INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, May 29, 2010

Arif Shah sokong lesen judi kepada Vincent Tan



ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".

"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

"Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.

"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.

"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.

Namun, beliau segera menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.

*** Agen keempat UMNO APCO yang menyokong PM Najib dalam meluluskan lesen judi kepada VinSetan Judi selepas Awang Adek, Rahman Dahlenm dan Khir Toyo.

Sudah habis jilat dan ampu Najib sampai judi pun Arif SHah sokong !

Ayuh Seberang jaya !..lakukan perubahan ..

jangan sokong pemimpin Melayu sebegini yang secara terangan menyokong lesen judi !

Friday, May 28, 2010

Malaysia akan bangkrap jika subsidi diteruskan-1



Saya tertarik tulisan sdr Tulang Besi yang cuba mengaitkan bahawa kegagalan urustadbir pemimpin UMNO lah yang menyebabkan defisit negara kita meningkat saban tahun dan amaran oleh Datuk Deris Jala , negara akan bangkrap 2019. Beliau memberi contoh Tun Madey atau Mahafiraun (gelaran oleh Geng Reformasi) yang "Bail Out" syarikat anaknya dan kroni-kroni apabila berlaku krisis kewangan 97.


1997: Anwar Telah Menolak “Bail-Out”. Anwar Dituduh Sebagai Agen IMF

Anwar Ibrahim, pada 1997, telah menolak semua usaha untuk “Bail Out” kroni-kroni Mahathir dan Daim yang melarat pada masa itu. Sebelum 1997, para kroni seperti Halim Saad, VinSetan, Anandha Krishnan, Tajuddin Romli, Wan Azmi Gendut, Tajuddin Othman dsbnya, hidup dalam kemewahan menikmati kekayaan negara yang diberikan kepada mereka. Sedikit pun rakyat Malaysia tidak merasai nikmat yang dinikmati oleh kroni-kroni ini.

Tapi, bila bisnes mereka terlungkup, maka rakyat Malaysia terpaksa membayar kerugian kroni-kroni ini. Anwar sebagai Menteri Kewangan pada masa itu, telah menentang usaha-usaha menyelamatkan kroni-kroni ini dengan duit rakyat.

Tindakan Anwar ini telah menyebabkan Anwar dilabel sebagai Agen IMF

Ini kerana, sekiranya kita melihat contoh Korea Selatan yang telah mengambil pinjaman IMF, mereka telah membiarkan syarikat-syarikat Korea Selatan bangkrap dan tidak diselamatkan oleh kerajaan(dipanggil chaebol.)

Syarikat seperti Kia Motors dibiarkan bangkrap dan dibeli oleh Hyundai. Samsung Motors dibiarkan ditutup begitu sahaja. Malahan, syarikat pembuat minuman Korea, telah dijual kepada Coca Cola.

Dari 30 lebih “cheabol” yang wujud sebelum 1997, hanya 18 sahaja yang mampu bertahan. Kerajaan Korea Selatan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang bangkrap. Tidak seperti Mahafiraun yang menyelamatkan syarikat2 yang rugi dan tidak berdaya maju.

Kerajaan Korea telah membuat reformasi keatas "chaebol"2 ini. Mana yang tidak berdaya maju, telah ditutup selaras dengan kehendak dan syarat2 IMF. Hanya yang berdaya maju sahaja dibiarkan hidup.

Anwar Ibrahim tidak setuju dengan “bail-out” Mahafiraun. Duit rakyat patut digunakan untuk membantu rakyat Malaysia diwaktu kesusahan yang begitu teruk pada masa itu akibat kejatuhan ekonomi 1997.

Tapi Mahafiraun mahu duit rakyat digunakan menyelamatkan kroni-kroni beliau. Rakyat Malaysia boleh pergi jahanam.

Kalau kita lihat syarat IMF pada tahun 1997 kepada mereka yang mendapat bantuan IMF adalah:

“the maintenance of a sound fiscal policy, including through providing for rising budgetary costs of financial sector restructuring, while protecting social spending. Once the severity of the economic downturn in the affected countries became clear, fiscal policy was oriented toward supporting economic activity and expanding the social sector safety net.”


Ini bermakna negara yang mendapat bantuan IMF tidak dibenarkan menyelamatkan syarikat-syarikat yang bangkrap dan tidak mampu menyelamatkan diri mereka pada masa berlakunya krisis 1997.

Inilah sebabnya Anwar dituduh sebagai pro IMF.

Tapi, Korea Selatan berjaya membayar balik pinjaman IMF yang mereka buat dengan tidak mengamalkan “bail-out” ala Mahafiraun. Mengikut laporan di bawah:

South Korea on Thursday paid back the remaining $140 million in debt it owed the International Monetary Fund (IMF), part of $6 billion in stand-by loans the country received from the IMF following the Asian financial crisis of late 1997.

The government said repayment of the bailout loans extended by the international lending agency was carried out well ahead of the original debt service timetable set for May 2004, reflecting the country's progress in recovering from the crisis.

The original IMF rescue package for South Korea totaled $19.5 billion, comprising the $6 billion in stand-by loans and $13.5 billion in supplemental reserve facility (SRF) loans.


Jadi, mereka yang kata IMF akan menghancurkan Malaysia nampaknya salah. Kalau Korea Selatan boleh hidup dan menjadi lebih maju dengan bantuan IMF, mengapa tidak Malaysia?

Tapi, demi menyelamatkan kroni2 Mahafiraun, maka terpaksalah kita hidup dalam eknomi yang tersedak seperti sekarang.

Kita sanggup fitnah Anwar Ibrahim semata-mata Anwar tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan kroni2 Mahathir dan Daim yang tidak reti meniaga.

Sekarang ni, minyak Malaysia dah habis dan kesan krisis 1997 masih lagi terasa sampai sekarang. Nasib kitalah rakyat MAlaysia dipimpin UMNO yang mementingkan kroni lebih dari rakyat.

Tulang Besi

Thursday, May 27, 2010

Ceramah lucah oleh Senatak Ezam di KB

Oleh Perisik Rakyat

Malam tadi aku sempat jenguk-jenguk Ceramah Senatak Mat Ezam dekat Merbok, Kota Bharu. macam biasa - Lokasi. kalau Pakatan Rakyat gunakan sekolah untuk adakan ceramah, akan "geger" 1Malaysia, 2-3 minggu berita berkaitan akan jadi tajuk utama semua Media Perdana Pencacai UMNO/BN.
Dalam hal ni, UMNO/BN selalu bernasib baik. tak akan timbul isu bla bla bla berpolitik di sekolah, tak ada mana-mana Professor akan ditemubual secara ekslusif untuk ambik pandangan, tak ada bijak pandai akan ulas hal ni sebab yang terlibat ialah - UMNO/BN, Tuhan sekelian pencacai di Malaysia.

Kalau Pakatan Rakyat gunakan sekolah hari ni, esoknya akan keluar dalam mana-mana Berita Perdana culaan undi - Pakatan Rakyat bla bla bla gunakan sekolah untuk politik, taip A untuk setuju, taip B untuk tidak setuju dan taip C untuk berkecuali... bla bla bla hantar sms anda ke 58287.

Lepas buat undian akan ada pulak forum yang forumernya 2-2 pihak pro KERAjaan, lepas tu ada pulak sessi temubual dengan orang ramai yang 100% akan bantai Pakatan Rakyat sebab guna sekolah untuk tujuan politik. tipikal MeLAYU akan melompat sakan.

Masa aku sampai, Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fathmi dah selesai membebel, jadi aku tak nak ulas apa-apa pasal ceramah dia semalam. Wan Khairul bekas ahli PKR (aku tak tau apa jawatan dia dalam PKR Kelantan sebelum dia keluar PKR) tengah bagi ceramah.
Pun aku tak nak ulas apa-apa sebab aku tak berapa dengar apa dia cakap sebab aku dok sibuk siapkan kamera aku.

Lepas Wan Khairul, MC serah mikrofon dekat Cucu Tun Ghafar Baba.

Yang ni buat aku sikit terkejut, masa kempen PRK Hulu Selangor, aku tengok Pak Sedare Zahid ni punya la humble, seingat aku Tun Ghafar Baba dulu pun sama macam anak dia Tamrin... tapi cucu Tun Ghafar Baba yang sorang ni lain macam sangat. jauh sangat perangai ngan penampilan dia dari Pak sedare dengan Tok dia.



Dari awal dia berceramah, sampai habis ceramah, perkataan "Al-Juburi" tak lepas dari mulut dia, Tok Guru Nik Abdul Aziz dihina cukup-cukup. senang cerita, jenis mulut tak de agama... mencarut ikut sedap mulut dia, perkataan "Buret", "Kote", "Jubur" selamab je dia sebut tanpa segan silu padahal dekat depan tu ada la dekat-dekat 50 orang kaum wanita dari umur 20an sampai ke 70an.

Gila bacul mulut... kalau Pak sedare aku macam ni, memang aku lempang je terus... buat malu anak beranak je. datang jauh-jauh dari Melaka, buat perangai huduh dekat tempat orang... harap-harap tak de la yang panas hati sampai hilang kawalan diri.




Ezam..? dapat-dapat mikrofon je, pertama sekali puji-pujian kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu... Mat Ezam dah makin pakar dalam hal bodek-membodek, dia tau Datuk Fathmi memang rapat dengan Najib dan ada direct contact dengan Najib, orang macam ni kalau ikut ilmu hisab UMNO/BN, kena pandai "pom"... jilat kena lebey, tepuk jangan kasi bunyi... untung-untung, rumah banglo boleh siap sebelum target.

Tamat bahagian puji-pujian, masuk bab "6 Kotak". seingat aku masa Ezam dalam PKR dulu, dia dok canang 6 kotak tu ada dalam simpanan dia di 1 tempat rahsia. malam semalam dia bagi tau penonton, 6 kotak tu ada dekat Anwar, Anwar tak pernah bagi dia 6 kotak tu dan apa yang Anwar bagi dekat dia cuma 2 helai kertas.

Aik..? magic..? ikut suka ngko la Ezam... hajat ngko pun dah tercapai... paling best bila Mat Ezam cerita pasal perjuangan dia dengan Anwar dulu, katanya dia ikhlas tak harap apa-apa jawatan masa dengan Anwar dulu. "Anwar tu hanyalah seorang banduan, apa yang seorang banduan dapat beri pada saya..?" kata Ezam sebagai bukti dia ikhlas dalam perjuangan...

Mungkin Mat Ezam lupa nak bagitau dekat orang ramai yang hadir tentang perjuangan dia sekarang... ikhlas atau tidak..? sekarang Ezam dalam UMNO, bukan dengan seorang banduan dan semua kita tau apa yang Mat Ezam dapat akhirnya... itu harga sebuah "keikhlasan" yang tidak mengharap pada "jawatan"... jangan lupa ayat ni -

"Saya BERHAK dilantik sebagai Senator..!"


Tu ayat paling "ikhlas" dari seorang yang tak pernah mengharap pada apa-apa jawatan dalam perjuangannya... sumpah aku percaya Mat Ezam 'ikhlas"..!

Terus-terang aku cakap, aku tak nampak "bisa" Mat Ezam masa zaman Reformasi dulu. aku tak paham apa yang Mat Ezam nak sampaikan... tajuk Ceramah ialah "Kisah Benar 1", tapi aku tak dapat cari atau paham apa yang Mat Ezam cuba nak sampaikan dalam ceramah tu.

Selebihnya ceramah Mat Ezam tertumpu pada isu "Liwat"... masuk bab ni, aku cuba nak layan, tapi tak lama dapat bertahan. rasa macam tengah dengar ceritera phorno malam jumaat.

Aku jadi makin tak paham... kalaulah ini Ceramah untuk kemoen Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, aku tak nampak pengundi nak undi UMNO/BN atas alasan apa... nak undi UMNO/BN sebab seronok dengar cerita "Liwat" yang diselang-seli dengan patah-patah kata - "Jubur", "Air-Mani", "Tonggeng", "Buret", "Kote" dan macam-macam carutan..?

4 penceramah cuma tahu cerita seks luar tabie... ini Negara apa..? Negara Lancausia ke..?

** Tahniah Topeng Perak yang berkeinginan juga mahu mendengar ceramah Kisah Benar Ezam. Ceramah yang boleh diringkaskan sebagai ceramah LUCAH aka Porno diulas mantap oleh Senatak Ezam, Zahid Arif dan juga pejuang-pejuang Bangsa , Agama dan Negara iaitu UMNO,parti keramat Melayu.

Melayu berterusan dicurah dengan budaya UMNO seperti ini yang maki hamun, mencarut, cakap lucah seperti ini seolah tiada agama. Ceramah beginilah yang membodohkan orang Melayu dan membuat pemikiran kita tidak berkembang.






Wednesday, May 26, 2010

Rakyat tolak Judi Sukan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Tubuh Gerakan Membantah Judi (GMJ)
Kesemua sayap Pemuda Pakatan Rakyat dan beberapa NGO di negeri Kedah menggiatkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bola sepak, kini melalui platform baru dinamakan Gerakan Membantah Judi (GMJ).

Dalam pertemuan malam tadi, gerakan yang disertai 22 anggota, - termasuk SAYAP Pemuda sebuah parti komponen BN, GERAKAN - mahu kerajaan membatalkan kelulusan judi bola sepak secara serta-merta.

Angota lain gerakan itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Persatuan Ulama Kedah (PUM).

Ketua Pemuda PAS Ahmad Yahya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan pertemuan di kompleks PAS di Kota Sarang Semut malam tadi.


JAIS dan MAIS bisu isu Judi - MP Shah Alam.

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.

Be
liau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.

"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa

*** Rupanya Datuk Khu...ahli UMNO dan Setpol Mike Tyson ,patut muka ada iras-iras pejuang UMNO.

Kah Kah Kah...

Tuesday, May 25, 2010

Tanah KTMB di Singapura- ada yang tidak kena

KENYATAAN MEDIA

25 Mei 2010

PENYELESAIAN ISU TANAH MILIK KTMB DENGAN SIMGAPURA MESTI TELUS

Kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan. Kita hargai kepentingan hubungan antara kedua negara ini terutamanya menyangkuti bidang ekonomi dan pelaburan serta usaha berterusan bagi menyelesaikan isu berbangkit. Namun demikian kita bertegas penyelesaian itu harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.

Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam. Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” agak mengejutkan kerana setahu saya beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.

Kenyataan bersama Dato’ Sri Najib Razak kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara; Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan. Kita gusar kerana persefahaman yang dipersetujui YAB Perdana Menteri itu dibuat serta diumumkan dengan tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ini bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan kerajaan sebelum ini.

Sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun dari kenyataan tersebut terdapat kemungkinan besar kepentingan-kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain. Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu; samada di Marina South dan/atau Ophor Rochir, tidak menandingi nilai tanah milik KTMB itu. Apa yang lebih membimbangkan pembabitan Khazanah hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.

Kita tuntas mempersoalkan kebijaksanaan keputusan Kerajaan Malaysia kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik. Berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu?

Kita juga menggesa pentadbiran Dato’ Sri Najib untuk segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa Points of Agreement(POA) di antara Kerajaan Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di Singapura. Kita juga mahukan penjelasan samada Dato’ Sri Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, menteri kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet. Selain itu kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura? Kita menggesa Dato’ Sri Najib untuk membentangkan kertas laporan di sidang parlimen pada bulan Jun ini.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


Link di malaysia insider

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-flays-submissive-najib-in-singapore-deal/

** Keputusan drastik daripada Najib ini menunjukkan ada yang tidak kena berkaitan isu tanah KTMB di SG ini. Ia memperlihatkan Najib seolah-olah tunduk dan patuh mengenai cadangan SG dan kita sangsi berkaitan tanah yang ditukar itu harganya sama dengan tanah KTMB yang diserahkan.

Kita tidak mahu satu lagi kisah kedaulatan negara kita tergadai lagi kepada Singapura selepas Pulau Batu Putih. Isu 2 blok minyak di Sarawak sudah cukup mengecewakan kita bagaimana kekayaan negara mudah dilelong kepada pihak yang lain oleh kerajaan UMNO BN.




Monday, May 24, 2010

Golok gadai tanah KTMB Singapura



Foto Stesen Tjg Pagar

Sumber Bernama

SINGAPURA, 24 Mei (Bernama) -- Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di sini Isnin.

Pada sidang akhbar bersama di sini, kedua-dua pemimpin itu berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di sini.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.

Pemindahan tanah kepada M-S Pte Ltd akan berkuat kuasa apabila KTMB mengosongkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar.


WIKI Info :

The Tanjong Pagar railway station, also called the Keppel Road railway station or Singapore railway station (Malay language : Stesen Keretapi Tanjung Pagar, Singapura), is a railway terminal in Tanjong Pagar, Singapore. It is owned by Keretapi Tanah Melayu (KTM), the main railway company of Malaysia. The land on which the station and the entire length of the KTM railway tracks in Singapore is situated is held by KTM on a 999-year lease.


Malaysia tunduk dan angguk kepada Singapura ...

Sunday, May 23, 2010

Solidariti UKM 4

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Ayuh rakan-rakan, tandatangani Petisyen online membantah dakwaan di bawah AUKU terhadap 4 orang mahasiswa UKM yang akan di dakwa pada 2 dan 3 Jun 2010 nanti. Mahasiswa ini harapan semua. Kemenangan mereka adalah kemenangan seluruh mahasiswa negara!


http://www.petisyen.com/petitions/view/40/referendum_bantahan_4_mahasiswa_uk

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon berkata, tindakan empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor seharusnya digalakkan dan bukan diambil tindakan oleh pihak Universiti.

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

"Oleh itu, penyertaan politik ialah satu hak yang sah menurut perlembagaan, tiada sesiapa orang termasuk menteri berkuasa mencabuli hak mereka," katanya.


Selain itu, Kin Woon berkata tindakan keempat-empat mereka juga wajar dipuji kerana berani mempraktikkan hak demokrasi mereka dikala mendapat tekanan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

RPK cabar BN bicaranya di mahkamah UK


Terjemahan dari Msia Insider

RPK kembali muncul semalam, lebih setahun selepas berada dalam buangan kendiri. — Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin muncul di khalayak di sini semalam dengan mencabar pihak berkuasa Malaysia agar membawa segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah United Kindom (UK).

Dengan diapit dua lelaki yang berkaca mata hitam, Raja Petra Kamaruddin yang mesra dengan panggilan dengan “RPK” berkata, beliau sanggup berhadapan dengan tuduhan fitnah dan hasutan, malah rayuan terhadap pembebasan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika diberikan hak perundangan yang sama rata.

“Saya akan berhadapan dengan kerajaan dan saya akan lawan tetapi saya akan buat apa yang Sun Tzu berkata ‘lawan dia di wilayah anda’.
“Jadi wilayah saya ialah di sini di UK,” kata Raja Petra dengan menerima tepukan hadirin dianggarkan 300 orang, yang beg mereka diperiksa teliti sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan di BPP Law School di sini.

Kebanyakan daripada hadirin sanggup untuk berdiri kira-kira dua jam mendengar cerita Raja Petra.Kemunculan semalam dilihat yang pertama selepas lebih setahun berada dalam buangan kendiri.

Pada November lalu, Raja Petra dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

Keputusan itu dibuat selepas kesnya ditangguhkan tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Oktober.
Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web Malaysia Today pada 25 April 2008.
Ia salah satu kes dihadapi beliau.

Dalam ucapannya, Raja Petra menolak pandangan bahawa beliau harus pulang ke tanah air untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Pelajar tahun pertama jurusan undang-undang akan memberitahu anda bahawa ia bukan kerja pihak tertuduh untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Ia ada kerja pendakwa raya untuk membuktikan yang dia bersalah.

“Ada mahkamah UK di sini. Tidak perlu ada panggilan telefon ataupun panggilan telefon daripada isteri seseorang,” kata Raja Petra dengan merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, yang beliau seringkali menuduh mencampuri institusi kehakiman.

Meskipun ada gesaan daripada pelbagai pihak kerajaan tidak menyahut desakan agar Raja Petra diekstradisikan untuk meneruskan tindakan perundangan di Malaysia.

Raja Petra juga menjelaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan tuduhan liwat, yang Pakatan Rakyat mendakwa beliau diperangkap, berada di situasi yang berbeza.

“Anwar menerima hakikat bahawa beliau perlu kekal memandangkan beliau bercita-cita mahu menjadi perdana menteri akan datang. Saya tiada aspirasi politik,” kata beliau sambil menambah, “kemungkinan saya orang yang lebih bebas berbanding Anwar.”

Anggota kerabat diraja Selangor ini merujuk kepada beberapa kes bagi membuktikan dakwaannya bahawa bidang kehakiman di Malaysia tidak bebas.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan berhubung rayuan terhadap pembebasannya dari ISA walaupun ia dibuat lebih setahun lalu.
Katanya, beliau juga cuba mendapatkan panel penuh sembilan hakim dan menjangkakan bahawa akan memperoleh tujuh tetapi berakhir dengan tiga sahaja.

Saturday, May 22, 2010

Khir Toyo setuju beri lesen judi dan gesa Selangor tutup premis perjudian


Gesaan Mat Penyapu buruk , Dr Khir Toyo


Kerajaan negeri Selangor dicabar menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di seluruh negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat untuk menghapuskan kegiatan tersebut.

Mohamad Khir Toyo berkata, cubaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan menunjukkan sikap 'double standard' mereka.

"Ini permainan politik yang cuba dilakukan mereka dengan mencari pautan baru dan membangkitkan emosi rakyat. Jika mereka jujur saya cabar mereka untuk lakukan demonstrasi di Sekinchan.

"Tidak payah jauh-jauh. Pergi Sekinchan sahaja, di Jalan Tengah. Di Sekinchan sendiri sekarang sudah ada tiga pusat judi dan lima rumah urut. Di sana kita boleh lihat bukan hanya bukan Melayu tetapi orang Melayu sendiri turut berjudi," katanya.Menurut beliau, walaupun kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian lesen judi, namun operasi setiap premis judi itu bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri.

Mat Penyapu ni bodoh juga..Kerajaan Persekutuan bagi lesen judi kepada tokey cina judi dan kemudian arah kerajaan negeri tutup kedai nombor ekor. Kedarah duit haram judi dulu , kemudian arah kuatkuasa penutupan kedai nombor ekor.

Tak marah ke Vincent Tan wahai Mat Penyapu? Nanti Ibrahim ALi wat demo di rumah 24juta mat penyapu baru tau.! hahaha..Jangan main-main !, Vincent Tan kawan akrab tokoh Sayap Gerakan Melayu, Ibrahim Ali.

Jawabla persoalan mengapa beri lesen judi?

Khir Toyo adalah tokoh kedua selepas Rahman Dahlan (Agen APCO) mempertahan lesen judi kepada Vincent Tan.

Thursday, May 20, 2010

Najib membisu disoal wartawan berkaitan kelulusan lesen judi



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.


hohoho...Najib penakut mahu jawab !..pertahan jubok Saiful boleh ya? apabila bab Islam..we are not going to talk ? Hang memang 1 Malaysia..prihatin dengan rakyat bukan Islam untuk berjudi disamping itu UMNO juga akan dapat hasil judi untuk PRU13.

Tuesday, May 18, 2010

Bantahan NGO dan tokoh agama terhadap lesen judi




Lihat laporan Berita Harian , Sabtu 8 mei, muka surat 2;

“Syor lesen pertaruhan Piala Dunia dibantah”

…..cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen pertaruhan….mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin UMNO kerana memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada Negara yang majority rakyatnya beragama Islam……
MT Umno , Mohd Puad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan , malah bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi……..

Mufti Perak , Tan Sri Harussani …semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam
Bekas penasihat agama istana, Datuk Abu Hasan Din Al-hafiz, .. berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.


Presiden Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd Ralip, …secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan ……
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut ..cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran
Pergerakan UMNO Bahagian Kuala Kedah “ lesen pertaruhan piala dunia undang kebencian pengundi Melayu” - …saya berpendapat kerajaan tidak perlu mengeluarkan lesen berkenaan keranan aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku kerana sindiket judi tetap akan menganjurkan pertaruhan haram bagi mendapatkan keuntungan yang lebih…


Hanya kelibat seorang sahaja wakil kerajaan yang bersuara menentang kelulusan lesen judi kepada Berjaya Group iaitu YB Puad Zakarshi ,Timb Menteri Pelajaran. Tahniah YB Puad yang berani lontarkan kenyataan tidak setuju dengan tindakan Najib Razak.

Kita amat dukacita dengan watak hero Melayu dan Islam lain seperti YB Zul Norodin, YB Ibrahim Ali PERKASA ,Ezam Kotak dan Arman Perkasa yang sehingga kini masih membisu bersabit soal kelulusan lesen judi ini yang jelas bertentangan dengan Islam.



UMNO dan PERKASA adalah entiti yang tidak memperjuangkan ISLAM, mereka hanya fikirkan bangsa , Raja Monarki dan kepentingan diri mereka.


Monday, May 17, 2010

Sogokan wang berjuta-juta tidak bermakna di Sibu




Najib mengugut pengundi Cina di Rajang Park pada ceramah final malam tersebut.
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib



Inilah watak Najib yang cukup hebat menggunakan wang berjuta-juta setipa kali Pilihanraya kecil.


Najib berkira-kira mahu laksana janji-janji PRK di Sibu

Janji timbalan perdana menteri ini bercanggah dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi tadi bahawa BN akan memikirkan semula janji-janji kempen
kepada masyarakat Sibu termasuk dana RM5 juta diumumkan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan pinggir bandar Rejang Park, yang majoritinya masyarakat Cina.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng merampas kerusi Sibu daripada penguasaan BN sejak 1982.

“Apa sahaja yang diumumkan oleh perdana menteri, saya atau pemimpin-pemimpin BN, kami akan menunaikan janji,” kata Muhyiddin ketika ditanya tindakan BN selepas tewas di Sibu semalam.

Sebalik memperuntukkan hampir RM20 juta dalam pilihan raya kecil Sibu dengan menyediakan dana RM15 juta untuk sekolah dan RM1.75 juta untuk empat gereja Methodist, BN keciciran kubu kuatnya kepada DAP.

Masalah banjir = RM5juta
sekolah = RM15juta
Gereja = RM1.75juta

Total =RM21.75juta

Tok Guru Nik Aziz


"Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.

“Rakyat sudah terlalu mual dengan politik wang (janji-janji pilihan raya),” kata Menteri Besar Kelantan ini.

“Umno dan BN membeli rakyat seperti membeli ayam itik, binatang ternakan boleh dibeli, tapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.


Analisis penganalisis politik di Sarawak

Link Ini - Kekalahan Sibu,rakyat tolak Taib Mahmud.

Anwar Ibrahim -Kemenangan Sibu cabar perlbagai andaian

Friday, May 14, 2010

Najib beri lesan judi sukan kepada Vincent Tan, rakan Ibrahim Ali


Fatwa PM 1 Msia- Judi sukan kini sah di Malaysia dan kita tidak perlu lagi berjudi secara haram.




Berjaya Group baru sahaja diberikan lesen untuk Judi Sukan sempena Piala Dunia 2010 ini. Sila baca di sini.


Di ambil dari artikel NST,

Legal sports betting soon? 2010/03/23 By Kang Siew Li
KUALA LUMPUR: Sports betting may soon be legalised, probably in time for the Fifa World Cup finals in South Africa from June 11 to July 11.

It is understood that the Berjaya Group is seeking approval from the authorities to operate sports betting activities in the country, although it is unclear which betting system will be used.

A spokesman for Berjaya Corp Bhd group corporate communications told the New Straits Times that the company "would like to decline comment on this matter at this point of time".

This is not the first time that Berjaya Group has approached the government to make sports betting legal in the country.

In October 2004, Berjaya Group head Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun's privately-owned Ascot Sports Sdn Bhd was reported to have received approval to operate sports betting activities from the Finance Ministry in June 2003, in which it paid RM25 million for a 20-year concession.

However, then prime minister Datuk Seri (now Tun) Abdullah Ahmad Badawi shot down the proposal, saying the government would not give any licence to legalise football betting in the country.

While the Berjaya Group's second attempt is likely to stir protests from certain quarters, others have said that it should be allowed and taxed by the government, seeing that many Malaysians are already betting illegally on sports.

"It will likely divert money from illegal football betting. It will also take some of the gaming market share lost to Singapore with the opening of its first casino recently," said an industry observer.

In a report dated May 26, 2006, Mayban Securities had estimated that the value of daily legal gaming was RM850 million, with illegal gambling estimated at around the same amount. This gives the total size of estimated daily gambling in Malaysia at around RM1.7 billion.

"Assuming that this amount is doubled during the World Cup month, there may be an additional RM1.7 billion being gambled daily," the report had said.

Gaming analysts said Berjaya Sports Toto Bhd (BToto) was most likely to benefit if sports betting was legalised here. BToto is one of the country's three listed numbers forecast operators (NFO), which include Magnum Corp Bhd and Tanjong plc.

While betting on football is illegal in Malaysia, Singapore has legalised it since 1999.

It was reported that Singapore first introduced legalised football betting on S-League games in 1999.

In 2002, sports betting was extended beyond S- League games to include matches played in the World Club 2002.

Sports betting was subsequently further extended to allow for legalised betting on international football matches, the English Premier League and other European and Asian football leagues as well.

Sports betting has today gained widespread acceptance in Singapore.

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam sebuah laporan bertarikh 26 May 2006, Mayban Securities menganggarkan nilai judi sah di Malaysia adalah RM850juta sehari. Perjudian haram pula dianggarkan dengan jumlah yang sama. Ini menjadikan jumlah nilai aktiviti judi di Malaysia kepada RM1.7 billion sehari.

Thursday, May 13, 2010

Saiful - Saya jumpa Najib dan ada nombor telefon Musa Hassan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Laporan TV Selangor



Kenyataan Anwar



Blog Tukar Tiub














KAH KAH KAH


woit... INILAH SALINAN GAMBAR DALAM MAHKAMAH HARI INI... kah kah kah..

woit... GAMBAR DIAMBIL SEHARI SESUDAH SAIFOOL KENA SUTUT... kah kah kah..

kah kah kah... PELIK TAK KENG KANG PULAK MALAON INI.... kah kah ka

woit... KESIAN....SIAPA MINUM TEA ATAU KOPI PETANG ITU...kah kah kah..

kah kah kah...LUBANG JUBUR SAIFOOL MASIH PENUH DENGAN BAHAN BUKTI...kah kah kah..

woit... PASTI ADA MELELEH SIKIT KE KETING DAN PEHA.... kah kah kah

kah kah kah.... NIKMATILAH TEA DAN KOPI BERCAMPUR KUNCIT SAIFOOL... kah kah kah

AKHIRNYA INILAH HASIL SEBUAH BANGSA:

Manusia dajal yang sanggup buat apa saja untuk wang, walau pun ia bererti memfitnah dan mengaibkan orang lain.

Hakim2 yang sanggup menginjak hukum, demi pangkat dan jawatan walau pun memenjara yang tak bersalah dan membebaskan yang bersalah.

Polis dan pendakwa yang menyembah tuan2 politik demi ganjaran material. Bangsa jenis apakah ini?

SAiful masih pergi rumah Anwar sehari selepas kata diliwat?

Karpal bertanya adakah Saiful ke rumah Anwar pada 27 Jun.

Saiful jawab: "ya".

Karpal menunjukkan gambar Saiful tersenyum & menyediakan teh untuk Anwar.

KARPAL: "Adakah kamu dalam gambar itu?"

SAIFUL: "Ya".

KARPAL: Kamu nampak gembira.

Ketika ini, Pendakwaraya mencelah & mereka diselamat buat sementara apabila hakim tangguh kes ke 31 Mei.

nota:

terpulang kepada anak anak muda
untuk menyelamatkan negara kita
yang sedang nazak !

hanya anak muda yang mengubah dunia!

old tai hanya penuh dengan kata-kata
old tai berat saku dengan hutang dan janji

hanya anak muda merubah dunia !


Wednesday, May 12, 2010

Malaysia terkulai ditangan Jepun

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Malaysia tewas kepada Jepun 2- 3 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan sebentar tadi. Dikhabarkan Bik Mama yang baru tiba di stadium hampa melihat Hafiz Hasyim terkulai di set rubber game kepada Shoji sato.

Mungkin kedatangan BIK mama membawa nasib tak baik kepada team Malaysia. hahaha..


Monday, May 10, 2010

Saiful jumpa Najib dan Rosmah 4 hari sebelum buat laporan polis

Saifol dengan Man Belon (Pegawai Khas Najib)

By EILEEN NG (AP) – May 10, 2010

KUALA LUMPUR, Malaysia — The young man who claims opposition leader Anwar Ibrahim sodomized him acknowledged in court Monday that he had met with Malaysia’s prime minister four days before making a police complaint against Anwar.

The defense hopes that Saiful Bukhari Azlan’s testimony under cross-examination will bolster its contention that the sodomy trial against Anwar is a political conspiracy masterminded by Prime Minister Najib Razak and his wife.

Saiful’s admission that he met with Najib proves “the issue of conspiracy by Najib and higher-ups in the government,” Anwar told reporters after the hearing.

Sodomy, even between consenting adults, is a crime in this Muslim-majority nation. If convicted, Anwar faces 20 years in prison that could end the career of the veteran politician who has aspirations to become the prime minister.

The trial, which resumed Monday after a three-month break, has attracted international attention. Amnesty International has called it a sham.

“When a country like Malaysia uses this (sodomy accusation) against the leader of its political opposition, it smacks of political persecution as well,” said Lance Lattig, an Amnesty researcher.

Saiful, 24, claims he was sodomized several times by Anwar in 2008 but did not go to police. Instead, he discussed it with Najib, who was then the deputy prime minister, on June 24, 2008.

“I went to him (Najib) to complain about my problem, my dilemma,” Saiful testified.

He claims he was sodomized again by Anwar on June 26, 2008 and that he made a police complaint on June 28.

Anwar, a 62-year-old married father of six children, is on trial for the alleged incident on June 26 only.

Najib acknowledges meeting Saiful at his home but says he offered no advice. Saiful knew one of his officers, who arranged the meeting. Saiful came as an “ordinary citizen who wanted to tell me something,” Najib told reporters in 2008.

Anwar challenged Najib to appear in court to explain the details of the meeting. Few details of the meeting are known, and questions remains as to how a common citizen like Saiful managed to meet a powerful politican like Najib at his home.

“It will be a futile trial if he chooses to use his influence … not to appear in court with (wife) Rosmah,” Anwar said. He added his lawyers will also show that Rosmah had met Saiful previously, a claim that the first lady and Saiful have denied.

It is the second time that Anwar has been accused of sodomy. In 1998, he lost his post as deputy prime minister and spent six years in jail for sodomy and abuse of power. He was freed in 2004 when a court overturned the sodomy conviction. Two years ago, Anwar led a three-party opposition alliance to major gains in elections.

Najib denies Anwar’s claim that he is a victim of a government conspiracy to undermine the opposition alliance, which hopes to win power in national elections scheduled to be held by 2013.

Anwar’s lawyers point to some contradictions in Saiful’s testimony. One medical report says Saiful initially told a doctor a plastic object had been inserted in his anus.

On Monday, Saiful said the doctor was lying and had fabricated the report

Friday, May 7, 2010

Ketua Wira PERKASA mengamuk



Arman, Ketua Wira Perkasa mengamuk di depan Pejabat PKR Pusat di Tropicana.




Exco Wanita PKR berhujah dengan Arman ! Perang Mulut !...UMNO Yahudi ! ..

Thursday, May 6, 2010

UMNO BN mahu laksana perjudian sukan secara sah

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

** Mana fatwa Mufti Harussani yang terkenal dan pantang bab judi dan arak?
Mana Ibrahim PERKASA ? ini bab Melayu juga, kerana Melayu tu Islam...Judi itu Haram !

Judi itu secara sah atau haram ke tetap HARAM di sisi Islam la bahalol ! Awat yang bengong sangat kalau mahu cari dana duit untuk kerajaan?

Ini wajah sebenar Kerajaan UMNO APCO yang semakin mengikut telunjuk APCO sampai pejudian pun mahu dihalalkan.

Link dahulu:

http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2010/03/1-malaysia-mahu-laksana-judi-sukan.html

Wednesday, May 5, 2010

Forum "Keadilan untuk Aminulrasyid' desak tubuh Suruhanjaya Diraja

Forum "keadilan untuk adik Aminulrasyid" malam tadi meluluskan enam resolusi termasuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memastikan siasatan yang adil dan telus terhadap insiden remaja itu mati ditembak polis pada 26 April lalu.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Ahli panelnya terdiri daripada peguam N Surendran, pensyarah undang-undang prosedur jenayah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan anggota Jawatankuasa Hak Sivil.

Forum tersebut yang dipengerusikan oleh presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz itu, dimulakan dengan bacaan puisi "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said.

Dalam kenyataannya, Muhammad Faisal berkata, lima lagi resolusi ialah:

- Menggesa dikuatkuasakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC).

- Menyeru pihak yang terlibat tampil untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa.

- Menuntut pihak media agar memberi laporan yang tepat dan telus kepada orang awam.

- Mendesak agar ketua polis negara diganti demi menjaga nama baik institusi polis.

- Memastikan wujudnya elemen "semak dan seimbang" terhadap kuasa dan bidang tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tuesday, May 4, 2010

Ezam sebagai Senator




Oleh: Reformis Jalanan
"Cabaran masa kini ialah rasuah dan penyelewengan. Kerana tak ada maruah, sebab itu melarat hidup kita." "Bangun, bangkit, berdiri sebagai seorang insan yang mempunyai maruah."
Kata-kata inilah yang saya akan ingat sampai bila-bila. Orang yang bertanggungjawab menyedarkan saya betapa pentingnya maruah seorang bangsa yang merdeka ialah Ezam Mohd Noor. Saya mula rasa bersemangat sebaik saja mendegar rakaman ucapannya yang dirakam di Johor, 3 tahun lalu. Sebab itu kenapa saya selalu tekankan di dalam blog ini mengenai maruah. Saya selalu sebut mengenai maruah. Bab integritilah yang paling saya tekankan.

Berbalik pada kisah Ezam. Dahulu saya sangat menyanjungi beliau. Ezam meninggalkan pengaruh yang begitu mendalam pada diri ini. Tentang kisah beliau menghantar laporan rasuah setebal 632 mukasurat yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan kepada PM waktu itu, Abdullah Badawi. Saya mana pernah jumpa Ezam. Sempat bertentang mata dan berjabat tangan saja sewaktu beliau dijemput berceramah di Perkarangan Masjid Rusila, satu pentas bersama Azmin Ali yang turut dijemput (kali terakhir Ezam-Azmin satu pentas). Itu pun hampir 3 tahun lalu.

Tapi setiap bait-bait katanya saya ingat. Ketika itu beliau menenkankan soal maruah dan integriti. Beliau menyoal di mana maruah dan martabat kita selaku bangsa yang merdeka tatkala pemimpin-pemimpin UMNO bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan. Adanya pemimpin macam itu kerana kita (rakyat Malaysia) tidak meletakkan maruah diri di tempat yang tinggi.

Negara lain yang tidak Islam begitu pentingkan bab integriti. Jika seorang pemimpin dituduh rasuah dan dikumpulkan bukti yang tidak dapat dijawab, rakyat tidak perlu mendesak pemimpin tersebut meletak jawatan, tapi dia sendiri yang letak. Tapi di Malaysia ini? Dah jenuh suruh letak jawatan - tak letak-letak juga. Orang Islam apakah ini yang tiada maruah?

Saya sudah bawakan contoh di dalam blog ini mengenai bekas Presiden Korea Selatan (Roh Moo Hyun) yang bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi kerana malu dengan rakyat Korea tentang amalan korupsinya. Bandingkan maruah rakyat Korea yang kafir dengan Malaysia yang bermajoritikan Islam.

Ezam juga pernah membandingkan Korea dengan Malaysia dengan diceritakan pengalamannya berkunjung ke Gwangju. Tak mungkin saya lupakan. Beliau menerangkan sebelum tahun 80-an taraf Korea Selatan dan Malaysia lebih kurang sama. Sama ada ekonomi mahupun sukan. Tapi, Korea Selatan jauh meninggalkan Malaysia selepas daripada tahun 80-an. Kerana apa? Kerana bermulanya kebangkitan rakyat Korea yang melawan pemerintah sehingga mengorbankan ratusan nyawa. Sebab itu sehingga kini mereka menjadi bangsa yang bermaruah.

Mereka menghukum mana-mana ahli politik yang rasuah. Di Korea Selatan, ramai pemimpinnya masuk penjara. Di Malaysia, hanya boleh mimpi saja Menteri masuk penjara. Dan kerana bermaruah, rakyat Korea hingga sekarang hidup senang. Pendapatan selesa, jauh beza dari segi taraf hidup dan pendapatan berbanding rakyat Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka ada maruah, kita tak ada maruah.

Beliau menukilkan pula ayat dari Surah al-Hajj yang bermaksud, "Jangan kamu biarkan harta itu berlegar-legar di kalangan kamu yang berkepentingan" - oleh kerana tak ada penghayatan mengenai ayat ini, sebab itu masyarakat kita menjadi kosong, tak ada maruah. Orang kafir mana ada pegangan. Tapi mereka cukup marah kalau pemimpin mereka rasuah. Yang salah tetap salah.

Seterusnya beliau memetik kata-kata Ibnu Khaldun (Muqaddimah) : Hancur tamadun ini apabila pemimpin kena penyakit berkejar-kejar dengan kemewahan.

Ezam ketika itu kuat mengutuk pemimpin-pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan yang melacurkan jawatan mereka kepada tauke-tauke dadah. Pengalaman beliau di Penjara Kajang apabila diberitahu oleh seorang banduan yang bakal dihukum gantung kerana membawa dadah. "Tauke dadah tak akan masuk penjara kerana mereka boleh main golf dengan ketua-ketua polis".

Perkara-perkara inilah yang membawa kesan di dalam diri saya. Sudah berapa banyak saya sebut tentang maruah di dalam blog ini? Boleh kira sendiri. Tapi ini adalah hasil daripada kata-kata Ezam yang baru mengangkat sumpah menjadi senator pada hari ini ke dalam diri saya. Yang saya perjuangkan ialah pembasmian rasuah dan penyelewengan di dalam negara ini.

Tapi cukup mengecewakan bila beliau memilih untuk menyerahkan borang UMNO kepada orang yang kuat dikritiknya kerana lembab dalam pembersihan rasuah dalam pentadbiran (Abdullah Badawi). Saya berfikir banyak kali. Daripada sumber yang dipercayai, sudah nyata Ezam sendiri belot dengan perjuangannya. Bermula dengan krisis dengan pemimpin-pemimpin PKR sehingga beliau keluar parti, menjadi tidak berparti, bergerak atas platform Gerak, berceramah di atas pentas PAS, dan akhirnya terjun kembali ke lubuk asal.

Yang nyata, Ezam bukan Trojan Horse Anwar. Ezam khianat kerana tidak dapat perhatian dari bekas bossnya. Hishamuddin Rais menyifatkan sebagai penyakit KKS - Kurang Kasih Sayang. Kasih sayang daripada Anwar. Khalid Jaafar kata Ezam sudah tidak yakin dengan perjuangan parti.

Ezam pula dalam salah satu ceramahnya mengatakan sebab dia keluar parti kerana sudah dapat lihat ada elemen-elemen yang tidak elok yang boleh merosakkan perjuangan kerana terdapat segelintir pemimpin parti yang mempunyai cita-cita lain.

Pernah dulu ucapan Ezam keluar dari rakaman VCD hampir 3 tahun lalu mengenai desas-desus beliau menyertai UMNO. Dan jawapannya ketika itu ialah, "Macam mana nak masuk UMNO sedangkan sayalah yang paling kuat membuat laporan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO?"

Akhirnya serah juga borang kepada yang lembik lawan rasuah dengan alasan, "Saya berpuas hati dengan usaha PM yang mahu membasmi rasuah,"

Hari ini Mat Ezam sudah jadi senator. Dan tadi saya tinggalkan komen pada wall Facebook beliau,
Salam Mat Ezam. Dah jadi senator ni, jalankanlah tanggungjawab dan pikul amanah dengan sejujurnya. Flashback balik apa yang anda ceramahkan di Tenggara, Johor dahulu. Flashback lagi tentang pengalaman anda di Gwangju, Korea serta perjuangan rakyat Gwangju pada 80-an. Walaupun saudara sudah berlainan parti, saya harap saudara tidak bacul dalam mempertahankan maruah umat.
Walaupun Ezam sudah khianat, tapi saya akan teruskan usaha mempertahankan maruah rakyat Malaysia dan perjuangan menentang penyelewengan dan korupsi.

Zambry sedekah RM50K setiap bahagian MCA Perak


Siapa agen Cina?
Sumber Harakah

Ustaz Misbahul Munir

Sewaktu PR memerintah Perak, UMNO menjaja merata kampung kononnya Hj Nizar boneka DAP, kuda tunggangan Cina, gadai tanah orang Melayu bagi kat Cina, mengabaikan Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membantu Sekolah-sekolah Cina, bagi peruntukan kepada kuil, tokong dan gereja dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah.

Hari ini Kerajaan BN Negeri umum peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan.

Saya percaya rakyat Perak mempertikai tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukkan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian bagi tujuan pembangunan. MCA adalah sebuah parti politik yang telah dikecundangkan oleh DAP Perak. MCA hanya menang satu kerusi di Perak.

Apa kewajaran MCA diberi keistimewaan begitu sekali oleh Kerajaan Negeri Perak. Projek-projek pembangunan kecil biasanya diperuntukan melalui wakil-wakil rakyat dan pejabat daerah.

Sewaktu PR memerintah Perak, PAS, PKR dan DAP tidak pernah diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan. Kerajaan PR memberi peruntukan RM 200 ribu setahun kepada wakil-wakil rakyat, manakala di setiap DUN yang tidak diwakili oleh wakil rakyat PR, kerajaan melantik Penyelia DUN untuk menyalurkan peruntukan tersebut.

Peruntukan RM 200 ribu itu pula tidak diberi secara tunai, mesti dipohon melalui projek-projek kecil pembangunan di Dun masing-masing. Walau bagaimanapun peruntukan tersebut masih boleh digunakan untuk tujuan sumbangan kebajikan kepada wakil rakyat, JKKK, persatuan-persatuan, Ngo, belia dan yang seumpamanya.

Pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan memproses peruntukan ini ialah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) dan Pejabat Daerah dan diluluskan oleh MB. Walaupun peruntukan sebanyak itu adalah kepada wakil rakyat, bukan bermakna wakil rakyat boleh sewenang menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan tertentu.

Inilah bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa Kerajaan BN terhadap harta rakyat. Kalau MCA yang menang satu kerusi di Perak pun diberi peruntukan RM 50 ribu setiap bahagian, bagaimana pula dengan UMNO yang memenangi banyak kerusi di Perak ? MCA hanya sebuah parti politik, MCA bukan jentera kerajaan, tidak ada sebab yang munasabah sebuah parti politik diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan.

Sebenarnya itulah cara BN mengurus dana kerajaan, parti politik diberi peruntukan semata-mata untuk menjaga kepentingan pengundi Cina yang semakin merosot sokongan mereka kepada BN.

Tindakan ini juga mengambarkan bahawa Zambrylah boneka MCA, semua kemahuan dan tuntutan MCA dipenuhi. Berbeza dengan Hj Nizar yang tidak memberi peruntukan kepada parti-parti politik sekalipun PAS, apatah lagi DAP dan PKR. Peruntukan kerajaan disalurkan mengikut peraturan dan prosedur yang betul.

Kita tidak pertikai kalau peruntukan untuk rakyat diberi melalui saluran yang betul, bukan sahaja RM 50 ribu bahkan ratusan ribu sekalipun, rakyat tidak pertikai

Cuba bayangkan kalau Hj Nizar sebagai MB Perak dulu umumkan peruntukan kepada setiap DAP Bahagian hanya RM 10 ribu sahaja, saya percaya setiap hari media arus perdana akan jadikan isu utama akhbar, UMNO dan wakil-wakil rakyat mereka sudah pasti akan gunakan isu ini untuk bangkitkan sentimen perkauman. Inilah UMNO BN.

*** Dahulu, YB Nizar ialah Agen Cina dan Boneka DAP seperti apa yang dikatakan oleh UMNO BN. Tetapi kini lihatlah Zambry Mamak pi bagi duit RM50K untuk setiap bahagian MCA di Perak? Siapa agen Cina MCA sekarang? MCA satu kerusi DUN dapat 50K setiap bahagian. UMNO dapat apa? Hanya bertujuan mahu dapatkan kembali sokongan Cina, duit kerajaan dan rakyat dilaburkan kepada parti politik MCA.




Tribute to Arwah Aminulrasyid

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Monday, May 3, 2010

Misteri Skandal Scorpene Altantuya

Merdeka Review

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.

Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita - polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.

Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:

Apakah peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu?

Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?

Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?

Apakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam (gambar kiri) dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?

Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala?

Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.

Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?

Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?

Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?

Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?

Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?

Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.

*Kenyataan media daripada Pakatan Rakyat.

Indeks kebebasan akhbar Malaysia

Malaysia naik dua tangga untuk berada di kedudukan ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara.

Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.

Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia.

Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196).

Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).

Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”.

Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.

Malaysia yang merancang untuk menjadi negara maju (develop country) pada tahun 2020 kini masih merudum indeks dari segi kebebasan media dan akhbar.

Kebebasan yag sedikit dinikmati pada zaman Pak Lah kini direntap kembali oleh Bik Mama yang menganggu media sebagai contoh rancangan di NTV7.
.

Sunday, May 2, 2010

UMNO BN gadai blok minyak kepada Brunei


Sumber Harakah
KUALA LUMPUR, 2 Mei: Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti memberi penjelasan mengenai penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Setakat ini, yang memberikan ulasan agak panjang hanyalah (bekas Perdana Menteri, Tun) Abullah (Ahmad Badawi). Kita mahu penjelasan telus dan berterus-terang dari kerajaan, bukan sekadar ulasan Ahli Parlimen Kepala Batas," katanya.

Beliau menuntut kerajaan Najib menghentikan sikap tidak bertanggungjawab dan terus membisu mengenai hal itu walaupun sudah beberapa hari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perkara itu.

"Dr Mahathir mendedahkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) malah didedahkan juga bahawa kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

"Rakyat juga mesti diberitahu apa yang dilakukan oleh anggota kabinet ketika perkara itu berlaku.
"Adakah mereka menjadi pak turut sahaja kepada tindakan Abdullah yang ketika itu menjadi Perdana Menteri?

"Apa Najib buat untuk mempertahankan khazanah dan wilayah negara sedangkan ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri?

"Sebahagian besar anggota kabinet ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri masih lagi berada dalam pentadbiran Najib kini. Apa mereka buat untuk mempertahankan khazanah dan wilayah negara ini dari terlepas ke tangan Brunei?" beliau mempersoalkan.

Rakyat, katanya, mesti menuntut Najib bertanggungjawab ke atas perkara itu, begitu juga semua anggota kabinet ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri.

"Jika mereka enggan bertanggungjawab atas kehilangan khazanah dan wilayah negara, rakyat mesti bangkit bersama mengajar mereka tentang erti tanggungjawab," tegas beliau.

Dr Mahathir mendakwa Abdullah telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blok tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

Abdullah menolak dakwaan Dr Mahathir itu.

Dalam kenyataannya selepas pendedahan Dr Mahathir itu, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.

Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula memberitahu media bahawa Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009.

Ditanya mengenai laporan bahawa Brunei telah membuat penafian bersetuju menyerahkan Limbang, Mohamed Nazri berkata, Brunei boleh membuat penafian itu, tetapi hakikatnya, Limbang tetap hak milik Malaysia.


Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews