INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Monday, August 31, 2009

Salam Jiwa Merdeka ke 52

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Merdeka ! Merdeka !

Saya bersyukur kerana negara Malaysia yang tercinta ini telah mencapai usia 52 tahun kemerdekaan. Untuk sesebuah negara, 52 tahun adalah satu usia yang masih muda dan mentah. Namun, kita wajar berbangga kerana negara kita berjaya mendepani pelbagai cabaran semenjak merdeka. Pengisian itu mestilah kembali kepada intipati pengisytiharan kemerdekaan oleh YAM Tunku Abdul Rahman pada tarikh keramat yang telah melafazkan:

“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”

-Pengisytiharan Kemerdekaan,31 Ogos 1957-

Namun 52 tahun selepas lafaz keramat ini, intipatinya hanya menjadi siulan bisu yang sengaja dipekakkan dalam lipatan sejarah. Anak muda Malaysia tidak langsung diperkenalkan pada hakikat batu asas kemerdekaan negara ini.

Pembentukan jiwa merdeka pula adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang tidak mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t.

Generasi selepas kemerdekaan juga mesti berpegang teguh kepada idealisma perjuangan dan cita-cita murni untuk memperkasa wacana ilmu dikalangan rakyat Malaysia. Generasi muda harus memperkemas pengisian kemerdekaan dengan berani menjana perubahan dan memperjuangkan hasrat dan damir rakyat. Ayuh bangsaku Malaysia. Anak muda bukan sahaja dikaitkan dengan umur. Jiwa anak muda yang merdeka akan terus menyerang rasuah dan Sang Perasuah, penyelewengan serta mencabar pegangan yang sudah lapuk dan apa sahaja yang tidak tepat.


Puisi ‘Burung Rajawali’ nukilan WS Rendra menegaskan bahawa burung Rajawali terbang gagah di angkasa. Ketika disumbat dalam sangkar, burung Rajawali tetap Rajawali ! Lihat sahaja pejuang rakyat kita, DS Anwar Ibrahim. Tatkala Sang Penguasa bertindak zalim terhadap beliau dan terpaksa merengkok di sebalik tembok kezaliman selama 7 tahun tetapi jiwa Anwar tetap merdeka. Vaclav Havel menulis orang yang memenjara itulah sebenarnya jiwanya dalam penjara.

Akhir kata, kita sebagai anak muda perlu memahami sejarah benar perjuangan mencapai kemerdekaan bahawa ia bukan satu proses yang mudah malah banyak darah yang mengalir dalam hasrat rakyat mahu mencapai kemerdekaan. Misi pertama "Merdeka " untuk Tanah Melayu sebenarnya bermula dari Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 dan bukannya UMNO yang hanya melaungkan Hidup Melayu dan bukan Merdeka.


Salam Jiwa Merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke 52 !

Sunday, August 30, 2009

Antara Sang Saka Bangsa dan Jalur Gemilang

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Corak bendera ini sebetulnya telah saya gubah sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.

Pada asasnya, corak ini diadaptasi dari corak bendera Sang Saka yang digunapakai oleh negara Indonesia dan Singapura. Ianya merupakan panji warisan kerajaan Nusantara.

Jika diperhatikan, parti UMNO juga menggunakan corak Sang Saka sebagai bendera rasmi mereka, dan ditambah elemen keris hijau dalam bulatan kuning di tengahnya.

Mungkin menarik untuk direnungi betapa bendera Malaysia yang digunapakai pada hari ini langsung tidak menyerlahkan elemen nusantara yang diwarisi sejak sekian lama.

Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya diadaptasi dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and Stripes, dan ianya dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat belas berwarna kuning.

Barangkali ini menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin tidak ghairah mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini jelas tidak terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!

www.najwanhalimi.com

BERKIBARLAH SANG SAKA MALAYA

bekibar
berkibarlah
menjulang ke awan
merentas benua

berombak
berombaklah
dendangkan lagu kebebasan
dendangkan lagu rakyat

dengar
dengarlah
irama indah ketukan loji buruh
dengar
dengarlah
irama seruling cangkul pak tani
dengar
dengarlah
pekikan gempita anak muda
semua mengacung tangan ke udara
melihat kibaran sang saka

berkibar
berkibarlah
sang saka memecah alam
membawa harapan anak semua bangsa

Saturday, August 29, 2009

Kuil di Shah Alam

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


[update 11/1/09] the English translation and review by AirKosong: An incident of how UMNO goons intend to destabilise society

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan 'wakil rakyat' di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, "kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel".

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam


YB Khalid Samad
http://www.khalidsamad.com/2009/01/persoalan-kuil-di-sek-19-dan-tindakan.html


Pemberian saham percuma

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta dalam bentuk saham amanah
bagi membantu golongan miskin di bandar.

Perdana Menteri berkata kerajaan kini sedang mengumpul maklumat mereka yang miskin tegar dan relatif di bandar bagi menentukan bilangan yang layak menerima bantuan itu.

"Kita akan beri bantuan kepada mereka secara percuma dan sekiranya dapat dikumpulkan (maklumat), kita akan bagi mereka (golongan miskin) supaya dapat menambah pendapatan mereka terutamanya mereka yang miskin tegar," katanya berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga Kuala Lumpur anjuran Yayasan Al-Bukhary di Masjid Al-Bukhary di Kuala Lumpur malam tadi

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Pengerusi Yayasan Al-Bukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Najib berkata Kementerian Wilayah Persekutuan telah juga menawarkan penjualan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur kepada warga kota yang miskin dan akan mula dijual pada 10 Okt ini.

Beliau berkata tawaran penjualan rumah itu merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang berkenaan dan ia sekaligus membuktikan perjuangan berterusan kerajaan bagi membantu golongan miskin di bandar raya ini.

Perdana Menteri berkata masalah kemiskinan tidak harus dikaitkan dengan kawasan luar bandar sahaja kerana masalah itu turut dihadapi di kawasan bandar.

"Sehubungan itu, kerajaan amat prihatin dengan masalah golongan ini dan penilaian terhadap mereka (golongan miskin) pun berbeza.

"Katakanlah dengan pendapatan RM2,000 sebulan untuk luar bandar seperti Baling di Kedah dan Pekan di Pahang, ia amat selesa sekali. Tetapi kalau pendapatan begitu di bandar ia belum lagi selesa," katanya.

Sebelum ini, Raja Nong Chik dilaporkan berkata pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin ialah RM2,500 sebulan.

Najib menegaskan bahawa usaha untuk memerangi kemiskinan akan terus diperjuangkan kerajaan.

Perdana Menteri turut bersama-sama masyarakat tempatan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih di Masjid Al-Bukhary di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur. BERNAMA

** Apa yang dilakukan oleh DS Najib ini merupakan langkah yang baik dan perlu diteruskan untuk membasmi miskin tegar di Malaysia dan ia perlu dilaksanakan di bandar dan luar bandar.Seingat saya, usaha pemberian saham percuma ini pernah dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim pada awal 90an yang mana diberi hampir RM200juta kepada orang Melayu miskin di luar bandar dan program ini berjaya meningkat pendapatan mereka. Nampaknya DS Najib peka dengar suara rakyat bawahan yang turut mahu menikmati sedikit hasil ekonomi negara dan pemberian saham ini merupakan usaha yang baik membantu rakyat yang miskin di bandar dan luar bandar.

Friday, August 28, 2009

Analisis PRU Kecil Permatang Pasir

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Dari Merdeka Review

Pakatan Rakyat berjaya menyapu bersih semua saluran pengundian di DUN Permatang Pasir semalam, sementara menjauhkan jurang antara PR dengan BN dengan rekod 6-1, dalam pilihan raya kecil sejak Malaysia dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008.

UMNO-BN yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei 2009, walau bagaimanapun mengekalkan rekod kekalahan 6 kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia selepas PRU ke-12, dalam pertembungannya dengan Pakatan Rakyat.

Kemenangan mutlak PAS-PR

PAS dari PR semalam bernafas lega, apabila menundukkan calon UMNO-BN dengan kemenangan mutlak di kesemua saluran pengundian. Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.

Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu. PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi). Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR

Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini. Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN “berjaya merapatkan jurang”, golongan pengundi muda tetap bersama PR. Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

UMNO-BN dijangka tidak berubah

Jelas, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti. Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim. Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO?

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua meramalkan bahawa UMNO-BN akan terus dengan propagandanya seperti “Anwar pengkhianat”, “DAP hina Islam” dan sebagainya, memandangkan peningkatan undi 1% pun mungkin memberi kepuasan kepada UMNO.

“Sememangnya kami (PR) juga bimbang akan kehilangan undi Melayu, tetapi selagi kami mengambil pendekatan yang sederhana, mengekalkan sokongan dari struktur pengundi yang sedia ada, maka UMNO-BN akan musnah dengan sendirinya,” jelas Tian Chua kepada MerdekaReview.

Kelas pekerja bersama PR

Ahli Parlimen Batu ini mengingatkan bahawa golongan yang tidak mengundi semalam adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.

Beliau yakin bahawa penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, dikenalpasti sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR. Maka, kemenangan PAS-PR semalam mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.



Wednesday, August 26, 2009

Menilai Semula PRU Kecil Permatang Pasir

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


oleh Amin Ahmad


Saya dijemput Astro Awani untuk bersama saudara Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Center dan Prof. Madya Fuad, pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membincangkan keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Ini kali kedua saya membincangkan isu Pilihan Raya Kecil selepas Manik Urai. Saya tidak berpeluang ke lapangan, berbeza dengan dua panelis jemputan lain.

Keputusan penuh telah diperolehi seawal pukul 7.30 petang, saat kami sedang berbuka puasa. Umum telah maklum bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat (PR), saudara Salleh Man kini adalah Yang Berhormat selepas menewaskan calon UMNO-Barisan Nasional (BN), saudara Rohaizat dengan majoriti 4451. Jumlah majoriti ini merosot sekitar 900 undi dengan peratusan pemilih turun mengundi juga signifikan dengan jumlah penurunan yang berlaku. Saya difahamkan UMNO-BN berjaya mengekalkan kubunya iaitu sekitar 5000 pengundi mereka di Permatang Pasir.

Justeru, saya fikir keputusan Permatang Pasir adalah satu status quo atau dalam kata mudah – tidak ada perubahan signifikan yang berlaku.

Sepanjang kempen, UMNO-BN dilihat defensif selepas pendedahan isu calonnya telah dilucutkan kelayakan menjadi peguam berikutan firmanya terlibat dalam penipuan Koperasi Pekebun Getah yang membabitkan jumlah wang sekitar RM160 ribu. Pendedahan ini didokong oleh kenyataan Majlis Peguam namun dinafikan oleh Rohaizat dan dipertahankan penafian ini oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut mereka, Rohaizat adalah mangsa rakan kongsinya.

UMNO-BN semakin defensif apabila rakan kongsi Rohaizat, saudara Yusri Isahak tampil membela diri. Bermula saat itu, kempen bertukar kepada serangan peribadi, namun ternyata ia signifikan dalam konteks sosio-budaya Malaysia terutama sekitar 72.5% pengundi Melayu di sana. Bertambah parah selepas itu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi pula tampil mendedahkan bahawa Rohaizat mempunyai isteri kedua di Pahang dan dibiar seakan bergantung tidak bertali. Kisah ini lebih hebat terutama selepas penafian Rohaizat, namun cukuplah saya menyatakan itu.

Sebagai anak muda, saya fikir kempen berbentuk serangan peribadi tentulah sesuatu yang kami mahu dielakkan. Namun, suka atau tidak, sekurang-kurangnya dalam konteks Malaysia, karakter peribadi menentukan tahap kebolehpercayaan rakyat untuk memberi amanah kepada mereka sebagai Wakil Rakyat. Tengku Razaleigh dalam komentarnya seakan terkejut kerana UMNO-BN seolah-olah tidak membuat tapisan sebelum Rohaizat diumumkan menjadi calon.

Kekalahan Rohaizat memang telah dijangka ramai tetapi ramai mahu melihat jika ada perubahan signifikan untuk diambil sebagai landasan menentukan politik baru Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-13. Dari satu segi, UMNO-BN mungkin boleh mengatakan kemerosotan 900 majoriti PAS-PR adalah satu petunjuk baik mengambil kira sifat defensif mereka. UMNO-BN juga boleh beralasan bahawa Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS-PR. Kemerosotan undi PAS-PR sekitar 1300 undi manakala UMNO-BN pula merosot sekitar 500 undi.

Dalam mana-mana Pilihan Raya, untuk saya sekurang-kurangnya ada 3 faktor perlu diberi perhatian oleh sesiapa yang mahu bertanding (individu atau parti politik) iaitu:

  1. Faktor calon.
  2. Faktor isu – setempat atau nasional.
  3. Faktor komunikasi.

Saya fikir, dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir, budaya demokrasi belum benar-benar jelas kelihatan. Saya berpegang kepada pendapat bahawa Pilihan Raya yang baik ialah sebuah Pilihan Raya di mana sukar kita menentukan secara pasti siapa yang akan menang. Sejak Mac 2008, peluang untuk menikmati Pilihan Raya jenis ini kian terbuka dan saya melihat keputusan Pilihan Raya di Manik Urai sebelum ini adalah satu petunjuk. Dengan wujudnya ketidakpastian ini, pengundi akan berpeluang menilai calon secara peribadi, bukan lagi lambang yang mereka wakili. Mereka yang mahu bertanding juga akan lebih fokus untuk memikiran strategi dan ketrampilan yang berupaya memenangi hati pengundi.

Kenapa kita sukar menemukan perkara ini?

Pada pendapat saya, ia berpunca daripada larutnya majoriti pengundi dalam kempen bandwagon kepartian. Ia ditunjukkan dalam bentuk yang buruk misalnya ada pendapat tentang “takut kerajaan” sama ada dalam bentuk hilang pekerjaan atau ada kesukaran-kesukaran lain. Bukankah yang baik untuk rakyat itu tanggungjawab siapa yang menang tidak kira mewakili parti mana pun? Bukankah bila rakyat telah membuat keputusan maka ia harus dihormati dan tidak ada diskriminasi dalam bentuk apa pun untuk menafikan mereka mendapat layanan sebagai warganegara?

Dalam kes Permatang Pasir, sangat sedikit kita mendengar isu-isu setempat diketengahkan. Ia menjadi semakin lemah apabila kuasa ketiga iaitu badan bebas atau jika boleh kita sebut sebagai masyarakat madani itu hampir tidak kelihatan.

Kenapa hampir tidak kelihatan?

Bukan tidak ada! Jika ada, sama ada mereka mengambil sikap yang jelas atau ada yang takut-takut untuk menonjolkan asosiasi mereka kepada ‘dua gajah yang sedang bergaduh’ – takut menjadi pelanduk yang mati di tengah-tengah. Badan bebas boleh memainkan banyak peranan menyuntik kesederhanan politik di kalangan parti bertanding dan memastikan isu-isu setempat mengambil tempat yang wajar di pentas persaingan.

Dalam kata lain, arus maklumat untuk membantu pengundi membuat keputusan adalah terhad. Ia berpunca daripada ketatnya cengkaman terhadap media dan wujud persekitaran tidak sihat dalam proses demokrasi Malaysia. Media kita saban tahun masih ditahap tidak bebas, malah statistik terkini menunjukkan media kita merosot kedudukannya meskipun ada sedikit peningkatan dari segi ratingnya.

Kuasa media bebas seperti internet ternyata terhad di Permatang Pasir. Kuasa internet ternyata membantu semua pihak untuk membuat komentar bebas dan berani sebagai tandingan kepada parti politik untuk mempengaruhi rakyat.

Bagi saya, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian khusus antaranya:

  1. Dakwaan pengundi hantu: ini melibatkan sistem Pilihan Raya itu sendiri. Saya kekal bersetuju bahawa dakwat kekal perlu diperkenalkan untuk melonjakkan integriti dalam pemilihan. Wakil rakyat harus benar-benar dipilih oleh rakyat! Memandangkan kedua-dua pihak pernah bersuara tentang masalah ini, adalah lebih baik kedua-dua pihak duduk bersama menilai daftar pemilih dan membuat pembetulan yang berkesan. Ini melibatkan kedaulatan negara! SPR sendiri perlu berani dibebaskan dan ditubuhkan sebagai Suruhanjaya Diraja bagi memastikan keyakinan rakyat kepada institusi kenegaraan dipulihkan.
  2. Penyertaan bermakna rakyat: Kebebasan media mesti dijamin agar rakyat boleh membuat pilihan yang lebih baik. Saya akan menulis bab lain tentang peranan kebebasan media dan kaitannya dengan kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik dan sosial.
  3. Kawasan Emas: Saya kira ini dakwaan yang memalukan. Rakyat sudah tidak mahu dilayan mengikut kelas-kelas tertentu mengikut citarasa ahli politik. Siapa menang bukan soal bagi rakyat. Rakyat mahukan kehidupan yang lebih baik dengan layanan adil untuk semua. Diskriminasi tidak harus berlaku sama ada dalam bentuk kawasan atau manusia. Layan rakyat kerana penjawat awam dan ahli politik yang membentuk kerajaan dibayar dengan wang rakyat.

Sebab itu, sebelum ke Bursa Malaysia, bangunan di mana Astro Awani ditempatkan, saya bertanya di ruang status Facebook saya – “apa yang difahami dengan perlunya proses Pilihan Raya?”.

Pilihan Raya adalah kaedah yang kita percaya sebagai langkah terbaik melibatkan rakyat dalam proses pemilihan WAKIL Rakyat. Apabila mereka dipilih, itu tidak bermakna rakyat menyerahkan segalanya tentang hidup mereka kepada WAKIL ini untuk penggal mereka dipilih. Demokrasi memang bermaksud ‘kerajaan majoriti’, tetapi demos dan kratos sebagai kata akar yang membinanya juga memaksudkan ‘kuasa rakyat’. Milton Friedman, dalam satu kritiknya pernah menyatakan bahawa demokrasi ada kecacatannya iaitu tahap penguasaan manusia terhadap sesuatu perkara adalah terhad. Sambil saya bersetuju dengan beliau, saya juga menolak cubaan menjadikan Pilihan Raya sebagai undang-undang pengetahuan (rule of knowledge) ciptaan Socrates.

Dalam politik moden, muncul istilah ‘tyranny of the majority’ (kezaliman majoriti). Justeru, muncullah apa yang disebut fundamental liberties atau kebebasan asasi untuk menjamin apa yang disebut ‘minority rights’ (hak-hak minoriti).

Di Malaysia, kita hampir tidak berminat mengambil tahu konsep-konsep demokrasi yang terevolusi sambil berinteraksi dengan kepelbagaian kompleksiti isu yang terus bergerak. Ia berbeza apabila muslim terutamanya menjadi minoriti di negara-negara yang diperintah oleh orang bukan Islam. Kecenderungan take for granted (menerima segalanya dengan mudah) menjadikan kita tidak segan silu mengabaikan hak kemanusiaan kepada semua manusia dan bagaimana menguruskan isu berasaskan konsep persamaan di mata hukum (equality before the law).

Tanpa memahami demokrasi, Pilihan Raya pincang dan ia tidak lebih daripada menjadi alasan bahawa demokrasi berlaku walhal ia telah bertukar menjadi medan kita mengundi TUAN sambil memperakukan bahawa kitalah ABDI kepada mereka yang dipinjamkan kedudukan buat sementara waktu.

Marilah kita berfikir bagaimana mahu menjadi seorang negarawan, bukan ahli politik murahan. Untuk mengkritik ketidakadilan, cukup dengan kesedaran. Untuk menegakkan keadilan, kita perlukan kesedaran, kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian.

Rakyat mesti berani ‘memaksa’ budaya politik baru di Malaysia dengan lebih kuasa kepada rakyat agar dapat setuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) secara aman. Komunikasi politik kita masih lemah – berlegar sekitar persoalan parti mana, bukan apa yang dibawa oleh parti tersebut secara tuntas. Kita masih berlegar soal kulit – tentang bangsa dan agama. Kita masih segan masuk ke perincian apa yang dikatakan ciri pemerintahan berteraskan bangsa atau agama itu.

Kita masih membiarkan parti-parti politik memberi alasan untuk membenarkan calon yang lemah dan dasar yang buruk. Mereka melindungi kelemahan ini atas tema bangsa dan agama sedangkan kita sememangnya faham bahawa tidak ada istilah lemah dan buruk pada dasar yang mahu disandarkan kepada entiti-entiti ini. Sejak bila ketidakadilan boleh dinafikan atas nama bangsa? Sejak bila kelemahan harus dibenarkan atas nama agama?

Kita rakyat Malaysia, bukan rakyat Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat!



Monday, August 24, 2009

Idea 1 Malaysia untuk mengurangkan penguasaan ekuiti Melayu

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Mamat yang gambarnya di sebelah tu bimbang akan wujudnya "Synergy Drive kedua" bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Felda, Risda, Felcra bergabung mewujudkan satu konsortium.

"Gua memang dari dulu lagi tak bersetuju penggabungan antara Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope dibawah satu gabungan yang pada awalnyer dikenali sebagai Synergy Drive," kata beliau.

"Ini cara khianat nak bolot harta negara.. kalu ader 3 syarikat.. satu lingkup tak menjejaskan yang lain.. tapi biler digabungkan... terlingkup... abis semua sekali... ini idea bangang namanyer...," dakwa beliau.

Dia tau la. Dia professional. Aku mana tau.

Tetapi, seingat saya, ketika Synergy Drive nak ditubuhkan dulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman nampak keberatan nak bagi lampu hijau (lihat Utusan Malaysia 29/11/06 "Sokong gabung bukan beri lampu hijau – Hamad Kama Piah").

Datuk A Kadir Jasin pula berkata:
Justeru itu, sambil kita memberi keyakinan kepada kerajaan dan PNB untuk melaksanakan penstrukturan korporat yang penting ini, kita perlu menjadi mata dan telinga agar projek raksasa ini "tidak dilarikan" (hijacked) oleh pihak-pihak yang berkepentingan peribadi (lihat postingnya pada 28/11/06 bertajuk "Penggabungan mega perlu diawasi". Posting-posting beliau yang menyentuh Sunergy Drive boleh dilihat di sini. Ahirudin Attan antara yang paling banyak menulis tentang Synergy Drive - lihat di sini).
Cadangan penggabungan itu dikemukakan oleh CIMB yang menubuhkan Synergy Drive Sdn Bhd bagi melaksanakan penggabungan ketiga-tiga syarikat itu.

Sebelum digabungkan, PNB memiliki pegangan 50.3 peratus dalam Kumpulan Guthrie, 39.62 peratus dalam Sime Darby dan 13.28 peratus dalam Golden Hope.

Synergy Drive adalah sebuah alat tujuan khas yang ditubuhkan oleh penasihat kewangan CIMB yang akan mempermudah penggabungan itu yang membabitkan sembilan syarikat dalam satu janji niaga bernilai RM31 bilion.

Janji niaga itu adalah penggabungan terbesar dalam sejarah korporat Malaysia.

Entiti yang digabungkan itu akan memiliki 600,000 hektar dengan kapasiti pengeluaran sembilan juta tan metrik tan buah segar dan 2.5 juta tan metrik minyak sawit atau 5-6 peratus daripada pengeluaran global.

sumber dari Penarik Beca

** Saya melihat cadangan Najib ini jelas mahu mengurangkan penguasaan ekuiti Melayu dalam bidang perladangan. Beliau tidak mahu adanya persaingan dan mahu semua syarikat digabungkan dan orang tengah yang akan mendapat keuntungan pengabungan ini hampir pasti CIMB yang diterajui Nazir Razak seperti yang dilakukanya di Synergy Drive.

Selapas Biasiswa 1 Malaysia, liberalisasi ekonomi di sektor perkhidmatan dan FDI ,kini Najib mengorak langkah mahu menerokai bidang perladangan yang dikuasai oleh orang Melayu yang banyak menjadi pekebun kecil di Felcra, Risda dan Felda.



Sunday, August 23, 2009

ADUN Lunas istihar bebas

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Setelah ugut mengugut sekian lama, akhirnya Adun Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas.

Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.

"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah.

Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.


Kenyataan Media PKR Kedah

Pihak Parti Keadilan Rakyat menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti

Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh MPP dan diambil aleh pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan PKR Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

Sekian,

(YB. HJ. AHMAD BIN KASIM)
Pengerusi,
Majlis Pimpinan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.” - Dato Seri Anwar Ibrahim

** Terkini !!

ADUN Kulim dilaporkan sudah berada di Singapura dan dikatakan akan pengumuman tidak lama lagi.

2 ADUN PKR di Selangor juga dilaporkan sudah tidak dapat dikesan dalam dua hari ini.

Sumber Perak Express


Wednesday, August 19, 2009

1 Malaysia -Najib lantik Yahudi penasihat kerajaan Malaysia

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Oleh: Fazallah Pit

Ketika pemimpin Umno heboh memfitnah Anwar Ibrahim sebagi pengkhianat, kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak, menjadi antara pelanggan awal APCO Worldwide (klik di sini), sebuah firma perunding antarabangsa yang dikuasai Yahudi.

Kerajaan Umno- BN telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit untuk APCO untuk syarikat Yahudi itu menasihati Najib mengenai imej beliau yang tercalar didalam dan luar negara.

Syarikat milik Yahudi itu juga akan menjadi penasihat utama kepada Duta baru malaysia ke Amerika Syarikat, Jamaludin Jarjis. Sumber mengatakan antara misi utama APCO dan Jamaludin ialah memintas sokongan meluas Anwar dikalangan ahli politik, cendekiawan dan tokoh korporat di Amerika Syarikat, khususnya apabila perbicaraan terhadap tuduhan liwat bermula bulan depan. APCO juga dikatakan diberi misi untuk membantu mengatur perjumpaan antara Najib dan Presiden baru Amerika, Barack Obama.

Najib telah merestui perlantikan APCO juga setelah menghadapi krisis keyakinan terhadap kepimpinannya berikutan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu dan rasuah komisyen pembelian senjata semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif APCO Margery Kraus mengumumkan pada 10 Ogos lalu bahawa syarikat yang dipimpin oleh orang Yahudi itu akan membuka pejabat baru di Malaysia bulan depan.

Beliau turut mengesahkan APCO akan memberi sokongan kepada Kedutaan Malaysia di AS bagi mengukuhkan komunikasi strategik diperingkat global.

“Paul Stadlen yang sebelum ini bertugas di London, bertindak sebagai pengarah urusan di Malaysia bagi membaiki pengurusan hubungan media dan reputasi antarabangsa.” kata beliau dalam laman web firma itu.

Antara pegawai kanan APCO ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang pernah berkhidmat dalam kerajaan Israel untuk tempoh panjang. beliau adalah pakar polisi ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Beliau adalah individu penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem dan Institut Sains Weizmann.

Seorang lagi pegawai kanan APCO ialah Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak rabin masih menguasai kerajaan.

Kepentingan Najib akan dipantau oleh pengurusan APCO yang turut merangkumi John W Magaw. Magaw pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan AS dan Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, selain menjadi ejen khas dalam Biro Sekuriti Presiden.

Individu penting yang lain dalam APCO ialah bekas senator AS, Donald W Riegle Jr; Bekas Duta AS, J Stapleton Roy dan bekas senator serta duta AS, Jim Sasser.

APCO yang bertindak memberi nasihat dalam aspek politik, perdagangan, kewangan dan kumpulan media, ditubuh pada 1984 dan berpengkalan di Washington.

Selain memiliki 28 cawangan di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, APCO turut memiliki pejabat di Tel Aviv, Israel.

(Artikel ini boleh didapati dalam edisi cetak Suara Keadilan, 18-25 Ogos 2009)

*** siapa sekarang AGEN Amerika ? Yahudi ?

Calon BN di Permatang Pasir pecah amanah

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

tengku razaleigh ku li interview 190309 03"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

NONE"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

** Saya janggal mengapa UMNO masih memilih sdr Rohaizat dikala beliau masih digantung lesen guamannya dan adakah tiada calon lain yang layak di bahagian Permatang Pauh untuk diangkat menjadi calon. Saya merasakan Cikgu Zaidi sebagai Ketua Pemuda bahagian adalah antara nama yang layak untuk menjadi calon UMNO di Permatang Pasir atau mungkin beliau bukan ahli profesional menyebabkan nama beliau dipinggirkan.

Komentar Ku Li mengenai calon BN kali ini cukup panas dan boleh membawa kesan buruk kepada calon UMNO, sdr Rohaizat Othman.

Tuesday, August 18, 2009

Video Gobala dipukul polis

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Laporan Utusan Meloya 18 Ogos 2009 dalam muka surat 5, jelas menunjukkan Zahid Hamidi sedang menyampaikan ucapan pada hari penamaan calon di DUN Permatang Pasir berhampiran pusat penamaan calon.

Dalam gambar jelas Datuk Ahmad Zahid Hamidi berucap menggunakan alat siaraya yang lengkap. Peraturan SPR menetapkan pada hari penamaan calon tidak boleh menggunakan pembesar suara.

Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai dikasari polis kerana dia menggunakan 'hailer' comel untuk melaungkan beberapa slogan. Tanganya patah, dia didakwa di mahkamah. Bayangkan jika penguasa adil tentu Datuk Zahid Hamidi juga berada di sebelah Gobala patah tangan dan didakwa di mahkamah.

Malangnya konsep 1Malaysia ialah satu undang undang untuk rakyat satu undang undang istemewa lain untuk B-end.


Saturday, August 15, 2009

PRU kecil Permatang Pasir

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Permatang Pauh kembali meriah lagi dengan PRU Kecil DUN Permatang Pasir yang akan diadakan pada 25 Ogos 2009 ini. Saya sudah melihat kemeriahan berkempen sudah bermula apabila bilik gerakan sudah mula dibuka dan bendera parti masing-masing sudah berpacak di tiang-tiang lampu jalan.

Calon untuk kedua-dua parti sudah diumumkan yang mana PAS mencalonkan Ustaz Salleh Man,Pesuruhjaya PAS PP manakala UMNO mencalonkan sdr Rohaizat Othman , SU Bahagian UMNO Permatang Pauh.

Selamat berkempen kepada kedua-dua parti ...pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ayuh !! Tunaikan amanah anda sebagai pengundi





Friday, August 14, 2009

Setinggan Melayu perlu contohi semangat Kg Buah Pala

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

SERONOK dan saya angkat tangan kepada penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang kerana kental, degil dan berani mempertahankan kampung halaman mereka dari diroboh. Semalam sepatutnya kampung itu sudah pun musnah dan hari ini 23 keluarga di kampung itu sudah pun tidak berumah. Tetapi kerana semangat dan kedegilan mereka mempertahankan hak mereka kerja-kerja merobohkannya terhalang.

Katanya sempat juga berlaku keributan. Mungkin ada kes seorang dua penduduk yang emosional kerana terlalu sayangkan kampung mereka sanggup berdiri di hadapan 'kereta sodok' menghalang kerja-kerja meruntuhkan kampung mereka. Iya.. untuk mempertahankan tanah air dan rumah, mereka sanggup lakukan apa saja, hatta terpaksa menggadaikan nyawa.

Sekiranya mereka tidak bertindak begitu sudah pasti kampung Buah Pala itu sudah tinggal nama saja. Apa yang menariknya, penduduk kampung itu juga khabarnya telah mengumpul tahi lembu untuk digunakan sebagai senjata mengekang para 'penceroboh' daripada meruntuhkan kampung mereka.

Rupa-rupa ada gunanya juga ternakan itu dan di sinilah saya nampak penduduk kampung berkenaan bijak dan menyediakan apa saja untuk mempertahankan kampung mereka. Selain tahi lembu mereka juga menggunakan lawyer untuk bertindak dari segi perundangan. Kumpulan Hindraf juga turut sama campur tangan untuk berhadapan dengan pihak berkuasa politik. Saya fikir kalau tidak ada sokongan dari pelbagai pihak bukan senang untuk penduduk kampung itu mempertahankan kampung mereka.

Jadi kerana berbagai senjata dan persediaan itu tidak hairanlah kalau pekerja pihak pemaju yang datang dengan pelbagai kelengkapan untuk merobohkan kampung itu terpaksa balik dengan tangan kosong dan berputih mata.

Semangat yang dimiliki oleh penduduk kampung itu (yang kesemuanya India) perlu dicontohi oleh para setinggan lain, terutamanya orang Melayu. Sudah banyak setinggan Melayu di pinggir Kuala Lumpur kampung halaman mereka dirobohkan tanpa ada apa-apa halangan. Mereka hanya panas pada permulaan saja lepas itu sejuk jadi macam tahi air moner.

Berbeza dengan penduduk kampung Buah Pala itu. Sejak awal hingga akhir mereka bangkit mempertahankan 'hak' mereka. Mereka bukan saja angkat sepanduk tetapi turut berhimpun di depan pejabat 'Umur Ibnu Aziz' (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng). Dengan kejadian semalam sudah tiga kali ia ditangguhkan.

Semangat itulah yang sepatutnya ada kepada orang Melayu dalam mempertahankan hak dan kepentingan mereka. Kental dari mula sampai akhir tidak luyup di saat akhir. Ini tidak, bila ada tawaran atau janji mulalah mengendur dan lemah. Selalunya berlaku dalam masyarakat Melayu (setinggan) mereka tidak kerjasama dan kekurangan sifat degil alias biadap. Tidak sepakat dalam mempertahankan hak mereka serta lebih bersikap individualistik.

Sebagai contoh setinggan di Kampung Puah, Kuala Lumpur. Mereka menduduki kawasan itu sejak hampir 100 tahun mewarisi pusaka nenek moyang mereka. Mulanya mereka bersatu mempertahankan kampung itu. Tetapi kesatuan itu akhirnya lerai dan relai. Ia ranap apabila ada dua tiga setinggan yang jadi ketua mula menerima tawaran ataupun mengaku kalah. Parti Umno yang menjadi tunggak memperjuangkan kampung berkenaan juga tidak dapat berbuat apa-apa. Umno hanya jadi tunggul dan pantong saja.

Sikap inilah menyebabkan kelompok setinggan Melayu jarang mendapat hak mereka. Orang Melayu cepat mengalah dan berputus asa. Berbeza dengan masyarakat India seperti di kampung Buah Pala itu. Mereka akan bermati-matian mempertahankan apa yang mereka merasakan itu hak mereka. Mereka tidak peduli kepada undang-undang apa yang penting nasib mereka.

Berbalik kepada kampung itu selama manakah ianya akan kebal? Apakah penduduk kampung itu akan mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang mereka lalukan? Itu tidak penting, yang pentingnya mereka sudah berjaya menjadikan hak milik tanah Koperasi Pegawai Kerajaan itu sebagai hak mereka setidak-tidaknya untuk beberapa hari lagi. Semua itu ialah kerana kegigihan, kesungguhan dan kedegilan mereka dalam mempertahkan bumi yang mereka merasakan hak mereka itu.

Sesungguhnya setinggan Melayu dan orang Melayu negara ini patut belajar daripada penduduk Kampung Buah Pala itu dalam menuntut dan menjaga hak yang jelas menjadi milik Melayu sejak turun temurun. Orang Melayu juga perlu merasa malu dengan apa yang dilakukan oleh masyarakat India di kampung Buah Pala itu.

*** Link dibawah berkaitan Kampung Melayu di Pulau Pinang yang dilenyapkan akibat pembangunan.

http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2009/07/nasib-berbeza-kg-buah-pala-dan-kg-sg.html

Thursday, August 13, 2009

Anwar - Siapa yang khianat Melayu?

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Disebalik tuduhan 'pengkhianat' yang dilempar terhadapnya, namun ribuan tetap hadir mendengar ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.

Walaupun ceramah diadakan di sebuah kampung kecil yang terperusuk di Rembau, Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya sembilan ribu orang merentas denai dan bersesak di sebuah padang kecil mendengar Anwar membela dirinya dari fitnah Umno-Barisan Nasional.

Beralaskan kertas surat-khabar, mereka datang dari dekat dan jauh. Di hadapan mereka, Anwar mencabar Umno membuktikan siapa petualang bangsa sebenarnya.

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang UMNO Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananthan Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang UMNO kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.

Datuk Seri Anwar menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin UMNO Barisan Nasional terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau- lampau.

Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.

"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin UMNO ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa ? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin UMNO mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh ?," Anwar berkata.

Sebaliknya Datuk Seri Anwar menegaskan UMNO Barisan Nasionallah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.

"Orang Melayu diperbodohkan kerana UMNO hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.

Datuk Seri Anwar juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri najib Razak. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.

"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil," soal Anwar lagi.

Disebalik keangkuhan Najib mempopularkan slogan keramat IMalaysia, perdana menteri itu bagaikan alpa akan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat dinegara ini.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang mahsyur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?," soal Anwar lagi

Wednesday, August 12, 2009

Skandal PKFZ -Derma RM 10 juta kepada Ong Tee Keat

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000
bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tindakan untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap dirinya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru Pasukan Petugas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Berikut adalah terjemahan jawapan penuh Ong yang juga menteri pengangkutan tersebut dalam blognya hari ini.

Saya sudah menjangkakan skandal berbilion RM duit rakyat ini mesti membabitkan orang politik BN terutama pihak MCA yang terbukti menguasai Kementerian Pengangkutan dan PKA. Nampaknya angka derma yang diterima Ong Tee Keat cukup besar dan sudah tentu akan menjadi topik hangat perbincangan oleh rakyat.

Diharap SPRM tidak menganggap istilah "derma" yang dinyatakan oleh Datuk Tiong King Sing sebagai bukan definisi rasuah dan pejam mata terhadap kenyataan Tiong ini. Pihak SPRM perlu telus untuk segera menyiasat dan mendakwa semua orang yang terlibat membazirkan duit rakyat tidak mengira dia berstatus rakyat biasa mahupun Menteri Kabinet. Duit rakyat sudah dibazirkan berbilion untuk projek gajah putih ini dan perasuahnya perlu diberkas segera.






Tuesday, August 11, 2009

Kerjaya di Industri

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Masuk harini , sudah seminggu lebih saya bekerja di Philips Lumileds Lighthing Sdn Bhd yang terletak di FIZ , Bayan lepas, Penang. Alhamdulillah, semua rakan sekerja memberi kerjasama yang baik kepada saya yang masih dalam proses belajar untuk mempelajari sistem pengurusan di Production Rebel Line dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

InsyaALLAH di entri yang lain saya akan menerangkan kebaikan lampu LED yang kini menjadi trend pilihan industi seperti automotive, barangan rumah, ICT dan lain-lain lagi.Gambar di atas ialah contoh produk lampu LED jenis putih.

Never before possible, possible !!




Sunday, August 9, 2009

Pengkhianat dan Konspirasi Kedua terhadap Anwar

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



BUKIT MERTAJAM- Dr Lee Boon Chye dalam satu masjlis penerangan baru-baru ini telah menjelaskan bahawa ada konspirasi kedua yang begitu menarik jika di kaji betul-betul dan pihak yang terlibat adalah sama iaitu peguam negara Gani patail dan juga Musa Hassan.beliau menjealskan demikian dalam satu sessi ceramah kelompok yang dihadiri 50 orang di kampung Cherok Tok Kun.

Menurut Dr Lee lagi, kes kedua ini juga adalah untuk sama ada menahan Anwar Ibrahim atas sebab beliau merupakan satu malapetaka besar bagi Bn jika tidak ditahan kerana pilihanraya yangke 13 didapati pihak Bn akan mengalami kekalahan.Maka kerana itu, salah satu cara ialah menahan beliau dengan satu konspirasi yang sama dahulu cuma jalan ceritanya di ubah.
Selain itu, jika didapati kes kedua ini gagal untuk menahan Anwar Ibrrahim, ia akan di jadikan sebagai satu batu loncatan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim dimata masyarakat dunia, bahawa beliau adalah seorang peliwat.


Menurut Dr Lee lagi, Saiful sebenarnya tidak pernah diliwat kerana berdasarkan kepada hasil siasatan yang dibuat keatas bontot Saiful, didapati tiada kesan tusukan."Oleh kerana itu akta DNA di perkenalkan kerana DNA adalah berbeza dari cap jari kerana cap jari adalah tetap dan tidak boleh diubah,namun berneza dengan DNA,ianya boleh diambil dari sempel kulit,rambut, dan juga bulu dari badan".

Beliau menjelaskan demikian kerana menurut nya , jika dilihat dari pemeriksaan doktor, jika kesan tersebut didapati tidak berjaya membuktikan Saiful diliwat dan memang tiadanya berlaku kejadian liwat, akta DNA tadi boleh digunakan.

Beliau mula mendapat tempat setelah semua pegawai DSAI bertanding,cuma saiful membantu dari segi kerja dan diangkat sebagai pembantu khas.Dia kemudiannya di dakwa diliwat sebanyak 9 kali . Kali ke 9 iaitu pada tarikh 26 Jun 2008.

"Kita lihat pada tarikh 26 Jun 2008 beliau mendakwa diliwat,iaitu hari terakhir diliwat.Sebelum daripada itu ,pada mulanya Najib mengaku Saiful bertemu untuk meminta biasiswa ,namun akhirnya terpaksa mengaku berjumpa . 2 hari kemudiannya beliau menghadiri untuk diperiksa iaitu pada 28Hb Jun 2008 di Hospital PUSRAWI . Apabila di periksa oleh Doktor, didapati beliau tidak ada kesan diliwat , akhirnya beliau ke HKL maka kerana itu kita katakan bahawa Saiful tidak mandi dan Saiful tidak cebok(basuh bontot). Apabila laporan tersebut menyatakan bahawa beliau tidak di liwat, Saiful telah ke HKL dan di periksa oleh 3 orang Doktor dari berbagai sudut dan mengeluarkan kenyataan bahawa belau tidak diliwat.

Sebelum daripada itu, menurut Dr Lee lagi ada pihak atasan mengarahkan Musa Hassan iaitu pada tarikh 25Hb Jun dimana Rodwan telah berjumpa di hotel Concord bilik 619.

1. 26Hb Jun 2008- mengaku kali ke 9 diliwat.

2.25 Hb Jun berjumpa Rodwan di bilik 619 Hotel Concord

3. 28Hb mengaku diliwat dan mendapat pemeriksaan doktor di PUSRAWI dan HKL.$ doktor mengaku beliau tidak di liwat.

4. 28Hb Jun doktor lain mengaku ada kesan DNA.

5.Fakta nya Saiful tidak mandi dan berak selama 2 hari.kerana tu kesan DNA ada di bontot beliau.

Anwar -Pengkhianat Melayu

Selain itu, Anwar kini dituduh hebat oleh UMNO bahawa beliau telah mengkhianati Melayu dengan gelaran terbaru iaitu "Pengkhianat Melayu" oleh mat sembab, Muhyiddin Yassin dan Utusan Meloya. Oleh kerana mulut celupar Muhyiddin itu, beliau kini menghadapi saman RM100 juta termasuk juga Utusan Meloya.

Satu lagi isu yang panas ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pemimpin pembangkang dan peneraju PKR, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Kenyataan Muhyiddin mendapat gelombang reaksi banyak pihak yang menyokong beliau. Tindakan Anwar yang dikatakan mahu menyaman Muhyiddin sebanyak RM100 juta selain media yang melaporkannya, tidak menghalang banyak pihak mengeluarkan kenyataan melabel Anwar sebagai pengkhianat Melayu.

Awang percaya Anwar juga faham tentang sentimen masyarakat Melayu yang rata-rata marahkan beliau atas banyak tindak-tanduknya menggugat kepentingan Melayu semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri. — Mingguan Malaysia


Jika kita soroti kisah TS Muhyiddin ini, beliau juga sebenarnya pengkhianat Melayu Johor sewaktu menjadi MB Johor yang mana telah didedah oleh Datuk Ibrahim Ali pada 15 Mei 2006 di Kuala Nerus , Terengganu diwaktu beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.Ini bukan pemimpin PR yang mendedahkan tetapi pejuang bangsa kononnya seperti Ibrahim Ali ini yang kelihatan condong kepada BN yang ditentangnya dahulu.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

Sumber ini dari simpanan posting Harakah.



Friday, August 7, 2009

Demo anti Jeff Ooi di Masjid depan KOMTAR

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Dari blog Din Binjai

Dr Daniel Zainal Abidin berkhutbah Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam hari ini. Kebanyakan Khatib membaca khutbah tetapi Dr Daniel berkhutbah tanpa sehelai kertas pun yang dibaca. Khutbahnya begitu lancar dan begitu semangat.

Beliau menyentuh tentang ancaman yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia pada akhir zaman ini termasuk di Malaysia khususnya dan P.Pinang amnya.

Beliau menyelar seorang Ahli Parlimen di P.Pinang yang begitu biadap menghina Islam dan mengatakan sebuah pertubuhan NGO (JIM) adalah pelampau Islam kerana ingin menegakkan Syariat Islam.

Beliau mengingatkan umat Islam tentang suruhan Allah tentang 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar'. Umat Islam hari ini dihina kerana kebanyakan sudah meninggalkan ajaran Islam dan yang lebih parah ada di kalangan umat Islam sendiri yang mengatakan Syariat Islam atau Undang-Undang Islam sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dilaksanakan zaman sekarang.

Beliau juga menegaskan Allah juga memperingatkan umat Islam, jika terdapat orang bukan Islam yang tidak mengganggu kita, tidak menghalau kita, tidak berperang dengan kita, maka umat Islam pula wajib menunaikan dua tangggungjawab iaitu berbuat baik kepada mereka dan menjaga keselamatan mereka. Begitulah indahnya ajaran Islam.

Beliau juga menegaskan sebenarnya orang bukan Islam hari ini selamat kerana Syariat Islam. Sepatutnya orang bukan Islam berterimakasih kerana Syariat Islamlah yang membuatkan Malaysia ini aman. Kalau tidak kerana adanya Syariat Islam, sudah pasti negara akan huru hara dan pastinya pertumpahan darah akan berlaku.

Tanpa disedari menitis air mata mendengar Dr Daniel berkhutbah begitu semangat dan menerangkan betapa indahnya Islam. Dalam mengamalkan 'Amar Maa'ruf Nahi Mungkar' beliau berpesan kepada umat Islam, kalau kita mahu mengajak orang berbuat baik, caranya juga kena baik, kalau kita mahu mencegah kemungkaran caranya juga mesti kena baik.

Selepas solat Jumaat, Dr Daniel juga mengimamkan solat hajat supaya diredakan ancaman dan hinaan terhadap umat Islam dan semoga Allah membuka hati umat Islam dan bukan Islam untuk memahami ajaran Islam yang sebenarnya dan Islam ini sebenarnya bukannya 'terrorist' (pengganas).

Ustaz Hafiz Nordin mengepalai demo aman mendesak supaya Jeff Ooi menarik balik kenyataan dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam atau meletak jawatan.


Jeff Ooi difahamkan sekarang berada di Hong Kong. Sekiranya beliau tidak menarik balik atau meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam, kita akan sambut beliau secara demo di lapangan terbang bila beliau pulang nanti.

Saya turut menyatakan bantahan terhadap Jeff Ooi yang biadap. Umat Islam tidak pernah menghina agama lain seperti Kristian, Budhha, Hindu dan sebagainya, mengapa Jeff Ooi sanggup menghina Islam?



Hari ini menjadi bukti dan sejarah, umat Islam mahu Jeff Ooi dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya tidak lagi menghina Islam tetapi sebaliknya perlu belajar dan memahami Islam dengan sebenarnya.

Umat Islam juga kesal kerana Lim Guan Eng enggan bertemu dengan mereka. Mengapa perlu takut, kita bukan mahu mengganas tetapi hanya mahu menyatakan bantahan terhadap Jeff Ooi yang biadap.

Saya selalu perhatikan 'lelaki misteri' ini selalu berada bila ada sesuatu majlis demo, ceramah dan aktiviti Pakatan Rakyat. Beliau dilihat seolah-olah orang kurang siuman. Beliau tidur di masjid Kg Makam. Bila ada ceramah beliau selalu mendengar dan akan memerhati vcd-vcd yang dijual. Saya yakin beliau 'SB'. Wallahualam.


Antara kain rentang yang dipasang di Masjid Jamek Simpang Enam.



Hj Razali berbaju putih (Ahli Majlis MPPP yang dituduh sebagai pelampau agama), Hj Taufik dan sebahagian sahabat-sahabat aktivis JIM P.Pinang yang turut hadir berdemo selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Enam berdekatan dengan Komtar.


Hj Razali turut menitiskan air mata dengan sokongan sensitiviti umat Islam dan sahabat terhadap Islam dan juga dirinya. JazakAllah...semoga Allah memelihara kita kerana memelihara agamanya..amin..TAKBIR.




Wednesday, August 5, 2009

Umat Islam PP marah Jeff Ooi menghina Islam

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bantahan oleh ahli JIM Pulau Pinang di Komtar

Saya memberi amaran keras kepada Jeff Ooi ,MP Jelutong dan Ketua Staff KM supaya jangan menghina gerakan Islam dalam negara dan menganggu kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. Hal ini demikian kerana kenyataannya yang menghina Ahli Majlis MPPP, Mohd Razali Abdullah dari PKR yang juga ahli JIM dan mendakwa beliau perlu dilucutkan jawatan kerana JIM adalah ekstrimis Islam.Ini menyebabkan umat Islam terutama ahli JIM marah dengan kenyataan jeff dan mendesak beliau menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada JIM dan Mohd Razali atau meletak jawatan sebagai Ketua staff KM.Klik disini.

Menurut sumber Din Binjai, Jeff Ooi dikatakan marah kepada Razali oleh kerana pendirian tegasnya dalam soal membabitkan pengambilan tanah untuk dijadikan tanah perkuburan di Jelutong. Ketika saya mengikuti debat ummah UMNO-PAS, hal bersabit tanah perkuburan juga dibangkitkan dalam forum tersebut dan komitmen UMNO melalui MAIPP atau peruntuka n persekutuan dikatakan akan membeli tanah tersebut untuk menyelesaikan masalah tanah pekuburan yang semakin sesak di Jelutong.Saya berfikir ketegasan mempertahankan keputusan pengambilan tanah tersebut oleh sdr Razali Abdullah yang juga adik kepada Hj Fauzi Abdullah (Abe Uji) ADUN Manik Urai mungkin menjadi faktor kemarahan Jeff Oii.

Ingat Jeff Ooi, kerana Mulut Badan Binasa !!






Tuesday, August 4, 2009

Demo anti ISA -Dari Lensa Jurugambar bebas

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Membaling semula peluru tear gas FRU



Walaupun aku baru menamatkan pengajian tetapi jiwa aku tetap mahasiswa.Hidup Mahasiswa !!



Di celah lautan manusia, ada juga kanak-kanak kaum India yang bersemangat menggesa ISA dimansuhkan.

Anak muda yang menentang ISA


Polis Singapore kata PDRM melakukan tindakan profesional dan tidak mengasari rakyat yang protes. Ini tindakan apa ? Ingat pukul lalat ka?

Pemimpin Pusat PAS turut bersemangat


Rakyat dihenyak oleh PDRM. Mereka bukan penjenayah !!


Ini namanya FRU bacul dan balaci , nak lawan pergi berkumpulan dengan bersenjata lengkap.

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews