INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, January 30, 2008

Al Fatihah kepada Loloq dan Datuk Ishak Baharom

Jenazah penulis lirik terkenal Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meningal dunia jam 1.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara telah di bawa ke Masjid Sungai Boluh untuk proses pengkebumian.

Berita tersebut disahkan oleh rakannya Habsah Hassan kepada KLpos.com sebentar tadi.

Menurut Habsah, jenazah Loloq akan dibawa ke rumahnya di Sungai Buloh jam 4.00 petang ini. Beliau dijangka dikebumikan hari ini juga. Beliau dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas pengsan di rumahnya.Loloq 50, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak.


Mufti Besar Selangor Datuk Haji Ishak Baharom disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang tadi. Menurut salah seorang rakannya jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang.

Allahyarham Dato Ustadz Ishak Baharom telah dipecat dari jawatannya sebagai Mufti Besar Selangor setelah beliau mengambil tindakan menahan beberapa anak gadis melayu beragama Islam kerana mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Cantik dalam negeri Selangor sekitar lewat tahun 90an.

Semoga allah mencucuri rahmat keatas kedua2 roh ALLAHyarham , amin.

Tuesday, January 29, 2008

Fakta negara paling kompetitif diputarbelit Ke 8 atau ke Ke 23?

Saya sempat mengikuti berita di TV3 mula-mula terkejut juga dengan kenyataan PM bahawa negara kita ke 8 di dunia paling kompetitif ,mula-mula rasa bangga juga tetapi dibenak fikiran saya juga masih terfikir adakah betul fakta Abdullah ni ?..Mana la tahu kan untuk menyedapkan kakitangan awam dan rakyat bahawa ekonomi kita kukuh dan berdaya saing di saat menjelang PRU ke 12 ni.

Fikiran saya masih mengatakan bahawa fakta ini salah.Dan kebenarannya terungkai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di blognya harini bahawa ranking ke 8 dunia adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.

Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17.

Daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi kita dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, kita sekarang di kedudukan ke 23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Oleh itu dapat lah kita mengetahui bahawa fakta PM Abdullah itu benar ,tetapi mengapa fakta itu dikeluarkan bercelaru dan putar belit dan ini mungkin usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa kerajaan masih gagal untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Fakta boleh dilihat melalu URL ini :

http://www.suarakeadilan.com/isi/wp-content/uploads/2008/01/world_competitiveness_rankings.pdf



Wednesday, January 9, 2008

Isu moral pemimpin bukan isu individu

Tiba-tiba beliau menjadi hero rakyat yang berani mengaku secara live di kaca televisyen dan meltak jawatan selepas beberapa hari akibat desakan rakyat.TV3 seolah-olah mengagungkan Soi Lek bahawa dia hero skandal di mana sanggup mengaku dan bertanggungjawab di atas apa yang dia lakukan.Ini bukan soal tanggungjawab yang perlu diketengahkan tapi soal moral sebagai pemimpin.Pemimpin yang dipilih rakyat perlu menjaga moral dan perilaku kerana kita adalah contoh pemimpin kepada generasi muda.Mengapa perlu dijulang orang yang macam ni? kalu orang itu Islam ,dia berzina!! Kenapa kita sebagai orang Islam ada yang pergi di sidang media sebagai tanda sokongan?? kenapa beliau di julang? Ini tidak sepatutnya berlaku dan ini pemimpin Umno peringkat bahagian lakukan.


Di sini ada beberapa pandangan tokoh akademik terhadap polemik isu ini :

Sebelum itu, Prof.Khoo Kay Kim mengulas mengenai masalah salah laku serta moral di kalangan pemimpin, menganggap sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan rakyat berhak menentukan siapakah pemimpin mereka sungguhpun pemimpin tersebut menghadapi masalah salah laku serta moral.

Sementara itu, isu mengenai moral dan integriti pemimpin ini turut dibangkitkan Khoo dalam program tersebut.Khoo sewaktu ditanya mengenai pandangannya mengenai nilai moral pemimpin yang banyak dipersoalkan oleh rakyat menyatakan masalah negara membangun yang mengamal sistem demokrasi ialah kebanyakan penduduk tidak memahami perihal sistem pemerintahan."Mereka diberi hak memilih wakil rakyat dan wakil rakyat setelah dipilih lupa bahawa mereka dipilih adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi mereka bercakap seolah-olah mereka tuan kepada rakyat dan rakyat mesti patuh kepada mereka.

"Kerana itu tibul masalah, orang yang diharapkan, tidak menjalankan tugas kepada rakyat. Dan rakyat tidak faham untuk mengambil tindakan mengingatkan wakil rakyat yang yang dipilih tentang tugas mereka,"kata pesuruhjaya Suhakam ini.

Sementara itu, Dato' Dr Mohd Tap Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia pula berpendapat nilai moral dalam politik perlu dinilai secara keseluruhan dan bukan pada kes yang berlaku hari ini.Jelasnya banyak episod yang menunjukkan nilai moral seseorang ahli politik itu boleh diperbaiki. Katanya, rakyat juga dilihat menaruh harapan begitu tinggi terhadap pemimpin yang dipilih, yang mana bukan sahaja mempunyai integriti tetapi nilai moral yang tidak boleh dipersoalkan.

Tambahnya lagi, masyarakat memberi sokongan kepada pemimpin politik ini untuk mengendali masyarakat ke arah yang lebih baik."Contohnya jika saya individu yang boleh dipersoal mengenai moral saya, nilai moral saya tidak boleh tidak mesti terbaik. Jadi bagi saya masyarakat mempunyai hak untuk mempersoalkan nilai moral pemimpin politik yang menajadi harapan masyarakat,"katanya.Mohamad Tap juga berpandangan wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan kepada rakyat termasuk dalam kategori pemimpin yang tidak mempunyai moral yang tinggi.

Tegasnya lagi, rakyat seharusnya menyuarakan pandangan mereka sekiranya wakil rakyat itu tidak menjalankan amanah dengan baik, supaya wujud 'check and balance' dan wakil rakyat tersebut dapat menjalankan tugasnya sebenar-benarnya untuk masyarakat.Sementara itu, Agus menyatakan tidak mudah untuk rakyat menyuarakan tidak puas hati kerana banyak sekatan yang dihadapi.Bagaimanapun jelas Mohamad Tap, langkah tersebut baginya bukan sesuatu yang sukar yang mana rakyat boleh menyalurkannya melalui pilihanraya dan melantik wakil rakyat yang mempunyai nilai moral dalam masyarakat.

Dalam pada itu berbicara mengenai integriti, jelas Khoo, integriti ialah segala yang relevan kepada politik dan semestinya telus dan sepatutnya tidak ada sesiapa yang cuba mengawal keadaan untuk memberi faedah kepada pemimpin itu sendiri.Beliau juga tidak menafikan terdapat pemimpin yang cuba mencari pelbagai jalan untuk mempengaruhi pengundi atau sistem itu supaya kedudukannya lebih kuat daripada orang yang bersaing dengannya.

Menyentuh mengenai sistem serta perjalanan pilihan raya yang lebih adil oleh pembangkang agar dapat berada dalam padang yang sama rata, jelas Khoo dalam negara yang patuh pada undang-undang, setiap yang dikatakan kesalahan harus dibuktikan serta melalui proses undang-undang untuk menyelesai masalah tersebut."Begitu juga bagi pemimpin yang dikatakan mempunyai masalah politik wang yang mesti dibuktikan,"katanya

Penganalisis Politik tanah air, Profesor Dr Agus Yusof berpendapat bahawa pengakuan berani yang dibuat oleh bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Soi Lek tidak boleh dianggap sebagai ketelusan dalam politik."Kita tidak boleh menganggap pengakuan berani Soi Lek sebagai suatu ketelusan dalam politik. Sebaliknya, ia harus melihat bagaimana hendak memastikan di peringkat awal masalah tersebut dapat dihindari," ujarnya ketika dihubungi Harakah.

"Apa yang menghairankan saya, sekarang banyak pihak yang menyanjung Soi Lek seolah-olah dia adalah hero, sedangkan sebenarnya dia telah melakukan kesalahan kerana telah memperkosa kepercayaan yang diberikan rakyat kepadanya," katanya yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Agus turut menekankan bahawa moral seseorang pemimpin negara perlu kemas serta bebas daripada sebarang unsur yang boleh menjerumuskan diri mereka ke dalam fitnah yang boleh memudaratkan maruah negara.Sungguhpun begitu, beliau masih menyatakan bahawa apa yang menimpa Soi Lek sebagai tidak bernasib baik, sambil mendakwa perlakuan tersebut telah biasa dilakukan oleh pemimpin Umno/BN.

"Pada saya, apa yang berlaku menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka perlu melihat dan mengambil perhatian terhadap persoalan moral politik di kalangan pemimpin mereka," jelasnya.

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews