Pada 2 minggu lepas, Kelab Mahasiswa Keadilan membantah tindakan kerajaan untuk mengambil guru Bahasa Inggeris dari India sebaliknya menggesa graduan ISMP IPTA dan IPTS diberi keutamaan mengisi kekosongan jawatan ini. Mereka mendakwa ribuan graduan ISMP masih menganggur terutamanya daripada IPTS. Ini baru keluhan daripada ribuan graduan lulusan pendidikan dan bukannya graduan lulusan lain seperti sastera, perniagaan, agama, Teknologi Maklumat dan kejuruteraan yang masih ramai menganggur.
Hari ini, beberapa kesatuan sekerja pimpinan UNI-MLC telah mengadakan himpunan di Putrajaya mendesak kerajaan untuk campur tangan dalam penentuan tarikh penguatkuasaan umur persaraan minimum untuk pekerja sektor swasta dengan menetapkannya pada 1 Januari bukannya 1 Julai. Anak muda terutamanya lepasan Ijazah, Diploma, Sijil dan SPM pastinya tidak bersetuju dengan tindakan kesatuan sekerja ini kerana ribuan siswazah di luar sana yang masih menganggur tidak mendapat pekerajaan dan pelaksanaan ini menipiskan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Adakah kesatuan sekerja seperti MTUC, UNI-MLC dan RUM ini tidak fikir hampir 76,200 orang menganggur mengikut data Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2012 ? Di mana siswazah ini mahu bekerja jika pekerja veteran masih ada? Adakah golongan pekerja veteren ini mahu menyekat siswazah baru untuk bekerja? Perlaksanaan umur persaraan minumum ini tentu akan menjejaskan peluang siswazah baru untuk mendapatkan pekerjaan yang saingannya amat sengit dan terhad di kala suasana ekonomi suram ketika ini.
Kesatuan sekerja seperti Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia
(UNI-MLC) ini berhujah lebih 500,000 pekerja swasta akan tamat perkhidmatan
jika pelaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun untuk sektor itu
berkuat kuasa mulai 1 Julai.
.
Presidennya Mohamed Shafie BP Mammal mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam penentuan tarikh penguatkuasaan umur persaraan minimum untuk pekerja sektor swasta dengan menetapkannya pada 1 Januari bukannya 1 Julai.

"Apa yang kita mahu pada hari ini ialah tarikh kuatkuasa dan tarikh
pelaksanaan itu mestilah disatukan. Jadi mereka yang telah bersara pada 1
Januari hingga Jun, terus diambil untuk bekerja," katanya.
Menurutnya keputusan kerajaan yang menetapkan tarikh kuat kuasa umur
persaraan pada 1 Julai ternyata mengecewakan pekerja yang terjejas dan
anggota keluarga mereka. Pekerja juga perlu diberi peluang untuk memilih opsyen sama ada untuk
terus bekerja sehingga 60 tahun atau menamatkan perkhidmatan mereka pada
usia 55 tahun.60
Penulis melihat isu opsyen samada untuk terus bekerja sampai umur 60 tahun ini perlu mendapat rekomendasi penyelia dan kelulusan majikan. Kita tidak boleh memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja untuk mereka memilih samada bersara pada 56 tahun atau 60 tahun. Hal ini kerana suasana tempat bekerja dan cara bekerja itu berbeza dan ia perlu dipertimbangkan sebagai contoh kerja baikpulih dan penyenggaraan memerlukan tenaga dan kesihatan yang baik untuk bekerja.
Selain itu, faktor-faktor lain seperti kesihatan, rekod kehadiran, rekod MC, disipilin dan prestasi KPI juga perlu dijadikan maklumat dan bukti untuk pertimbangan oleh majikan. Pekerja yang memenuhi kriteria -kriteria di atas adalah layak untuk dipertimbangkan untuk bekerja sehingga 56 atau 60 tahun.
Keadilan juga perlu diberikan kepada majikan untuk membuat pemilihan pekerja sesuai dengan keadilan yang sama dituntut oleh kesatuan sekerja terutama berkaitan hak-hak pekerja. Kebebasan membuat pilihan ini merupakan salah satu pekara asas dalam prinsip liberalisme. Jika kerajaan pemerintah kini sibuk melaksanakan liberalisasi sektor ekonomi dalam negara, sewajarnya ia memberi kebebasan dan keadilan juga dalam bidang perusahaan.

No comments:
Post a Comment