INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Monday, March 30, 2009

PRU 2 bukit ,1 Batang Ai

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Aku merayakan demokrasi sebaik sehaja melihat 15 calon bertanding merebut kerusi DUN Bkt Selambau dan merupakan rekod tertinggi calon dalam PRU Malaysia. Di Bkt Gantang, diberitakan berlaku perlawanan 3 penjuru dan di Batang Ai berlakunya pertembungan 2 penjuru. Ya dalam sistem demokrasi, ia membenarkan untuk sesiapa sahaja bertanding untuk merebut menjadi wakil rakyat.Tetapi aku masih kurang berpuas hati dengan demokrasi Malaysia yang masih menyekat peluang berkempen untuk calon-calon yang bertanding sebagai contoh penggunaan polis dan FRU menghalang ceramah di Bkt Selambau dahulu dan juga masih tiada ruang calon untuk mendapat liputan media massa dengan adilnya.

Malaysia bagiku bagus dari segi membenarkan sesiapa untuk bertanding dalam PRU tetapi gagal untuk memterjemahkan amalan demokrasi yang sebenarnya seperti berlaku di negara lain kepada rakyat Malaysia dan mana ruang kebebasan itu agak terbatas dengan beberapa peraturan yang mengongkong rakyat.

Selamat Bertanding kepada semua calon-calon wakil rakyat !!.. nikmatilah demokrasi Malaysia yang terbatas ini. Lihat link dibawah terhadap beberapa sekatan yang pelik dan cukup menghairankan oleh PDRM yang menerima arahan KDN.

Updated :

Larangan Polis kepada penceramah PKR/PAS menyentuh nama Altantuya di BKT Gantang.Klik sini




Friday, March 27, 2009

KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Tahniah kepada KJ !! Khairy Jamaluddin terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru selepas zaman gelap era cucu Dato Onn , Hisyam (Mat PPSMI). Banyak rakan-rakan Pakatan Rakyat gembira dengan kejayaan KJ yang menang sebagai KP UMNO kerana melihat aura KJ sebagai pemimpin yang matang , terbuka dan intelektual pemikirannya. Apa yang saya dapat bezakan antara ketiga calon KP pemuda ini dapat dilihat dibawah:

  • KJ - bersifat terbuka dengan idea baru, intelektual, pro golongan muda,
  • Muhriz- pro mahathirisme (diktator), bersifat bangsawan
  • Khir Toyo - bawa Pemuda UMNO menjadi lebih rasict
Tetapi kemenangan KJ disambut dengan laungan kurang enak dari penyokong Muhriz dan ia menjadikan kesan dan cabaran yang kuat kepada KJ.

Tahniah KJ...


Tuesday, March 24, 2009

Era rejim diktator sudah bermula

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Kisah di Taman Ria Jaya,Sg Petani semalam menceritakan kepada kita bahawa era pemerintahan rejim Mahathir sudah bermula dengan arahan penarikan permit saat akhir ceramah DS Anwar dan menjadi sebab utama penggunaan FRU dan Polis lebih 1000 org untuk menyuraikan lebih 5000 orang awam yang hadir mendengar amanat DSAI dan calon PKR Bkt Selambau, sdr Manikumar.Klik di sini berita penuh.




Sebelum ini ceramah siang malam tidak pernah dicemari dengan penggunaan FRU tetapi semalam lain ceritanya yang mana diberitakan terdapat arahan atasan supaya permit dibatalkan dan FRU akan digunakan untuk menyuraikan perhimpunan. Ini negara demokrasi apa? tiada ruang untuk parti yang berdaftar di Malaysia mengadakan ceramah dan hak rakyat seolah-olah dinafikan untuk mendengar ceramah dan memilih parti yang diyakini memperjuangkan hak mereka.

Sedih melihat kaum wanita, warga tua dan kanak-kanak yang terkena gas pemedih mata dan tembakan air dan perihal kejadian ini mengimbau kenangan ku di Masjid Negara sewaktu Perhimpunan Bantahan PPSMI.FRU dan polis digunakan untuk menjaga ketenteraman negara tetapi kini menjadikan rakyat awam yang tidak melakukan jenayah sebagai musuh mereka. Aku tidak pernah mendengar berita orang cedera atau meninggal dunia sewaktu mendengar ceramah politik dan oleh itu apa kejadahnya digunakan FRU dan polis untuk mencederakan rakyat?

Selain itu, penggantungan Harakah dan Seruan Keadilan selama 3 bulan juga menimbulkan tandatanya apakah ini bermulanya media Malaysia akan dikongkong dan ruang kebebasan semakin terhimpit di Malaysia ?. Banyak yang beranggapan arahan penggantungan ini bertitik tolak dengan PRU kecil di 3 kawasan iaitu BKT Gantang, Bkt Selambau dan Batang Ai yang mana, mungkin pihak BN mahu menguasai sepenuhnya media dalam kempen PRU tersebut dan menafikan peluang pembangkang menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Ya!! semalam ketua rejim, Mahathir sudah berkokok di perhimpunan Perkasa yang membuktikan beliau masih bersuara dan selepas ini akan memasuki UMNO untuk menerajui kembali Malaysia.Aku kini berharap episod kelam dan gelap Malaysia yang semakin menghampiri ini tidak menjadi kenyataan mengharapkan masih ada sinar kebebasan dan keadilan untuk rakyat Malaysia.




Wednesday, March 18, 2009

Konspirasi Politik UMNO parah

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Politik itu kejam !! Itulah yang dapat saya gambarkan terhadap apa yang berlaku kepada DS Ali Rustam yang tidak boleh bertanding jawatan No 2 dalam UMNO semasa pemilihan akhir bulan ini.Selain beliau, Khairy Jamaluddin juga terpalit dengan tuduhan politik wang tetapi bernasib baik kerana diberi amaran sahaja dan sedikit sebanyak mencalarkan imej beliau menjelang pemilihan KP UMNO.

Saya tidak terkejut perihal kejadian ini berlaku dalam UMNO kerana sememangnya budaya mereka merencana pembunuhan karier politik orang tertentu dengan taktik yang cukup kotor seperti apa yang berlaku kepada DS Anwar Ibrahim 10tahun lepas. Saya melihat seakan satu konspirasi politik besar berlaku dalam UMNO menjelang peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib akhir bulan ini. Konspirasi ini memperlihatkan rancangan besar penghapusan etnik/saki baki penyokong kuat Pak Lah menjelang peralihan kuasa selepas Norza ,Azalina ,Ali Rustam dan KJ di kenakan tindakan atas tuduhan rasuah.Politik UMNO cukup jijik..!!

Sebab itulah saya enggan menaruh harapan besar kepada SPRM untuk bertindak lebih telus dalam memerangi rasuah kerana tindakan mereka tidak menyeluruh dan hanya memilih orang tertentu untuk dihadapkan pertuduhan disebabkan arahan.Rasuah politik wang sememangnya berlaku secara berleluasa dalam UMNO tetapi hanya beberapa kerat diambil tindakan. Siapa yang kena nasib la kan...

Thursday, March 12, 2009

KDNK 2009 -1 % atau 1 %

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Tindakan drastik kerajaan sepatutnya dimulakan pada tahun lepas lagi tetapi mereka tidak menyedari krisis ekonomi di US akan melanda seteruk ini kepada ekonomi Malaysia.Inilah hasilnya dahulu mengatakan ekonomi Malaysia kukuh dan krisis ekonomi akan berakhir dengan sekelip mata seperti diucapkan oleh pembaca berita TV1 di video ini.






Monday, March 9, 2009

Perjuangan Membantah PPSMI -2 Akhir

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Aku kembali semula masuk ke dalam masjid dan berehat sambil melihat FRU di luar kawasan masjid berkawal dan juga kelihatan sekumpulan Pegawai Polis masuk ke dalam kawasan masjid untuk berunding dengan pemimpin GMP supaya orang ramai bersurai.Sambil berjalan-jalan dia di dalam masjid, aku ternampak sekumpulan pelancong asing yang melihat dari luar apa yang berlaku dan menarik perhatian mereka untuk mengetahuinya apa yang berlau di luar sana.

Aku menegur mereka dan mengatakan mereka datang ke Masjid Negara tepat pada masanya untuk melihat rakyat Malaysia bersuara kerana rakyat Malaysia tidak seperti di Thailand yang kerap berdemontrasi jalanan untuk protes.Mereka kemudian bertanya kepada aku mengapa rakyat membantah dan apa itu PPSMI ?.Aku menerangkan satu persatu persoalannya dan memberitahu sebab kenapa rakyat terutama orang Melayu menentang PPSMI. Aku juga memberitahu inilah demokrasi Malaysia, dimana tiada ruang untuk rakyat bersuara menyatakan bantahan dan lebih perit lagi tindakan biadap FRU dalam menyuraikan bantahan secara aman amatlah tidak profesional dan beretika.Tatkala beransur pergi, aku mengetahui mereka ialah pelancong dari France dan sempat lagi ketika itu bertanya mengenai akhbar Liberation( France) yang mendakwa TPM Malaysia pernah bertemu Altantuya di sebuah kelab Paris pada 2005 bersama Abd Razak Baginda.Mereka juga turut mengetahui kisah tersebut dan agak terkejut membaca artikel terbabit.

Kemudian aku berehat bersama rakan-rakan IPTA yang lain iaitu dari kumpulan GAMIS. Kami saling berdiskusi mengenai PPSMI dan pengalaman perarakan sebentar tadi.Ternyata aku bangga dengan rakan-rakan siswa di Lembah Kelang yang cukup semangat dan berani dalam memperjuangkan bantahan PPSMI ini untuk kepentingan masyarakat. Tatkala mahu berangkat pulang ke Melaka, aku ditegur oleh Aidil, lawan debat aku semasa Debat Interfakulti 2 tahun lepas yang hadir bersama beberapa rakannya dari Melaka dengan menaiki kereta.Ada juga rakan siswa dari Melaka yang datang dan menunjukkan bahawa ada sebahagian mahasiswa teknikal juga turut peka terhadap isu PPSMI ini.

Najwan malam itu menghantar SMS sewaktu aku di dalam bas yang tertulis "Pak Lah meminta isu PPSMI diselesaikan dengan kadar yang segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas di masa hadapan" dan turut mengakui desakan yang kuat dari rakyat khususnya orang Melayu yang sedang memberi perhatian kepada perkara terbabit.

Wah!! Misi rakyat dan pecinta bahasa berjaya kerana melalui jalanan sahaja pemimpin negara terutama Pak Lah dapat mendengar suara rakyat dan orang Melayu.Inilah hasilnya dan cara dalam memperjuangkan bahasa seperti kata sinis Sasterawan Negara, A Samad Said "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa". Aku dan beberapa rakan siswa lain amat hormat dan sanjung prinsip A Samad Said yang berbaju Melayu dan bersemangat mengharungi gas pemedih mata bersama rakyat dalam memperjuangkan bahasa Melayu.

Tetapi harini aku jelik dengan kenyataan bongkak Menteri Pendidikan, Hishamuddin yang berterusan bebal dan seolah-olah mahu melambatkan keputusan tersebut dan kemudian menyalahkan pihak pembangkang di atas apa yang berlaku di Masjid Negara walhal ianya di anjurkan oleh GMP dan pihak pembangkang hadir untuk menyatakan sokongan.

"Hanya orang pernah berdemontrasi jalanan tahu perasaan orang yang berdemonstrasi jalanan"


Sunday, March 8, 2009

Perjuangan Membantah PPSMI -1

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Kita melangkah seiringan ,
Satu Perjuangan ".....

Aku menuju ke Masjid Negara dengan iringan lagu "Satu Perjuangan "oleh Brother di dalam bas ekpress untuk membakar semangat supaya kental dan istiqamah dalam apa yang kita perjuangkan. Tiba di Pudu Raya sekitar jam 1.00pm dari Melaka dan kemudian terus berjalan ke Masjid Negara melalui Pasar Seni dan Stesen KTM KL.Walupun keseorangan,tetapi tetap hadir untuk menyuarakan bantahan untuk kepentingan anak bangsa masa hadapan kerana yakin perjuangan aku tidak akan keseorangan nanti.

Tiba di Masjid Negara lebih kurang 1.20pm, tempat keramat reformasi 98 dan platfom ini cukup penting dalam membangkitkan semangat perjuangan terutama kepada orang Islam.Aku kemudian bersolat jamak di sini dan sebelum itu sempat bertemu dengan Bang Mat(Mat Sabu) apabila sama-sama beratur untuk menggunakan tandas.Senda gurauannya dengan orang ramai menggamit suasana ketika beratur.

Selesai solat, ribuan orang ramai sudah mula berkumpul di hadapan pintu utama mendengar amanat pemimpin yang antaranya berucap adalah wakil dari Dewan Cina Selangor, wakil PKPIM(Faisal Aziz) dan wakil GMP.Aku melihat banyak hadirin yang hadir terdiri daripada guru-guru pencen, mahasiswa/i dari IPTA, ibubapa, pecinta bahasa dan pelajar-pelajar sekolah.
Perarakan bermula dengan orang ramai mula merempuh sekatan FRU di pintu pagar di samping unit amal Pas melindungi keselamatan orang ramai.Keberanian dan kegigihan mereka amatlah aku kagumi dalam melindungi orang ramai dari dipukul FRU.Video klip di atas ada menunjukkan terdapat seorang anggota Unit Amal yang ditangkap dan dipukul FRU.Aku merasakan anggota Unit Amal terbabit adalah Saudara Laili Masran seperti yang dilaporkan di Harakah.

Perarakan bermula dengan orang ramai mula keluar dari Masjid Negara menuju ke Istana Negara untuk memohon perhatian dan menagih simpati daripada Ke Bawah Duli Tuanku supaya dihapuskan dasar PPSMI.Perjalanan rakyat disekat di Jalan Kg Attap berhampiran bangunan YPIM dimana FRU telah mula melepaskan beratus das gas pemedih mata(tear gas) kepada rombongan perarakan rakyat.Aku lari bertempiaran mendapatkan bantuan air di kolam berhadapan sebuah bangunan pejabat.

Di situ aku bertemu rakan sekolah yang datang dari Permatang Pauh iaitu Ee, Faizal dan Pak Wan. Mereka memberikanku garam untuk meneutralkan kepedihan mata akibat gas terbabit.Ternyata perjuangan ku tidak keseorangan kerana bertemu jua rakan-rakan dari kampung yang hadir jauh untuk kepentingan anak bangsa kita dalam pendidikan.Sebelum itu aku juga bertemu dengan cikgu Rahim iaitu bekas guru semasa aku menuntut di SMK Penanti dan beliau hadir kerana membantah keras PPSMI ini.Tatkala bertemu dengan rakan lama ,sudah semestinya kenangan gambar menjadi perkara kemestian dan mereka juga sempat menemuramah aku dengan handycam yang dibawa.Hahaha video ini aku ku cari nanti sebagai kenangan perjuangan apabila pulang ke Penang.

Kami kemudian berpecah lagi kerana FRU sudah mula bergerak dan semua orang ramai yang hadir di minta pulang berkubu di Masjid Negara oleh pimpinan GMP kerana FRU sudah mula bertindak ganas dan faktor keselamatan menjadi keutamaan kini.Apabila berehat di dalam kawasan masjid, aku kemudian dikejutkan dengan kehadiran FRU lagi dengan kelengkapan lori mereka dan memancut air kepada orang ramai yang berehat dalam kawasan masjid dan ini membangkitkan kemarahan rakyat di atas tindakan biadap mereka.

Gambaran yang bermain di fikiranku ketika itu beginilah cara penduduk Palestin ditindas oleh Rejim Zionis dan mereka tidak fikir tempat itu adalah rumah suci ALLAH atau tidak dek kerana sememangnya mereka menjadi alat pekakas sang penguasa yang ketakutan kehilangan kuasa.Kemudian selepas rakyat memaki hamun diatas tindakan biadap tersebut, kini mereka marah dan melepaskan gas pemedih mata di dalam kawasan masjid dan seolah-olah menyerang rumah ALLAH (Masjid Negara).Aku lari lagi sehingga ke kawasan Makam yang terletak di bahagian belakang tetapi apakan daya terkena lagi gas pemedih mata buat kali kedua.Nasib baik garam lebihan di dalam poket menjadi bahan pengubat kepedihan.

Sambungan siri kedua nanti .

"Hanya orang pernah berdemonstrasi di jalanan tahu perasaan orang yang berdemontrasi jalanan"

Wednesday, March 4, 2009

Perhimpunan Membantah PPSMI 7 Mac

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Secara asasnya, saya sememangnya membantah dasar PPSMI sejak dari 2003 sewaktu ia dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir.Kini sudah masuk 6 tahun ia dilaksanakan dan kita rakyat Malaysia sudah melihat kesannya secara jelas membunuh bahasa Melayu secara senyap dan membunuh minat pelajar terutama anak Melayu di luar bandar terhadap subjek Matematik dan Sains ekoran kesukuran untuk memahaminya.Sudah banyak kajian dilakukan oleh pihak akademik dan badan lain terhadap kesan dasar tersebut dan keputusannya agak membimbangkan semua pihak.

Pendapat daripada tokoh-tokoh pendidik yang telah membuat kajian dalam tahun 2006 menyatakan bahawa 500,000 pelajar akan tercicir akibat daripada pelaksanaan PPSMI. Begitu juga dengan satu kajian yang dibuat oleh UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus mereka yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik.

Saya agak terkesan dengan telahan Dinsman dalam artikelnya yang menyebut kegigihan Prof.Nik Safiah Karim dan Sasterawan Negara, A Samad Said merempuh perjalanan jauh ke seluruh negara untuk mengerakkan rakyat supaya peka akan polimik PPSMI ni dan kesannya kepada anak bangsa kemudian hari.Bagi saya tokoh-tokoh seperti ini yang sudah lanjut usia begitu gigih semangat mereka yang sayang pada bahasa Melayu dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memelihara bahasa Melayu selepas adanya pemimpin Melayu yang begitu hebat menjulang keris kemudiannya memijak-mijak bahasa Melayu !!.

Selepas golongan budayawan dan cendiakawan bahasa membantah, kini kita juga mendapat dokongan kuat daripada golongan Ulama.Baru-baru ini di Madrasah An-Nur, Pendang, telah wujud Perisytiharan Muafakat Ulama' Membela Martabat Melayu dengan meletakkan bantahan ke atas PPSMI sebagai asas mula pergerakan membela martabat Melayu itu.

Perjuangan menentang PPSMI ini perlu dilihat sebagai perjuangan rakyat Malaysia yang meliputi semua bangsa kerana jika ia diteruskan maka Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga turut terancam sama seperti Bahasa Melayu.Diharapkan rakan-rakan dari bangsa lain juga turut serta di perhimpunan tersebut.

Berita mutakhir sebentar tadi mengatakan bahawa pihak Istana telah bersedia menerima kedatangan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantahan pada Sabtu ini. Ini merupakan kemenangan moral pertama rakyat ke arah Perhimpunan 100ribu 7 Mac ini..!!!

Tuesday, March 3, 2009

Sidang tergempar Dun Perak dibawah pokok

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim memberitahu peguam Speaker DUN V Sivakumar bahawa mereka tidak boleh mewakilinya dan sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.

Perkara bersidang di bawah pokok ini membuktikan kepada rakyat secara nyata dan jelas bahawa kerajaan haram BN sekarang, dalam bahasa yang agak lembut sedikit - agar tiada pihak yang tersentuh, tadak teloq! Kalau mereka dah sahkan sebagai kerajaan sah, apa kejadahnya yang pergi tutup tempat bersidang? Bukankah mereka boleh minta Polis untuk tidak membenarkan sesiapa menceroboh - jika ada asasnya? Atau mintak injuksi dari mahkamah untuk mengharamkan persidangan? Janganla dok main tipu, pastu acilut belakang Sultan! Ajak main bola, tapi tiang gol bawak lari sembunyik. Ajak ikut undang2, tapi time nak bersidang kunci dewan. Apa kejadahnya ?? Undang-undang rimba menggantikan undang-undang hukum...

***********************************************************
"Jika di atas pokok pun ia sah "

Itulah pandangan yang diberikan oleh penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditanya mengenai kesahihan persidangan tergempar yang diadakan di Perak semalam.

Persidangan tergempar itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,”. Klik disini berita selanjutnya.

Pendapat Prof.Agus juga turut senada dengan Prof Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dari UIA yang mengakui sidang tersebut adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat dan hal-hal berkaitan.Komentar beliau agak keras dan boleh dilihat menerusi link ini dan ia menggambarkan kekecewaan beliau apabila insitusi perlembagaan dipermainkan oleh pihak yang rakus kuasa.

Rentetan peristiwa tersebut boleh dibaca menerusi link ini



Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews