INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Tuesday, February 24, 2009

AUKU disalahgunakan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Memetik berita di Harakahdaily, seorang mahasiswa akan didakwa esok pagi ekoran tindakannya membangkitkan isu berhubung kenaikan harga tambang perkhidmatan bas di UUM melalui internet baru-baru ini.Mahasiswa tahun tiga, Choo Kok Wei akan dihadapkan ke Bilik Mesyuarat Sri delima, Bangunan Canselori sektar jam 9 pagi esok atas dakwaan membuat bantahan secara maya ke atas isu-isu dalaman universiti.

Tindakan ini bagi saya amatlah kurang profesional dan tidak beretika kepada mahasiswa.Orang yang berkuasa menggunakan undang-undang seperti AUKU untuk menyekat kebebasan dan mengunci mulut mahasiswa daripada menyatakan bantahan dan atau menyoal berhubung ketidakpuasan hati pelajar terhadap beberapa isu membabitkan kebajikan pelajar.Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip amalan demokrasi dan menunjukkan isyarat bahawa pihak universiti menggunakan AUKU untuk menindas mahasiswa daripada bersuara.

Tetapi saya tidak pelik dan hairan apabila ia berlaku di UUM kerana NC UUM amat terkenal dengan tahap keintelektual dan keilmuannya terutama apabila mengenangkan soalan "killer "nya kepada DS Anwar sewaktu debat harga minyak..

Soalan Tan Sri Datuk Nordin:

Tadi saya telah menanyakan komitmen DS Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluar minyak.Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%.Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh DS bukan isu minyak lagi tetapi telah memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.

Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakapa mengenai pengurangan cukai kepasa mereka berpendapatan di bawah RM2K, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada miskin di bandar, tetepai memilih minyak, mengapa agaknya DS tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%.Jadi soalan saya kepada Dato' Shabery ialah mengapa agaknya DS memilih minyak sebaga sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok.Terima Kasih.

**** Terkini dari Malaysiakini 2/3/09

Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan tindakan disiplin terhadap tiga mahasiswanya berhubung bantahan mereka terhadap kenaikan tambang bas di kampus itu.

Jawatankuasa tatatertib pelajar yang dijadual memanggil ketiga-tiga mahasiswa itu 2.30 petang ini memaklumkan penangguhan tersebut kepada mereka dalam satu surat lewat petang semalam.

Surat itu tidak menyatakan alasan penangguhan tersebut dan tarikh baru perbicaraan ke atas Choo Kok Wei, Medecci Lineil Repong dan Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek.

Tahniah di atas kupasan meluas media Harakah dan Malaysiakini dalam memberi maklumat yang tepat.


Sunday, February 22, 2009

Kisah Benar Krisis Perlembagaan di Perak oleh DS Nizar

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Oleh: Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Saturday, February 21, 2009

Kerajaan Sabah menukar kepada Volvo 2.5cc

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Mengapa tiada laporan di muka hadapan Utusan atau BH bahawa kerajaan Sabah telah menukar kereta Proton Perdana V6 kepada Volvo 2.5cc ? dan komen-komen nakal Pak menteri yang mempertahankan kereta tempatan takkala mereka juga tidak menggunakan kereta tempatan?

Hanya The Star tarikh 19 Februari mengeluarkan berita kenyataan KM Sabah mengenai pembelian tersebut,itupun ruangan ditengah yang kecil.

Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.Inilah layanan double standard berita oleh mass media kita,jika Kerajaan PR akan dihentam habis-habisan oleh mereka walhal kerajaan Sabah juga turut serta dan saya fikir Volvo 2.5cc adalah lebih mahal daripada Toyota Camry 2.0.





Friday, February 20, 2009

Krisis kerajaan baru Perak

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Krisis di Perak terus masuk ke tahap kronik semalam selepas Datuk Zambry digantung daripada menghadiri Sidang Dun oleh Speaker Dun.Jawatankuasa Hak & Keistimewaan Dewan Undangan Negeri Perak melalui Speaker YB Sivakumar mengumumkan sebentar tadi bahawa YB Dato' Zambry Kadir digantung keahlian Dewan selama 18 bulan dan 6 ADUN Be End digantung 12 bulan.

Mengikut undang-undang, kalau DUN tidak bersidang untuk 6 bulan berturut-turut, maka DUN tersebut adalah dianggap bubar secara automatik.Zambry Kadir kemudian mengatakan mengatakan speaker baru akan dilantik mengikut peraturan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.Jika itu yang akan berlaku, maka tidak mustahillah bahawa Zambry akan berjumpa dengan Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN.

Ini adalah kerana, jika mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, speaker tidak boleh ditukar melalui undi tak percaya dan tidak boleh dipecat oleh MB.Jadi, hanya ada satu cara bagi Zambry untuk menukar speaker baru ialah melalui “Pembubaran DUN Negeri Perak

Melihat keadaan di Perak, bermakna ada kemungkinan besar sekitar bulan Ogos atau September 2009 kita mungkin menyaksikan pilihanraya bagi keseluruhan DUN Negeri Perak.Saya dengan rendah diri ini memohon kepada Duli Tuanku Sultan Perak supaya kuasa dikembalikan kepada rakyat dengan mengadakan PRU semula di Perak.



Teks Ucapan Menjunjung Kasih Titah DYMM SPB YDP Agong oleh Ketua Pembangkang

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Usai membaca draf teks ucapan menjunjung kasih Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong semalam dapatlah saya simpulkan satu ucapan yang baik dan berfakta penuh dengan pengisian ilmu, pendedahan isu semasa dan pendirian tegas Pakatan Rakyat menyokong kepimpinan Raja-Raja Melayu dan konsep Raja Berpelembagaan di Malaysia. Di sini saya sertakan ucapan penuh DSAI di Parlimen semalam.

Tan Sri Yang Di- Pertua,

Dengan penuh tanggungjawab saya Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang, berdiri di sini untuk membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tan Sri Yang Di Pertua,

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan, seharusnya memandang serius jika terdapat kecurangan serta pelanggaran ke atas prinsip-prinsip demokratik.

Sukacita saya kerana DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sewaktu membacakan titah, Baginda ada menyatakan bahawa keluhuran Perlembagaan semestinya dipelihara.(Perenggan ke 21 Titah YDPA)

Sesuai dengan gesaan Seri Paduka Baginda YDPA (Perenggan 22 Titah YDPA) Perlembagaan selaku dokumen penting yang menjadi sendi kepada negara seharusnya dihormati. Ianya menggariskan perimeter serta tanggungjawab sebuah negara kepada rakyatnya, dan tanggungjawab rakyat kepada negaranya.

Membicarakan demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan di negara ini, kita pasti tidak terlepas dari membicarakan permahsyuran kemerdekaan yang dibaca oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj:

“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”

Tan Sri Yang Di Pertua,

Ada 3 perkara utama yang menjadi asas kepada permahsyuran tersebut:
1) Keutamaan Raja-Raja Melayu
2) Hak Asasi dan Kebebasan Rakyat Malaysia
3) Sebuah negara aman makmur, yang mengamalkan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan serta kedaulatan undang-undang nya terjaga dan tidak diceroboh.

Permahsyuran ini merupakan satu aspirasi yang ucapkan dari seorang pejuang kemerdekaan, yang ingin kan negara nya tetap berdiri teguh walau untuk seribu tahun lagi. Namun janganlah kita lupa apa yang dizahirkan dari permahsyuran ini bukannya kehendak dari seorang sahaja, akan tetapi ia adalah penzahiran dan manifestasi iltizam rakyat keseluruhannya walau apapun latar etnik dan agamanya.

Thursday, February 19, 2009

Video Clip Isu minggu ini

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Pemergian Ibrahim Hussein

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Noted artist Datuk Ibrahim Hussein died of a heart attack at the Pantai Medical Centre here early today. He was 72.

He leaves wife Sim Hussein and daughter Alia. The funeral is expected to be held this afternoon.

The artist, popularly known as “Ib,” was widely known internationally for his abstract work. He used a medium he called “printage” — a mixture of printing and collage.

He was also founder of the Ibrahim Hussein Museum and Cultural Foundation in Langkawi.

Al Fatifah to Allahyarham Ibrahim Hussein..

sedikit coretan oleh wartawan mengenainya di Kosmo



Sunday, February 15, 2009

Inspirasi Valkyrie Jerman

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Baru sebentar tadi saya selesai menonton Valkyrie lakonan Tom Cruise yang memegang watak Colonel Clauss von Stauffenberg. Lakonan beliau cukup hebat dan berjaya melakonkan watak Stauffenberg dengan cukup baik.

Apabila membandingkan dengan kisah rampasan kuasa@coup di Jerman oleh kumpulan Jerman Resistance dengan rampasan kuasa di Perak, saya melabelkan geng plot 20 Julai 1944 ini sebagai pejuang yang menuntut keadilan dan kebebasan untuk penduduk Jerman dari kezaliman Fuhrer Jerman, Adolf Hitler yang mana seorang diktator.Tetapi kes di Perak ini lain kerana ia menunjukkan kemabukkan kuasa oleh sang gila kuasa yang sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri dan kuasa agar terus terjamin tanpa mengira soal perlembagaan dan undang-undang.

Saya mengesyorkan anda semua menonton Valkyrie untuk memberikan anda inspirasi dalam meneruskan perjuangan anda ke arah Malaysia yang lebih baik.Sayang bagi Kol. Stauffenberg, rancangan beliau gagal untuk merubah Jerman pada waktu itu tetapi kita boleh mengambil semangat beliau untuk Jerman yang bebas dan merdeka.



Saturday, February 14, 2009

PRU Kecil 2 Bukit : Selambau dan Gantang

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


SPR telah menetapkan Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Saya melihat pihak SPR masih mengekalkan rentak lama mereka sewaktu era Tan Sri Rashid dengan mengikut telunjuk BN. Dengan penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas pemilihan agung UMNO mengesahkan bahawa SPR memberi ruang kepada pemilihan UMNO dan selain itu untuk meredakan ketegangan di Perak.

DS Anwar dalam kenyataannya berkata SPR mengikut telunjuk DS Najib.Pihak DAP juga mempersoal mengapa PRU dilambatkan PRU Kecil ?.

Walaupun tarikh PRU Kecil agak lewat, gerak kerja perlu dimulakan awal dan diperkemaskan.

Selamat bertanding BN dan PR..!!!!


Monday, February 9, 2009

Perutusan DS Nizar kepada rakyat

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.


Friday, February 6, 2009

Rakaman PC YB DS Nizar (5/2/09)

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Kekecewaan rakyat marhaen Perak

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Detik semalam akanku ingati sebagai satu kegagalan institusi beraja di Malaysia dalam mendengar suara rakyat.Tetapi raja memilih untuk memberi kuasa kepada Sang gila Kuasa Putrajaya dari menggembalikan kuasa kepada rakyatnya. Perdebatan mengenai cara titah baginda Sultan menjadi hangat di kalangan pengamal Undang-undang seperti di Malaysia Insider antara Malik Imtiaz dan Prof Aziz Bari.Klik di sini. Komen lagi dari Malik Imtiaz.

Emosi rakan-rakan pendokong liberal klasik, Islam dan penyokong tegar PR menjadi-jadi semalam sampai ada yang tidak dapat menumpu tugas dan kerja yang dilakukan.Facebook, Blog, Malaysiakini menjadi perkara wajib semalam untuk mendapat berita terkini.Membaca komenter Pak Khalid di blog sedikit merasa kelegaannya apabila cuba mengaitkan dengan cerita perang Rom.

Tetapi melihat kekecewaan rakyat terutama di Perak baik dari kaum Melayu, Cina dan India sudah cukup mengatakan mereka emosi untuk menghadapi mehnah di Perak ini. Lihat sahaja di website Pejabat Sultan Perak mendapat komen bertalu-talu dari rakyat. Website Marhaen sudah cukup emosional dengan luahan yang saya fikir amat terkesan dengan kata-katanya.Selain itu Ustaz Zaharuddin (UZAR), seorang pakar ekonomi syariah turut melahirkan kekecewaan dengan politik di Malaysia.Antara kata-kata sinis "Tidak sedarkah individu-individu yang melakukan perkara ini,betapa hinanya mereka di sisi masyarakat".Terakhir, telahan Tok Guru Nik Aziz yang cuba mengingatkan Institusi Beraja supaya dengar suara rakyat di artikelnya yang bertajuk Raja dan Demokrasi.

Tetapi ada manusia yang membuatkan aku dan Najwan semalam geli hati dengan analisis penulis lalang, MSO yang bertajuk "Hormatilah apa yang telah diputus meskipun hati yang sakit dan remuk padam"Klik disini untuk baca. Hei !! Ini tajuk lagu ka MSO? Lagu apakah ini? Suara demokrasi, suara rakyat atau suara sang Putrajaya? Dengan poyonya dalam blog penulis ini mengatakan akan "remove "komen-komen yang tidak meletakkan nama walaupun ia bernas sekalipun.Hei !! Takut dengan komen-komen kritikan kah wahai MSO ?Geli hatiku membacanya , lain kali jangan jadi blogger.




Thursday, February 5, 2009

Terkini Di Perak @ kejor yob kejor

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Press Conference Pakatan Rakyat

DS Nizar:
- Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.

- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan ‘tergantung’. Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.
- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaaikan.

- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:

- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.

- cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.

- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

DS Hj.Hadi.

- Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.

- Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kit Siang.

- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.

- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.

- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan



5.01 petang: Perdana Menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru. Timbalan Perdana Menteri dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan. -Malaysiakini
----
4.55 petang: Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut. -Malaysiakini
----
4.50 petang: Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru dari Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Stadium Ipoh malam ini. -Malaysiakin

96% say BN will suffer in next GE: ntv7 poll

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Malaysians do not seem to be amused by what is going on in Perak.

An SMS poll on ntv7 over its prime time 8.00pm news in English asked whether the Perak crisis would affect the BN’s performance negatively in the next general election.

The results revealed that 96 per cent of respondents said it would.

Malaysians are obviously aware of how the BN is subverting with the aspirations of the people. The BN will find that short-term political gains - achieved through such questionable means - will come at a heavy price in the longer term.


Harapan masih ada untuk Perak Yob!!

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Artikel ini di ambil dari blog MSK(Mat saman kati) bertajuk Esok masih ada.

Pasai apa nak menangis? Pasai apa nak marah?

Relax!!! Dunia belum kiamat dan esok masih ada. Esok kita tengok sapa yang masih tegak berdiri, sapa yang cabut lari, dan sapa yang masih berani menjerit Reformasi!!!

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews