INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Tuesday, March 30, 2010

Kontrak APCO mencalar imej Malaysia di dunia Islam

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu. "Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa. Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan. Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang. "Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini. Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel "Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco? "Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya. Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu "Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies. "Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco. "Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. "Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya. Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel. Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya. Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel. Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting. "Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi. Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco. Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd. "Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan. "Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorangnya CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya.

*** Bak kata MP Pokok Sena " Tu dia baru baru kami tau !! Ya AlLAH baru kami tau !..awat punya teruk UMNO ni..


Sunday, March 28, 2010

Kempen Selamatkan Malaysia bermula

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Video oleh Media Rakyat



Pelancaran Kempen Selamatkan Malaysia di HULU SELANGOR oleh ikon Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim



Saturday, March 27, 2010

PM Najib - Tidak pernah berjumpa 2 polis, Azilah dan Sirul Azhar


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



PM Najib Razak ditemuramah oleh wartawan majalah THE ECONOMIST.

Another judicial case is the murder of Altantuya, the translator. She was murdered in 2006 and two policemen were found guilty of this, two policemen who belonged to your security detail, and your personal advisor was tangled up in this affair. Do you feel that justice has been done in this case?

I want to clarify they are not my personal security detail. They work on shift. I have my own personal detail that is attached to me. I have one that guards me for a few days, then guards someone else. They would guard me and they would guard the [former] prime minister, Abdullah Badawi. They also guard foreigners who come. It’s got nothing to do with me. Throughout the trial there has been no single evidence produced, and I have sworn in the mosque, I’ve sworn publicly, as a Muslim, that I do not know her, I’ve not met her and there’s been no evidence produced, no photograph, nothing, to say that I even knew her.

Logically, if you think about it, if I am involved or was involved with her, why should she not blackmail me, why should she blackmail Razak [Baginda]? But as it was she blackmailed Razak, she never went for me, or went to my house or anything of that sort. In the court of law, you have to produce evidence. Guilt-by-association cannot be the basis of justice, anywhere in the world. You have [a] friend, don’t you? If your friend is involved, does it mean you’re involved? Exactly. You’re not involved, unless there’s evidence to indicate otherwise. Why should I be different?

But do you think justice was done in the sense that we have two [convicted] policemen—unless you believe that they just decided to do this act themselves—they were acting on some orders, and we don’t know if there were orders given?

It has to be on the basis of beyond reasonable doubt. As long as you can introduce reasonable doubt, then you cannot say someone else is responsible. I never met the two policemen to discuss this at all, and the meeting did not involve me. So it cannot come from me. Whether Razak gave the order or not, Razak is a civilian. How can a civilian give an order to a policeman? That is also the counter-argument. Whatever it is, if you want to sentence anyone, it has to be on the basis of beyond reasonable doubt. As long as you can introduce reasonable doubt nobody can be found guilty in our system, also in the British system or anywhere else in the world.



Friday, March 26, 2010

4 calon Anugerah Bintang Lompat Parti Paling Popular

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Anugerah Bintang Lompat Parti Paling Popular ? Sila undi di akhbar Berita Hairan dengan segera atau tinggal comment di blog ini !

a) YB Zah reenn @ si tua projek golf
b) YB Zul Noroddin @ si loyar buruk
c) YB Tan Teh O Beng @ si penghutang along
d) YB Moh seen @ si tua lebai kampung

YB Ebrahem Alie @ si cauvanis pelahap saham tokey judi tidak disenaraikan kerana taraf dan bahasa percakapannya (loghat kelate) tidak melayakkan dirinya untuk disenaraikan.

Selain itu , YB lompat ini juga sudah expired !


-



Thursday, March 25, 2010

1 Malaysia mahu laksana Judi Sukan (World Cup 2010 ) ?

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan mengenai cadangan untuk mewujudkan perjudian berasaskan sukan di negara ini yang dedah media antarabangsa.

Najib dikatakan mendedahkan cadangan itu ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong.

Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen sambil mempertikai mengapa Najib seolah-olah merahsiakan hal itu dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Beliau merujuk laporan akhbar yang mengatakan Berjaya Group, sebuah syarikat berasaskan perjudian dikatakan berminat untuk melobi lesen judi dari kerajaan.

Berjaya Group yang dikepalai Tan Sri Vicent Tan diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta.

Anda boleh lihat link berita di bawah:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/3ksws/Article/index_html

http://www.betasia.com/news/malaysia/5961/sports-betting-to-become-legal-in-malaysia-in-time-for-world-cup.html


**1 Malaysia memang kemaih la...kini Malaysia menjadi HUB Perjudian di Asia Tenggara ! Mahu lawan Pulau Sentosa, SG kot ?



Wednesday, March 24, 2010

Wang royalti Terengganu digunakan oleh UMNO Kedah - Laporan Audit Negara

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



YB Machang, Saifudin Nasution makin menjadi lagi ! Kali ini membaca Laporan Audit Negara yang menyatakan UMNO menggunakan wang royalti Terengganu untuk kepentingan parti tanpa merasa malu.

Siapa pengkhianat wang rakyat? UMNO salahguna duit royalti rakyat terengganu untuk kepentingan parti.

Saifudin Nasution -" UMNO khianat duit rakyat ini sudah menjadi darah dagingnya "


Gugurkan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim -Human Rights Watch

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch, mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan semua pertuduhan yang dianggap bermotifkan politik berhubung perbicaraan terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenytaan yang dikeluarkan di New York semalam, pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh itu berkata tindakan mahkamah menafikan pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu daripada mendapatkan bahan bukti kritikal yang kini dalam simpanan pihak pendakwaan disamping penerbitan bahan bukti di dalam sebuah akhbar milik parti pemerintah, menimbulkan kesangsian serius samada Anwar akan mendapat perbicaraan yang adil.

“Kerajaan Malaysia seharusnya menghentikan permainan terhadap proses keadilan dan menggugurkan caj terhadap Anwar. Pada setiap langkah mahkamah telah menghalang usaha pasukan peguambela Anwar untuk menyediakan pembelaan yang tuntas,” kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch.

Menurut pertubuhan itu lagi beberapa keputusan mahkamah dilihat menjurus kepada tindakan melemahkan proses penyediaan pembelaan.

Peguambela Anwar telah dinafikan akses kepada sampel spesimen DNA sebelum perbicaraan bermula, kenyataan plaintif dan saksi penting pendakwaan, nota doktor yang memeriksa Saiful serta salinan asli pita rakaman CCTV daripada kondominium di mana kejadian di dakwa berlaku.

Walaupun setelah perbicaraan bermula pada 2 Februari 2010, mahkamah sekali lagi membuat keputusan tidak membenar pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi pihak pendakwaan apatah lagi kenyataan mereka.

“Human Rights Watch amat bimbang mengenai campur tangan politik Barisan Nasional di dalam perbicaraan ini. Mahkamah tidak langsung mengambil sebarang tindakan terhadap artikel yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki Umno yang melaporkan maklumat berhubung perbicaraan tertutup semasa lawatan ke kondominium tersebut.

“Penerbitan maklumat yang tidak sepatutnya didedahkan dalam akhbar milik parti pemerintah adalah langkah yang amat mengejutkan dan dilihat sebagai campur tangan kerajaan di dalam kes Anwar.

“Ini adalah contoh terbaru bagaimana kerajaan ingin memainkan peranan utama dalam sebuah perbicaraan melibatkan seorang Ketua Pembangkang,” kata Robertson lagi.

Human Rights Watch juga memberikan beberapa contoh campur tangan kerajaan sepanjang tempoh 20 bulan sejak kes ini bermula.

Campur tangan paling ketara ialah apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memindahkan kes tersebut daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada Mac 2009.

Langkah itu dilihat mengekang hak membuat rayuan sekiranya pihak defendan kalah dalam perbicaraan kelak.

Ketika Peguam Negara mengeluarkan arahan tersebut, beliau juga pada masa yang sama adalah di bawah siasatan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan merekacipta bukti berhubung kes liwat pertama terhadap Anwar.

Kenyataan dua muka surat itu menambah Anwar boleh dipenjarakan 20 tahun dan dihukum sebat sekiranya sabit kesalahan. Walaupun beliau dipenjarakan hanya satu hari atau didenda sekurang-kurangnbya RM2,000 Anwar akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

“Human Rights Watch juga bimbang mengenai cara penyiasatan pihak berkuasa dan pertuduhan yang dibuat. Saiful tidak diperiksa sehingga 48 jam setelah dakwaan kejadian dan doktor pertama yang memeriksa beliau dari Hospital Pusrawi Kuala Lumpur mendapati tidak ada sebarang bukti penembusan di bahagian dubur Saiful. Saiful kemudiannya pergi ke sebuah hospital kerajaan di mana beliau diperiksa oleh tiga pakar.Mereka juga tidak membuat kesimpulan ‘tidak ada bukti klinikal yang konklusif yang menjurus kepada penembusan di bahagian dubur dan tidak ada sebarang tanda kecedaraan dibadan pesakit’.

“Saiful pada mulanya mendakwa beliau diliwat tetapi apabila yang dituduh adalah Anwar, seorang yang sudah berumur serta mempunyai masalah tulang belakang, Saiful telah menukarkan pertuduhan beliau kepada ’seks suka sama suka’,” jelas kenyataan itu lagi.

Robertson berkata badan kehakiman Malaysia akan tercemar dengan meneruskan perbicaraan yang segaja diadakan terhadap Ketua Pembangkang negara.

Daripada mempolitikkan mahkamah dan menafikan hak mendapatkan perbiacraan yang adil, kerajaan Malaysia harus menghentikan permainan politik kotor, gugurkan semua pertuduhan terhadap Anwar dan kembalikan politik kepada tempatnya hak iaitu di dalam Parlimen, kata beliau lagi.



Tuesday, March 23, 2010

Ibrahim ALi kedarah saham judi Vincent Tan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Akulah Pejuang Melayu Tulen dan Sejati !! -Ibrahim ALi
Woi ! aku dapat saham judi

Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.
Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan. "Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi. Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion. "Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi. Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

*** Inilah wajah sebenar Pejuang Melayu Tulen lagi Sejati , Datuk Ibrahim ALi yang cukup menonjol dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan institusi beraja. Semangatnya cukup kuat bab isu bangsa Melayu tetapi dalam masa yang sama mendapat saham judi daripada tokey judi , Vincent Tan.Selain itu , beliau juga pernah mendapat saham syarikat Vincent Tan semasa menjadi pejuang UMNO.Baca link ini.

Ayuh !! tolak PERKASA !!..Ketuanya makan hasil JUDI !..memalukan orang ISLAM.

Monday, March 22, 2010

APCO - 1 Malaysia = 1 ISRAEL

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


1 Malaysia = 1 Israel?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung isu 'Satu Israel' dan kaitannya kepada 'Satu Malaysia' kepada Dewan Rakyat.

Kelab Penyokong BN di Parlimen, melalui Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, menggerakkan usul tersebut dibawah Aturan Parlimen 37 1(A).

Anwar mengundang kemarahan wakil-wakil rakyat BN selepas beliau mendedahkan syarikat perunding Apco Worldwide yang dilantik Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak untuk menaja konsep 1Malaysia yang dikatakan ada persamaannya dengan kempen 'Satu Israel' daripada Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

"Jika ini tidak dihalang, ia akan digunakan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka," tambah beliau.

Usul ini dibantah keras oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, namun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee telah mengizinkan BN menggerakkan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan sokongan kepada usul merujuk Anwar ke jawatankuasa parlimen.

Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun berhujah bahawa pihak speaker tidak konsisten dan berat-sebelah kerana membenarkan BN bertindak ke atas pemimpin PR walhal wakil rakyat BN yang membuat kesalahan sebelum ini, telah bebas daripada sebarang tindakan.

Memetik The Times Of India (TTI), Free Malaysia Today melaporkan bahawa APCO Worldwide juga memberikan perkhidmatan kepada diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan lain APCO termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang juga salah seorang pemimpin muda Parti Komunis Rusia yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.

Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi yang diselubungi misteri.

Pada 1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di sini selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Perbahasan di DEWAN Rakyat

“Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Apco Worldwide, syarikat perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.

Sehubungan itu, Anwar meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat berhubung status sebenar Apco Worldwide di sisi kerajaan Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika bercakap di lobi Parlimen petang tadi berkata, jawapan lisan oleh Najib di Dewan Rakyat sebelum ini adalah tidak memadai.

Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus,” jelas Najib sebagaimana dipetik dari teks jawapan lisan yang dikeluarkan Parlimen.

“Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh.”

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan kesediaan memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaannya sebelum ini, ‘1Malaysia ciplak 1Israel’, sebagaimana yang diminta Dewan Rakyat menggunakan Aturan Mesyuarat 36(1A).

Bercakap dalam suatu sidang media yang lain di Parlimen, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, Anwar sebenarnya tidak perlu memberikan penjelasan lanjut tentang ‘Satu Malaysia’ dan Apco, walaupun Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan kelmarin menganggap kenyataan Anwar itu mengelirukan Dewan Rakyat.

Bagi beliau, asas yang digunakan oleh Abdul Rahman adalah tidak tepat.

Katanya, usul itu kena tepat, dia kata kenyataan Anwar mengelirukan, kerana kerajaan sudah pun menafikan Apco dilantik oleh kerajaan untuk merealisasikan Gagasan Satu Malaysia,” jelasnya.

Disebabkan itu, beliau menganggap beban menjelaskan semula sepatutnya dibuat oleh Abdul Rahman sendiri, kerana jawapan Abdul Rahman di Dewan Rakyat semalam seolah-olah berunsur pembohongan.

Beliau berkata demikan berasaskan teks jawapan lisan yang dijawab oleh Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Kenapa Permatang Pauh mengelirukan, kerana kerajaan telah pun menafikan (menerima khidmat rundingan dari Apco),” jawapan lisan Nazri sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah Tuan Amran Abdul Ghani pada 18 Mac lalu.

“Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus.”

Berkata Mohamed Nazri, syarikat Apco Worldwide Sendirian Berhad dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara meyeluruh demi meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi.

Selain Malaysia, Apco Worldwide juga menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada negara-negara lain.

Perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh Apco kepada negara-negara lain adalah urusan dalam syarikat tersebut.

Bagaimana pun, Anwar mempunyai tujuh hari untuk membuat penjelasan lanjut berhubung status Apco dan pengaruh zionis-Israel dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib kerana isu tersebut kian panas sejak Anwar mendakwa ‘Satu Malaysia ciplak Satu Israel’, semalam.


*** Hahaha UMNO BN dah gelabah kerana APCO Yahudi ? dah tau Yahudi , kenapa pi ambil mereka untuk menaja dan mempromosi 1 Malaysia ? Kata ANTI Yahudi dan yahudi Anti ISLAM, tetapi Malaysia dibawah Najib membawa APCO dalam kerajaan Malaysia.







Fitnah 2 - Berhati-hati untuk percaya


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Dari Zaharuddin.net
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1)Syarat kepada penuduh :
Beraqal
Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt .

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Malik berkata :

Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.



Saturday, March 20, 2010

Siapa pemimpin UMNO minum arak? -Saifudin Nasution

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Blog Din Binjai


Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin


Thursday, March 18, 2010

Zahrain menyalak di Parlimen

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle






KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.

Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.

"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.

"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.

"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.

Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.

Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.

"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.

"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

Link

Zahrain nama 8 MP BN yang akan lompat parti

Zahrain, please tell the whole story -RPK



Wednesday, March 17, 2010

Bumiputra Asli berdemo di Putrajaya

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle






Bumiputra Asli menuntut keadilan !!


ORANG ASAL TUNJUK PERASAAN

Lebih dari 2000 Orang Asal telah turun ke Putrajaya.Mereka menunjukkan perasaan kerana tidak puas dasar kerajaan UMNO BN.Banyak tanah warikh mereka di tenggelami air - seperti
di Pahang apabila empangan air hendak di buat.

Mereka tidak mahu hanya diberi 6 ekar tanah. Walhal tanah asal mereka berpuluh puluh ribu ekar telah diambil.Banyak tanah adat mereka diambil bagitu sahaja walhal mereka telah menghuni tanah itu beratus ratus tahun.


TANAH DITIPU , ORANG ASLI BERHIMPUN DI PUTRAJAYA - mkini

Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.


** Nah UMNO, inilah BUMIPUTRA ASLI di Semenanjung Tanah Melayu yang kini sudah mula berdemo kerana hak mereka tidak dibela dan dijaga malah telah ditindas oleh golongan tertentu yang hanya mahu mengaut keuntungan.

BUMIPUTRA ini bukan lah UMNOPUTRA yang hanya tahu pasal projek dan mengampu pemimpin. Bila tidak dapat projek, mereka ini melalak berdemo kononnya ditindas oleh cauvanis walhal hak mereka dirampas oleh BUMIPUTRA yang kompetan dan berdaya saing.

Kini Orang ASLI Semenanjung menuntut hak mereka dibela dan mendapat keadilan yang sewajarnya.


Monday, March 15, 2010

Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010



Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle






Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010 akan dianjurkan oleh JwtnKuasa Tetap Belia dan Sukan menerusi Sekratariat Belia negeri Selangor yang berhasrat membincangkan isu-isu penting kepada belia , masyarakat dan negara.

Persidangan ini terbuka kepada semua mahasiswa, belia, penggerak belia tempatan dan pimpinan parti politik yang berusia dibawah 35 tahun.

MB Selangor , Tan Sri Khalid akan merasmikan persidangan terbabit manakala pembentang utama persidangan tersebut adalah Yb Azmin Ali (bab kepimpinan) ,YB Khalid Samad (sosial),YB Tony Pua (ekonomi) ,Prof Nik Safiah karim (Budaya) dan Dr Abu Hassan Abdullah (komunikasi) dan ramai lagi panelis di kalangan ahli politik, pemimpin mahasiswa dan NGO yang memberi pengisian sewaktu persidangan terbabit.


Maklumat Program:


Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010


Tema = Anak muda dan Semangat Zaman


Tarikh - 20 Mac 2010


Masa - 8.00 am -10.30 mlm


Tempat - Auditoriam Dewan Sivik MBPJ , PJ.




Sila hubungi Raja Mahadi Raja Mahmudin di talian 012-3097660 dan Faidzel 017-6238103 untuk pendaftaran (nama, no KP, organisasi, emel dan no tel). Pendaftaran percuma sebelum 12/3/10.















Saturday, March 13, 2010

Ibrahim ALi pernah dapat saham Vincent Tan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Wajah Pejuang Melayu dapat saham syarikat Vincent Tan

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan. Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial. Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.


Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.
Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi. Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar. Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

By Syed Jaymal Zahiid, The Malaysian Insider

Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali said today he will continue to speak out against the dominance of the Chinese community in business despite being forced to acknowledge today that he was once a board member of a company controlled by Chinese tycoon Tan Sri Vincent Tan.

He told The Malaysian Insider that his opinions about the need for Malay economic interests to be protected was focussed on the macro-economy.

Ibrahim acknowledged being a board member in Dunham Bush (M) Bhd, a refrigeration and air-conditioning system manufacturer, when it was a listed company and controlled by Tan’s Berjaya Group. The company has since been taken private after a takeover by another company.

“So what? I am talking about macro economy and issues in a bigger picture...even if I did business with lots of Chinese friends and have Chinese partners,” Ibrahim told The Malaysian Insider in a text message.

“Is it wrong to say Vincent Tan got lots of benefits from the government even if I am his group CEO. Ha ha, I just want to prove a lot of big companies that belong to these types of groups got monopoly (over) businesses, subsidies and etc,” he added.

Zaid Ibrahim

Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan.

Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja. Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya. Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan. Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.






Siswa takut AUKU bagai takut hantu

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle<
Sumber WRLR

KUALA LUMPUR : Kerajaan dicabar untuk mengembalikan autonomi mahasiswa di dalam Universiti agar mahasiswa dapat menjadi mahasiswa yang berketrampilan dan mampu menggugat sama seperti di zaman 60-an dan 70-an satu ketika dahulu.

Itu yang disaran oleh mahasiswa dan bekas mahasiswa yang menghadiri forum ‘Mahasiswa Menggugat : Realiti atau Fantasi’.

Mereka yang hadir juga menganggap mahasiswa hari ini dilatih seperti ‘budak sekolah’ dan pemimpinnya dilantik seperti sekolah melantik ‘pengawas’ kerana kekangan yang wujud dari pihak universiti.

Persoalan itu juga ditinggalkan kepada Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga menjadi ahli panel dalam forum tersebut bagi menjawab adakah kementerian bersedia mengembalikan autonomi sepenuhnya kepada mahasiswa seperti satu ketika dahulu supaya mahasiswa mampu menjadi mahasiswa yang menguggat.

Bagi penulis buku Mahasiswa Menggugat, Prof Dr Mohamad Abu Bakar, cara gugatan mahasiswa hari ini dan satu ketika dahulu amatlah berbeza.

"Pelajar hari ini sungguh menyayat hati, apabila diperhatikan di café-café ketika mereka sedang makan, perbualan mereka tanpa perbualan tentang dunia semasa dan soal intelek,” kata Prof Dr Abu Bakar.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Mohamad Redzuan Othman beranggapan pelajar hari ini terlalu takutkan AUKU dan akta-akta yang ada seolah-olah mereka takutkan hantu.

Forum yang dihadiri Mahasiswa dan bekas mahasiswa dari seluruh Negara itu diadakan di Dewan Kuliah F, FSSS, UM, untuk memberi kesedaran tentang peranan dan tangunggjawab mahasiswa dalam pembangunan masyarakat dan Negara.

Selain itu, forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diadakan semalam juga membincangkan dari sudut positif pengertian sebenar aktivis mahasiswa serta meningkatkan nilai integriti mahasiswa kerana mereka adalah pemimpin Negara di masa hadapan.

Berita selanjutnya berkenaan forum ini boleh didapati di akhbar Erapakatan edisi 20 di pasaran pada 17 Mac ini.

** Saya bersetuju dengan pandangan Prof. Dr Abu Bakar yang mengatakan mahasiswa harini kurang membincangkan isu-isu yang berlaku di dalam dalam negara dan dunia begitu juga hal berkaitan ilmiah. Mahasiswa dewasa ini lebih suka membincang hal berkaitan sukan, filem, hiburan dan sosial.

Semasa saya di UTEM, rakan pelajar lebih suka lepak menonton EPL dan berbincang mengenai bola sepak EPL dan juga filem-filem yang mahu ditayang di panggung. Jika seseorang mahu bercakap mengenai politik negera akan dilabel pro PR la , orang Anwar la, orang PAS la. Walhal, persoalan berkaitan dasar dan politik negara merupakan persoalan penting untuk masa depan negara.

Tahniah PKPIM yang menganjurkan Forum yang cukup baik untuk membincangkan masa depan mahasiswa di IPTA tempatan.





Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle






Monday, March 8, 2010

3 Trio SEDAQ takut berdebat

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pendebat PR -YB Rayer, Sdr Hazrie dan Ustaz Yusni

Debat Perdana Rakyat 2010 -Isu Melayu Islam Pulau Pinang telah dibatalkan semalam ekoran ketiadaan wakil dari kelompok kononnya pejuang Melayu iaitu dari Pemuda UMNO PP, DPMM dan GPMS .3 trio SEDAQ iaitu Norman ,bukan Norman KRU tapi Norman dongga, Rizal (usahawan projek) dan Jais Karim tidak memunculkan diri mereka di meja debat sehingga jam 9.15pm dan ini memaksa Moderator Debat iaitu Sdr Haji Suhaimi yang didatangkan khas dari Selangor mengumumkan pembatalan program debat ilmiah tersebut.

Program semalam diteruskan dengan program ceramah penerangan isu-isu semasa berkaitan soal Melayu Islam Pulau Pinang oleh pimpinan AMK, PAS dan DAP untuk menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh trio SEDAQ yang takut berhujah di gelanggang debat. Turut memanaskan program ceramah semalam ialah kehadiran Chegu Bard yang begitu semangat membalun UMNO BN berkaitan isu pembelaan org Melayu dan kes DSAI.


Rakyat Melayu PP memenuhi dewan tapak ekspo hampa wakil SedaQ tidak hadir.


Ketidakhadiran 3 trio Sedaq semalam jelas membuktikan UMNO BN pengampu mereka seperti GPMS hanya pandai menyalak dan membakar poster di jalanraya tetapi takut menggigil apabila diajak berdebat dan berhujah dihadapan rakyat. Sekretariat PR juga jelas menyatakan pendirian semalam untuk sedia berdebat lagi dengan 3 trio SedaQ di mana sahaja gelanggang jika mereka mahu menganjurkan program debat di masa akan datang.


>

Friday, March 5, 2010

Debat Perdana Rakyat -Isu Melayu Pulau Pinang

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



"ISU MELAYU - ISLAM PULAU PINANG : ANTARA PROVOKASI & KEBENARAN

Tarikh : 7 Mac 2010 ( AHAD )
Jam : 9.00 Malam
Tempat : Tapak EXPO Seberang Jaya Pulau Pinang


Menurut blog Din Binjai, GPMS telah mengesahkan akan hadir Debat Perdana Rakyat 2010 di Pulau Pinang. Perkara ini disahkan melalui telefon oleh setiausaha GPMS kepada Ahmad Azrizal Tahir, Naib Ketua 1 AMK P.Pinang.

Semalam AMK P.Pinang dan SAMM bersama Chegu Bard menghantar surat jemputan kepada Najib, Khairy dan Reezal Merican di Bangunan UMNO di PWTC supaya hadir ke Debat tersebut.

Manakala AMK P.Pinang, Pemuda Pas P.Pinang dan Pemuda DAP telah membuat sidang media di Bangunan UMNO di Jalan Macalister, P.Pinang.

Ayuh UMNO (Norman ) & DPMM ( Rizal ) sertai Debat dan berhujah di gelanggang !. Jangan hanya tahu melalak di jalan raya tetapi meniskus di meja pertandingan.


Monday, March 1, 2010

Fairus keluar PKR

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 1 Mac 2010

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.

Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN


Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews