INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, February 27, 2013

Manifesto Pakatan, Harapan Rakyat diluncurkan


Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan ‘hidup mati’ perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat ‘terpaksa’ menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.

Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia ‘mendictate’ institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.

Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.

Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan.

Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.

Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara ‘absolute’ kepada mereka, sehingga tiada ‘check and balance’ boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.
Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau.

Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat.

Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.
Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum.

Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.

Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama.

Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah.

Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.

Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.

Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.

Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.
Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN.

Klik Untuk Muat Turun Manifesto PR : BM EN

Thursday, February 21, 2013

BR1M : Politik Sedekah Duit

D 
alam bulan Februari dan Mac menjelang PRU13, kerajaan pemerintah  sibuk melaksanakan pengagihan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M)  kepada rakyat yang layak menerimanya. Pemberian wang RM500 ini adalah tepat pada masanya ketika menghampiri  pilihanraya untuk mempengaruhi rakyat supaya terus menyokong kerajaan.

Kebanyakan rakyat yang menerimanya ialah golongan rakyat bawahan yang bergaji RM3000 ke bawah untuk satu keluarga. Manakala individu  bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000  menerima sebanyak RM250.

Perdana Menteri berkata  pemberian BR1M 2.0  merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentadbir negara dan mengurus ekonomi. Tambah beliau juga, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas sebagai asas pemberian BR1M 2.0 ini. Itu fatwa daripada Perdana Menteri la.

Kita mungkin tertanya-tanya di mana kerajaan  mendapat  dana  besar untuk membiayai BR1M ini yang berjumlah lebih RM3 billion. Mana mungkin kerajaan yang berhutang terkumpul sehingga tahun lalu  melebihi RM456 billion mampu pula mengadakan dana sebanyak ini. Ini mungkin menerusi dana pinjaman daripada bank komersial yang akhirnya  meningkatkan lagi hutang negara.

Hutang awam negara sudah tidak lagi ‘sustainable’ atau tidak mapan mengikut kata The Edge Financial Daily di laporan muka depan akhbarnya tahun lalu. Jumlah hutang awam kini berada pada 53.5% daripada KDNK yakni kurang 2 peratus daripada tahap maksimum 55% yang diizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983). Berapa ribu juta Ringgit lagi hutang yang kita mahu wariskan kepada anak cucu kita di masa depan? Greece bankrap kerana  berbelanja besar melalui cara off-budget seperti diamalkan pemerintah hari ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada Mei tahun lepas mengkritik syor kerajaan menyediakan BR1M 2.0 yang menandakan pentadbiran Najib telah gagal dalam mengawal kos sara hidup rakyat.  Wang RM500 diberi secara One Off  kepada rakyat sebenarnya membantu rakyat dalam satu atau dua bulan sahaja dan selepas itu rakyat akan terbeban kembali dengan kos sara hidup yang tinggi.

Pemerintah perlu faham keperitan  duit poket rakyat yang perlu dikeluarkan untuk membayar  pelbagai bayaran contohnya pinjaman kereta, pinjaman rumah, barang keperluan harian, bil utiliti , telefon, hutang PTPTN dan kos penjagaan anak kecil dan kos pengangkutan (TOL & Minyak). Itu belum dicampur dengan kos persiapan perkahwinan untuk anak muda ingin berumahtangga dianggarkan  kosnya  mencecah sehingga RM25 ribu untuk majlis perkahwinan.

Wang RM500 tidak mampu selesaikan masalah rakyat. Ia bertahan 2 hingga 3 bulan dan kemudian rakyat kembali menderita. Ansuran bulanan kereta Proton Saga dan MyVI amat tinggi antara  RM500 hingga RM600 membebankan rakyat disebabkan harga kereta dijual mahal di pasaran.

Pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk jualan kereta  sekaligus menyebabkan harga kereta menjadi mahal. Walaupun pelbagai harapan oleh rakyat menanti harga kereta diturunkan terutama ketika AFTA mahu dilaksanakan, pemerintah masih berdegil  untuk tidak menurunkan atau memansuhkan cukai  ke atas kenderaan yang dijual.

Ini merupakan satu contoh di mana masalah rakyat yakni harga kereta mahal sebenarnya gagal difahami oleh pemerintah. Liberalisasi di sektor automotif  perlu dilakukan segera untuk menguntungkan rakyat dan negara melalui penjualan harga kereta yang berpatutan. Masih ramai rakyat yang menggunakan kereta yang sudah berusia lebih 10 tahun di jalanraya kerana tidak mampu untuk membeli kereta baru yang mahal.
Kita sudah lama kalah  kepada Thailand dan Indonesia dalam pelaburan di industri automotif apabila gergasi automotif seperti  GM, Ford, Nissan, Toyota lebih berminat melabur dan meningkatkan pelaburan mereka di negara tersebut. Pemerintah kita pula sibuk untuk menjaga kepentingan Proton  sehingga Dasar Automotif Baru sudah beberapa kali ditangguhkan perlaksanaannya.

Selain itu, isu permit teksi yang dimiliki oleh syarikat kroni  menjadi  isu besar di kalangan pemandu teksi. Permit teksi ini memberi kekangan kepada pemandu teksi untuk meningkatkan pendapatan harian mereka apabila terpaksa membayar sewaan bulanan kepada syarikat untuk menggunakan permit tersebut.

Mereka memohon kepada pemerintah untuk diberikan permit teksi  individu tetapi yang difahami pemerintah pula ialah isu tayar kereta yang mahal di pasaran. Oleh itu, diadakan insentif penukaran tayar kereta untuk meredakan rungutan pemandu teksi seketika terhadap isu permit ini.

Jadi begitulah bila rejim terlalu lama berada di tampuk kuasa, akalnya  bongsai dan kurang berfikir. Maka berlaku lah kes minta permit teksi tapi yang dapat empat tayar kereta.

Taktik pemberian wang BR1M ini jika diteliti ia sebenarnya meniru program kebajikan tahunan Kerajaan Pulau Pinang yang terkenal iaitu Program Penghargaan RM100 Warga Emas dan Program Penghargaan RM100 untuk Ibu Tunggal yang dimulakan pada tahun 2010. Kejayaan program ini dalam mendekati hati rakyat terutama golongan warga emas Melayu telah menarik perhatian pemimpin UMNO dan media perdana waktu itu yang menyerang sumber dana tersebut sebagai haram hasil pemberian syarikat judi.

Mungkin kita boleh anggap ia umpama “sedekah” duit juga seperti RM500 BR1M tapi apa yang membedakannya ialah sumber dana program kebajikan tersebut adalah hasil penjimatan wang daripada perbelanjaan berhemah dan anti rasuah. Ini pun telah disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara tentang lebihan paling besar di Pulau Pinang pada tahun 2008 sebanyak RM88 juta dan RM77 juta pada tahun 2009. Tidak ada sesen pun disumbang atau diderma oleh pihak swasta.

Kerajaan pemerintah pula dalam keadaan berhutung Ratus Billion ringgit tanpa segan silu menambahkan hutang lagi untuk BR1M 2.0 bertujuan untuk mendekatkan hati kepada rakyat agar terus menyokong BN di PRU13 nanti.  Masa yang dipilih untuk pemberian jelas memancing undi rakyat dan cara penyampaian BR1M  agak memualkan apabila disempurnakan oleh politikus pemerintah terutamanya ketua bahagian UMNO. Kemudian program itu dihiasi ucapan rayuan dan muka tagih simpati supaya terus menyokong BN di pilihanraya nanti.

Usah menganggap rakyat pada zaman ini bodoh atau buta akan kebobrokan dan rasuah yang mewarnai di media internet. Hanya datang berjumpa rakyat menjelang pilihanraya bersama sogokan wang tidak mampu untuk memadamkan segala kepincangan yang mereka lakukan beberapa tahun lepas.

Rakyat mampu untuk menilai apa yang dilakukan kerajaan negeri dan persekutuan selepas tsunami 2008 hingga 2013.  Ya ! Najib terkenal dengan Program Transformasi Kerajaan, tapi rasuah dan aliran wang haram juga makin berleluasa. Rakyat juga tahu banyak program kebajikan dan kesejahteraan di Selangor dan Pulau Pinang yang sebelum ini belum pernah difikirkan untuk dilakukan oleh rejim lama.

Parti yang mana memenangi pilihanraya nanti perlu memikirkan semula langkah program pemberian wang sebegini daripada semua aspek baik dari sudut etika, ekonomi,kedudukan kewangan dan keadilan sosial.
Adakah masalah rakyat iaitu  kos sara hidup tinggi selesai dengan wang ini? Jika tidak,  perlunya satu program holistik  dilakukan kerajaan baru untuk mengurangkan beban hidup rakyat melalui gaji minimum, bantuan subsidi, pengurangan cukai, liberalisasi perniagaan, hapuskan monopoli dan galakan persaingan.

Ikhwan Hafiz adalah seorang Jurutera, Alumnus Sekolah Politik dan Akademi Pak Sako.

Artikel ini telah disiarkan di JalanTelawi.com

Sunday, February 17, 2013

Mat Maslan dilarang isteri untuk berdebat dengan pembangkang ?

v

Terkejut apabila membaca Tweet Ahmad Maslan, menteri Kabinet UMNO BN yang Ahli Parlimen Pontian yang mengaku secara terbuka  isterinya melarang untuk berdebat dengan sesiapa kononnya bila kalah berdebat, Malu muka satu keluarga. 

Jika begini lah fikiran pemimpin negara bertaraf menteri kerajaan maka eloklah tak payah jadi wakil rakyat dan pemimpin politik. Agak pelik pemimpin UMNO ini apabila nak berdebat pun minta kebenaran isteri. 

Di mana sifat kejantanan sebagai lelaki? nak bercakap didepan rakyat pun dilarang isteri? Adakah Menteri ini sudah ikut rentak Perdana Menteri, Najib Razak  yang amat  takut berdebat dengan Anwar Ibrahim ?

Sebarkan sekalian rakyat inilah wajah pemimpin UMNO ! takut berhujah didepan rakyat !


Tuesday, February 12, 2013

#PSYPenang : PM Najib dimalukan oleh rakyat Penang disiarkan seluruh dunia

video



Belum pernah dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia dimalukan sedemikian rupa apabila rakyat P.Pinang yang ramai hadir di Konsert PSY mengatakan "NO" kepada PM Najib Razak yang mengatakan Are You Ready For BN? 

Video di atas dirakam oleh Media Corp Singapura yang membuat liputan di majlis sambutan CNY anjuran BN Penang. Rakaman ini jelas memalukan Najib di mata dunia apabila negara jiran dan lain-lain negara mengikuti rakaman ini.

BN ternyata silap mahu melakukan majlis tersebut di Han Ching yang terkenal dengan sokongan kuat mereka kepada DAP. Ceramah politik yang besar selalu dianjurkan di padang dan dewan sekolah Han Chiang ini dan menerima sokongan kuat masyarakay Cina di sini.

Harapan Teng Chang Yeow untuk menjadi Ketua Menteri P.Pinang kini makin pudar bila melihat dengan jelas penolakan masyarakat Cina kepada BN. Rakyat Penang ternyata masih selesa dengan pemerintahan Pakatan Rakyat yang berkebajikan dan banyak melakukan program sosial  kepada rakyat.











Monday, February 11, 2013

Rafizi Ramli : Malaysia bakal jadi lebih baik di bawah Pakatan Rakyat




Sertailah Rafizi Ramli di DemiRakyat.my dalam perjuangan kita untuk bersama menuntut dan membawa perubahan yang lebih baik untuk Rakyat Malaysia  !!

 Malaysia bakal jadi lebih baik daripada sekarang selepas 50 tahun negara ditadbir Barisan Nasional, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. 

“Malaysia ada pencapaian, ada yang bangga dengan Malaysia tetapi kita boleh jadi jauh lebih baik daripada sekarang. Selepas 50 tahun dalam sistem pentadbiran dan kerajaan yang sama, kita mula ada banyak masalah yang kini menyusahkan rakyat.

“Masalah ekonomi sampai sekarang tidak ada jalan penyelesaian. Kerajaan sebut macam-macam. Tiap-tiap tahun keluar angka-angka baru (ekonomi), tetapi  ia tidak merubah keadaan rakyat kebanyakan,” ujarnya dalam klip video Demi Rakyat yang dimuat naik ke dalam YouTube, baru-baru ini.

Menurut Rafizi, berbeza dengan dasar Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mempunyai rekod dan keazaman untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.

“Kalau kita berjaya jimatkan penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN, jumlahnya itu cukup besar untuk laksanakan pelbagai program.

“Contohnya untuk kita kurangkan harga barang, turunkan harga minyak, untuk kita batalkan tol, batalkan hutang pelajar, untuk turun harga kereta dan beri pendidikan percuma,” katanya.

Rafizi yang segak dengan kemeja putih dalam video berkenaan turut menyeru sumbangan orang ramai dalam pelbagai cara untuk menjayakan kempen Pakatan Rakyat.

“Sudah tentu kita perlukan sumbangan kewangan yang selari dengan cara dalam Pakatan Rakyat yang berbeza dengan BN yang ambil rasuah.

“Setiap sumbangan melalui Demi Rakyat.My mempunyai makna yang jauh yang jauh lebih besar. Kalau kita mahu masa depan yang lebih baik, tanggungjawab itu di tangan kita untuk bawa perubahan,” ujarnya dalam rakaman kira-kira 2 minit itu.
Untuk ikuti rakaman, KLIK INI.

Demi Rakyat adalah tema kempen KEADILAN untuk mengetengahkan suara rakyat mengenai tanggungjawab kerajaan dan harapan mereka, di mana orang ramai digalakkan menyebarkan klip video kempen yang dihasilkan sebanyak mungkin.

Sehingga kini, terdapat puluhan klip video yang dimuat naik ke  Youtube. Laman Demi Rakyat boleh diakses menerusi Demirakyat.my


Tuesday, February 5, 2013

Listen Listen Listen : Video Malaysia 007 - LISTEN to the People!



Published on Feb 4, 2013
TRUTH MUST BE KNOWN TO ALL MALAYSIANS!

Please SHARE and spread this very IMPORTANT video around so that more people could see the truth from lies before GE13!
LIKE it to show your support in the democratic movement of Malaysia.

Creator / Editor / English Subtitles / 中文字幕: Ray Chong
http://www.facebook.com/MyNameisRayChong

@Pantherian :  Video terbaik untuk disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia !! Hidup Rakyat !

Sunday, February 3, 2013

Najib Razak ke Pandan bawa BR1M RM500, Rafizi Ramli berkempen beri limau sahaja


"Pemberian limau menjelang tahun baru Cina di pasar-pasar pagi. Terharu dengan sambutan luar biasa rakyat Pandan " - Rafizi Ramli 

Semalam PM Najib ke Pandan dan Taman Dagang membawa gula-gula BR1M RM 500 untuk ditabur kepada rakyat sebagai sogokan kepada rakyat menjelang PRU13 yang kian hampir.  

Najib juga berkata, pemberian BR1M mampu diteruskan kerajaan kerana sistem urus tadbir ekonomi yang baik dan bukan melalui kutipan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti didakwa pembangkang.


Biarlah UMNO nak bagi RM500 atau sumbangan apa ke tetapi rakyat makin bijak mengenal siapa pemimpin yang tak rasuah , korup dan curi duit rakyat. Mereka rompak duit kita dan curi tanah rakyat kemudian beri kepada rakyat RM 500 setiap tahun? ..

Rafizi Ramli, bakal calon PKR Parlimen Pandan pada pagi ini turun di kawasan pasar Pandan terharu dengan sambutan rakyat terutama kaum Cina. Beliau hanya membawa limau sahaja untuk diberi untuk CNY dan bukannya menabur wang ringgit untuk gula-gula PRU seperti UMNO BN.

Rafizi Ramli tidak pandai menabur wang Ringgit seperti pemimpin UMNO yang kaya raya tetapi beliau membawa idea membantu rakyat dan aspirasi rakyat bawah yang mahu negara yang bebas, telus dan adil kepada semua rakyat.




 


DS Wan Azizah shopping kasut + kerongsang di Pasar Malam


Presiden Parti Keadilan Rakyat, DS Wan Azizah Wan Ismail sedang ber"shopping "  kasut dan kerongsang  di Pasar Malam Guar Perahu selepas balik kawasan Permatang Pauh  untuk program Wanita PR.

DS Wan Azizah masih seperti dulu dengan kehidupannya  yang bersederhana dalam semua hal sama seperti rakyat biasa. Tanpa rasa kekok dan segan, beliau lebih selesa memilih  untuk ke pasar malam membeli barangan aksesori wanita sambil beramah mesra dengan rakyat bawah.

Sudah tentu DS Wan Azizah dikira lekeh dan tidak ada status jika dibandingkan dengan DS Rosmah Mansor (FLOM) yang bergaya dengan beg tangan berjenama, cincin  dan subang yang mahal berharga jutaan ringgit.




There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews