INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, December 30, 2011

Siapa anak menteri guna duit rakyat miliki restoran mewah di Singapura?

Cun "SIAL" anak perempuan Menteri ini !
Di bawah tajuk "Si jelita tauke restoran", Cyberita mendedahkan bahawa anak perempuan Shahrizat Jalil, Cik Izzana Salleh sebagai pemilik restoran tersebut [Cyberita].



Malah Cyberita turut menceritakan tentang projek lembu di Gemas Negeri Sembilan Malaysia yang diusahakan oleh keluarga, Cik Izzana Salleh yang digambarkan sebagai dari keluarga terkenal di Malaysia.

Portal itu turut menyebut bahawa keluarga pemilik restoran MeatWorks ini mengusahakan sebuah projek Nasional Malaysia yang berkaitan dengan lembu.

@Pantherian - Syabas Milosuam dan geng Jingga 13 yang mendedahkan penyelewengan lagi dana rakyat RM250 juta oleh keluarga Kak Jat. Pelik kan, perempuan muda dengan cepat kaya raya ada Restoran Mewah di Singapura dan yang menarik mengaku keluarga dia pemilik ladang lembu di Gemas.

Sudah lah pelahap duit rakyat, kemudian claim itu ladang mak bapak hampa punya !

Rakyat Didahulukan, Keluarga diutamakan  !


Wednesday, December 28, 2011

Jamil Khir terpaksa guna duit zakat untuk lawan Qazaf Anwar Ibrahim

 Abang Jamil terpaksa guna duit zakat untuk bayar kos guaman dari firma undang-undang terkenal
- Jamil Madu 3.

Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.Isu ini yang telah dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010.  Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyakRM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010.

Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya.

Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI?

Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara
ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT


Tuesday, December 27, 2011

MalaysiaNews dedahkan siapa yang mahu tumbuk Adam Adli ?





Syabas Hanief yang bijak mendedahkan siapa SB (Polis Cwgn Khas Politik) ini melalui topi yang dipakainya bertulis HK.
Nampaknya SB ini gagal untuk menutup identitnya, belum layak lagi  jadi Agen MI atau 007 kalau macam ini. 

Friday, December 23, 2011

Dialog Anak Muda-DS Anwar Ibrahim dengar suara anak muda dan mahasiswa


Semalam saya menghadiri  Sesi Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di kediamannya terletak di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Ini pertama kali saya sampai ke rumah beliau dan mendapati Anwar Ibrahim lebih selesa memilih tinggal di tempat yang dihuni oleh  rakyat bawahan. Apabila memandu kereta ke rumahnya, jalan yang dilalui agak teruk dan dihiasi pemandangan di sekeliling rumah kampung milik rakyat bawahan dan bukannya banglo besar atau kondo mewah.

Tiba di sana sudah ramai yang hadir terutama anak-anak muda dan juga teman dari ABIM yang melakukan solat hajat dana bacaan Yasin di rumah beliau. Program solat hajat ini merupakan acaran rutin yang dilakukan oleh teman-teman  dari ABIM bersama Anwar Ibrahim.
Pihak penganjur program dialog iaitu Anwar Ibrahim Club (AIC) turut mengedarkan risalah berkaitan Buku Jingga, Harga Minyak Turun, isu NFC, isu pinjaman Bank Dunia/IMF,akhbar Selangorkini dan Kes fitnah 2 kepada peserta sebelum program bermula. Selain itu, turut dijual buku Gelombang Kebangkitan Asia tulisan Anwar Ibrahim dan buku Qazaf. Saya juga membawa teman baru seramai 3 orang  yang belum pernah mengikuti program parti dan mereka amat teruja dan bersemangat apabila bertemu secara dekat dengan Anwar Ibrahim melalui program tertutup seperti ini.

Program dialog tersebut dipengerusikan oleh Dr. Afif dan ucapan dimulakan dengan YB Nurul Izzah diikuti dengan DS Wan Azizah, sdr Rafizi Ramli dan DS Anwar Ibrahim. DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan dengan mengupas isu anak muda, mahasiswa dan negara. Beliau mengimbau pengalamannya sebagai pemimpin mahasiswa yang agak keras mengkritik kerajaan tetapi layanan pemimpin negara dahulu seperti Tun Razak amat berbeza dengan pemimpin sekarang. Kini mahasiswa dan anak muda ditakutkan dan ditekan oleh pemerintah dan universiti supaya tunduk dan tidak mengkritik kerajaan.

Kemudian, sesi QA bermula dengan pelbagai soalan berkaitan politik, pilihanraya, masyarakat dan ekonomi diutarakan kepada Anwar Ibrahim untuk dijawab. Saya sempat bertanya Anwar mengenai persoalan penswastaan di Malaysia, berkaitan penjualan aset-aset negara kepada syarikat kroni semakin berleluasa sebagai contoh KTMB dibida sebanyak RM 1 billion oleh MMC yang dipunyai oleh TS Syed Mokhtar untuk dibeli. Beliau menjelaskan dasar penswastaan tersebut perlu telus dan memberi keuntungan kepada rakyat dan negara bukan hanya untung besar pada kroni sahaja seperti isu IPP. 

Program tamat pada jam 11.30 pm dan berakhir dengan acara bergambar bersama Anwar Ibrahim. Syukur kehadiran cukup membanggakan lebih 100 orang. Saya selaku penggerak majlis tersebut dan AIC berterima kasih kepada yang hadir dan InshaALLAH program seperti ini diadakan lebih kerap dengan anak muda. Untuk makluman juga, pelamin di photo dibawah itu untuk perkahwinan puteri Anwar, iaitu Ilham dan suaminya, Reza yang diadakan pada hujung minggu ini.



Sesi bergambar bersama Anwar dan Izzah.


Klik Link dibawah untuk berita berkaitan dialog ini daripada Keadilandaily









Tuesday, December 20, 2011

Mahasiswa mahu Najib Razak ikut cara keterbukaan Saifudin Abdullah



Saya nak beritahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, siapa dia contoh Perdana Menteri yang paling TERUK adalah Dato' Saifuddin Abdullah. Maknanya kalau dia tidak mampu menjadi seperti Dato' Saifuddin Abdullah dia sangat TERUK!!! ~ Ahmad Syukri Razab (Pengerusi SMM)

Kuala Lumpur, 20 Dis : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kini berhadapan dengan serangan daripada beberapa pihak dari dalam Umno dan pro-parti itu, dengan ada yang mendesak agar beliau meletakkan jawatan berhubung insiden menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Serangan itu menurut beberapa sumber dibuat menerusi mesej-mesej Twitter dan entri dalam blog-blog Pro UMNO.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, yang dilihat sebagai antara pemimpin Umno bersikap terbuka dalam isu-isu berkaitan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digesa memikul tanggungjawab insiden kumpulan mahasiswa menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera Najib di pekarangan ibu pejabat Umno Sabtu lalu
@Pantherian - Sememangnya keterbukaan Datuk Saifuddin Abdullah dalam beberapa isu membabitkan anak muda dan mahasiswa menjadikannya popular dan disenangi oleh semua mahasiswa. Lihat apa statement  SMM ? - mahu angkat Datuk Saifuddin menjadi PM dari kalangan UMNO dan mahu Najib contohi keterbukaan seperti Saifuddin.
Apabila mahasiswa membandingkan Najib dengan Saifudin Abdullah, jelaslah Najib tiada ketokohan dan karisma untuk menjadi Perdana Menteri.
 




 


Monday, December 19, 2011

Mahasiswa (SMM) respon kepada Pemuda UMNO tegas tidak mohon maaf isu bendera Najib Rosmah





Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.
Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

Katanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.

@Pantherian - Kualiti hujah dan pengucapan awam oleh sdr Ahmad Syukri Razab ternyata tenang dan tegas dalam mempertahankan demonstrasi kebebasan akademik ,AUKU dan isu bendera Mat Najib. Ini amat berbeza sekali dengan ucapan ala gangster Pemuda UMNO yang diketuai oleh Songkok Tinggi, Arman Azha yang mahu menampar dan meludah Adam Adli kononnya mahu jadi Panglima mempertahankan Najib Rosmah.

Lihat juga kualiti kenyataan dari YDP MPP UPSI,Muhd Afiq Zikri yang mengecam Adam Adli :

As salam dan selamat sejahtera.... saya SANGAT TIDAK menyokong tindakan menurunkan bendera dan melakukan perarakan yang khabarnya ingin mnyampaikn memorandum di PWTC semalam.. Tindakan menurunkan bendera di sana bagi saya telah menjatuhkn martabat mahasiswa terutamanya UPSI.... Jika sekadar untuk menyampaikn memorandum,pada khemat saya banyak medium lain yang boleh digunakan.. Mengapa perlu di jalanan? Begitukah cara mahasiswa yg intelek? Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Bgi sy, tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri.. Ini pendirian saya selaku Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dan juga salah seorang MAHASISWA..!!!... Bagi saya manusia sebeginilah yang mencalar dan merosakkan nama baik bakal seorang pendidik khususnya UPSI... Kerana insan beginilah usaha untuk memastikan penempatan pelajar semakin sukar... Terima Kasih Menambah Kerja saya yang dah hampir selesai, menjadi tidak selesai.... 

YDP MPP UPSI ,Muhd Afiq Zikri.

Lihat Link ini untuk menonton ucapan alat gangster Pekida oleh Arman Azha

Cukong Melayu Syed Mokhtar mahu beli KTMB dengan RM1 billion

Kini Cukong Melayu Terkaya Malaysia, TS Syed Mokhtar  mahu membolot aset negara seterusnya iaitu KTMB selepas selesai membida mahu membeli saham Proton melalui DRB Hicom.Beliau mahu membeli KTMB melalui bisnes (Kargo dan Penumpang) dengan tawaran sebanyak RM 1 billion kepada MOF melalui syarikat MMC Gamuda.
Umum mengetahui, cukong Melayu ini banyak menguasai aset negara dan perniagaan penting  seperti pelabuhan (Tanjong Pelepas Port & Johor Port), Bernas, Kilang Gula Padang Terap dan  Malakoff Power Plant.Apabila menguasai KTMB terutama bahagian kargo, beliau dijangka menguasai industri kargo di Malaysia melalui pelabuhan dan keretapi kargo(darat).

Pihak RUM (Railway Union) secara kerasnya membantah KTMB dijual kepada syarikat swasta kerana dahulu Konsortium Marak Unggul yang mengambilalih KTMB dahulu gagal memajukan seperti yang diharapkan. Selepas kerajaan membeli tren-tren baru seperti ETS dan SCS (Komuter Baru) dengan dana yang besar, nampaknya pihak swasta seakan cuba mengambil kesempatan untuk membeli KTMB.

Syabar RUM dpimpin En Razak yang membantah awal isu pembelian KTMB ini  oleh MMC Gamuda !

An MMC official confirms the plan and says the company will undertake a feasibility study to ensure that the rate of return on the investment will be more than 10 per cent.
 
MMC Corp Bhd is undertaking a due diligence exercise to privatise Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), people familiar with the matter said.

The company, controlled by tycoon Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, plans to pump in as much as RM1 billion to take control of KTMB’s operations.

According to the Railwaymen’s Union of Malaya (RUM), the Minister of Finance Inc (MOF) had given MMC the green lightto undertake the due diligence, which will take a few months.However, RUM is against MMC or any other party taking over KTMB.

“They must have an agenda. We think KTMB can do well on its own. All it needs is a good management team to operate the business efficiently,” said RUM president Abdul Razak Md Hassan.

@Pantherian - Kekadang pelik, tiada Melayu lain yang bijak dan kaya ka selain TS Syed Mokhtar untuk membeli KTMB ? Oh lupa, dasar DEB hanya mengkayakan beberapa golongan Melayu yang menjadi kroni UMNO.


Sunday, December 18, 2011

Panas ! Arman Azha UMNO mengamuk dan mahu ludah mahasiswa ?

 Ini lah wajah Panglima UMNO Arman Azha, bekas Ketua Wira Perkasa



Sebab utama Arman Azha naik angin adalah kerana sekumpulan mahasiswa (SMM) berarak seramai 500 org  ke UMNO HQ di PWTC dan menurunkan bendera berwajah muka Najib Razak. Selepas itu, mahasiswa ini menaikkan bendera panji-panji gerakan mereka menuntut kebebasan akademik dan menghapuskan AUKU.

Apa kata mahasiswa ?


"Kami mahasiswa universiti boleh berfikir, bukan budak sekolah menengah yang dikawal kerajaan. Kami ada kemampuan untuk menguruskan hal kami sendiri," kata pengerusi gerakan itu BEBAS Muhammad Safwan Anang.

Mereka menuntut pemansuhan AUKU dan Akta Institusi Pendidikan dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang didakwa mencabul hak asasi.



Thursday, December 15, 2011

Dialog Terbuka Anak Muda bersama DS Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur


Saudara/Saudari,
Satu Program Dialog bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/Ketua Pembangkang Malaysia) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, Segambut Dalam, Segambut Dalam 51200 Kuala Lumpur
Pertanyaan : aicmalaysia@yahoo.com
Pendaftaran: Sila isi borang kehadiran di http://aicmalaysia.blogspot.com/ sebelum 21/12/2012.
Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.
Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 20 Disember 2011 (Selasa).
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel di aicmalaysia@yahoo.com

AYUH ! Daftar sekarang dan TEMUI DS ANWAR IBRAHIM !



NFC -Contoh kejayaan mengkayakan anak muda Melayu

 Wajah anak-anak Melayu  berpendapatan tinggi



@Pantherian - Bangga melihat kejayaan  DEB yang menjadikan anak muda Melayu kaya raya !

Pengerusi NFC = Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat) =~ Gaji bulanan RM100,000

Pengarah Eksekutif NFC =Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun)
~ RM45,000

Ketua Pegawai Eksekutif NFC = Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun)
~ RM35,000

dan Pengarah NFC = Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun).
~ juga RM35,000


NFC’s chairman is Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (her husband), NFC’s executive director is Wan Shahinur Izmir (her son, age 31), NFC’s CEO is Wan Shahinur Izran (her other son, age 27) and NFC’s director is Wan Izzana Fatimah (her daughter, age 25). When NFC purchased the luxury condominium on December the 2nd, 2009 for RM9.8 million, the company reported a RM11 million loss on its annual accounting report. It is also reported that the Chairman received a monthly salary of RM100,000, the executive director RM45,000 a month, the CEO RM35,000 a month and the other director also RM35,000 a month.
Iklan Program :

Saudara/Saudari,
Satu Program Dialog bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/Ketua Pembangkang Malaysia) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, Segambut Dalam, Segambut Dalam 51200 Kuala Lumpur
Pertanyaan : aicmalaysia@yahoo.com
Pendaftaran: Sila isi borang kehadiran di http://aicmalaysia.blogspot.com/ sebelum 21/12/2012.
Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.
Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 20 Disember 2011 (Selasa).
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel di aicmalaysia@yahoo.com

   


Rapat Rakyat ke 2 di Pulau Pinang 18 Disember 2012


****"RAPAT RAKYAT"****


Bersama kita mendengar penjelasan/pembentangan isu-isu semasa dari SAF pimpinan Pakatan Rakyat seperti yang dijadualkan dibawah, semuga program ini dapat membuka minda kita bersama tentang kemelut politik semasa, inshaALLAH :

TARIKH : 18 DISEMBER 2011 (AHAD).

MASA : JAM 9.00 MALAM.

TEMPAT : PADANG AWAM TAMAN SENANGAN, TELOK AIR TAWAR.
PULAU PINANG.

PENCERAMAH
: T.G HAJI HADI AWANG
: DS ANWAR IBRAHIM
: LIM GUAN ENG
: P. RAMASAMY
: MOHD SABU
: LIM KIT SIANG
: MANSOR OTHMAN

SEMUA RAKYAT PULAU PINANG DAN YANG BEHAMPIRAN DIJEMPUT HADIR.

TERIMA KASIH....

Tuesday, December 13, 2011

Monday, December 12, 2011

Di lema sebagai Engineer atau Jurutera mencari cinta?




@ Pantherian - Menarik menonton video pendek "Hi I'm An Engineer" yang menceritakan kepada kita seorang anak muda bernama Khai, seorang Civil Engineer yang menghadapi kesukaran untuk mendapat teman wanita kerana ditolak wanita oleh sebab kerjayanya sebagai Engineer.

Mengikut pengalaman saya sebagai Engineer, sememangnya ada persepsi oleh wanita dan orang ramai terhadap kerjaya Engineer yang terkenal dengan Busy, Workholic ,Working First, Overtime,Standby/Oncall dan headache. Wanita susah untuk menerima Engineer di atas sebab kesibukannya malah mungkin terpaksa kerja lebih masa atau kena datang Sabtu/Ahad.Engineer juga tidak smart atau bergaya seperti staff pejabat yang bertali leher kerana kebanyakannya bekerja banyak di  project site dan Production line.

Selain itu, gaji jurutera di sesetengah tempat terutama di Malaysia adalah rendah  dan ia tidak padan dengan beban kerja atau keputusan penting yang perlu dibuat. Kalau dibandingkan dengan gaji doktor atau Pegawai Bank ternyata tertinggal ke belakang.

Tahniah kepada pengarah dan penerbit filem pendek ini !





Saturday, December 10, 2011

UMNO taja video dan website Sembang Rakyat hina hukum hudud Islam





@Pantherian - Pendedahan mantap oleh blogger Hanief mengenai siapa PENAJA sebenar Video You Tube "Sembang Rakyat".Maklumat yang didedahkan medapati Video tersebut turut dimuatkan di website UMNO Tanjong Karang, Noh Omar dan Puteri UMNO.
             




Video ini dikritik keras oleh orang ramai di FB,antara komen dipetik  : 

"Dia Hina Hudud, hina hukum Allah, hina TG Nik Aziz, hina Kelantan, hina orang Kelantan & hina orang pergi dengar tazkirah di masjid. Tak tutup aurat, tapi berlagak dok cite pasal agama. Berlakon jadi pak haji, tapi hina hukum Tuhan. "

Friday, December 9, 2011

Asalkan Bukan UMNO (ABU),gelombang baru melawan UMNO



 
 

@Pantherian - Di dalam FB, aku menulis "ABU "sebagai "Political View" sejak dua tahun lepas dan kini Tag Line kembali di beri perhatian oleh aktivis politik untuk melancarkan satu gelombang baru terhadap UMNO dan BN di saat PRU 13 hampir tiba.

Photo coretan ABU di atas boleh dilihat di Central Market apabila anda menaiki LRT. Coretan atau contengan ini dilakukan oleh anak muda ketika reformasi 98 untuk menunjukkan protes anak muda kepada UMNO.


Sumber Msiakini:

Aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik telah bergabung untuk menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Dikenali sebagai 'Asalkan Bukan Umno' atau ABU, pergerakan itu berkata walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, tetapi ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.

Pergerakan ini telah dilancarkan dalam sidang akhbar yang diadakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini, manakala pelancarannya di Sabah dan Sarawak akan diadakan minggu depan.





Tuesday, December 6, 2011

Amin Iskandar buat laporan polis dan dedahkan siapa Papa Gomo

Dipetik dari Blog Anak Sungai Derhaka.

Difitnah Papagomo, Amin Iskandar akan buat laporan Polis

Photobucket

Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul 2 petang di Balai Polis Jalan Travers ke atas laman sesawang www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.


Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul "AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM" pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.htmlTulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.

Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar
Blog: www.aminiskandar.net
Telefon: 019-2302327

 @Pantherian - Syabas kepada sdr Amin Iskandar yang berani membuat laporan di atas fitnah liar Papa Gomo @ nama sebenar Wan Muhammad Azri bin Wan Deris kepada beliau.

Nama mamat ni macam orang Terengganu dan usianya masih muda (28 tahun ) tetapi rupa macam VETERAN UMNO  40an. Orang UMNO terutama kaki fitnah UMNO kebanyakannya orang TUA yang intipatinya hanya dipenuhi ayat2 lucah.

Papa Gomo ini muda tapi OTAK LUCAH dek kerana  makan baynak duit rasuah yang  diberi oleh Ketua Bahagian dan pemimpin UMNO.

Kita tunggu sejauh mana ketegasan PDRM untuk mengambil tindakan ke atas PapaGomo kerana LAHANAT ini mendapat perlindungan khas pihak tertentu.




Monday, December 5, 2011

DS Anwar Ibrahim - Pemimpin Melayu UMNO patut dihumbankan




" Semua orang mengakui ini merupakan Perhimpunan Agong UMNO terakhir UMNO sebagai parti pemerintah" 


" Melayu  mana nak bela? Melayu Pemimpin UMNO? Melayu  ini patut dihumbankan "


"Kita ambil alih Putrajaya, kedudukan Bahasa Melayu akan dimartabatkan  yang tidak pernah disaksikan semenjak merdeka"


"Hak keistimewaan Melayu -  PR sudah termetrai perjanjian dokumen bersama Pakatan Rakyat "



Sunday, December 4, 2011

Panas ! Pemimpin UMNO marah dan mahu saman putera raja Melayu Negeri Sembilan


Tunku 'Abidin mohon maaf

KUALA LUMPUR 2 Dis. 2011 - Akhbar The Star diberi masa tiga hari untuk memohon maaf ekoran tindakan seorang kolumnisnya, Presiden Ideas, Tunku 'Abidin Muhriz yang mengumpamakan pemimpin UMNO seperti lintah. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika gagal berbuat demikian pihak terbabit perlu bersedia menghadapi saman malu daripada UMNO.

"Saya sudah membawa perkara ini kepada peguam untuk dibuat penelitian. Ini adalah suatu fitnah dan tohmahan yang sepatutnya tidak dilakukan. "Mana boleh dia (kolumnis) mengatakan kita (pemimpin UMNO) macam lintah, itu adalah salah," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan penyumbang ruangan pendapat mingguan The Star itu yang mengumpamakan para pemimpin UMNO seperti lintah.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, perumpamaan yang diberikan penulis tersebut sangat tidak wajar. "Proses untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO bukanlah urusan mudah kerana perlu melalui banyak tapisan. Ia melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya," katanya.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan penulis itu agar melihat kembali perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kemerdekaan negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam UMNO tiada unsur kronisme bukan seperti pembangkang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula musykil dengan tindakan The Star yang menerbitkan artikel tersebut ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung. "Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang menghairankan mengapa The Star membiarkan berita yang boleh menimbulkan kemusykilan kepada pembaca dikeluarkan," katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berpendapat, kenyataan tersebut tidak melambangkan kemuliaan institusi yang diwakilinya disebabkan perkataan yang tidak beradab sehingga merendahkan martabat pemimpin UMNO.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, artikel-artikel seumpama itu sememangnya kerap diterbitkan oleh The Star. "Saya tidak hairan dengan kenyataan itu kerana mereka (The Star) sering menggunakan kolumnis yang berfikiran liberal untuk meranap agenda Melayu. Tulisan itu lebih kepada retorik, menggunakan cara halus untuk merendah-rendahkan kepimpinan kerajaan secara melulu," katanya.

Sementara itu, menurut laman web The Star, Tunku 'Abidin malam ini meminta maaf secara terbuka berhubung artikelnya mengenai lintah di PWTC yang mencetus suasana kurang senang di kalangan pemimpin UMNO. Menurutnya, artikel itu telah dijelaskan secara analogi kepada 'beberapa individu' tetapi malangnya terdapat pihak yang menganggap komen itu ditujukan kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO itu.

"Saya ingin memohon maaf di atas salah faham terhadap artikel saya mengenai lintah-lintah di PWTC minggu ini. "Sesiapa yang pernah membaca artikel saya dalam tempoh tiga tahun ini akan tahu bahawa saya sangat kagum dan amat menghormati pemimpin UMNO," katanya. 


Sumber Utusan Meloya.

@Pantherian - Siapa kata UMNO hormat pada julang pada Raja Melayu? Kini UMNO menunjukkan siapa mereka sebenarnya seperti pada tahun 1993 mahu saman Putera Raja Melayu dari Negeri Sembilan, Tunku Zain Abidin Muhriz ekoran kritikan ke atas UMNO dalam artikelnya di The Star.

Pemimpin PR juga kerap menerima teguran dan kritikan dari Raja terutama Sultan Selangor tetapi tidak pula mereka mahu menyaman Raja.UMNO ternyata berani dengan pihak raja dan menunjukkan mereka lebih berkuasa.

Selain itu, tokoh akademik seperti Prof Dr Aziz Bari juga banyak memberi kritikan mengenai beberapa tindakan Raja yang tidak mengikut  perlembagaan tetapi tidak pula menggesa rakyat menyaman Raja.


Lebih lucu, terdapat juga komentar dari pemimpin katak seperti Zahrain, Ezam dan Ibrahim Ali yang mempertahankan UMNO lebih daripada pemimpin kanan UMNO.

UMNO angkat martabat Raja Melayu? Putera Raja Melayu pun UMNO nak saman ...




 

Saturday, December 3, 2011

Pidato Agong 2 mamak UMNO dari Pulau Pinang




 
Ucapan oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir , tokey besar Aseania Bandar Perda



Ucapan Shaik Hussien Maidin,Ketua Pemuda UMNO PP 
"Dayus, Bapok dan Pondan untuk PAS PKR dan DAP P.Pinang" 

Perwakilan UMNO akui Puteri UMNO Gedik?




@ Pantherian - Luahan "G" yang terbaru oleh seorang perwakilan Puteri iaitu GEDIK ternyata ada kebenarannya. Tak Percaya ? Tonton penuh video ini.


Thursday, December 1, 2011

Lisa Surihani bakal Ketua Puteri UMNO ?


Ketokohan Lisa Surihani terserlah dengan gaya COOL sewaktu dipanggil ke pentas utama

@Pantherian - Ini lah wajah bakal Ketua  Puteri pilihan anak muda yang cantik, langsing dan bijak. Ciri-ciri inilah perlu ada pada Ketua Puteri UMNO jika mahu menarik lebih ramai puteri dan pemuda masuk UMNO dan mengundi UMNO pada PRU 13. 

Bukankah Ketua Puteri UMNO sekarang  TERLALU OBESiti dan yang pelik menjawat jawatan Tim. Menteri Kesihatan pulak tu. Beliau mahu suruh rakyat mengurangkan obesiti, tetapi Mak Menteri sendiri pun terlalu obesiti. Hahaha

Kini sudah ada anak muda yang create Page Kami Mahu Lisa Surihani Jadi Ketua Puteri UMNO yang baru dan anda boleh LIKE jika menyokong. 

AYUH LIKE sekarang. !

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews