  DOSH hari ini ?


Terdapat berita kini tersebar di tapak pembinaan pagi ini, kawasan Work In Progress Cergas Murni Sdn Bhd telah diaudit keselamatan oleh Safety Officer JKSB.Safety Officer berkenaan telah menegur pihak kontraktor Cergas Murni dengan berkata " Bila nak perbetulkan support besi , nak tunggu collapse  ??  

Tak sangka masin sungguh mulut Safety officer berkenaan dan akhirnya jejambat runtuh  pada petang jam 7.00 pm itu disebabkan kegagalan  struktur scaffolding. Jika berita khabar angin ada asas kebenarannya maka ia satu kegagalan besar pihak JKSB sebagai Pegawai Penguasa dilantik kerajaan untuk menguruskan projek berbilion RM ini dengan baik dan selamat.

Saya yakin Jawatankuasa Siasatan tragedi runtuhan ini akan dapat mengenalpasti masalah ini sudah pastinya rekod kerja Safety Officer akan disemak dan pelbagai SOP pembinaan struktur asas penyambungan. Oleh itu, perlunya Pengarah Urusan JKSB  digantung tugas sehingga siasatan insiden runtuhan jejambat ini selesai mengambil sikap pertanggungjawaban terhadap tugas. Kematian yang membabitkan pemandu kereta Kelisa di bawah adalah cukup menyedihkan dan JKSB perlu bertanggungjawab.






Al Fatihah .....semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang beriman .

kereta kelisa Rohaizad dihempap konkrit JKSB 


 Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu tanpa penumpang lain.


Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar.

Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.klik DI SINI


JKSB  janji bayar RM10K untuk mangsa tragedi 

Georgetown: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) akan membayar pampasan kepada mangsa yang terbabit dengan tragedi runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pengarah Urusan JKSB, Datuk Prof Ir Dr Ismail Mohamed Taib, berkata pihaknya akan membayar wang pampasan permulaan sebanyak RM10,000 kepada mangsa yang terbabit dengan tragedi berkenaan. 

 Beliau berkata demikian kepada petugas media di lokasi kejadian di Batu Maung dekat sini, hari ini.


HENTIKAN JE  SEMUA KERJA JAMBATAN KEDUA INI ... 
MINTA JKSB  PERIKSA DULU DAN PASTIKAN 
 TIDAK MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN
ORANG AWAM 

Monday, June 3, 2013

PApagomo, Zul Nordin dan MB Kedah hadir memeriahkan majlis kahwin Saiful bukhari

Gambar kemeriahan majlis perkahowinan SAiful Bukhari dan pasangannya Nik suriani Wartawan TV3 dihadiri oleh pemimpin UMNO antaranya MB Kedah, Muhkris Mahathir, calon BN yang kalah PArlimen SHah alam, Zul nordin dan juga blogger pencacai UMNO, Papagomo.

Meriah mjlis kahwin ini muga dirahmati dengan kehadiran penfitnah dan pencacai2 UMNO.



Sunday, June 2, 2013

Pemimpin UG PAS,Nik Abduh salahkan Anwar punca gagal Putrajaya & mahu Anwar redha tewas PRU13

 Oleh UTUSAN

KOTA BHARU 1 Jun - Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus giat merancang perhimpunan Blackout 505 menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula menerima kekalahan pakatan pembangkang dan menyifatkannya sebagai takdir Allah.
.
Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menyatakan tidak terkejut dengan keputusan pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan sekali gus menafikan impian Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan (5 Mei lalu) adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan Pas.

“Keputusan PRU-13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat pakatan pembangkang. Pas melalui Presidennya (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah," katanya.

Nik Abduh turut menyentuh prestasi pembangkang di Sabah dan Sarawak yang kekalahan pembangkang di kedua-dua negeri itu membayangkan kelemahan jentera Anwar.

Kekalahan pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak jelas beliau, telah melenyapkan harapan pembangkang untuk memenangi Putrajaya seterusnya membentuk kerajaan meskipun berjaya menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung.

Dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa ‘kencing manis akibat janji manis bergula’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru dengan TGNA (Tuan Guru Nik Aziz), TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan guru politik dalam Pas, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas.

“Ya, DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan Pas dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah Pas. Tetapi, saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung Pas," katanya.

Beliau sehubungan itu menempelak ahli dan pendukung Pas yang sukar memahami maksud ‘menerima takdir Allah’ yang dianjurkan Abdul Hadi sehingga menganggap kekalahan pilihan raya lalu sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang didakwa mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sukar memahami sesetengah ahli Pas tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi.
“Sama ada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung Pas sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara kerana mungkin juga kedua-duanya bersalah," katanya.

Nik Abduh turut mengakui Pas masih gagal memikat undi orang Melayu di seluruh negara termasuk kegagalan parti itu membantu sekutunya PKR mengekalkan tiga kerusi Parlimen di Kelantan yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, Dewan Pemuda Pas sekitar tahun 2010 telah merumuskan bahawa Pas mestilah menumpukan usaha memikat hati orang Melayu yang didakwa masih liat untuk berubah.

Dalam rumusan tersebut katanya, Dewan Pemuda Pas juga mengingatkan semua jentera parti agar menjaga hati orang Melayu agar Pas dilihat mampu menggantikan UMNO.

“Pas perlu bertegas dengan isu orang Melayu sebagaimana UMNO dilihat begitu. Bezanya Pas hanya perlu menampilkan penyelesaian cara Islam yang adil dan bersifat memakmurkan hubungan antara kaum tanpa rasis UMNO. Justeru ia akan menambah undi Melayu selain mengekalkan undi bukan Melayu kepada Pas," katanya lagi merujuk kepada rumusan sayap Pas itu.
Nik Abduh turut menegaskan bagaimana Dewan Pemuda Pas telah berusaha menjuarai isu-isu Melayu dan Islam serta yakin memperolehi hasil yang agak positif.

@Pantherian :  Puak UG Ulama PAS melalui Nik Abduh sudah bersuara lantang dengan menyalahkan PKR terutama Anwar Ibrahim diatas kegagalan menawan Putrajaya.
 
Mungkin dia lupa PAS hilang negeri di Kedah, tumbang kekuasaan Azizan Razak "Keteqaq" di tangan Mukriz Mahathir. Selain itu,  banyak juga seat DUN PKR juga tewas kepada UMNO disebabkan Azizan. Orang Kedah tolak Azizan tapi PAS masih sayangkan Azizan dan letak dia mengepalai jentera Kedah yang akhirnya menguburkan PAS. Seat Parlimen Kedah kurang nak tawan Putrajaya? Mat Sabu pun melopong.
 
Mungkin Nik Abduh  lupa juga PAS tergolek juga di Terengganu yakni kawasan Melayu dan Haj i Hadi masih kempunan lagi untuk jadi MB menggantikan Ahmad Said. Presiden Pas dok berebut seat DUN Terengganu dengan PKR, akhirnya dia sendiri melopong nak jadi MB.

Jika kita membaca komentar Nik Abduh juga, kita dapat melihat bahawa Ulama PAS ini walaupun mereka kata nak perjuangkan Islam tapi persoalan bangsa Melayu masih membelenggu ulama UG Pas ini seperti apa diperjuangkan UMNO.
Ternyata kini suara Nik Abduh yang kini merasa gah menjadi Ahli Parlimen senada dengan pemimpin besar UG PAS, Harun Taib. Kita nantikan pemimpin UG ini bersuara di Parlimen nanti.

https://www.facebook.com/pages/Nik-Mohamad-Abduh/177786515581027?fref=ts
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews